Khamis, 21 Jun 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


PAS & TAHALUF SIYASI : BUKAN SEMATA-MATA HENDAK TUMBANGKAN UMNO

Posted: 21 Jun 2012 08:56 AM PDT


TELUK INTAN, 18 Jun - Penglibatan PAS bertahaluf siyasi dengan parti-parti lain bukan semata-mata untuk menolak kezaliman UMNO malah ia lebih jauh daripada itu. Demikian telah dinyatakan oleh ahli jawatankuasa Lujnah Tarbiyah PAS Pusat, Ustaz Abdul Kadir Al Joofree semasa membentang kertas kerja dalam program Liqa Fikri PAS Kawasan Teluk Intan. Majlis telah diadakan di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan, Kg. Padang Tembak dekat sini.

Beliau yang juga merupakan Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia telah membentang kertas kerja bertajuk "Tahaluf Siyasi : Garis Panduan Dari Prespektif Islam" dari Majlis Syura Ulama PAS.
Bersama YDP PAS Teluk Intan, Ustaz Ismail Che Nik.

Ruang dalam markaz penuh sesak hingga melimpah keluar.

Menurut Ustaz Syed Abdul Kadir, tahaluf siyasi bukan satu matlamat bagi PAS tetapi ia adalah satu jalan atau strategi. Oleh itu, perjuangan PAS bukan sekadar bertahaluf siyasi dan menumbangkan UMNO/BN malah ia lebih daripada itu iaitu mencapai keredhaan Allah SWT.

Menurut pegawai Majlis Syura Ulama itu lagi,  ahli-ahli PAS sepatutnya mengambil peluang tahaluf siyasi ini dengan melebarluaskan lagi medan dakwah mereka di samping mengukuhkan kedudukan politik.

Berdasarkan kepada penelitian kepada dalil-dalil serta realiti kedudukan politik di Malaysia, enam perkara penting perlu dijadikan garis sempadan Tahaluf Siyasi. Enam perkara tersebut adalah seperti berikut:

1. Tahaluf mestilah dijadikan wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam serta membuka ruang untuk perlaksanaan Islam.

2. Tahaluf mestilah dipastikan dasar-dasar Islam dapat dipertahankan.

3. Intima' hendaklah diberikan kepada kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS), bukan kepada Pakatan Tahaluf.

4. Tahaluf hendaklah dijadikan ruang dan medan menyampaikan dakwah.

5. Matlamat kemenangan Islam tidak boleh menghalalkan Tahaluf secara mutlak.

6. Majlis Syura 'Ulamak mempunyai kuasa membuat keputusan mengenai kesinambungan tahaluf siasi berdasarkan kepada maslahah dan mafsadah syar'iyyah dari semasa ke semasa.
Sesi pertanyaan sedang berjalan.

Para hadirin mengambil peluang bersalaman dengan Ustaz Syed.

Akhirnya, beliau menekan PAS akan memastikan bahawa dasar-dasar parti dan Islam tidak akan tergadai apabila bertahaluf siyasi.

Kehadiran para ahli PAS dan penyokong adalah di luar jangkaan di mana kehadiran orang ramai telah memenuhi ruang dalam dewan markaz.

intanhijau.blogspot.com

Pelakon Hairie Othman pula sertai PAS

Posted: 21 Jun 2012 12:46 AM PDT

(Hairie [berjaket tiga dari kanan] bergambar bersama selepas ceramahnya semalam)
BATU GAJAH: Pelakon, seniman, sastrawan kini berbondong-bondong menyertai PAS dan yang terbaru, pelakon filem Leftenan Adnan, Hairie Othman pula akan menyertai PAS.

Menurut Hairie, beliau bersama-sama pelakon, Zulkifli Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6 julai ini.

Beliau tampil dalam siri ceramah PAS di Batu Gajah bersama Leman Raja Lawak yang baru sahaja sertai PAS, semalam.

Turut menyampaikan ceramah ialah Pengarang Berita Harakah,  Tarmizi Mat Jam, Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Bekas Setiausaha Dewan Negara, Salleh Bakar.

Dalam ucapan sulungnya di pentas PAS, Hairie berkata, faktor mendorongnya untuk menyertai PAS ialah atas kesedarannya sendiri.

"Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri," katanya di hadapan ratusan hadirin.

Katanya, ramai artis yang menyokong BN kerana untuk mencari 'makan' dan meneruskan karier dalam bidang hiburan.

Anak kelahiran Negeri Kedah ini sangat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad yang mendakwa artis yang menyertai PAS ini bukanlah untuk berdakwah sebaliknya untuk berpolitik.

"Kenapa jika artis yang tidak sealiran dengan mereka dihina dan dijadikan isu sedangkan yang menyertai Umno tidak pula dibangkitkan?

"Saya telah memberikan komen tentang kenyataan menteri itu di facebook dan ramai yang menyokong komen saya itu," jelasnya.

Hairie berkata, ramai yang memberi sokongan kepadanya selepas komen-komennya dalam laman facebook seolah-olah pro kepada pembangkang.

"Ramai yang memberi sokongan dan mengajak saya sertai PAS dan hari ini, hari bersejarah saya berucap pertama kami dipentas PAS," katanya dalam nada gembira.

Beliau mengakui tindakan ini akan memberi kesan kepada karier lakonannya namun beliau sanggup menghadapinya.

"Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki bukannya BN tetapi Allah ," jelasnya.

Hairi menjelaskan, umat Islam perlu mengetahui serta mengakui politik dan Islam tidak boleh dipisahkan.

Oleh itu, katanya Umat Islam perlulah menyokong parti yang memperjuangan Islam iaitu PAS dan menolak parti yang memperjuangkan assobiyyah.

"Saya akan bersama-sama membantu  dalam misi menawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," jelasnya.(harakahdaily)

Tiada ulasan:

Nuffnang