Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Anggota tentera kita dilatih makan monyet dan katak?
- Bumbung sekolah di Rembau belum dibaiki sejak Dis 2011?
- Siapa Sultan yang angkat batu dan pasir untuk bina benteng?
Anggota tentera kita dilatih makan monyet dan katak? Posted: 21 Jun 2012 06:57 PM PDT Agak mengejutkan beberapa gambar yang dipaparkan di laman web maahadsas.edu.my yang kemungkinan besar menunjukkan anggota tentera Malaysia yang beragama Islam diberi latihan kelangsungan hidup (survival) cara menangkap, memasak dan memakan monyet, katak dan beberapa binatang liar di hutan. Adakah ini latihan untuk menghadapi suasana darurat atau terdesak? Apakah selepas ini akan ada pula latihan melacur untuk ibu yang terdesak keputusan bekalan susu anak, kerana Datuk Dr Mashitah dalam ruang soal jawab agama akhbar Harian Metro bertarikh 19 Jun 2005 mengatakan iaitu : "Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan." Harap Jawatankuasa Fatwa dapat memberikan pencerahan dalam isu latihan ketenteraan ini. Apakah perlu dilatih makan benda haram dalam keadaan darurat? Bagaimana pula jika latihan tersebut dalam bulan Ramadhan, kerana orang berpuasa dalam bulan Ramadhan pun dibolehkan berbuka puasa sekiranya dalam keadaan darurat? Atau mungkin gambar tersebut bukan anggota ATM? ******************** Jual diri kerana terdesak Harian Metro Ahad 19 Jun 2005 SAYA sering membaca kisah wanita (terutama ibu tunggal) yang terpaksa menjual diri untuk membesarkan anak. Punca pendapatan ini secara terang adalah haram. Persoalannya, adakah kehidupan dan pendidikan anak yang membesar dengan wang begini akan mendapat keberkatan Allah? Adakah anak yang mengetahui pekerjaan ibunya tetapi masih menggunakan wang itu akan turut berdosa? Dan bagaimana pula hukumnya jika wang itu digunakan untuk membayar zakat fitrah? RAZIN Kuala Lumpur JAWAPAN oleh oleh Datuk Dr Mashitah Ibrahim HUKUM di dalam Islam berbeza mengikut keadaan seseorang. Mengikut istilah yang dipakai di sini, iaitu 'terpaksa', membayangkan wanita berkenaan terdesak melakukan perbuatan dilarang dan bukan dengan kehendak hatinya. Dia terdesak berbuat demikian demi menyelamatkan anak dan memberi makan. Perkara dilakukan dalam suasana darurat terlepas daripada hukuman biasa. Dalam keadaan biasa, memang melacur itu haram, tetapi jika terdesak dan darurat ia dimaafkan. Di sinilah timbulnya tanggungjawab masyarakat untuk membantu. Orang terdesak dan darurat tidak mungkin mampu membayar zakat fitrah, bahkan dia tergolong layak terima fitrah. Jika sampai ada lebihan, bererti dia sudah tidak darurat. *************** ARKIB : 28/06/2005 Tiada alasan boleh melacur kerana darurat Saudara Pengarang, Saya berpandangan alasan melacur kerana darurat tidak dapat diterima sama sekali oleh syarak mahupun akal dan adat masyarakat kerana masih banyak lagi jalan lain yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalahnya lebih-lebih lagi disokong dengan statistik peluang pekerjaan yang banyak dikaut oleh pekerja asing di negara ini, di samping masih terdapat badan-badan kebajikan kerajaan mahupun swasta dan masih ramai warga negara ini yang berjiwa mulia bersikap suka menolong orang yang dalam kesusahan. - ZAMRI HASHIM, Pegawai Istinbat, Jabatan Mufti Negeri Perak. Sumber berita : |
Bumbung sekolah di Rembau belum dibaiki sejak Dis 2011? Posted: 21 Jun 2012 06:36 AM PDT Saya dikhabarkan beberapa bumbung di asrama Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Abu Hassan Bin Haji Sail (Sekolah Menengah Agama Pedas) telah tercabut akibat ribut sejak bulan Disember 2011 sehingga kini masih belum dibaiki. Ini mengakibatkan beberapa pelajar terpaksa menumpang di beberapa bilik lain termasuk bilik TV. Ini menyebabkan ketidakselesaan kepada para pelajar berkenaan. Ini adalah perkhabaran yang saya terima. Mungkin ibu bapa yang ada anak mereka di sekolah ini boleh memberikan gambaran sebenar, adakah ianya sudah dibaiki atau sebaliknya. Lebih baik jika ada gambarnya sekali. Sekolah ini terletak di DUN Chembong, dimana wakil rakyatnya dari Umno. Saya kira seandainya sekolah ini terletak di DUN Paroi atau DUN Sikamat atau DUN Ampangan, atau pun mungkin di Selangor, Kedah, Kelantan lebih-lebih lagi di Pulau Pinang kemungkinan ianya akan menjadi tajuk utama Buletin Utama serta Utusan. |
Siapa Sultan yang angkat batu dan pasir untuk bina benteng? Posted: 21 Jun 2012 02:44 AM PDT Sultan Muhammad al-Fateh - Penakluk Konstantinopel "Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini. Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan. Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!"- Ahli Sejarah Byzantine Sultan Muhamad al-Fateh dilahirkan pada 27 Rajab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481. Ketika berumur 19 tahun beliau menaiki takhta menggantikan ayahnya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Dan ketika berusia 21 tahun Sultan Muhamad al Fateh berjaya menakluk Konstantinopel pada 29 Mei 1453 bersamaan 20 jamadil awal 857 hijrah. Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dengan Asia. Kemudian baginda membina benteng yang dinamakan Rumeli Hisarri yang bermaksud benteng orang-orang Rom. Baginda sendiri membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulama-ulama dan menteri-menteri terpaksa ikut serta. Muhammad al-Fateh Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; "..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……" (Hadis riwayat Imam Ahmad) Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis. Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara. Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam. Pada 20 Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran "Al Fatih" iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople. |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan