:: cina islam | 2011 :: |
- [PENTING] Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang, Jangan Cepat Turun Kereta..
- Tanda Hati Rosak dan Kaedah Rawat Hati
- Astaghfirullah... Runtuh Lagi Di Terengganu...
- “Tingkat Hantu” Di Pangsapuri Kuala Langat
- Subhanallah.. Kucing Susui Tikus
- Atucara Himpunan Hijau & Xpresi Anak Muda P.Pinang
- PAS cabar pemimpin Umno tunai haji tahun ini
- Cikgu Mala nafi masuk Umno, sedia saman blogger
- Kekalahan BN bukan perkara pelik
- Terpedaya sindiket gores dan menang
- Kami perlukan 'naluri pembunuh': Loew
- Benzema umpama 'raja rimba': Arbeloa
- Umar patek dipenjara 20 tahun.
- Taktik sembunyi produk terlarang bawah tanah terbongkar
- Les Blues yakin kalahkan Sepanyol
- 200 ayam rentung
- KPF Tolak Isa Samad Keputusan Baik – ANAK
- Peniaga rugi hampir RM4,000
- Rooney optimis England akan lepasi badi suku akhir
- Pembantu makmal maut, motosikal terbabas masuk longkang
- Keganasan etnik ragut 80 nyawa
- Murid prasekolah patah kaki
- Kes curi motorsikal: Empat pelajar Geng Suria dicekup
- Teras tolak keputusan PSC Lynas selamat
- Air mandian misteri berwarna keruh ditemui di bilik anak
[PENTING] Jika Kereta Anda Dilanggar Dari Belakang, Jangan Cepat Turun Kereta.. Posted: 22 Jun 2012 01:29 AM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit. Gambar hiasan. Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut. Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?" "Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta. "Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya. Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta. "Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu. Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta. "Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut. Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut. Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang. Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta. "Besok saya call" kata saya. "Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut. Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi. Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya. Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN! Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi. Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa. Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua. Seri Kembangan, 10:15 malam, 1 jam setelah kejadian, 18 Jun 2012 -carigold |
Tanda Hati Rosak dan Kaedah Rawat Hati Posted: 22 Jun 2012 01:24 AM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - Tanda-tanda hati yang rosak 1. Hati tidak merasa bersalah apabila terlibat melakukan dosa dan maksiat. 2. Tidak terasa untuk melakukan taubat apabila melakukan kesalahan. 3. Merasa seronok bergelumang dalam dosa. 4. Tidak mempedulikan perintah Allah, malah suka terbabit pada larangan-Nya. 5. Benci kepada kebenaran dan cuba menghalang kemaraannya. 6. Benci kepada orang-orang soleh atau mereka yang suka melakukan kebaikan. 7. Suka bertengkar pada perkara yang tidak memberi manfaat untuk agama. 8. Menerima rasuah, sogokan, riba dan perkara haram serta merasakan keseronokannya. 9. Takut kepada orang yang gagah, tetapi sedikit pun tidak takut kepada Allah. 10. Benci kepada perkara makruf dan suka kepada perkara mungkar. Kaedah rawatan penyakit hati a) Mentarbiah hati supaya mencintai Allah dengan sedalam-dalamnya b) Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran c) Mendekatkan kepada Allah dengan amalan-amalan sunat. d) Khusyuk dalam solat. e) Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah. f) Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah dan mengharapkan keredaan-Nya. g) Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul. h) Beriktikad dengan akidah yang betul. i) Sentiasa melakukan muhasabah diri. j) Memperuntukkan masa bagi Allah menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama. k) Memperbanyakkan qiyamullail, berdoa terutamanya pada sepertiga malam. l) Tunduk dan khusyuk kepada Allah dalam segenap tindakan dan perbuatan. m) Memastikan sumber makanan dan pakaian adalah halal di sisi Allah SWT. n) Menundukkan penglihatan kepada perkara-perkara yang diharamkan Allah. o) Suka menziarahi kubur dan mengingati mati. p) Sentiasa bersyukur dan reda kepada Allah atas segala nikmat yang dikurniakan. q) Suka membantu anak-anak yatim dan bermesra dengan mereka. r) Suka bersahabat dan duduk dengan orang-orang soleh yang boleh dijadikan teladan. Posted by Sifrulmind |
Astaghfirullah... Runtuh Lagi Di Terengganu... Posted: 22 Jun 2012 01:21 AM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - esut: PAS Kawasan Besut menggesa pihak berkuasa menangguh serta menghentikan segera pembinaan sebuah bangunan baru Astaka Jertih yang sedang dalam pembinaan yang runtuh petang tadi. Gambar Seorang mangsa kejadian bangunan Astaka dalam pembinaan yang runtuh diselamatkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat daerah Besut. Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2.15 petang, apabila tiba-tiba bangunan astaka dalam pembinaan yang terletak kira-kira dua kilometer dari bandar Jertih itu runtuh. Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad menggesa agar kerja-kerja pembinaan bangunan tersebut dihentikan segera bagi tujuan siasatan. Katanya, kejadian bangunan runtuh itu perlu disiasat oleh pihak berkuasa bagi mempastikan selamat serta tidak membahayakan nyawa para pekerja lain jika diteruskan. "Saya diberitahu oleh orang ramai yang mengetahui kejadian bangunan Astaka yang masih dalam pembinaan sebelum bergegas ke lokasi kejadian itu. "Kita (PAS) melahirkan rasa dukacita kerana terlalu banyak kejadian bangunan runtuh berlaku di Terengganu di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN). "Kita baru sahaja mengadakan program Himpun & Ingat Stadium Runtuh pada 8 Jun lalu, bagi mengingatkan rakyat tentang kelemahan Umno BN," jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily, petang tadi. Menurutnya, kejadian malang tersebut sehingga jam 3.30 petang tadi seramai enam orang berjaya diselamatkan di bawah runtuhan berkenaan oleh pasukan anggota Bomba dan Penyelamat Besut. Harakahdaily dimaklumkan kesemua mangsa runtuhan bangunan tersebut dihantar ke Hospital Daerah Besut yang sebahagiannya cedera parah. Ustaz Wan Azhar mendakwa banyak kejadian runtuh berlaku di negeri ini termasuk Dewan Sekolah Menengah Ajil, makmal Komputer, bumbung Masjid Batu Putih, bumbung stesen bas Kuala Berang, bangunan tambahan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. -HD |
