Khamis, 28 Jun 2012

.

.


Posted: 28 Jun 2012 01:32 AM PDT

Keuntungan RM1 sesaham itu sangat kecil kerana peneroka terpaksa membayar yuran proses dan kos guaman menyertai FGVH.
PETALING JAYA: PKR mendakwa urus niaga pada harga RM5.39 sebaik Felda Global Ventures Holdings Bhd (FVGH) di Bursa Malaysia pagi ini tidak memberi apa-apa makna kepada peneroka.
"Keuntungan RM1 sesaham itu sangat kecil kerana peneroka terpaksa membayar yuran proses dan kos guaman menyertai FGVH.
"Kalau untung RM3 sesaham baru peneroka mendapat sedikit keuntungan. Dari urus niaga awal ini, yang untung besar ialah Tan Sri Isa Samad dan kroni-kroninya yang mendapat banyak saham FGVH," kata Suhaimi Said, ketua biro Felda dan orang Asal PKR.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemunculan urus niaga pertama pada harga RM5.39 sebaik ia disenaraikan hari ini.
Bagaimanapun, urus niaganya  terus meningkat menjelang tengah hari.

Harga sawit jatuh

Suhaimi mendakwa, apa yang berlaku sekarang tetapi tidak diberi perhatian ialah harga sawit telah jatuh RM100 bagi satu tan metrik.
Manakala harga getah juga turun dari RM4 agi satu kilogram kepada lebih RM3, bermakna peneroka rugi sekitar RM3 bagi setiap kilogram.
Katanya, adalah lebih baik Felda mempertahankan harga kelapa sawit dan getah sekarang yang rata-rata peneroka mendapat RM7, 000 hingga RM8, 000 sebulan.
"Atau sekurang-kurangnya Felda berusaha untuk membayar harga mengikut perahan sebenar iaitu 27 peratus berbanding 21 peratus sekarang ini.
"Sekarang ini peneroka mengalami kerugian kira-kira RM1, 000 sebulan kerana tindakan Felda membayar 21 peratus itu.
"Bayangkan berapa kerugian yang mereka alami untuk tempoh 15 tahun," tambah Suhaimi.

Source: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/06/28/urus-niaga-awal-fgvh-tidak-menguntungkan-peneroka/

Bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Sabah sertai PAS

Posted: 27 Jun 2012 10:03 AM PDT



BEAUFORT: PAS Sabah mencatatkan sejarah tersendiri apabila bekas Pengarah Jabatan Perpaduan Negeri Sabah dan Labuan, Ahmad Kambar (baju hijau) menyertai parti itu.
Sebagai simbolik, beliau menerima bendera PAS sebagai simbolik panji-panji bagi membebaskan negeri ini daripada cengkaman Umno Barisan Nasional.
Beliau menerima bendera berkenaan daripada Ketua Pemuda PAS Sabah merangkap Yang Dipertua PAS Kawasan Beaufort, Lahirul Latigu di kediamannya, dekat Lumadan, di sini sambil disaksikan Ketua Pemuda PAS Kawasan Azlan dan ahli jawatankuasanya.
Ahmad berkata, beliau menyertai PAS atas pilihan sendiri dan yakin bahawa PAS bukan hanya sebuah parti politik semata malah bertindak sebagai badan dakwah dan tarbiyah yang memberi penekanan berdasarkan agama Allah.
"Kehidupan kita ini merupakan kehidupan yang bermakna dan kita perlu membawa ummah ini kearah Islam.
"Kita juga perlu untuk menjaga nasib rakyat dan mendidik rakyat untuk takut kepada Allah semata-mata," kata beliau ketika ditemui selepas itu.
Beliau yang juga pernah menjawat Pengarah Dakwah Bersepadu Negeri Sabah dan Penolong Pengarah Perancangan dan Penyelidikan di Ibu Pejabat Jabatan Perpaduan Negara serta berperanan penting dalam Jawatankuasa PsyWar semasa usaha Kerajaan Persekutuan menjatuhkan Kerajaan Sabah di bawah Parti Bersatu Sabah (PBS) pada awal 90an.
"Saya melihat banyak kelompongan dalam Umno dan BN. Mereka bercakap soal pembangunan tetapi apa yang berlaku di Sabah jauh dari apa yang mereka perkatakan.
"Masalah asas seperti elektrik, jalanraya pun masih banyak belum selesai seperti di kawasan pedalaman di Parlimen Sipitang ini. Kampung Weston contohnya walaupun mempunyai jumlah pengundi yang besar majoriti muslim tetapi tidak mendapat bekalan air bersih yang sewajarnya. Ini cukup memalukan," ujarnya dalam nada kecewa.
Beliau turut bertekad untuk memastikan PAS lebih dikenali ramai terutama di kawasan sekitar Sipitang dan seluruh Sabah.
"Sebab itu saya tekad. Rakyat pun sudah mula membuka mata dan sudah dapat menerima PAS terutamanya di Lumadan, salah satu Dun di bawah Parlimen ini," jelasnya.
Beliau yang juga merupakan bapa saudara kepada Lahirul turut yakin dengan berdasarkan perkembangan terkini akan lebih ramai lagi bekas pegawai-pegawai tinggi kerajaan Sabah yang akan menyertai perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat.

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/11295-bekas-pengarah-jabatan-perpaduan-sabah-sertai-pas

Tiada ulasan:

Nuffnang