Khamis, 21 Jun 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Masih Tiada Bekalan Elektrik Walaupun Bukan di Pendalaman Sarawak

Posted: 21 Jun 2012 12:18 AM PDT

Aduan Rakyat , 21 Jun 2012  

Saya hairan sekali mengapa Kampung Sungai Pinang, Jerok & Sungai Tapang Simunjan di langkau tanpa ada bekalan elektrik?  Adakah kerana kami, penduduk2 kampung terlalu baik sampai Kerajaan memberi keutamaan kepada Kampung2 lain yang selalu mengundi pembangkang?  Kebanyakkan yg mengundi pembangkang di utamakan.  Abok, Telagus, Nyelitak etc.. semuanya pengundi parti pembangkang.

Tetapi mereka sekarang dah senang lenang dapat menikmati bekalan elektrik 24jam.  Bill elektrik lagi murah berbanding membeli minyak ron95 tiap2 minggu kerana memakai generator. 

Adakah ini taktik memancing undi?  Saya rasa tak puas hati, kerana kampung kami (Sungai Pinang) bukannya pendalaman.  Lagipun dekat kampung kami adalah stesen penternakan (Jabatan Pertanian).  Dulu ada biri2, sekarang tinggal rusa.  Bila lagi nak merasa bekalan elektrik 24jam?  Minyak makin lama makin naik dan membebankan.  Setakat bagi generator memang tak berbaloi.  Baru setahun dah rosak.

Janganlah pihak terbabit mengambil kesempatan terhadap penduduk yang baik hati sampai orang lain didahulukan.  Bagilah orang-orang yang duduk kampung merasa bekalan elektrik sebelum ajal mereka sampai.

Bosan dengan taktik sekarang memancing undi.

Sekian…

By: Mira

Bekas tahanan ISA dakwa ramai dipukul, dikencing

Posted: 20 Jun 2012 11:30 PM PDT

21 Jun 2012 - Seorang bekas tahanan ISA mendakwa, para tahanan bukan sahaja dipukul malah turut "dikencing" oleh pihak berkuasa kem tahanan di Kamunting, Perak dalam satu kejadian berdarah pada 2004.

Menurut Yazid Sufaat yang dibebaskan daripada ISA pada 2008, mendakwa tindakan itu dilakukan oleh "kira-kira 100 orang" anggota Unit Keselamatan Penjara (UKP) yang memakai kelengkapan anti-rusuhan.

Insiden itu bukan dilakukan oleh polis, seperti yang didakwa dalam satu nota yang didakwa diseludup keluar oleh kakitangan kem.

Yazid mendakwa, anggota UKP itu membariskan mereka mengadap satu tembok dan kemudiannya meludah dan kencing ke atas mereka.

"Jika saya jumpa mana-mana antara mereka lagi, saya akan kencing di atas kepala mereka (sebagai balasan)," katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui semalam.

Dalam kejadian pada Disember itu, penyeksaan fizikal ke atas tahanan warga Malaysia berlaku dalam tempoh sehari suntuk, namun ia berlarutan selama beberapa hari ke atas tahanan warga asing, dakwa Yazid.

Tambahnya, ada di antara rakan-rakannya yang patah tangan dan rusuk, selain luka-luka serius dan menerima banyak jahitan.


SIRI JELAJAH NEGERI SEMBILAN JUN 2012

Posted: 20 Jun 2012 06:32 PM PDT

CERAMAH PERDANA
Penceramah : Wan Aishah Wan Ariffin, Siti Fareedah, Ramlan Roes, Ust. Fairos Mat Isa, Norwani Ahmat & Taufek Abd Ghani 
Tarikh : 21/06/2012 , Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : Pasti Mustaqim, Tmn Pinggiran Senawang, Senawang

JAMUAN RAKYAT DAN CERAMAH PERDANA
Bersama : Dato' Husam Musa, Taufek Abd Ghani, Dato' Kamarul Ariffin, Loke Siew Fook & Dr Rosli Yaakop 
Tarikh : 23/06/2012 , Sabtu
Masa : 8 mlm
Tempat : Kg Mulia, Pekan Rembau (depan Pej Daerah Rembau), Rembau

CERAMAH UMUM
Penceramah : Dr Ismail Saleh & Abd Rahman Ramli
Tarikh : 23/06/2012 , Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Felda Pasoh 2, Jelebu (rumah Sahak Tukang), Jelebu

CERAMAH UMUM
Penceramah : Dato' Husam Musa, Tony Pua Kian, Hanipa Maidin & Zulkefly Mohd Tarikh : 23/06/2012 , Sabtu
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Caw. Kg Panchor, Rumah Kedai, Tmn Ampangan, Seremban

CERAMAH UMUM
Penceramah : Dr Ismail Salleh, Dr Rafie Malik, Nazree Yunus, Nasaei Ismail & Norwani Ahmat
Tarikh : 24/06/2012 , Ahad
Masa : 9 mlm
Tempat :  Kg Sawah Raja, Kota (rumah Hj Md Noh), Rembau

CERAMAH PERDANA
Penceramah : Wan Aishah, Siti Zailah Mohd Yusoff, Dr Badrul Amin & Zulkefly Mohd Omar 
Tarikh : 25/06/2012, Isnin
Masa : 9 mlm
Tempat : Markas PAS Caw Ampangan, Bt 3, Jln K. Pilah, Kg Gedung Lalang Lama (sebelah Surau Hitam), Ampangan, Seremban

CERAMAH ISU SEMASA
Penceramah : Ust Nasruddin Hassan Tantawi, Dato' Arif Sabri & Wan Aishah 
Tarikh : 26/06/2012, Selasa
Masa : 9 mlm
Tempat : No 11, Peringkat 6, Felda Bukit Rokan (rumah Raja Herman Syah), Bukit Rokan, N.Sembilan

ISA: Unit pengesan bom serbu, pintu rumah dipecah

Posted: 20 Jun 2012 06:17 PM PDT

20 Jun 2012 

KUALA LUMPUR: "Masa polis datang tangkap suami saya, mereka ketuk pintu dengan sangat kuat, tak ada seorang pun beri salam, terus pecahkan pintu," cerita isteri kepada tahanan Akta Keselamatan Dalam Isteri (ISA) Mustawan Ahbab.

Khairunizah Mohd Akhir, 36 menceritakan kembali detik-detik penangkapan suaminya pada sidang media bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di lobi Parlimen hari ini. Turut serta ialah Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh.

Beliau berkata, kira-kira 30 polis termasuk unit pengesan bom menyerbu dan menyelongkar barang-barang di rumah mereka pada 11 Ogos 2010 iaitu hari pertama Ramadhan.

"Mereka tangkap dan terus gari Mustawan dan telefon kami dirampas dan dimatikan.

"Tak ada waran tangkap, bila kami tanya kenapa tangkap mereka tak cakap salah apa tapi beritahu  suami saya ditahan dua minggu di Bukit Aman dan minta saya sediakan pakaian Mustawan untuk dua minggu.

"Polis kata saya boleh melawat Mustawan tiap-tiap hari tapi saya pergi tak dapat jumpa pun. Dah seminggu lebih barulah boleh jumpa," katanya.

Mustawan, 34, merupakan warga Indonesia dan sudah  lima tahun menetap di Malaysia.

Eksekutif pemasaran di sebuah syarikat penerbitan buku di Kuala Lumpur itu ditangkap kerana didakwa menganggotai Jamaah Anshorut Tauhid yang berpengkalan di Indonesia yang disifatkan sebagai pengganas antarabangsa.

Mustawan dituduh menjadi agen bagi mengumpulkan dana untuk pergerakan itu di Malaysia.

Sehingga hari ini, Mustawan masih ditahan di Kem Kamunting bersama 44 yang lain.

Sementara itu, bapa kepada seorang lagi tahanan, Fadzullah Abdul Razak kecewa anaknya dituduh melakukan tiga rompakan tetapi tidak dibawa ke mahkmah untuk dibicarakan.

Abdul Razak Mohd, 54 berkata, keluarganya sangat berharap kerajaan menunaikan janji untuk membebaskan anaknya dan kesemua tahanan ISA.

Fadzullah yang ditahan di bawah ISA sejak Julai 2010 merupakan salah seorang yang menyertai mogok lapar bulan lalu menuntut pembebasan dari Kemta.

"Jumpa dengan Fadzullah baru-baru ini, memang dia kata dia nak sangat bebas dari Kemta sebab tak tahu apa salah dia," katanya.

Turut hadir ibu Fadzullah, Hadijah CP Veeravu, 51.


Tiada ulasan:

Nuffnang