“Tingkat Hantu” Di Pangsapuri Kuala Langat Posted: 22 Jun 2012 01:16 AM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - Suspek kena penjara 20 bulan ambil wang syarikat LONDON: Seorang wanita dipenjara 20 bulan selepas didapati bersalah mencuri £168,000 (RM840,000) daripada majikannya untuk membiayai majlis perkahwinannya secara besar-besaran. Kirsty Lane memalsukan dokumen untuk menggelapkan wang syarikat tempat kerjanya dan majikannya yang turut menjadi tetamu perkahwinan itu mengesyaki sesuatu tidak kena kerana majlis berkenaan diadakan dalam suasana mewah. Lane, 29, mengahwini Graham pada Januari tahun lalu di Dewan Besar hotel Mains dekat Blackpool. Majikannya, Peter Sutton mula mengesyaki sesuatu tidak kena kerana majlis Lane diserikan dengan pertunjukan bunga api, ahli silap mata, penyertaan dua kumpulan pemuzik, pemain saksofon, DJ, membenarkan minuman keras tanpa sekatan, sesi mengecat muka dan pemberian topeng. Sutton berkata: "Tetamu disambut dengan bunga-bungaan dan suasana mengagumkan. Majlis yang meriah itu tentu memakan belanja besar juga." Apabila, Sutton pulang ke pejabat tempat pengantin baru itu bekerja sebagai kerani akaun separuh masa, dia mendapati Lane memalsukan invois. Lane memasukkan wang syarikat ke dalam akaunnya sendiri dan tidak membayar khidmat firma audio visual di Leyland, Lancashire. Malah, dia turut membeli beberapa baju pengiring pengantin dan sebuah iPad dihiasi batu permata pada harga £1,500 (RM8,000). Sutton menyifatkan Lane sebagai hampir menyebabkan syarikat muflis. "Kami mempunyai 22 tenaga pekerja. Sikap tamak Lane menunjukkan bagaimana kehidupan orang lain boleh musnah. Tertuduh yang menitiskan air mata sepanjang sesi memberi keterangan semalam, mengaku salah kepada 122 tuduhan menipu syarikat Pure AV. "Majlis perkahwinannya menjadi sebab kami syaki sesuatu tidak kena. Dia selalu kata berasal daripada keluarga miskin dan tidak lakukan apa-apa untuk menyebabkan kami curiga," kata Sutton. Lane kemudian ditahan di rumahnya dan tidak dapat berbulan madu di Mexico seperti dirancang. - Agensi |
Subhanallah.. Kucing Susui Tikus Posted: 22 Jun 2012 01:13 AM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - Ranau: Walaupun kucing dan tikus dua haiwan sentiasa bermusuhan, namun perkara itu tidak berlaku bagi sebuah keluarga di Kampung Marakau, di sini, yang terkejut apabila mendapati kucing peliharaan mereka yang baru melahirkan anak turut menyusukan seekor tikus yang 'menumpang' manja bersama ibu kucing berkenaan. Menurut pemiliknya, Malik Kaibeh, 47, kucing peliharaannya yang dinamakan Puralan itu baru pertama kali melahirkan dua ekor anak di sebuah pondok berhampiran rumah mereka sebelum disedarinya pada 7 Jun lalu. "Saya melihat Puralan berulang-alik dua kali sambil menggonggong anaknya untuk berpindah dan hairan melihat ibu kucing ini turut menggonggong 'anaknya' yang agak pelik kerana memiliki ekor yang halus dan panjang selain berwarna hitam pekat. "Sebaik diamati, saya terkejut apabila mendapati anak ketiganya adalah seekor tikus dan tidak pasti sama ada haiwan itu sekadar menumpang atau turut lahir bersama anak kucing lain," katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam. Katanya, sebaik menyedari perkara itu, dia bersama isteri, Anifah Unggau, 47, memaklumkan kejadian terbabit kepada jiran sebelum perkara itu mula tersebar di kalangan penduduk kampung sehingga rumahnya kini menjadi tumpuan. "Biasanya tikus menu utama makanan kucing liar di sini, tetapi lain ceritanya dengan kucing kami apabila dilayan seperti anak sendiri. "Malah, ibu kucing dilihat melayan 'anak istimewanya' sama seperti dua lagi anaknya lain termasuk menyusu dan membersihkan badannya," katanya. Katanya, semua anak kucing berkenaan turut dilihat bermain bersama selain tikus terbabit tidak pernah cuba melarikan diri walaupun dikerumuni orang ramai. "Kami ada memelihara lebih 10 ekor kucing yang dibiarkan bebas selain arnab yang ditempatkan di dalam reban khas di luar rumah. "Selepas mengetahui kejadian ini, ramai penduduk kampung mengunjungi rumah saya untuk melihat lebih dekat termasuk ada di antara mereka menghulurkan wang untuk membeli makanan kepada ibu kucing berkenaan," katanya. Sementara itu, ketika ditanya sama ada dia akan menjual haiwan berkenaan, Anifah berkata, enggan berbuat demikian dan akan memelihara haiwan berkenaan. -HM |
Atucara Himpunan Hijau & Xpresi Anak Muda P.Pinang Posted: 22 Jun 2012 12:45 AM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - PULAU PINANG: Program Himpunan Hijau dan Xpresi Anak Muda P.Pinang di Padang Hj Ahmad Badawi, Bagan, Butterworth Ahad ini akan bermula seawal jam 4 petang. Antara pimpinan utama yang akan menghadiri dan menyampaikan amanat pada program itu nanti adalah Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Berikut adalah atucara penuh program: 4 Petang Ketibaan Konvoi Motorsikal Berkuasa Tinggi Pertunjukan Tarian Singa & Gendang Cina Pertunjukan Silambam & Gendang India Solat Asar Berjamaah Pertunjukan Seni Silat (Gayung Pusaka) Pelancaran Kelab Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS (P.Pinang) Ucapan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia Persembahan Zuar XPDC Persembahan UNIC Live bersama Tn Guru Nik Aziz 7.30 Malam Solat Maghrib Berjamaah Munajat bersama ulama Solat Isya Berjamaah 9.15 Malam Aluan Pengacara Majlis Ucapan Ust Mohd Yusni Md Piah, Ketua Dewan Pemuda PAS P.Pinang Ucapan YB Dato' Ust Mohd Salleh Man, Pesuruhjaya PAS P.Pinang Ucapan Sdr Hu Pang Chow, Pengerusi Dewan Himpunan PAS Pusat Ucapan Ust Syed Abdul Qader Al-Jufree, EXCO Dwn Pemuda PAS Malaysia Ucapan Sdr Mazlan Aliman, AJK PAS Pusat Ucapan Ust Dr. Khairuddin Aman Razali At-Takiri, Setiausaha Dwn Ulama PAS Pusat Ucapan Ust Nasruddin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Malaysia Live bersama Dato' Seri Tn Guru Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS. Acara Selingan Persembahan Boria P.Pinang Nyanyian Lagu Rasmi PAS, Negaraku & lagu Negeri P.Pinang Gimik Pelancaran Dana Kompleks PAS P.Pinang Gimik Pelancaran Buku Pelancaran Derma Harakah Daily |
PAS cabar pemimpin Umno tunai haji tahun ini Posted: 22 Jun 2012 12:44 AM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - TEMERLOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar pimpinan Umno pergi menunaikan haji pada tahun ini jika mereka yakin pilihan raya tidak diberlaku dalam tempoh itu.. Katanya, ekoran kenyataanya meminta calon PAS serta jentera menangguhkan hasrat untuk menunaikan haji pada tahun ini, beliau telah diserang oleh pemimpin Umno serta kuncu-kuncunya. "Saya cabar semua pemimpin Umno yang terlibat dengan pilihan raya supaya menunaikan haji kesemuanya jika Perdana Menteri tiada berhasrat untuk mengadakan pilihan raya pada musim haji," tegasnya ketika berucap di Dataran Kerdau malam tadi. Jelas beliau, ibadah haji ini boleh ditangguhkan atas sebab tertentu malah Rasulullah sendiri menunaikan haji pada tahun ke 10 hijrah sedangkan perintah haji turun pada tahun ke-6 hijrah. Menurutnya, ada diantara kenyataan pemimpin Umno itu tersasar dan ada yang menyatakan dosa mereka yang menangguhkan haji akan ditanggong oleh Tuan Ibrahim. Mengimbau sejarah tahun 1985, apabila Tun Mahthir mengadakan pilihan raya pada musim haji, ada seorang pemimpin Umno yang terpaksa pulang ketanah air walaupun dia sudah berada di Mekah. "Kenapa pemimpin Umno tidak mempersoalkanya berbanding kenyataanya baru-baru ini,"soal beliau. Menurut beliau, pemimpin tidak sepatutnya meletakkan rakyat dalam keadaan serba salah dan ini berpunca daripada kegagalan perdana menteri memuktamadkan tarikh pilihan raya lebih awal bagi memudahkan rakyat membuat perancangan untuk menunaikan ibadah haji. Harakah Daily |
