Dr Siti Mariah Mahmud |
Posted: 28 Jun 2012 04:21 AM PDT Ahli Parlimen Sri Gading, Mohamad Aziz hari ini menarik balik kenyataan yang dibuat pada hari Selasa lalu di mana beliau bertanya sama Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga perlu digantung kerana menderhaka. Beliau memberitahu Dewan Rakyat bahawa sebagai seorang yang berdisiplin dan dari parti yang berdisiplin, beliau - atas semangat setiakawan dalam BN - menarik balik kenyataannya itu jika ia menyinggung perasaan pemimpin rakan-rakannya dari MIC atau PPP. Mohamad telah diarahkan menarik balik kenyataannya itu oleh Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidy Jaafar. Ianya selepas Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng bangun meminta satu keputusan berhubung kenyataan Mohamad yang menurutnya telah "keterlaluan". Anda nilailah sendiri. |
Posted: 28 Jun 2012 12:00 AM PDT DAP meminta semua rakyat terutamanya penyokong parti-parti di dalam Pakatan Rakyat agar tidak terikut dengan persepsi Umno Barisan Nasional (BN) berhubung isu hudud. "Walaupun isu hudud seringkali ditimbulkan oleh Umno-BN kita sebagai rakyat dan juga parti di dalam Pakatan Rakyat jangan terikut dengan persepsi mereka tentang hudud. "Umno-BN sering sahaja menggunakan isu ini untuk memecah belah perpaduan yang dibina dalam Pakatan Rakyat," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Tambahnya, persefahaman dan perpaduan yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat perlu dipegang bersama agar matlamat untuk menjatuhkan Umno-BN dapat dicapai. "Persepsi palsu akan terus dimainkan oleh mereka jika kita terikut dengan rentak mereka itu hanyalah akan menguntungkan mereka (BN) sahaja. "Pihak lawan akan terus berusaha untuk memecah belahkan Pakatan Rakyat, perpaduan yang telah dibentuk ini perlu diperkemaskan sekuat-kuatnya," sambungnya. Lim Guan Eng turut menyatakan Umno BN cuba menakut-nakutkan bukan Islam dengan PAS dan hudud dengan berharap bukan Islam akan menolak PAS. "Seperti mana Umno-BN menakutkan orang bukan Islam tentang PAS dan hudud begitu jugalah orang Melayu bila mereka mengatakan DAP anti Islam. "Namun sepanjang sejarah negara ini kita tidak pernah mendengar bahawa PAS mahupun DAP telah membunuh orang bukan Melayu ataupun orang Melayu tetapi peristiwa Memali membuktikan siapa yang perlu kita takuti," sambungnya lagi. Katanya lagi, persepsi yang dibawa oleh Umno-BN itu perlu diketepikan sepenuhnya dalam usaha Pakatan mencari pentadbiran terbaru yang akan membanteras kemungkaran sepenuhnya. "Kita mahu rakyat hidup dengan bermaruah tanpa ada perasaan takut, kita juga mesti saling hormat menghormati antara satu sama lain. "DAP tidak pernah mengancam Islam malah kami menghormati Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan Islam itu agama rasmi," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi. Lim Guan Eng bertindak sebagai panelis bersama pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Maszlee Malek pada program wacana 'Benarkan Dasar DAP Mengancam Islam'. Wan Saiful Wan Jan, Ketua Pegawai Eksekutif IDEAS bertindak sebagai moderator. |
You are subscribed to email updates from Dr Siti Mariah Mahmud To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan