Jumaat, 22 Jun 2012

.

.


Media putar belit kenyataan saya - Dr. Che Rosli

Posted: 22 Jun 2012 02:27 AM PDT

KUALA LUMPUR: Laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berkenaan Lynas Advanced Material Plants (LAMP) tidak memperincikan butirannya secara saintifik.

Biarpun pendengaran awam yang dijalankan mengambilkira pandangan daripada pelbagai pakar, persoalan yang membimbangkan rakyat masih tidak terjawab.

Demikian dinyatakan ahli parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat pada sidang media di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata sewajarnya sebuah makmal ditubuhkan bagi mengkaji secara terperinci segala kesan dari pemprosesan nadir bumi terhadap kesihatan dan alam sekitar.

Mengakui beliau hanya mempunyai kepakaran di bidang nuklear dan tidak arif mengenai bidang-bidang lain, justeru beliau meminta tidak ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataan beliau sebelum ini.

"Memang saya mengatakan projek Lynas itu hanya mempunyai kadar radiasi yang rendah, namun ia tidak membuktikan ia selamat," tegas beliau lagi.

Ini kerana, katanya kesan dari proses penguraian bahan-bahan nadir bumi itu akan menghasilkan tiga jenis residu yang memberi kesan kepada kesihatan.

Sehubungan itu, beliau mengatakan keperluan untuk mengadakan 'Health Impact Assessment' (HIA) dan 'Health Risk Assessment' (HRA) dan aspek pengurusan residu perlu dititikberatkan.

Dalam pada itu, ahli parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata pengalaman dalam kes Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah tercetus akibat ketiadaan pelan pengurusan sisa membabitkan bahan radioaktif.

"Memang kadar radiasinya rendah sebagaimana dinyatakan Hulu Langat (Che Rosli), tapi residu yang terhasil dari bahan itu yang membimbangkan kita," tegas beliau.

Katanya, tindakbalas kimia ini menghasilkan 'heavy metals' seperti plumbum, merkuri, arsenik, cadmuim dan nikel, yang mana ketiga-tiga 'heavy metals' terakhir itu adalah karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.

Atas sebab itu, beliau berpendirian PAS tidak dapat menerima projek tersebut kerana ia tidak dikemukakan secara saintifik berhubung kesan-kesan sampingan dari pemprosesan nadir bumi tersebut.

Turut serta dalam sidang media itu ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/11136-media-putar-belit-kenyataan-saya-dr-che-rosli

Tunku Harmy: Melayu Umno Tambah Korup Sebab Dr M

Posted: 21 Jun 2012 02:30 PM PDT




SHAH ALAM, 19 JUN: Budaya rasuah di negara ini menjadi semakin buruk apabila pentadbiran negara diambil alih mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Seorang kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan berkata budaya kroni di dalam Umno menjadi lebih kronik selama pemerintahan Dr Mahathir yang memegang tampuk kuasa selama lebih 20 tahun.
"Umno ni setelah Dr Mahathir ambil pucuk kepimpinan, penggal pertama memang dia hebat.
"Masuk penggal kedua pula dia mula 'bersih, cekap, amanah' untuk kroni dan keluarga dia.
"Selepas itu saya tengok Melayu mula korup sebab dia," ujar Tunku Harmy yang juga merupakan sepupu kepada Baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Menurut Tunku Harmy, Dr Mahathir mampu bertahan selama lebih empat penggal dengan menggunakan rahsia salah laku pemimpin Umno-BN lain untuk kepentingan diri.
"Oleh kerana Menteri Besar, menteri-menteri semua dia dah pegang, sampai lebih empat penggal dia tahan.
"Semua rekod dia pegang sebab nak pertahankan kedudukan dia sebagai presiden Umno.
"Bila orang nak lawan dia, dia keluarkan fail dan akhirnya inilah yang merosakan rakyat, keturunan bangsa Melayu dari segi akidah, perangai, akhlak tak boleh pakai lagi.
"Melayu jadi jahat sebab dia. Pemimpin dari atas ke bawah tak ada yang tak korup. Jadi saya harap PKR jangan jadi macam Umno," katanya lagi.
Tunku Harmy turut mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat agar tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan oleh Dr Mahathir sekiranya gagasan itu berjaya menawan Putra Jaya nanti.
"Kalau satu hari nanti pemimpin Pakatan pun macam Umno, saya juga akan bangkit lawan," ujarnya nanti.

Source: http://www.selangorku.com/?p=9848&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tunku-harmy-melayu-umno-tambah-korup-sebab-dr-m

Tiada ulasan:

Nuffnang