Cikgu Mala nafi masuk Umno, sedia saman blogger Posted: 21 Jun 2012 11:57 PM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Bekas calon PAS Dun Tenang, Normala Sudirman hari ini menafikan fitnah penulis blog kononnya beliau menyertai Umno. Fitnah melalui blog Penaksj.wordpress.com yang itu bertajuk "PAS Johor punca Cikgu Normala berniat serah keahlian masuk Umno" disebarkan bermula kelmarin. Tulisan tersebut mendakwa Cikgu Mala mempunyai masalah kewangan selepas tewas pada pilihan raya kecil Dun Tenang pada 2010. Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut tengahari tadi, Normala atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu diteruskan. "Saya akan teruskan saman sekiranya perkara ini (fitnah) terus dipanjangkan dan menuntut penulis tersebut membuat permohonan maaf," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat. Cikgu Mala juga menegaskan, beliau akan terus berjuang dalam PAS dan mendapat sokongan padu daripada suami, keluarga dan parti sendiri. "Saya mendapat sokongan padu dari suami, keluarga dan jemaah sendiri dan InsyaAllah saya tak akan bertindak keluar parti," tegasnya. Sementara itu, Ketua Muslimat, Siti Zailah Mohd Yusof menyifatkan fitnah tersebut sebagai tindakan terdesak pihak tertentu untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu-isu utama negara. "Umno BN masih lagi guna fitnah dan dakyah kotor untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu rasuah dan sebagainya. Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Timbalan Ketua DMPP, Dr Siti Mariah Mahmud, Naib Ketua, Senator Mumtaz Md Nawi dan Ketua Penerangan, Aiman Athirah Al Jundi. Harakah Daily |
Kekalahan BN bukan perkara pelik Posted: 21 Jun 2012 11:55 PM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - Sesudah lima puluh empat tahun berkuasa dan bermaharajalela, UMNO Baru akan sampai ke penghujungnya dan sudah terlalu banyak dalil dan tanda-tanda yang menunjukkan ia akan berlaku. Tidak payah disebut dan diulangi kali ini kerana kenyataan itu sudah dirasai oleh ramai rakyat dan ia dirasakan di dalam naluri mereka yang memerhati keadaan ini. Ia tidak usah disedihkan kerana ia perlu berlaku bagi menjauhkan negara dari terjerumus ke lembah kerosakan kepada budaya politik negara kita yang kita sayangi ini. Parti Liberal Demokrat Jepun (LDP) telah tumbang setelah memerintah negara matahari terbit itu selama lima puluh tahun. LDP merupakan parti yang telah berjasa kepada negara Jepun. LDP lah yang telah membangunkan Jepun dengan begitu pantas setelah negara itu mengalami kekalahan yang menghinakan dalam peperangan dunia ke 2 dahulu. Negara Jepun yang telah hancur lebur hasil dari ledakkan bom atom di Hiroshima yang menjadi penyebab kepada kekalahan Jepun itu, telah dibangunkan kembali oleh LDP sehinggakan Jepun menjadi kuasa ekonomi yang besar di dunia ini. Jasa LDP kepada negaranya begitu 'quantifiable' kerana dalam tempoh lima dekad dalam pentadbiran dan pemerintahan parti LDP itu, Jepun telah menebus kekalahan yang dialamainya yang begitu hina, menjadi sebuah negara yang tidak boleh ditinggalkan dalam segala urusan antarabangsa, khususnya dalam bidang ekonomi dan perdagangan antarabangsa. Keributan kecil di Jepun boleh menjejaskan keadaan ekonomi dan seterusnya politik dunia, lebih-lebih lagi rantau Asia ini. Pemimpin LDP tahu dan faham apa yang mereka lakukan dan mereka tidak melakukan sesuatu tindakan itu berdasarkan kepada politik kepartian semata-mata. Jepun khususnya pimpinan LDP membangunkan negara bukan kerana diasaskan kepada kepentingan kepartian LDP semata-mata tetapi berdasarkan kepada matlamat yang 'ultimate' bagi rakyat dan negara iaitu untuk mencapai pembangunan negara (nation building) dalam erti kata yang sebenarnya. Negara Jepun setelah mengalami kekalahan peperangan dunia kedua tidak menunggu lama untuk memperbaiki keruntuhan hasil dari peperangan itu. Jepun terus sahaja membangunkan industri negaranya dengan memilih 'formula' dan pendekatan yang radikal dan prakmatik. Yang pertama dilakukan oleh Jepun ialah untuk membangunkan industri 'precision' nya dengan disampingi oleh 'R&D' nya kerana mereka tahu yang cara untuk menyaingi pembangunan negara-negara lain yang sedang membangun dengan pesatnya ialah dengan mencapai 'perfection' yang tinggi. Jepun tahu yang cara untuk mencapai 'competitiveness' yang tinggi ialah untuk membina industri kepada produk-produk yang mampu di 'export' dan mudah diterima oleh pasaran antarabangsa. Jepun di bawah pimpinan LDP sedar yang negara itu tidak mempunyai kekuatan 'export' untuk apa-apa komoditi kerana Jepun merupakan negara secara 'geographic' nya merupakan negara yang tidak mempunyai keluasan untuk kediaman yang besar. Jepun hanya mempunyai satu pertiga kawasan negaranya yang boleh didiami oleh manusia dan negara itu tidak mempunyai hasil bumi yang besar seperti di negara kita ini. Mahu tidak mahu Jepun terpaksa menumpukan usahanya untuk pembangunan industri sahaja semasa itu. Pembangunan industri 'precision' itu telah membantu pembangunan industri yang lain kerana kos pengeluaran barangannya menjadi rendah kerana kos yang dibelanjakan terhadap 'capital goods' dalam sesuatu pengeluaran itu menjadi rendah. Ini ialah kerana mesin-mesin untuk mengilang itu dikeluarkan oleh negara Jepun sendiri hasil dari 'R&D' nya yang berjaya itu. Di sebaliknya di negara kita sampai kehari ini kita belum pun lagi mempunyai industri Malaysia itu sendiri. Malaysia belum lagi mempunyai barangan industri kita sendiri untuk di 'export' atau menjadi kegunaan masyarakat antarabangsa. Kesemua industri yang ada di negara kita hanyalah merupakan industri 'footloose' yang boleh dipindah dan dianjak ke mana-mana oleh pengilang-pengilang antarabangsa yang ada di sini. Malahan banyak di antara kilang-kilang gergasi kepunyaan negara lain yang beroperasi di negara kita telah memindahkan operasinya di negara-negara jiran kita seperti Thailand dan Vietnam. Begitulah besarnya jasa LDP kepada negara Jepun tetapi setelah memerintah selama lima dekad rakyat menolak parti itu kerana kepentingan negara dan rakyat. LDP telah melakukan kesilapan demi kesilapan kerana mereka (LDP) telah mengambil segala-galanya 'for granted' kerana telah terlalu biasa dengan kuasa yang rakyat mandatkan. Rakyatnya mementingkan kepentingan negara sebagai perkara yang utama. LDP sudah mula diselaputi oleh kegiatan rasuah dan salah guna kuasa dan kadar rasuahnya tidaklah sebesar apa yang berlaku di negara kita. Itu pun rakyat Jepun menolaknya setelah berjasa kepada Jepun selama lima puluh tahun. Itulah sebabnya jika UMNO Baru mengungkit-ngungkit apa yang mereka telah lakukan terhadap rakyat dan meminta rakyat mengenang jasanya untuk meneruskan kuasa itu, ia merupakan satu penganiayaan kepada negara sendiri. UMNO Baru mahukan rakyat mengenangkan jasa-jasa lama dan melupakan sahaja isu rasuah yang berluas-luasa yang mereka lakukan. Bagi UMNO Baru 'aku boleh rasuah kerana aku telah lama berjasa' itu merupakan budaya dan pemikiran yang amat hina terhadap rakyat. UMNO Baru telah mengungkit sampai keperkara yang kecil dan di kampung saya suatu ketika dahulu pemimpin UMNO Baru mengungkitkan bantuan gigi palsu sebagai cara untuk menyambung sokongan terhadap mereka (UMNO)Baru. Kita perlu mengambil contoh yang baik seperti contoh yang dilakukan oleh rakyat Jepun. Mereka (rakyat Jepun) mengutamakan nasib dan masa depan negara. Mereka tidak termakan dengan cerita jasa lama dan membiarkan negara mereka dipunah ranahkan oleh pemimpin-pemimpi parti yang telah berjasa lebih besar kepada rakyatnya dari jasa UMNO Baru kepada rakyat Malaysia. Kita juga elok mengkaji apa yang berlaku kepada Parti Kongress India yang telah ditumbangkan oleh rakyat negara India setelah hampir lima dekad berjasa kepada negara demokrasi terbesar di Asia itu. Semuanya mengambil giliran untuk turun apabila masanya tiba. Begitu juga Parti Golka dari Indonesia. Ini semuanya merupakan contoh-contoh yang hampir dengan kita yang sejarahnya masih baru dan muda. Kita tidak payah membaca tentang sejarah lama seperti kejatuhan Empire Roman dan sebagainya. Apa yang berlaku di sekeliling kita sudah memadai untuk dijadikan contoh dan teladan. - http://aspanaliasnet.blogspot.com Harakah Daily |
Terpedaya sindiket gores dan menang Posted: 21 Jun 2012 08:12 PM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Kegembiraan seorang warga Singapura yang datang bercuti ke negara ini tidak berpanjangan selepas terpedaya dengan sindiket gores dan menang dalam kejadian di Bukit Bintang di sini, kelmarin. Lelaki yang berusia 59 tahun itu, ditawarkan sekeping kad oleh seorang lelaki dan perempuan untuk digores sebelum diberitahu dia memenangi hadiah tilam berkualiti tinggi. Difahamkan, mangsa dibawa ke pejabat sindiket tersebut di Taman Tasik Permaisuri, Cheras untuk mengambil hadiah dan membayar RM8,200 bagi menerima hadiah yang lebih lumayan. Mangsa kemudiannya membawa pulang hadiah tersebut dan dimaklumkan ada pihak yang akan datang untuk membeli tilam itu dan ditukarkan dengan hadiah lain. Namun, sehingga hari ini, tidak ada pihak yang datang membeli tilam tersebut dan menyebabkannya rugi. Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Wilayah Persekutuan, Abu Samah Shabudin berkata, kejadian tersebut adalah satu daripada 62 kes melibatkan kerugian RM390,625 yang diterima sejak awal tahun ini. Menurutnya, mangsa, yang berusia 37 hingga 70 tahun, sering terpedaya dengan pujukan sindiket ini yang merekrut remaja belasan tahun untuk menipu. "Mereka ini akan bergerak dari satu tempat ke tempat lain dan memerangkap mangsa dengan menawarkan pelbagai hadiah lumayan," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam. sinar harian/- |
Kami perlukan 'naluri pembunuh': Loew Posted: 21 Jun 2012 08:12 PM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - MUNCUL selaku pasukan tunggal melakar rekod kemenangan 100 peratus bukan jaminan buat Jerman mudah mengatasi Greece pada pertembungan suku akhir, awal pagi esok. Jurulatih, Joachim Loew berkata, penting untuk pasukan menumpukan perhatian di posisi pertahanan dengan menutup ruang di antara bahagian serangan dan tengah. "Kami bermain dengan baik dalam tiga perlawanan sebelum ini dengan melancarkan serangan dan tidak membenarkan lawan memiliki banyak peluang. Jadi, penting untuk kami mempunyai pertahanan yang kental. "Masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki kerana kami masih kekurangan naluri pembunuh di bahagian penyudah kerana Greece pasti akan memberi tentangan sengit untuk memenangi perlawanan," katanya. Tamat saingan peringkat kumpulan, skuad Die Mannschaft cemerlang dengan mengutip sembilan mata hasil tiga kemenangan ke atas Portugal, 1-0, Belanda (2-1) dan Denmark (2-1). Masih mencuri peluang untuk bergelar juara sejak kali terakhir melakukannya pada 1996, spekulasi juga timbul sama ada Loew akan melakukan rombakan pemain dengan membawa masuk penyerang, Miroslav Klose untuk bergandingan dengan Mario Gomez termasuk Marco Reus di posisi tengah. "Pasukan ini mempunyai lebih daripada 11 kesebelasan utama, malah dalam setiap perlawanan penting untuk mempunyai keseimbangan antara pertahanan dan serangan," katanya yang mengakui lawan sebagai pakar dalam menyusun atur strategi serta menggunakan kelebihan skil pemain. Sinar Harian |
Benzema umpama 'raja rimba': Arbeloa Posted: 21 Jun 2012 08:11 PM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - STADIUM Donbass Arena, Donets'k awal pagi Ahad ini bakal menjadi gelanggang buat pasukan Sepanyol dan Perancis berentap sesama sendiri untuk merebut slot ke separuh akhir Euro 2012. Bagi meredakan tekanan kian memuncak, pemain pertahanan La Roja, Alvaro Arbeloa melancarkan perang psikologi dengan menyifatkan penyerang Perancis, Karim Benzema sebagai 'raja rimba'. Menurut Arbeloa, walaupun teman karibnya di Real Madrid itu belum menemui sentuhan jaringan pada kempen kali ini, ayam tambatan Les Bleus itu katanya tetap menghadirkan ancaman berbahaya kepada kubu Sepanyol. "Mereka seimbang di segenap posisi termasuk memiliki pemain muda berbakat besar. "Franck Ribery dan Samir Nasri antara taruhan berbisa Perancis dan mereka mampu mengubah tempo permainan pada bila-bila masa. "Namun, Benzema lain sedikit. Dia salah satu bintang handalan di dunia dan miliki keupayaan luar biasa," katanya pernah bermain untuk kelab England, Liverpool pada musim 2007 hingga 2009. Sinar Harian |
Umar patek dipenjara 20 tahun. Posted: 21 Jun 2012 08:09 PM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - JAKARTA 22 Jun - Militan Ondonesia, Umar Patek hari ini dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun berikutan penglibatannya dalam pengebom Bali 2002. Dia yang dikenali Demolitan Man itu didapati bersalah oleh mahkamah Daerah jakarta Selatan kerana merancang pembunuhan dan terlibat dalam pembuatan bom yang digunakan ke atas kelab malam di Bali . "Kami dengan ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun ke atas Umar, ''kata Ketua Hakim, Encep Yuliardi. - AGENSI |
Taktik sembunyi produk terlarang bawah tanah terbongkar Posted: 21 Jun 2012 08:09 PM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Taktik pengusaha sebuah kedai pemborong produk kesihatan di Jalan Raja Alang, Chow Kit di sini, menutup laluan ke bilik bawah tanah yang dijadikan tempat simpanan produk terlarang, akhirnya terbongkar dalam Operasi Bersepadu Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), malam kelmarin. Lubang kecil yang hanya boleh dilalui seorang individu itu, terletak di bahagian belakang kaunter dan ditutup menjadi lantai premis bagi mengaburi mata pihak berkuasa. Ketua Penolong Pengarah Farmasi, Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Kuala Lumpur, Norita Noraini berkata, pihaknya menerima aduan daripada awam berhubung kewujudan premis tersebut namun kewujudan bilik bawah tanah hanya diketahui sebaik sahaja serbuan dilakukan. Menurutnya, sebelum ini premis tersebut hanya beroperasi pada waktu malam bagi mengelakkan serbuan dilakukan pihak penguat kuasa kerana kebiasaannya operasi dijalankan pada waktu siang. "Mengejutkan apabila serbuan mendapati terdapat bilik bawah tanah yang dijadikan stor simpanan produk tidak berdaftar dan ubat-ubatan yang mengandungi bahan beracun. "Kita percaya pengusaha ini berfungsi sebagai pembekal kepada premis lain di kawasan sekitar," katanya ketika ditemui pada operasi berkenaan. Beliau berkata, operasi secara besar-besaran melibatkan 70 pegawai dan anggota cawangan berkenaan itu dijalankan ke atas 14 premis dan tiga stor yang dikenal pasti dan nilai rampasan dianggarkan RM200,000. "Kebanyakan peniaga dan pekerja di premis sini adalah warganegara Aceh, jadi banyak produk yang datang dari Indonesia yang tidak melalui kelulusan Kementerian Kesihatan dan ubat yang mengandungi bahan beracun hanya boleh dijual oleh ahli farmasi sahaja," katanya. Norita berkata, kesemua premis dan stor yang diserbu dalam operasi bermula 8 malam itu melibatkan rampasan produk kesihatan termasuk jamu, ubat kuat, dan antibiotik. "Produk yang dirampas akan dihantar ke pihak berkuasa kawalan dadah Kementerian Kesihatan untuk siasatan manakala produk yang dipercayai mengandungi bahan beracun akan diserahkan ke Jabatan Kimia untuk diuji," katanya. Sinar Harian |
Les Blues yakin kalahkan Sepanyol Posted: 21 Jun 2012 08:05 PM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - KETIADAAN penggempur Perancis Franck Ribery dan Samir Nasri ketika sesi latihan semalam, tidak membimbangkan. Kedua-dua pemain itu terpaksa direhatkan seketika selepas Nasri mengalami kecederaan ringan ketika menentang Sweden, sementara Ribery masih bergelut dengan tahap kecergasan. Perkembangan itu bagaimanapun tidak menjejaskan keyakinan pengendali Perancis Laurent Blanc dalam memburu kemenangan sekaligus menyingkirkan juara bertahan Sepanyol pada aksi suku akhir, awal pagi Ahad. Kekalahan mengejut kepada Sweden, Rabu lalu sedikit pun tidak melemahkan moral pasukan, namun Blanc percaya peluang mereka ke separuh akhir, cerah. "Kekalahan itu sudah berlalu dan kami perlu positif. Apa yang berlaku (menentang Sweden) ketika itu, pasukan tidak beraksi seperti yang dirancang. "Tetapi bertemu Sepanyol kali ini kami perlu tanamkan keyakinan tinggi untuk tewaskan mereka. "Kami hanya perlu memberi tumpuan sepenuhnya dan bermain bersungguh-sungguh, walaupun mereka memiliki barisan pemain yang cukup hebat," katanya . Bahkan Blanc tidak menolak kemungkinan menurunkan pemain yang tahu corak permainan lawan yang akan memberi kelebihan buat Les Blues meraih kemenangan. Sinar Harian |
Posted: 21 Jun 2012 08:04 PM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - ROMPIN - Sebanyak 200 ayam ditemui rentung hingga mengakibatkan seorang pembekal ayam di Felda Keratong 1, di sini, terpaksa menanggung kerugian lebih RM80,000 selepas gerai pemprosesan ayamnya hangus dijilat api, kelmarin. Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, kesemua ayam yang hendak dihantar kepada peniaga di beberapa tempat di sekitar Keratong dan Muadzam Shah ditemui rentung apabila hampir keseluruhan bangunan itu terbakar. Tiga mesin pemprosesan ayam dianggarkan bernilai lebih RM40,000 dan dua peti ais sejuk beku tempat simpanan ayam musnah dalam kejadian. Mangsa, Awang Hashim, 55, berkata, sewaktu kejadian, dia sedang tidur di rumah sebelum dikejutkan anak lelakinya yang memberitahu gerai berusia tujuh tahun itu terbakar. "Anak saya mendapat maklumat gerai ayam kami terbakar daripada seorang jiran yang datang ke rumah pada awal pagi sebelum kami bergegas ke tempat kejadian," katanya kepada Sinar Harian. Awang yang kini menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mengurus selia perniagaan itu kepada anaknya berkata, sebaik sahaja sampai ke tempat kejadian, dia mendapati bangunan itu sudah terbakar. Menurutnya, kebakaran itu dipercayai berlaku dalam tempoh sejam sebelum ia berjaya dikawal anggota Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah yang tiba selepas 15 minit dimaklumkan berhubung kejadian itu. "Sehingga kini, bomba masih menyiasat punca sebenar kejadian itu dan masih mentaksirkan jumlah keseluruhan kerugian yang kami alami," katanya. Pengeluaran merosot AWANG berkata, setiap kali dia menatap bangunan itu, hatinya diruntun kesedihan mengenangkan kejadian itu kerana bersusah payah sejak usia muda lagi bagi mengembangkan perniagaan yang dimilikinya. "Luluh hati saya melihat bangunan gerai itu terbakar, apatah lagi gerai ini dibina dengan hasil titik peluh saya selama lebih 30 tahun menjual ayam dengan hanya menggunakan motosikal," katanya. Awang yang juga pembekal ayam utama di Rompin berkata, kejadian itu juga menyebabkan perniagaan anaknya terjejas selepas berdepan kesukaran menjalankan kerja pemprosesan ayam. "Sekarang ini, kami terpaksa menumpang di tempat rakan untuk pemprosesan ayam kerana segala kelengkapan sudah rosak," katanya. Menurut Awang, dalam sehari, dia terpaksa membekalkan kira-kira 500 ayam di beberapa kedai runcit dan pasar malam di sekitar Bandar Tun Razak, Perantau Damai, Muadzam Shah dan Rompin. Malah, katanya, pada musim perayaan pula, dia terpaksa menjual sebanyak RM3,000 hingga RM5,000 ayam sehari memandangkan permintaan tinggi pada musim itu. "Kami juga sudah bersedia membekalkan ayam pada musim perayaan tidak lama lagi, namun segalanya seakan lumpuh apabila kelengkapan kami musnah," katanya. Katanya, dua daripada anaknya hanya bergantung kepada sumber rezeki itu bagi menyara kehidupan keluarga dan musibah yang melanda itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka. Harap kerajaan sudi membantu MENURUT Awang, dia berharap agar anak-anaknya tidak putus asa dan terus cekal dengan dugaan yang melanda mereka kerana beranggapan segala kejadian itu mungkin ada hikmah di sebaliknya. "Saya reda dengan ketentuan ini namun sebagai manusia biasa, kita kena berusaha meneruskan kehidupan kerana apa yang berlaku itu mungkin akan menjadikan kita bertambah kuat," katanya. Dalam pada itu, katanya, dia merayu kepada mana-mana pihak khususnya kerajaan supaya dapat meringankan penderitaan yang dialami termasuk memberi bantuan kelengkapan alatan pemprosesan ayam. Katanya, dengan adanya bantuan itu, ia secara tidak langsung dapat membantunya memulihkan semula perniagaannya itu kerana terpaksa menyediakan kira-kira RM150,000 untuk kos keseluruhan kerugian yang dialami. "Dalam keadaan harga barang binaan semakin tinggi, kami memerlukan modal yang besar untuk memulakan operasi perniagaan ini semula," katanya. Sinar Harian |
KPF Tolak Isa Samad Keputusan Baik – ANAK Posted: 21 Jun 2012 08:02 PM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - SHAH ALAM 22 JUN :Keputusan mesyuarat agung tahunan (AGM) Koperasi Permodalan Felda (KPF) Malaysia Berhad tidak meneruskan pelantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai anggota lembaga pengarahnya adalah keputusan yang baik demi masa hadapan Felda. "Ia satu keputusan yang menggembirakan dan kita berkeyakinan dengan perkembangan mutakhir ini yang tidak memihak kepada mereka yang hendak menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings(FGVH), saya cukup optimis walaupun 28 Jun ini akan dimuktamadkan untuk penyenaraian FGVH ia akan menemui kegagalan," kata Mazlan Aliman. Mazlan yang merupakan Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) berkata Isa Samad tidak layak menjadi ahli KPF kerana beliau bukan kakitangan tetap Felda. Beliau berkata, adalah wajar KPF ini diuruskan oleh kalangan professional yang berkelayakan dan bukan daripada orang-orang politik yang mempunyai agenda sendiri. "Bila ada campurtangan politik berlaku ia akan menyebabkan proses transformasi dasar-dasar KPF yang digariskan oleh Lembaga Pengarah sedia ada akan terencat yang akan menyebabkan nanti dasar-dasar ini nanti tidak dapat dilaksanakan," katanya. Jelas Mazlan, peningkatan dividen kepada 18 peratus pada tahun ini yang diberikan kepada pemegang-pemegang saham adalah kejayaan yang perlu dikekalkan tanpa campurtangan orang-orang politik yang dibimbangi boleh menjejaskan pencapaian cemerlang KPF kini. "Dengan kepimpinan KPF sedia ada, saya percaya mereka mampu melonjakkan prestasi KPF sebagai peneraju koperasi terbaik di Malaysia," ujarnya. Di bawah Undang-undang Kecil fasal 36(1) dan 36(2), Lembaga Felda dikehendaki melantik tiga orang calon dari kalangan ahli koperasi untuk menganggotai Lembaga KPF. "Sebab sekarang ini Isa Samad tidak boleh menguasai KPF adalah kerana beliau dan Lembaga Pengarah KPF sedia ada tidak senada dan sehaluan. "Kalau Isa Samad dinobatkan sebagai pengerusi KPF, ia akan membawa KPF kepada penyenaraian,kerana itu adalah perancangan beliau," ujar Mazlan. Sebelum ini, keahlian Isa dibekukan sementara Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas Hakim Abang Iskandar Abang Hashim mendapati terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dalam KPF. Pembekuan keahlian Isa sekaligus menghalang beliau daripada dicalonkan sebagai Anggota Lembaga KPF. Sekiranya berjaya menganggotai Lembaga KPF, Isa dijangka akan menjadi pengerusi KPF baru menggantikan pengerusi sekarang, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab. Global Felda Ventures Holdings (FGVH) dimiliki 100 peratus oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang mana 49 peratus pegangannya dimiliki oleh Felda Holdings. Manakala, KPF yang dianggotai oleh kira-kira 112,627 peneroka dan 23,000 pekerja Felda pula memiliki pegangan sebanyak 51 peratus di dalam Felda Holdings. selangorku/- |
Posted: 21 Jun 2012 08:02 PM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - BANDAR RAUB - Seorang peniaga terpaksa menanggung kerugian apabila mesin penapis air (water dispenser) yang diletakkan di sekitar bandar sering menjadi sasaran pencuri yang memecahkan mesin terbabit untuk melarikan wang di dalamnya. Lee Cheang Son, 40-an, berkata, dalam tempoh dua bulan, sudah empat kali mesin itu dipecahkan dan dia kerugian hampir RM4,000. Menurutnya, setakat ini dia meletakkan 15 mesin sama di sekitar daerah Raub, 15 di Bentong, 10 di Lipis dan satu di pekan Benta. "Saya hadapi masalah sama di setiap kawasan dan kekerapan wang daripada mesin ini dicuri semakin membimbangkan. "Laporan sudah dibuat dan maklumat berkaitan individu terlibat juga sudah disampaikan kepada polis untuk tindakan," katanya kepada Sinar Harian. Cheang Son berkata, bagi memastikan perkara sama tidak berulang, dia terpaksa memasang besi tebal dan kunci berkualiti yang lebih mahal. Katanya, kos membuat besi dan kunci itu pula lebih RM1,000 yang dipasang pada semua mesin penapis air miliknya. "Difahamkan kecurian ini dilakukan beberapa individu dengan cara memotong besi dan kunci yang dipasang pada mesin ini sebelum mengumpil tempat simpanan wang syiling. "Jika keadaan begini (kecurian) berterusan saya akan terus menanggung kerugian," katanya. Menurutnya, perniagaan menjual air itu tidaklah mendatangkan keuntungan yang banyak pada satu-satu masa, tetapi ia adalah sumber rezekinya untuk menampung perbelanjaan keluarganya dan berharap kejadian itu tidak berlaku lagi selepas ini. Sinar Harian |
Rooney optimis England akan lepasi badi suku akhir Posted: 21 Jun 2012 08:01 PM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney optimis skuad England mampu untuk menamatkan badi suku akhir menjelang pertemuan dengan Itali, Isnin ini. Rooney berkata, England akan mempunyai keupayaan untuk ke separuh akhir kejohanan besar buat pertama kali selepas 16 tahun setelah tiga kali tersingkir pada suku akhir dan mara setakat pusingan kedua Piala Dunia. "Saya harap kami boleh melepasi peringkat suku akhir kali ini. "Menentang Itali pasti akan menjadi perlawanan yang sengit, namun ia agak seimbang dari segi cara permainan kami. "Jadi, kami yakin untuk memenangi pertemuan itu nanti. Lagipun, kami mempunyai pemain yang mampu untuk menjaringkan gol," kata Rooney. Rooney yang beraksi buat kali pertama pada Euro 2012 setelah digantung dua perlawanan turut mengakui rasa lega dengan jaringan pertamanya pada kejohanan besar selepas lapan tahun di samping membantu England mencatat kemenangan ke atas Ukraine untuk meneruskan saingan ke peringkat seterusnya. "Saya gagal menjaringkan gol dalam kejohanan besar sejak sekian lama, jadi jaringan ketika menentang Ukraine adalah bermakna buat saya lebih-lebih membantu England memenangi perlawanan. "Kami tahu kualiti yang kami miliki dan apa keupayaan kami. Apa-apa pun, kami akan berusaha keras untuk menamatkan badi ini," tambah Rooney. Sinar Harian |
Pembantu makmal maut, motosikal terbabas masuk longkang Posted: 21 Jun 2012 07:59 PM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - JENGKA - Seorang lelaki menemui ajal ketika dalam perjalanan ke tempat kerjanya apabila motosikal yang ditungganginya terbabas masuk longkang di jalan berdekatan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Cawangan Jengka dari bandar Jengka ke Maran. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 8 pagi itu meragut nyawa pembantu makmal Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Mohd Sarizi Rahim, 31. Isteri mangsa, Maznah Hassan, 31, berkata, dia mendapat tahu mengenai kejadian itu setelah menerima panggilan telefon daripada rakan suaminya. "Sekitar jam 8.15 pagi, kawan baik arwah telefon beritahu arwah ditimpa kemalangan dan minta saya datang segera ke tempat kejadian. "Setelah tiba di tempat kejadian barulah saya tahu suami saya sudah tiada. Arwah memang tidak sihat sejak seminggu lalu," katanya kepada Sinar Harian. Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Maran, Deputi Superintendan Ahmad Johari Shahabudin berkata, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum masuk ke dalam longkang dan meninggal dunia di tempat kejadian. "Mangsa dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya di Felda Jengka 10. "Mangsa meninggalkan seorang balu dan tiga anak berusia 7, 3 dan 1 tahun," katanya. Dalam kejadian berasingan, seorang guru Sekolah Kebangsaan Sungai Jerik maut apabila motosikal yang ditungganginya terbabas ketika dalam perjalanan dari Felda Ulu Jempol menuju ke Sungai Jerik. Mangsa, Mohammad Mustafar Mat Said, maut serta-merta di tempat kejadian dan kemalangan dipercayai berlaku kira-kira jam 11 malam semalam. Sinar Harian |
Keganasan etnik ragut 80 nyawa Posted: 21 Jun 2012 07:56 PM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - Penduduk Myanmar masih risau keselamatan YANGON: Lebih 80 terbunuh dalam keganasan kaum di barat Myanmar bulan ini, kata pegawai kerajaan semalam, ketika penduduk tempatan berkata mereka masih bimbang dengan keselamatan nyawa masing-masing. Kira-kira 71 maut dalam pertempuran lebih seminggu itu, kata pegawai, sebagai tambahan kepada 10 penduduk Islam yang dibunuh 3 Jun lalu oleh samseng Buddha yang membalas dendam atas jenayah rogol dan bunuh seorang wanita tempatan. Kedua-dua pihak menuduh berhubung serangan itu. Isnin lalu, dua lelaki dijatuhkan hukuman mati kerana jenayah rogol dan bunuh, walaupun tiada tahanan, menjalani hukuman berkenaan sejak tahun 1988. Negeri Rakhine digegarkan dengan rusuhan, kes kebakaran dan serangan balas dendam membabitkan penduduk Buddha dan Islam Rohingya, yang mencetuskan kebimbangan antarabangsa. Pegawai Myanmar dan ramai rakyat Myanmar, termasuk kebanyakan etnik Buddha Rakhine, menganggap Rohingya sebagai pendatang dari Bangladesh dan merujuk mereka sebagai Benggali. Mayat lapan lagi etnik Rakhine ditemui di kampung Yathedaung, 65 kilometer dari ibu negeri wilayah itu, Sittwe, kata pegawai. "Mereka dibunuh ketika pertempuran dengan Benggali," katanya kepada AFP menerusi telefon dari Sittwe. Pemimpin Rohingya berkata angka kematian mungkin lebih tinggi berbanding perangkaan yang diberikan pihak berkuasa. Kira-kira 800,000 penduduk Rohingya tinggal di Myanmar, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan kira-kira 800,000 penduduk Rohingya tinggal di Myanmar dan menyifatkan mereka sebagai minoriti paling tertindas di dunia. "Mereka didiskriminasi termasuk had pergerakan dan kurang hak memiliki tanah, pendidikan dan perkhidmatan awam," kata PBB. Bangladesh yang dianggarkan menjadi tempat tinggal 300,000 Rohingya, mengarahkan bot yang membawa mereka berpatah balik sebaik tiba di pantainya sejak ketegangan tercetus. Pegawai berkata kelmarin, keadaan berjaya dikawal di kebanyakan tempat di Rakhine, yang menyaksikan perintah darurat dilaksanakan selama lebih seminggu. Namun penduduk di Sittwe berkata, keadaan masih tegang dan sekurang-kurangnya sebuah rumah dibakar tengah malam kelmarin. – AFP |
Posted: 21 Jun 2012 07:56 PM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - BANDAR TEMERLOH - Seorang bapa kesal dengan pengurusan sebuah sekolah di daerah ini kerana membiarkan kenderaan luar masuk ke pekarangan sekolah sehingga menimbulkan bahaya kepada murid. Mohd Nizam Ismail, 36, mendakwa, anaknya, Jannatul Izzati, 5, menjadi mangsa kecuaian itu apabila dilanggar sebuah motosikal di pekarangan sekolah. Menurutnya, kejadian berlaku 12 Jun lalu, kira-kira jam 12.10 tengah hari ketika anaknya mahu pulang selepas tamat kelas prasekolah. "Saya kesal kerana tidak sepatutnya pihak sekolah membiarkan kenderaan ibu bapa masuk ke kawasan sekolah. "Semasa kejadian, seorang remaja lelaki mahu mengambil adiknya yang juga murid prasekolah pulang. Dia meletakkan adiknya duduk dalam raga motosikal sambil enjin kenderaan itu masih hidup," katanya. Mohd Nizam berkata, secara tidak sengaja kanak-kanak terbabit telah memulas minyak motosikal berkenaan lalu melanggar Jannatul Izzati yang berada berdekatan kawasan itu. "Pada hari itu saya tidak mengambil anak saya kerana terpaksa bekerja dan saya minta tolong jiran untuk ambilnya di sekolah. "Akibat kemalangan itu anak saya patah kaki kiri. Nasib baik ada pengusaha kantin yang sudi hulurkan bantuan dan segera bawa anak saya ke hospital," katanya. Berikutan kejadian itu, dia berharap pihak pengurusan sekolah dapat mengetatkan kawalan dengan tidak membenarkan kenderaan ibu bapa atau penjaga yang menghantar dan mengambil anak masuk ke kawasan sekolah bagi mengelakkan perkara sama berulang. Sinar Harian |
Kes curi motorsikal: Empat pelajar Geng Suria dicekup Posted: 21 Jun 2012 07:54 PM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - JOHOR BAHRU – Empat pelajar sekolah termasuk 16 yang lain dipercayai anggota Geng Suria dicekup polis sekali gus berjaya menyelesaikan 99 kes curi motosikal dan 51 kes ragut yang didalangi kumpulan terbabit. Mereka yang ditahan berusia 15 hingga 23 tahun dipercayai bergiat aktif mencuri motosikal di sekitar Iskandar Malaysia dengan menyasarkan aktiviti mencuri sekurang-kurang tiga motosikal sehari. Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kejayaan menumpaskan sindiket curi motosikal itu susulan penahanan seorang lelaki berusia 21 tahun di Taman Suria, Majidee di sini, jam 6 petang, 13 Jun lalu. Susulan tangkapan itu, polis berjaya menahan 19 lelaki lagi di beberapa lokasi berasingan yang dipercayai aktif melakukan jenayah mencuri motosikal dan ragut di sekitar daerah ini. "Dalam operasi itu, polis juga berjaya merampas 22 buah motosikal curi dan pelbagai alat ganti motosikal yang dileraikan untuk dijual," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini, semalam. Mohd Mokhtar berkata, kesemua penjenayah itu yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau kini ditahan reman hingga esok untuk membantu siasatan lanjut kes berkenaan dan pihaknya yakin berjaya menyelesaikan 99 kes curi motosikal dan 51 kes ragut. "Kes ini disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih tujuh tahun serta boleh dikenakan denda," katanya. Sementara itu, mengulas kes seorang kanak-kanak berusia lima tahun yang ditemui mati selepas secara tidak sengaja ditinggalkan di dalam kereta selama beberapa jam oleh ibunya, Mohd Mokhtar berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001. Polis masih belum lagi merekodkan Mohd Mokhtar (dua, kiri) melihat rampasan motor yang dicuri Geng Suria. keterangan daripada ibu mangsa yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2 dan sedang menunggu keputusan bedah siasat kes berkenaan. Dalam kejadian jam 7 pagi kelmarin, mangsa ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta selama beberapa jam oleh ibunya yang berusia dalam lingkungan 40-an di tempat letak kereta sekolah berkenaan. Pada kebiasaan, ibu mangsa menghantarnya ke tadika, bagaimanapun bergegas ke sekolah untuk mengimbas kad perakam waktu bekerja dan hanya menyedari mengenai kejadian itu jam 1.30 petang dan ketika itu anaknya tidak lagi bernyawa. Sinar Harian |
Teras tolak keputusan PSC Lynas selamat Posted: 21 Jun 2012 07:43 PM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Teras Pengupayaan Melayu (Teras) menolak keputusan PSC bahawa Lynas selamat dan dengan itu kerajaan mengeluarkan lesen beroperasi kepada Lynas. NGO Melayu itu menyifatkan tindakan itu adalah tindakan yang tidak wajar dan mengenepikan suara rakyat. "Jelas slogan 'rakyat didahulukan' hanya retorik kosong. Dengan keputusan kerajaan mengeluarkan lesen operasi kepada Lynas, slogan yang sebenarnya diguna pakai ialah "keuntungan diutamakan, dan rakyat diperjudikan," kata Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden Teras. Kata Azmi, kerajaan sepatutnya menimbangkan dengan teliti bantahan rakyat kerana betapa canggih sekalipun teknologi yang diguna untuk menjamin tahap keselamatan ia tetap tidak boleh mengenepikan kekhuatiran rakyat bahawa Lynas akan meletakkan nyawa penduduk persekitaran dalam keadaan merbahaya malah seluruh pekerja Lynas berhadapan dengan risiko. Pertimbangan yang paling berat seharusnya diberi kepada persoalan kenapa syarikat Australia ini tidak mahu beroperasi di negara itu sendiri jika benar ia selamat, kata beliau. Oleh itu, beliau berpendapat, kekhuatiran rakyat adalah berasas kerana dalam jangka masa panjang kilang tersebut terdedah kepada keadaan yang tidak menentu. Dengan maklumat yang rakyat perolehi dari tragedi kebocoran gas Bhopal di India pada Disember 2-3 hb 1984 ( membunuh 3,000 dan mencederakan lebih 500,000 orang ) dan letupan kilang nuklear Chernobyl pada April 1987 di Ukraine sudah cukup untuk mencemaskan masyarakat khususnya yang berdekatan dengan kilang Lynas. Laporan sebuah agensi PBB, UNSCEAR menetapkan akibat tragedi Chernobyl, 64 kematian, dan kematian selebihnya yang berkaitan dengan tragedi itu kepada 4,000 yang terdedah kepada radiasi (200,000 pekerja keselamatan, 116,000 penduduk yang dievakuasi dan 270,000 penduduk yang berada di kawasan sekitar yang dikontaminasi oleh radiasi). Di anggar 3940 kematian adalah akibat kanser dan leukemia kerana terdedah kepada radiasi Chernobyl . Berdasarkan sejarah ini apakah kerajaan akan bertanggungjawab jika tragedi luar jangka berlaku? soal beliau. "Betapa jaminan keselamatan ditetapkan sekalipun, jelas kekhuatiran yang disuarakan oleh rakyat tidak boleh diketepikan begitu sahaja," katanya. Rakyat bukan sahaja ada asas untuk membantah malah punya hak untuk menolak Lynas jika ia berpotensi boleh mencetuskan malapetaka jika kececuaian manusia berlaku, tegas Azmi lagi. Harakah Daily |
Air mandian misteri berwarna keruh ditemui di bilik anak Posted: 21 Jun 2012 07:41 PM PDT 2 Syaaban 1433H. [MOD] - MARANG - Kebimbangan seorang bapa selepas anak gadisnya berkelakuan pelik dan sering berkurung di dalam bilik sejak lebih seminggu lalu, akhirnya terjawab apabila dia menemui beberapa peralatan termasuk 'air mandian misteri' di bilik tidur anaknya itu. Antara peralatan lain disimpan adalah uncang teh, uncang mengandungi beras, gula dan kertas tertulis ayat al-Quran, cecair jernih diisi di dalam botol mineral untuk diminum dan air berwarna keruh diletakkan di dalam botol plastik digunakan sebagai air mandian. Hasan Tayib, 48, mendakwa, anak gadisnya juga turut memakai tangkal di leher diberikan seorang bomoh 'misteri' namun hanya sebahagian dari peralatan itu ditemuinya manakala selebihnya dilihat oleh isterinya, Latifah Sulong, 44. Hasan berkata, anak kelima dari enam beradik itu baru berusia 15 tahun dan masih belajar di sebuah sekolah di sini, dipercayai menjadi mangsa bomoh terbabit yang diperkenalkan seorang lelaki berumur 40-an tidak dikenalinya tetapi dikenali anak gadisnya itu. Menurutnya, perkara itu terbongkar apabila dia mengekori anak gadisnya ke sekolah awal pagi semalam, sebelum dia mendapati sebuah kereta sedang menunggu berdekatan rumah mereka dipercayai untuk membawa anak gadisnya itu ke satu tempat. "Perkara pertama terlintas difikiran tentulah yang buruk-buruk. Hati bapa mana yang tidak risau. Tambah pula, gejala anak gadis lari dari rumah melibatkan lelaki yang berusia menjadi perkara biasa dan ia memang membimbangkan kami. "Saya kemudiannya menunggang motosikal ke arah kereta itu sebelum melihat seorang lelaki tidak dikenali berusia sekitar 40-an berada di dalam kenderaan itu lalu bertanyakan kepadanya kenapa menjemput anak perempuan saya di situ," katanya. Hasan turut mendakwa rawatan itu membuatkan anak gadisnya mengikut telunjuk lelaki berusia 40-an itu. Hasan yang ditemui di rumahnya di Gong Merawang di sini, berkata, lelaki itu memberitahu, dia menjemput anak gadisnya itu untuk pergi menemui seorang bomoh di sebuah kampung di daerah itu untuk berubat kerana mengidap sakit dalaman. "Saya hairan kerana anak saya tidak pernah mengadu sakit dan jika sakit sekalipun dia (anak) ada penjaga iaitu kami. Selepas itu berlaku sedikit pertengkaran dan saya kemudiannya mengambil anak saya dan meminta lelaki itu beredar," katanya. Susulan kejadian itu, Hasan kemudiannya menghantar anaknya ke sekolah sebelum pulang semula ke rumah dan menemui beberapa peralatan termasuk 'air mandian misteri' di bilik tidur anaknya yang dikatakan digunakan untuk merawat penyakit 'misteri' anaknya. Sementara itu, mungkin tidak ramai sedar bahawa gadis bawah 18 tahun sebenarnya masih lagi tertakluk kepada Akta Kanak-Kanak kerana pada usia itu mereka memerlukan perlindungan, belaian kasih sayang keluarga dan perhatian. Justeru soal siapa salah tidak seharusnya berbangkit sebaliknya jalan penyelesaian yang mesti dicari. Malah bagi Hasan dan Latifah, mereka tidak malu untuk berkongsi beban ditanggung agar ia tidak berakhir dengan padah termasuk anaknya itu lari mengikut kekasih. Mereka juga menyifatkan naluri ibu bapa sangat sensitif untuk menyimpulkan apa sebenarnya telah menimpa anak gadis mereka itu namun mereka tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis jika anak gadis mereka terus diganggu lelaki terbabit. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan