:: cina islam | 2011 :: |
- [WASPADA] Bersihkan Bahagian Atas Tin Minuman
- [DEDAH] Opss 2020: Ini Bukti Mahasiswa Dikerah Kempen Untuk BN
- Pemuda PAS : Segerakan Pilihan Raya Kampus
- Semua Kaum Perlu Bersatu Tolak Umno-BN
- Buaya Sepanjang 10 Kaki Kelihatan Di Sungai Muar
- PENGAJARAN DI SEBALIK SYA’ABAN
- Audit Negara Perlu Siasat Kontrak RM30.8 juta Kepada Anak Menteri
- Prof Mohamad: Pandangan Tokoh Luar Tak Jamin Tepat
- Bayi dilahirkan tanpa bola mata
- 13 motosikal terbakar di Flat PPR Sungai Bonus
- Palang berhayun tusuk teksi
- Presiden PAS ketuai Himpunan Oren 14 Julai ini
- Tapak SAR: PAS Gopeng pertahan prinsip Islam
- Dera anak teman wanita
- Jeritan tukang rumah jadi penyelamat
- Pelakon Hairie Othman pula sertai PAS
- Pengundi baru Selangor akan dibersihkan
- Opss 2020: Mahasiswa dikerah kempen untuk BN
- Media putar belit kenyataan saya - Dr. Che Rosli
- Seksa wanita hamil
- Murad diugut diugut ejen BN, dakwa Saifuddin
- Duta New Zealand pula kunjungi Kelantan
- Pemandu teksi lebih perlukan permit dari tayar
- Imej paling jelas nebula dirakam
- ISA: Unit pengesan bom serbu, pintu rumah dipecah
[WASPADA] Bersihkan Bahagian Atas Tin Minuman Posted: 21 Jun 2012 01:48 AM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - Pada hari Ahad lalu satu keluarga bertamasya dengan membawa beberapa tin minuman. Pada hari Isnin, dua anggota keluarga terpaksa dibawa ke hospital dan ditempatkan di ruang Intensive Care Unit (ICU). Dia meninggal pada hari rabu. Hasil autopsi merumuskan ia terkena Leptospirosis. Hal ini disebabkan pada tin minuman yang diminumnya, tanpa menggunakan gelas. Hasil ujian menunjukkan tin tersebut telah terinfeksi air kencing tikus yang sudah kering yang mengandung leptospira. Sangat dinasihatkan agar membilas secara merata bahagian atas semua tin minuman sebelum meminumnya. Tin biasanya disimpan di dalam gudang dan langsung dihantarkan ke kedai-kedai tanpa dibersihkan. Sebuah penelitian menunjukkan bahawa bahagian atas semua tin minuman lebih terkontaminasi dibandingkan tandas awam (penuh kuman dan bakteria.) Jadi, bersihkan dengan air sebelum memasukkannya ke mulut untuk menghindari segala jenis kecelakaan fatal. Mohon forward pesan ini kepada semua orang yang kita sayangi. KELAB GREENBOC/- |
[DEDAH] Opss 2020: Ini Bukti Mahasiswa Dikerah Kempen Untuk BN Posted: 21 Jun 2012 01:45 AM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - Kuala Lumpur: Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN) mendesak siasatan dilakukan berhubung Opss 2020 dan mahu pihak yang terlibat membuat penjelasan terbuka mengenai konspirasi ini. Opss 2020 didakwa satu konspirasi terancang oleh Umno BN yang menggunakan institusi awam termasuk mahasiswa untuk memenangkan mereka pada pilihan raya umum ke-13. Antara yang terlibat ialah Biro Tata Negara (BTN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti (HEP) setiap universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Menurut jurucakap Pro-MN, Edikoup Lakip Sediyanto, Opps 2020 menyebabkan pilihan raya kampus ditangguhkan mengakibatkan hampir keseluruhan universiti tidak mempunyai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). "Opss 2020 membunuh aktivisma dan idealisma mahasiswa di kampus serta menghalang kebangkitan mahasiswa sebelum PRU ke-13 dan bertujuan menakluk kampus di Malaysia untuk menjadi pro kepada Umno BN," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen semalam. Sidang media sempena penyerahan memorandum mengenai perkara itu kepada Sekretariat Benteng Negara Dari Jenayah (Benar) yang dipengerusikan Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar. Edikoup juga berkata, Opss 2020 dilakukan dengan sangat terancang melalui pertemuan-pertemuan sulit yang dirangka pejabat perdana menteri sendiri. "Setiausaha politik KPT dan pegawai khas KPT dan pegawai KPT lain turut terlibat dalam mesyuarat bersama wakil kampus pada 25 Januari lepas," dakwanya sambil menunjukkan bukti kehadiran mereka dalam minit mesyuarat tersebut. Sehubungan itu Pro-MN menuntut penjelasan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berhubung perkara ini. -HD Minit mesyuarat penyelarasan pemilihan MPP IPTA sesi 2012, Bil. 1/2012 : Tarikh : 25 Januari 2012 Masa : 9.00 hingga 11.00 malam Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur. Sumber : FB Konspirasi 2020 |
Pemuda PAS : Segerakan Pilihan Raya Kampus Posted: 21 Jun 2012 01:41 AM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 21 JUN : Pemuda PAS mendesak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya menyegerakan Pilihan Raya Kampus (PRK) yang lama tertangguh. Ketua Penerangan Pemuda PAS, Riduan Mohd Nor berkata PRK itu sepatutnya diadakan pada bulan Mac 2012 lepas tetapi ditangguhkan di semua kampus sehingga ke bulan September 2012 kerana alasan remeh yang tidak boleh diterima. "Tempoh masa tertangguh seperti yang diumumkan oleh KPT terlalu lama bagi mahasiswa kerana ia akan menyebabkan banyak agenda yang tidak dapat diselesaikan. "Mahasiswa kini ketiadaan pemimpin di kampus-kampus yang akan berjuang bagi menentukan nasib mereka sendiri selama penangguhan ini," kata Riduan dalam kenyataan media. Tambah Riduan, beliau kesal kerana kerajaan cuba menafikan hak mahasiswa berpersatuan dan berpolitik kampus. "PRK adalah perlu bagi mahasiswa bagi memilih pemimpin baru yang akan berjuang bagi kepentingan mereka. "Menangguhkan pilihan raya kampus bererti mematikan idealisme mahasiswa, suara mereka tersekat, kepimpinan mereka terbantut dan kematangan berfikir mereka juga akan terhalang," ujarnya. Ramai melihat alasan utama disebalik penangguhan PRK adalah kerana ia berlangsung dekat dengan Pilihan Raya Umum Ke-13. "Menyekat hak mereka memilih kepimpinan yang akan bersuara bagi pihak mereka merupakan suatu tindakan yang tidak wajar," katanya. selangorku/- |
Semua Kaum Perlu Bersatu Tolak Umno-BN Posted: 21 Jun 2012 01:33 AM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - SABAK BERNAM 21 JUN : Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari meminta semua kaum di negara ini bersatu dan menolak pentadbiran Umno-BN. Katanya, hal itu kerana ramai pemimpin Umno-BN banyak mencetuskan masalah kepada rakyat dan akan berlagak hero untuk menyelesaikan masalah itu. "Mereka ini pemimpin yang berpura-pura. Jadi kita mesti berubah untuk menolak dan membuang mereka. "Contohnya, saya dimaklumkan, terdapat lebih 300 nelayan Cina di Sabak Bernam memohon untuk mendapatkan geran tanah tempat tinggal mereka tetapi tiba-tiba mereka dapati bahwa tapak rumah mereka itu dikenal pasti adalah tanah rizab melayu. "Saya pelik bagaimana penempatan nelayan kaum Cina yang sudah berusia lebih 100 tahun boleh bertukar status. Kita dapat lihat, ini bukan kerja kita tetapi kerja Umno-BN yang mahukan pemimpin mereka bangunkan tanah terbabit," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 2,000 penduduk dalam Program Merdeka Rakyat, di sini semalam. Hadir sama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam. Turut hadir, Ketua Cabang PKR Sabak Bernam, Badrolamin Baharon, Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, Adun Hutan Melintang, S Ke savan, Adun Batu Caves, Amirudin Shari dan Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei. Sementara itu, Chua Jui Meng berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak berani untuk mengumumkan Pilihan Raya Umum ke -13(PRU13) kerana khuatir Umno-BN akan tergugat. "Saya diberitahu oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai, jika Najib umumkan pembubaran parlimen, Johor bukan lagi kubu kuat Umno-BN tetapi akan jadi kubu kuat Pakatan Rakyat. "Kerana di Johor sekarang angin sudah meniup, apabila Johor bergoyang maka Umno-BN di seluruh negara akan tergugat," katanya. Selain itu, Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR memberitahu pemberian saguhati RM50 sebulan kepada wanita seluruh negara akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat memenang PRU13. Katanya, pemberian tersebut yang dinamakan Program Caruman Wanita Nasional adalah salah satu daripada program yang dirangka khusus bagi membela kaum wanita. "Ia untuk membantu wanita tersebut sekiranya ditimpa perkara yang tidak diingini kepadanya, suami atau keluarganya. Maknanya wanita ada sesuatu untuk membantu mereka sekiranya ditimpa kesusahan," katanya. selangorku/- |
Buaya Sepanjang 10 Kaki Kelihatan Di Sungai Muar Posted: 21 Jun 2012 01:30 AM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - Ledang - Sebuah pasar raya di Tanjung Agas, dekat sini, gempar apabila salah seorang pekerjanya melihat kemunculan seekor buaya yang timbul di permukaan Sungai Muar, berhampiran premis berkenaan, Isnin lalu. Gambar: Antara gambar buaya timbul di Sungai Muar yang sempat dirakam Hairi. Mahu dikenali sebagai Hairi, 32, berkata, ketika kejadian kira-kira jam 7.15 malam, dia sedang membuat rondaan di sekitar pasar raya itu. Menurutnya, dia terlihat kelibat objek yang tiba-tiba naik dan masuk semula ke dalam air. "Pada mulanya saya sangka batang kayu tetapi selepas diamati, barulah saya menyedari objek berkenaan adalah seekor buaya dewasa setelah lampu suluh mengenai matanya. "Saya segera memanggil rakan yang kebetulan memegang kamera dan turut merakam kejadian ini. Reptilia ini agak besar dan panjangnya tidak kurang daripada 10 kaki, namun sejak kebelakangan ini ia kerap muncul pada waktu petang. "Kehadiran buaya ini telah menimbulkan kebimbangan ramai kaki pancing di pinggir sungai ini," katanya. -SH |
PENGAJARAN DI SEBALIK SYA’ABAN Posted: 21 Jun 2012 01:22 AM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ، سَيَقُولُ ٱلسُّفَهَآءُ مِنَ ٱلنَّاسِ مَا وَلَّىٰهُمْ عَن قِبْلَتِهِمُ ٱلَّتِى كَانُوا۟ عَلَيْهَا ۚ قُل لِّلَّهِ ٱلْمَشْرِقُ وَٱلْمَغْرِبُ ۚ يَهْدِى مَن يَشَآءُ إِلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ ﴿البقرة:١٤٢﴾ Akan berkata orang-orang yang bodoh di kalangan manusia: ''Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ''Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus. أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلهَ الاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلىَ رَسَوْلِكَ مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ . اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُوْ اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَاَنْتـُمْ مُسْلِمُوْنَ. Wahai hamba-hamba Allah sekelian, Bertaqwalah kita kepada Allah kerana hanya orang-orang yang bertaqwa sahajalah yang akan mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan di Akhirat. Muslimin yang dirahmati Allah, Kita kini berada dalam Bulan Sya'aban, bulan kelapan dalam taqwim Hijriah dan merupakan yang penuh keberkatan selepas Rejab dan Ramadhan sebagaimana yang didoakan oleh Rasulullah saw: اَللَّهُمَّ باَرِكْ لَناَ فِيْ رَجَبٍ وَشَعْباَنَ وَبَلِّغْناَ رَمَضَانَ "Ya Allah, anugerahkanlah keberkatan untuk kami pada Bulan Rejab dan Syaaban, dan sampaikanlah hayat kami hingga kami menemui Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain) Sidang Jumaat yang berbahagia, Bulan Sya'aban mengingatkan kita tentang satu peristiwa penting yang cukup meninggalkan kesan mendalam di zaman Rasulullah saw iaitu Pertukaran Arah Kiblat. Peristiwa yang berlaku pada Bulan Syaaban tahun kedua hijrah. Allah swt telah mengarahkan Umat Islam berpindah kiblat daripada Masjid al-Aqsa di Baitul Maqdis kepada Kaabah di Masjidil Haram, Mekah. Firman Allah SWT : قَدْ نَرَىٰ تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِى ٱلسَّمَآءِ ۖ فَلَنُوَلِّيَنَّكَ قِبْلَةًۭ تَرْضَىٰهَا ۚ فَوَلِّ وَجْهَكَ شَطْرَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ ۚ وَحَيْثُ مَا كُنتُمْ فَوَلُّوا۟ وُجُوهَكُمْ شَطْرَهُۥ ۗ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَـٰبَ لَيَعْلَمُونَ أَنَّهُ ٱلْحَقُّ مِن رَّبِّهِمْ ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا يَعْمَلُونَ ﴿البقرة :١٤٤﴾ "Kerap Kami melihat engkau (Muhammad), berulang-ulang menengadah wajahmu ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai. Oleh itu palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, mereka mengetahui bahawa perkara (perpindahan kiblat ke Kaabah) itu adalah perintah yang benar dari Tuhan mereka dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang mereka lakukan". Sidang Jumaat yang dikasihi Allah, Pertukaran kiblat ini menjadi isu besar di Madinah walaupun sepanjang Umat Islam berkiblatkan Baitul Maqdis, orang-orang Yahudi mengatakan kononnya Umat Islam mengadap ke arah tempat suci mereka. Allah SWT telah menggelarkan orang-orang yang mempertikaikan perpindahan kiblat ini sebagai orang-orang yang bodoh. Dia antara ungkapan orang-orang bodoh ini adalah seperti berikut : a. Kata kaum Yahudi: "Muhammad memutar kiblatnya ke Kaabah, padahal di sana berderet 360 buah berhala yang selalu dicela-celanya itu. Rupanya dia akan kembali kepada agama nenek moyang orang Quraisy." b. Kata kaum Musyrikin : "Dialihnya kiblat ke Kaabah kerana dia hendak menarik-narik kita atau telah insaf atas kesalahannya". c. Kata kaum Munafiq : "Memang pendiriannya tidak tetap. Sekejap begini, sekejap begitu". Ciri-ciri orang bodoh ini masih kekal sehingga ke hari ini. Antaranya adalah : i. Mereka membuat bising seolah-olah terlalu prihatin dan mengambil berat dengan perintah Allah, tapi sebenarnya di hati mereka bermaksud agar perintah Allah itu tidak akan dilaksanakan. ii. Mereka mempertikaikan apa sahaja perintah Allah walaupun mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa memerintahkan apa sahaja kepada manusia dan apabila Allah mengeluarkan perintahNya, mereka mendakwa bahawa perintah Allah dikeluarkan atas desakan mereka dan ianya pula menjadi sebab membolehkan mereka menghina agama Allah. iii. Mereka tetap mengulangi kebodohan mereka walaupun telah diberikan kesedaran dan peringatan terhadap kebodohan mereka itu. Muslimin mukminin yang dirahmati, Allah memberikan keputusan dan jalan penyelesaian bagi Umat Islam menghadapi orang-orang bodoh seperti ini. Allah swt. Menjelaskan kaedahnya dalam surah Al-Baqarah ayat 145: وَلَئِنْ أَتَيْتَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْكِتَـٰبَ بِكُلِّ ءَايَةٍۢ مَّا تَبِعُوا۟ قِبْلَتَكَ ۚ وَمَآ أَنتَ بِتَابِعٍۢ قِبْلَتَهُمْ ۚ وَمَا بَعْضُهُم بِتَابِعٍۢ قِبْلَةَ بَعْضٍۢ ۚ وَلَئِنِ ٱتَّبَعْتَ أَهْوَآءَهُم مِّنۢ بَعْدِ مَا جَآءَكَ مِنَ ٱلْعِلْمِ ۙ إِنَّكَ إِذًۭا لَّمِنَ ٱلظَّـٰلِمِينَ ﴿البقرة :١٤٥﴾ "Dan demi sesungguhnya! Jika engkau bawakan kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah diberikan Kitab, segala bukti dan keterangan mereka tidak akan menuruti kiblatmu dan engkau pula tidak akan sekali-kali menurut kiblat mereka dan di antara engkau dan mereka tidak ada yang mengikut kiblat sebahagian yang lain. Demi sesungguhnya! Kalau engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka setelah datang kepadamu ilmu pengetahuan, sesungguhnya engkau, jika demikian, adalah terdiri daripada golongan orang-orang yang zalim". بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ. خطبة كدوا اَلْحَمْدُ ِللهِ الْقَائِلِ : يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar( ayat 154). اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ. عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Manusia-manusia bodoh seperti yang digambarkan oleh Allah dalam ayat yang dibacakan dalam khutbah pertama tadi, tetap ada sepanjang zaman sehingga ke hari kiamat. Walaupun mereka marah dan tersinggung dengan gelaran yang dilemparkan kepada mereka, namun sikap dan tindakan mereka tetap sama sesuai dengan kebodohan mereka. Mereka bukan sahaja mempertikaikan perpindahan kiblat, malah mempertikaikan apa sahaja titah perintah Allah. Jika di hadapan kita mereka seolah-olahnya amat mengambil berat dengan Syariat Allah dan berjuang mempertahankan agama Allah sedangkan dalam hati mereka amat benci dengan Syariat Allah dan bermaksud agar Syariat Allah tidak akan dilaksanakan. Mereka seolah-olah menghina Syariat Allah walaupun mengetahui bahawa Allah Maha Bijaksana menyediakan Undang-undang dan Peraturan yang terbaik bagi manusia dan mereka berdolak dalih dengan mengatakan bahawa Syariat Allah bukanlah menjadi matlamat Allah untuk dilaksanakan terhadap manusia melainkan sekadar contoh agar manusia boleh mencipta peraturan yang mampu memuaskan kehendak nafsu mereka sendiri. Mereka tetap berterusan menentang Syariat Allah walaupun telah diberikan kesedaran dan peringatan terhadap azab Allah akibat perbuatan mereka itu. Maka bagi para pejuang Agama Allah, ingatlah ! Allah mengingatkan kita bahawa orang-orang bodoh ini tidak sekali-kali akan bersama kita memperjuangkan agama Allah, dan kita jangan sekali-kali tunduk dan berundur walau setapak meraikan musuh-musuh Allah. Laksanakanlah apa sahaja yang diperintahkan oleh Allah samada disukai mereka atau tidak kerana kita hanya akan menzalimi diri kita sendiri jika kita mengikut jejak langkah mereka. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ. اَللَّهُمَّ أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ اَللَّهُمَّ دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ . اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ اْلكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ. Ya Allah kurniakanlah sepenuhnya taufiq dan hidayahmu terhadap Raja kami Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah. رَبَّنَا آتنِاَ فِيْ الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِيْ اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى الِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اِنَّ الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Perak |
Audit Negara Perlu Siasat Kontrak RM30.8 juta Kepada Anak Menteri Posted: 21 Jun 2012 12:28 AM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - SHAH ALAM 21 JUN : PKR menggesa Jabatan Audit Negara menyiasat kontrak bernilai RM30.8 juta yang didakwa ditawar secara rundingan terus oleh Kementerian Belia dan Sukan kepada syarikat milik anak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin. Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata projek bagi membekalkan kelengkapan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar Johor itu diberikan kepada Istijuara Sdn Bhd yang dimiliki oleh anak Raja Nong Chik, Raja Farhana Raja Nong Chik yang berusia 26 tahun. "Ketua Audit Negara juga wajar mengesahkan keadaan peralatan yang dibekalkan oleh Istijuara kepada IKBN Bandar Penawar," katanya dalam kenyataan media. Tambah Nik Nazmi, jawapan Raja Nong Chik bahawa kontrak ini dianugerahkan sebelum beliau menjadi menteri tidak menjawab persoalan berkenaan kontrak dimeterai pada tahun 2010 itu ketika beliau sudahpun menjadi menteri. "Pendedahan ini sendiri tidak dinafikan Raja Nong Chik apabila berhadapan dengan media baru-baru ini," ujar Nik Nazmi. Jelas Nik Nazmi, sewajarnya Raja Nong Chik boleh menjadi contoh kepada anggota kabinet yang lain dengan tampil ke hadapan bagi mengisytiharkan asetnya. "Dengan ini beliau dapat memulihkan kewibawaan imej pimpinan Umno yang mendapat projek-projek kerajaan secara terus selama ini," katanya. selangorku/- |
Prof Mohamad: Pandangan Tokoh Luar Tak Jamin Tepat Posted: 21 Jun 2012 12:25 AM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 21 JUN: Tokoh asing yang menyentuh isu tempatan negara ini tidak menjamin pandangan itu boleh dijadikan panduan untuk membuat keputusan sekaligus menyelesaikan isu tersebut. Demikian menurut pensyarah Jabatan Strategik dan Antarabangsa, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu Bakar ketika dihubungi TVS hari ini. Menurut Prof Mohamad, antaranya termasuklah pendapat yang dikeluarkan oleh ulama yang dijemput dalam satu seminar yang diadakan di ibu negara berhubung isu pilihan raya di musim haji. "Setiap kali ada isu tercetus mereka ini suka mengheret tokoh luar, jemput mereka datang untuk berseminar, berforum dan kemudian media akan tanya pendapat. "Perkara ini sudah menjadi fenomena yang lumrah sedang berlaku dikalangan parti pemerintah dan parti politik. "Akhir-akhir ini kita melihat kehadiran ulama luar dari Masjidil Haram sebagai contoh. 'Mereka ini datang sehari, dua sahaja. Adakah mereka didedahkan dengan sejarah, budaya, atau keadaan yang mereka tanggapi sebelum mereka memberikan hujah mereka," kata Mohamad. Selain itu, menurut Prof Mohamad, soalan petugas media yang kadang kala keluar dari realiti sebenar turut memburukkan lagi keadaan. Malah menurut beliau, layanan istimewa yang diberikan kepada tokoh asing terlibat akan menyebabkan mereka merasa janggal untuk memberikan sebarang pandangan yang memberi kesan negatif kepada pihak tuan rumah. "Mereka ini didatangkan khas sebagai tetamu khas yang dijamu khas, diletakkan dalam bilik khas, tentulah juga terpaksa memikirkan perasaan tuan rumah. "Adakah mereka ini berhujah datang dari hati mereka dengan jujur atau sekadar memuaskan hati pihak tuan rumah? "Saya juga sebut, kadang-kadang apabila mereka ini nyatakan sesuatu pandangan ikhlas mereka, adakah akan disiarkan media nanti? "Jadi sebenarnya, saya tak kata pandangan mereka tak jujur atau salah, tetapi apa yang diterbitkan di media belum tentu mewakili pandangan sebenar mereka," kata Mohamad. Baru-baru ini, bekas Timbalan Syeikh Universiti Al-Azhar, Syeikh Mahmoud Abdel Ghany Mahmoud Ashour berkata pilihan raya di negara ini boleh diadakan di musim haji. Mahmoud berkata demikian ketika berkunjung di negara ini untuk menghadiri Seminar Antarabangsa Fiqh Mentaati Pemimpin di Pusat Dagangan Dunia Putra dari 15 hingga 17 Jun baru-baru ini. selangorku/- |
Bayi dilahirkan tanpa bola mata Posted: 21 Jun 2012 12:14 AM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - Seorang kanak-kanak ini dilahirkan dalam keadaan tanpa boleh melihat. Satu ujian buatnya apabila kanak-kanak yang dikenali sebagai Marwanijun dilahirkan tanpa mata ini, tetapi kelihatan gembira apabila lampu picit diacukan ke mukanya. Sejak berusia lapan bulan, lampu picit sering diacukan ke arah rongga Marwanijun di mana mata kirinya sepatut berada. Kini doktor di China mendapati dia mempunyai mata di bawah lapisan kulit itu, tetapi ia terlalu sensitif untuk didedahkan. Ibu bapa kanak-kanak terbabit kecewa apabila anak lelaki mereka dilahirkan hanya dengan lapisan kulit yang licin menutupi rongga mata. Namun apabila bapa, Madamihan dan ibunya, Salamu, masing-masing berusia 26 tahun membawa anak mereka dari desa terpencil ke sebuah hospital di Urumqi yang juga ibu negeri Xinjiang, mereka diberikan sinar harapan. Doktor memberitahu anak mereka sukakan lampu picit kerana dia sebenarnya mempunyai mata kiri, tetapi ia dilitupi lapisan kulit. "Dia teruja untuk melihat cahaya dan kami berdoa setiap hari supaya dia dapat melihat cahaya," kata Madamihan. Malangnya pakar di Hospital Tentera 474 berkata, kanak-kanak itu tidak sesuai untuk menjalani pembedahan kerana matanya tidak mempunyai kanta.Walaupun jika pembedahan dapat mendedahkan bola mata kirinya, dia mungkin tidak dapat melihat apa-apa. Doktor mencadangkan kanak-kanak itu mungkin sesuai untuk diberikan mata palsu apabila dia mencecah usia 16 tahun. P/S – Kasihan kanak-kanak ini apabila dilahirkan ia langsung tidak dapat melihat keadaan sekeliling. Cahaya pun sudah mampu membuatkannya ia gembira. Admin agak tersentuh dengan kanak-kanak ini. Semoga suatu hari nanti ia akan dapat melihat dengan izin Allah SWT. Siapa tahu, tiada yang mustahil dalam dunia ini. Sumber: Melayukini |
13 motosikal terbakar di Flat PPR Sungai Bonus Posted: 21 Jun 2012 12:01 AM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 21 Jun - Sebanyak 13 motosikal dilaporkan hangus terbakar di flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sungai Bonus di sini awal pagi tadi yang dipercayai akibat perbuatan khianat. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Suki Annuar berkata, kejadian berlaku kira-kira 3.45 pagi dan pihak bomba yang menerima maklumat dari orang awam tiba lima minit kemudian. "Kita berjaya mengawal kebakaran dalam masa 10 minit dengan kekuatan satu jentera bomba bersama tujuh anggota," katanya ketika dihubungi Bernama. Beliau berkata motif sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih lagi disiasat. - BERNAMA |
Posted: 20 Jun 2012 11:57 PM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - ASENAR menunjukkan besi penghadang yang menembusi cermin hadapan teksinya dalam kejadian di PPUM semalam. KUALA LUMPUR – Seorang pekerja Fakulti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di sini mungkin menemui ajal jika dia masih berada di dalam sebuah teksi apabila kenderaan itu tiba-tiba ditusuk palang penghalang jalan hingga menembusi tempat duduk penumpang depan selepas 10 minit dia turun semalam. Kejadian berdekatan sebuah fakulti PPUM pukul 2.30 petang itu berlaku selepas palang sepanjang kira-kira tiga meter yang tidak diikat itu berhayun apabila ditiup angin lalu menembusi cermin depan teksi milik Asenar Moido, 50. Menurut Asenar, dia tidak sempat menekan brek untuk mengelak hayunan penghadang tersebut kerana ketika kejadian, besi itu tiba-tiba menuju ke arah teksinya apabila ditiup angin kuat. "Kira-kira 10 minit sebelum itu, saya membawa seorang penumpang wanita yang bekerja di Fakulti Perubatan PPUM yang meminta saya menghantarnya hingga depan premis menggunakan jalan yang tidak boleh dilalui kerana mendakwa dia terlewat selain palang tidak ditutup. "Ketika hendak keluar, saya menggunakan jalan yang sama dan tanpa diduga palang penghadang jalan tiba-tiba menembusi cermin depan sebelah penumpang hingga hujungnya sampai ke tempat letak kepala," ceritanya yang bernasib baik tidak tercedera. metro/- |
Presiden PAS ketuai Himpunan Oren 14 Julai ini Posted: 20 Jun 2012 08:33 PM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Himpunan Oren Selamatkan Felda pada 14 Julai ini dijangka akan disertai 20,000 orang dan akan diketuai sendiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang akan berarak dari Masjid Wilayah Persekutuan ke Istana Negara. Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman berkata himpunan raksasa melibatkan warga Felda serta NGO lain itu sebagai kemuncak kepada tuntutan agar kerajaan membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia. "Pihak kami juga sedang mempertimbangkan kemungkinan menghalang penyenaraian FGVH di Mahkamah kerana bagi Anak, apa sahaja akan dilakukan demi untuk menyelamatkan Felda dan kepentingan warganya daripada golongan pengkhianat yang berselindung di sebalik nama transformasi. "Kami sedar ujian dan cabaran cukup hebat menanti, namun kepada Allah kami memohon pertolongan," tegasnya. Jelasnya lanjut, perhimpunan di luar masjid di Jalan Duta itu akan turut disertai lain-lain NGO iaitu Bersih, PPSMI, GMI dan lain-lain akan mula berarak pada jam dua petang. Berdasarkan pengumuman Najib sebelum ini, FGVH akan mula menyenaraikan saham pada 25 Jun ini. Mengulas perkembangan lain, Mazlan berkata kemenangan terbaru keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menggantung keahlian Tan Sri Isa Samad dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF) sekali gus menggagalkan usaha Isa menjadi Pengerusi KPF, sangat menggembirakan Anak. Jelasnya lagi, tindakan mahkamah selanjutnya ialah 100 orang lagi peneroka akan memfailkan pembatalan Borang Pinjaman Saham. Mazlan berkata, ia akan diikuti saman malu ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghina peneroka dengan ungkapan 'haram jadah' berjumlah RM80 juta akan difailkan tak lama lagi. "Pendek kata, perisythiharan 'perang' yang saya umum sebelum ini bukan olok-olok dan yang kami tentang bukan calang-calang iaitu daripada Isa Samad, Ahmad Maslan hinggalah kepada Najib sendiri," katanya ketika ditemui di sini. Tambah Mazlan, road show sedang bergerak merata Felda oleh penceramah-penceramah Anak bersama pimpinan Pakatan Rakyat dan NGO lain sedang rancak berceramah, berdialog selain daripada edaran risalah dan VCD telah beredar. Beliau berkata, Anak berkeyakinan penyenaraian FGVH akan gagal dan Mesyuarat Agung KPF hari ini di Dewan Perdana Felda bukti jelas Isa Samad tersungkur. Sementara itu media melaporkan, mesyuarat agung ke-31 koperasi itu di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pagi tadi tidak meneruskan pelantikan Isa sebagai anggota lembaga pengarahnya. Keputusan tersebut diambil berikutan keahlian Isa yang dibekukan sementara oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam selepas Hakim Abang Iskandar Abang Hashim mendapati terdapat merit untuk membenarkan empat peneroka Felda mencabar keahlian Isa dalam KPF. Harakah Daily |
Tapak SAR: PAS Gopeng pertahan prinsip Islam Posted: 20 Jun 2012 08:30 PM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - IPOH: PAS Gopeng mempertahankan prinsip Islam apabila menyokong sekumpulan penduduk yang mempertahankan tanah mereka daripada dirampas walaupun untuk membina sekolah agama. Prinsip itu adalah menentang assobiyah iaitu tidak membela kezaliman yang dibuat hatta untuk kepentingan golongan sendiri. Namun PAS kawasan itu tidak pernah membantah usaha mana-mana pihak sama ada kerajaan Umno BN ataupun Pakatan Rakyat yang mahu membina sekolah apatah lagi Sekolah Agama Rakyat (SAR). Bagaimanapun dalam isu kononnya PAS dan PKR membantah pembinaan SAR di Taman Pegoh Aman, Ipoh di atas tapak sebuah padang awam telah disalah ertikan. Semalam Utusan melaporkan PAS membantah pembinaan sekolah agama rakyat di Gunung Rapat. Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gopeng, Radzi Zainon, yang turut terlibat dalam kemelut itu, menafikan sekeras-kerasnya mereka membantah pembinaan SAR sebagaimana yang dilaporkan akhbar milik Umno itu. Apa yang tidak dipersetujui PAS dalam hal ini, katanya tindakan pihak terbabit yang mengambil tapak padang tersebut tidak mengikut prosedur yang sah. "Cara mereka mengambil tanah tersebut tidak ikut prosedur, (seolah-olah dirampas sahaja) dan saya hanya melahirkan simpati terhadap penduduk disitu,"katanya. Radzi pernah didatangi penduduk terbabit sambil menceritakan kekecewaan mereka apabila memorandum bantahan pembinaan sekolah yang dihantar kepada Adun Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman, langsung tidak diendahkan. Pada 4 Mei 2012, penduduk telah menghantar memorandum kepada Hamidah meminta diadakan sesi dialog bersama penduduk, malangnya ia telah tertangguh selama dua minggu. Beliau juga difahamkan tahan lapang itu adalah milik penduduk bersama selepas mereka membayar lebih RM1000 kepada pemaju bagi mendapatkan tanah itu. "Adun BN berkenaan tidak hirau langsung masalah penduduk terbabit, akhirnya mereka datang jumpa PAS dan Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye," katanya. Ekoran itu, PAS dan PKR telah membuat sidang media pada 29 Mei 2012 di padang Taman Pegoh Aman dan disertai oleh seramai 80 penduduk tempatan. Bahkan, beliau juga dimaklumkan pihak Datuk Hamidah telah mengumumkan perutukan RM100 000 untuk membina sekolah agama secara tergesa-gesa. Tambahnya, sekolah terbabit dibina dalam keadaan tanpa perancangan awal sepertimana jawatankuasa SAR yang biasa, tanpa prosedur Majlis Bandaraya Ipoh, Jabatan Kerja Raya, dan Bomba. "Tanpa pagar keselamatan atau papan tanda projek yang selalunya mengambil masa enam bulan hingga setahun. Projek tersebut dibuat tanpa sesiapa tahu apakah status bangunan dan untuk apakah bangunan misteri itu dibina. "Jika ditinjau dari segi pengalaman Jawatankuasa SAR Desa Perlancongan, jangkamasa untuk memohon tapak sahaja memakan masa hingga setahun," katanya. Harakah Daily |
Posted: 20 Jun 2012 08:18 PM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - AYER KEROH - Seorang lelaki yang mendakwa menghidap sawan mengaku tidak salah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, semalam atas tuduhan mendera anak teman wanitanya sewaktu kanak-kanak itu berada di bawah jagaannya. Azmir Abu Bakar, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar. Azmin berhadapan tuduhan mengabai dan mendedahkan seorang kanak-kanak berumur empat tahun 10 bulan dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan sewaktu dalam peliharaannya. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Melaka Raya, kira-kira jam 11 pagi pada 30 Mei lalu. Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun serta boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat manakala tertuduh, seorang buruh binaan, tidak diwakili peguam. Mahadi turut memohon supaya mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh sementara menanti tarikh sebutan semula kes. Bagaimanapun, dalam rayuannya, tertuduh, memohon supaya jaminan itu dikurangkan dengan alasan dia tidak berkemampuan serta tidak mempunyai wang sebanyak itu kerana datang dari keluarga susah. Tertuduh turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa dia merupakan seorang penghidap sawan serta bakal berkahwin dengan ibu kanak-kanak berkenaan. Dalam penghakimannya, Ahmad Sazali membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 serta menetapkan 20 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes. Ahmad Sazali turut mengenakan syarat tambahan terhadap tertuduh di mana tertuduh dilarang tinggal bersama atau mendekati mangsa sehingga kes selesai. Sinar Harian |
Jeritan tukang rumah jadi penyelamat Posted: 20 Jun 2012 08:17 PM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - KOTA BHARU - Jeritan seorang tukang rumah menyelamatkan dua anak-beranak dalam kebakaran di Kampung Penambang di sini semalam. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.30 petang itu, disedari oleh Wan Nor Fatihah Wan Hanafi, 14, yang ketika itu sedang menyiapkan kerja sekolah di ruang tamu rumah terbabit. Wan Nor berkata, semasa kejadian, dia baru membuka buku sekolahnya dan terkejut apabila seorang tukang rumah yang berada di luar berteriak mengatakan ternampak api bermula dari dalam sebuah bilik rumah itu. "Saya hanya datang ke rumah milik nenek saudara, Zaida Sulaiman, 57 yang tiada di rumah kerana menunaikan umrah di Mekah. Semasa kejadian ibu, sedang mandi dan selepas mendengar teriakan pekerja itu saya terus dapatkan ibu yang berada di dalam bilik air yang ketika itu sudah berpakaian dan terus keluar dari rumah," katanya. Menurutnya, nasib baik tukang rumah itu menjerit mengatakan ternampak api, jika tidak mungkin mereka berdua terperangkap dalam kebakaran itu. Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Yazulia Yahya berkata, tiga jentera bersama 20 anggota dihantar ke tempat kejadian. "Pihak kami menerima panggilan kira-kira jam 3.07 petang dan tiba pada jam 3.25 petang. Semasa kami sampai, hampir 100 peratus rumah terbabit sudah terbakar," katanya. Punca kejadian masih disiasat dan kerugian dianggarkan RM110,000. Sinar Harian |
Pelakon Hairie Othman pula sertai PAS Posted: 20 Jun 2012 08:09 PM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - BATU GAJAH: Pelakon, seniman, sastrawan kini berbondong-bondong menyertai PAS dan yang terbaru, pelakon filem Leftenan Adnan, Hairie Othman pula akan menyertai PAS. (Hairie [berjeket tiga dari kanan] bergambar bersama selepas ceramahnya semalam] Menurut Hairie, beliau bersama-sama pelakon, Zulkifli Ismail akan menyerahkan borang permohonan keahlian kepada Timbalan Presiden PAS, Tuan Hj Mohammad Sabu dalam satu program di Taman Melewar, Gombak 6 julai ini. Beliau tampil dalam siri ceramah PAS di Batu Gajah bersama Leman Raja Lawak yang baru sahaja sertai PAS, semalam. Turut menyampaikan ceramah ialah Pengarang Berita Harakah, Tarmizi Mat Jam, Setiausaha Pakatan Rakyat Perak, Dr Khairuddin Abdul Malik dan Bekas Setiausaha Dewan Negara, Salleh Bakar. Dalam ucapan sulungnya di pentas PAS, Hairie berkata, faktor mendorongnya untuk menyertai PAS ialah atas kesedarannya sendiri. "Tidak sesiapa yang mempengaruhi dan memaksa saya masuk perjuangan ini tetapi atas kesedaran saya sendiri," katanya di hadapan ratusan hadirin. Katanya, ramai artis yang menyokong BN kerana untuk mencari 'makan' dan meneruskan karier dalam bidang hiburan. Anak kelahiran Negeri Kedah ini sangat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapha Mohamad yang mendakwa artis yang menyertai PAS ini bukanlah untuk berdakwah sebaliknya untuk berpolitik. "Kenapa jika artis yang tidak sealiran dengan mereka dihina dan dijadikan isu sedangkan yang menyertai Umno tidak pula dibangkitkan? "Saya telah memberikan komen tentang kenyataan menteri itu di facebook dan ramai yang menyokong komen saya itu," jelasnya. Hairie berkata, ramai yang memberi sokongan kepadanya selepas komen-komennya dalam laman facebook seolah-olah pro kepada pembangkang. "Ramai yang memberi sokongan dan mengajak saya sertai PAS dan hari ini, hari bersejarah saya berucap pertama kami dipentas PAS," katanya dalam nada gembira. Beliau mengakui tindakan ini akan memberi kesan kepada karier lakonannya namun beliau sanggup menghadapinya. "Kalau saya fikir dunia, saya tidak akan membuat keputusan menyertai perjuangan ini namun saya sanggup menerima risiko kerana yang memberi rezeki bukannya BN tetapi Allah ," jelasnya. Hairi menjelaskan, umat Islam perlu mengetahui serta mengakui politik dan Islam tidak boleh dipisahkan. Oleh itu, katanya Umat Islam perlulah menyokong parti yang memperjuangan Islam iaitu PAS dan menolak parti yang memperjuangkan assobiyyah. "Saya akan bersama-sama membantu dalam misi menawan Putrajaya dan saya sanggup untuk turun ke seluruh negara untuk bantu berkempen dan memberi ceramah kepada rakyat," jelasnya. Harakah Daily |
Pengundi baru Selangor akan dibersihkan Posted: 20 Jun 2012 08:06 PM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: PAS Selangor mensasarkan nama pengundi baru yang dimasukkan dalam senarai pemilih mereka untuk dibersihkan melalui program pendemokrasian dalam 'Kempen SelangorKU Bersih'. Melalui tindakan ini, PAS berhasrat untuk mengenalpasti mereka dan seterusnya membersihkan senarai pemilih di Selangor menjelang pilihan raya umum akan datang ini. Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman (gambar) menjelaskan, tumpuan akan diberikan kepada golongan pengundi yang baru dibawa masuk. "Pendemokrasian ini merupakan salah satu kempen 'Selangorku Bersih' yang mana kita memberi fokus sepenuhnya untuk membersihkan daftar pemilih. "Bagi Dun Meru yang saya wakili misalnya, pertambahan pengundi adalah seramai lapan ribu orang jadi tumpuan kita adalah kepada golongan tersebut," jelasnya. Pertambahan jumlah pengundi baru yang amat mendadak di Selangor untuk Suku Ketiga 2011 berjumlah 316,788 berbanding daftar pemilih induk 2008 mengejutkan pimpinan Pakatan Rakyat di Selangor. Rekod Daftar Pemilih Terkini Suku Tahun Ketiga 2011 menunjukkan pertambahan pengundi baru di Sabak Bernam ialah 5,711, Sungai Besar 6,049 , Hulu Selangor 15,481, Tanjong Karang 4,307, Kuala Selangor 10,083, Selayang 16,189, Gombak 15,467, Ampang 9,467, Pandan 13,175, Hulu Langat 23,334, Serdang 23,748, Puchong 19,772, Kelana Jaya 13,714. Manakala di Petaling Jaya Selatan berlaku pertambahan sebanyak 4,143, Petaling Jaya Utara 5,603, Subang 27,765, Shah Alam 15,417, Kapar 21,606, Klang 11,702, Kota Raja 22,256, Kuala Langat 17,172 dan di Sepang 14,627. Ekoran itu, ramai pihak yang beranggapan usaha Umno untuk merampas balik negeri Selangor ini sama seperti usaha Umno merampas balik Terengganu dalam pilihan raya 2004 lalu. Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pula berjanji, pilihan raya peringkat negeri Selangor tidak akan diadakan selagi daftar pemilih ini tidak bersih walaupun Parlimen telah dibubarkan di peringkat pusat. Menurut Dr Rani, gerak kerja untuk membersihakan daftar pemilih ini dilakukan oleh jentera kerajaan negeri iaitu Ketua Kampung dan juga Penghulu yang mana setiap nama yang diperolehi akan diberikan bayaran oleh kerajaan negeri. "Kerja pendemokrasian ini dilakukan sepenuhnya oleh Ketua Kampung mahupun Penghulu dengan dibantu oleh jentera parti. "Setiap nama yang diragui ditemui oleh mereka kerajaan negeri akan menbayar RM3 setiap nama tersebut. "Setelah kesemua nama kita perolehi dan kumpulkan maka Ketua Kampung akan membuat laporan polis dan kalau perlu ia turut dibawa ke mahkamah," sambungnya lagi. Dr Rani turut menyatakan pihaknya telah dapat mengesan nama-nama yang meragukan tetapi jumlah sebenar belum diperolehi. "Kita dapat mengesan nama-nama yang meragukan tetapi buat masa kini kita belum mengetahui jumlah sebenar. "Sehingga kesemua maklumat kita kumpul barulah jumlah itu kita maklumkan beserta dengan laporan polis," tambahnya lagi. Sebelum itu, Kerajaan Negeri telah mengumumkan sedia bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha membersihkan daftar pemilih khususnya di negeri Selangor melalui "Kempen SelangorKU Bersih". Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM5 juta untuk Program Pendemokrasian di bawah Geran Selangorku ini. Program tersebut adalah satu inisiatif khusus bagi membolehkan semua pihak tanpa mengira parti politik membuat bantahan jika terdapat mana-mana pengundi yang meragukan. Harakah Daily |
Opss 2020: Mahasiswa dikerah kempen untuk BN Posted: 20 Jun 2012 08:04 PM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-MN) mendesak siasatan dilakukan berhubung Opss 2020 dan mahu pihak yang terlibat membuat penjelasan terbuka mengenai konspirasi ini. (Edikoup Lakip Sediyanto [dua dari kanan] menyerahkan memo kepada Firdaus di bangunan Parlimen) Opss 2020 didakwa satu konspirasi terancang oleh Umno BN yang menggunakan institusi awam termasuk mahasiswa untuk memenangkan mereka pada pilihan raya umum ke-13. Antara yang terlibat ialah Biro Tata Negara (BTN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bahagian Hal Ehwal Pelajar Universiti (HEP) setiap universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Menurut jurucakap Pro-MN, Edikoup Lakip Sediyanto, Opps 2020 menyebabkan pilihan raya kampus ditangguhkan mengakibatkan hampir keseluruhan universiti tidak mempunyai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). "Opss 2020 membunuh aktivisma dan idealisma mahasiswa di kampus serta menghalang kebangkitan mahasiswa sebelum PRU ke-13 dan bertujuan menakluk kampus di Malaysia untuk menjadi pro kepada Umno BN," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen semalam. Sidang media sempena penyerahan memorandum mengenai perkara itu kepada Sekretariat Benteng Negara Dari Jenayah (Benar) yang dipengerusikan Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar. Edikoup juga berkata, Opss 2020 dilakukan dengan sangat terancang melalui pertemuan-pertemuan sulit yang dirangka pejabat perdana menteri sendiri. "Setiausaha politik KPT dan pegawai khas KPT dan pegawai KPT lain turut terlibat dalam mesyuarat bersama wakil kampus pada 25 Januari lepas," dakwanya sambil menunjukkan bukti kehadiran mereka dalam minit mesyuarat tersebut. Sehubungan itu Pro-MN menuntut penjelasan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berhubung perkara ini. Harakah Daily |
Media putar belit kenyataan saya - Dr. Che Rosli Posted: 20 Jun 2012 08:02 PM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Laporan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berkenaan Lynas Advanced Material Plants (LAMP) tidak memperincikan butirannya secara saintifik. Biarpun pendengaran awam yang dijalankan mengambilkira pandangan daripada pelbagai pakar, persoalan yang membimbangkan rakyat masih tidak terjawab. Demikian dinyatakan ahli parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat pada sidang media di Dewan Rakyat. Beliau berkata sewajarnya sebuah makmal ditubuhkan bagi mengkaji secara terperinci segala kesan dari pemprosesan nadir bumi terhadap kesihatan dan alam sekitar. Mengakui beliau hanya mempunyai kepakaran di bidang nuklear dan tidak arif mengenai bidang-bidang lain, justeru beliau meminta tidak ada pihak yang cuba memutarbelitkan kenyataan beliau sebelum ini. "Memang saya mengatakan projek Lynas itu hanya mempunyai kadar radiasi yang rendah, namun ia tidak membuktikan ia selamat," tegas beliau lagi. Ini kerana, katanya kesan dari proses penguraian bahan-bahan nadir bumi itu akan menghasilkan tiga jenis residu yang memberi kesan kepada kesihatan. Sehubungan itu, beliau mengatakan keperluan untuk mengadakan 'Health Impact Assessment' (HIA) dan 'Health Risk Assessment' (HRA) dan aspek pengurusan residu perlu dititikberatkan. Dalam pada itu, ahli parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkefly Ahmad, berkata pengalaman dalam kes Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah tercetus akibat ketiadaan pelan pengurusan sisa membabitkan bahan radioaktif. "Memang kadar radiasinya rendah sebagaimana dinyatakan Hulu Langat (Che Rosli), tapi residu yang terhasil dari bahan itu yang membimbangkan kita," tegas beliau. Katanya, tindakbalas kimia ini menghasilkan 'heavy metals' seperti plumbum, merkuri, arsenik, cadmuim dan nikel, yang mana ketiga-tiga 'heavy metals' terakhir itu adalah karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser. Atas sebab itu, beliau berpendirian PAS tidak dapat menerima projek tersebut kerana ia tidak dikemukakan secara saintifik berhubung kesan-kesan sampingan dari pemprosesan nadir bumi tersebut. Turut serta dalam sidang media itu ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Harakah Daily |
Posted: 20 Jun 2012 07:56 PM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang hamil empat bulan menggelupur sebelum pengsan apabila dicucuh dengan pistol renjatan elektrik oleh dua lelaki yang kemudian melarikan kenderaan pikap dinaiki mangsa dalam kejadian berhampiran Mahkamah Jalan Duta, di sini. Ketika kejadian kira-kira jam 10.15 pagi Isnin lalu, Hanee Ahmad Daud, 20, yang tidak sihat kerana alahan mengandung berbaring dalam pacuan empat roda Toyota Hilux itu sambil menunggu suaminya bekerja. Hanee berkata, ketika itu suaminya, Yusdi Ismail, 25, yang bekerja sebagai pekerja landskap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang memotong dahan pokok berhampiran tempat kejadian. Menurutnya, tiba-tiba sebuah Toyota Vios berwarna hitam dinaiki tiga lelaki berhenti di sebelah kenderaannya dan dua daripada mereka keluar lalu meluru masuk ke tempat duduk hadapan pikap berkenaan. metro/- |
Murad diugut diugut ejen BN, dakwa Saifuddin Posted: 20 Jun 2012 07:56 PM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Machang, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid (gambar) telah diugut untuk membuat akuan bersumpah mengaitkan Anwar Ibrahim dengan tuduhan RM3 bilion, lapor KeadilanDaily. "Murad ini kita tahu, dua tiga hari lepas telah didatangi oleh ejen-ejen kerajaan, ugut dia lagi. Kita tahu nama pegawai ini, ugut dia jangan sesekali membuat kenyataan penafian. "Walaupun dia (Murad) telah mengunjungi Permatang Pauh (Anwar) ketika menerima rawatan di Munich dan minta maaf kerana dia telah dipaksa, keluarganya diugut..kita tahu semuanya. Tapi tak mengapa, teruskan permainan," kata Saifuddin. Beliau berkata demikian dalam Dewan Rakyat ketika memohon laluan semasa perbahasan oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh di Parlimen. "Saya minta izin kepada Permatang Pauh, terima kasih. Oleh kerana sebelah sana (Ahli Parlimen BN MP BN) tak berani bangun, maka saya bangun. Kerana ia cabaran terbuka," katanya selepas MP BN gagal berdiri apabila dicabar Anwar membangkitkan isu tersebut. "Saya berpendapat, kita harus tunggu cabaran daripada Pekan (Datuk Seri Najib Razak) dan Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) untuk kita dedahkan pula. Berani tak mereka membuat cabaran terbuka seperti ini?" soal Saifuddin. Terdahulu, Anwar yang juga Ketua Pembangkang mencabar MP BN berdiri membangkitkan isu tuduhan kononnya beliau menyorokkan RM3 bilion. Berikutan kegagalan kesemua MP BN menyambut cabaran Anwar itu menyebabkan Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN menyambung hujah menangkis tuduhan tersebut dengan membacakan pengakuan bersumpah bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Abdul Razak Idris. Harakah Daily |
Duta New Zealand pula kunjungi Kelantan Posted: 20 Jun 2012 07:50 PM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sejak akhir-akhir ini banyak menerima kunjungan tetamu dari luar negara sama ada dari pejabat kedutaan. Terbaru Tuan Guru menerima kunjungan Pesuruhjaya Tinggi New Zealand ke Malaysia, David Gregory Pine di Kediaman Rasmi JKR 10, di sini. Beliau yang tidak dapat meneruskan pertemuan dengan duta itu hanya mewakilkan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa. Turut hadir dalam pertemuan itu, anggota exco kerajaan negeri, Che Abdullah Mat Nawi dan Setiausaha Sulit Khas, Rosdi Abdullah. Dalam pertemuan sejam itu, pelbagai isu dibincangkan bersama dalam meningkatkan tahap ekonomi di tempat masing-masing. Antara lain, kedua pihak bersetuju untuk bekerjasama dalam pemeliharaan hutan dan memajukan hutan lipur sebagai ekonomi. New Zealand minat padi organik Gregory juga turut berminat berhubung kaedah penanaman padi dan sayuran cara organik yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri yang sememangnya lebih baik dari menggunakan baja kimia yang lain. Beliau juga turut mengucapkan terima kasih di atas kesudian kerajaan negeri menerima kunjungannya. "Saya ucapkan terima kasih kerana kesudian menerima kunjungan ini dan banyak perkara dapat dibincangkan bersama,"ujarnya. Harakah Daily |
Pemandu teksi lebih perlukan permit dari tayar Posted: 20 Jun 2012 07:46 PM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) menyifatkan kerajaan BN gagal memahami keperluan pemandu teksi apabila memberi empat tayar percuma berbanding permit. Menurutnya, pemberian berupa one-off tidak mampu merubah apa-apa nasib yang sedang membelengu pemandu teksi yang sejak dahulu menagih permit. "Kerajaan tak tahu keutamaan dan keperluan yang dikehendaki rakyat. Mereka bukan minta tayar, mereka minta permit. "Bagi tayar tak selesai masalah, permit masih kena bayar kepada syarikat," katanya. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebelum ini mengumumkan bantuan Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1M). Melalui bantuan itu pemandu teksi diberi voucher bernilai RM520 untuk menukar tayar teksi di kedai terpilih. Jika harga tayar lebih mahal, mereka perlu membayarnya dengan duit poket sendiri. "Kalau kereta waja, RM500 tak cukup untuk ganti empat tayar," kata Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena. Tayar jadi gula-gula politik Sebelum ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pemberian tayar itu tidak lebih dari gula-gula pilihan raya. Beliau juga memberi jaminan, permit teksi akan diberikan kepada pemandu jika Pakatan Rakyat diberi mandat memerintah negara. "Ada ketua Umno cawangan pegang 250 permit teksi. Bekas menteri ada 30 permit teksi. Ketua Pemuda Umno (bahagian) ada 15 permit teksi. Buat apa ini? "Tapi Umno jawab apa? Dia bagi empat tayar. Saya hendak tanya pemandu teksi, kamu nak permit teksi atau empat tayar?" katanya. Harakah Daily |
Imej paling jelas nebula dirakam Posted: 20 Jun 2012 07:43 PM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - GAMBAR oleh Balai Cerap Eropah menunjukkan imej nebula War and Peace pada Isnin lalu. SANTIAGO, Chile - Balai Cerap Eropah (ESO) menyiarkan gambar paling jelas sebuah galaksi muda dinamakan Nebula War and Peace (NGC 6357) Imej berkenaan dirakam menggunakan Teleskop Amat Besar (VLT) milik ESO, Isnin lalu. Teleskop VLT terletak di gurun Atacama, utara Chile. Pemandangan tersebut menunjukkan sebilangan bintang muda, awan, gas dan debu cakerawala. kosmo/- |
ISA: Unit pengesan bom serbu, pintu rumah dipecah Posted: 20 Jun 2012 07:43 PM PDT 1 Syaaban 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: "Masa polis datang tangkap suami saya, mereka ketuk pintu dengan sangat kuat, tak ada seorang pun beri salam, terus pecahkan pintu," cerita isteri kepada tahanan Akta Keselamatan Dalam Isteri (ISA) Mustawan Ahbab. Khairunizah Mohd Akhir, 36 menceritakan kembali detik-detik penangkapan suaminya pada sidang media bersama Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di lobi Parlimen. Turut serta ialah Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh. Beliau berkata, kira-kira 30 polis termasuk unit pengesan bom menyerbu dan menyelongkar barang-barang di rumah mereka pada 11 Ogos 2010 iaitu hari pertama Ramadhan. "Mereka tangkap dan terus gari Mustawan dan telefon kami dirampas dan dimatikan. "Tak ada waran tangkap, bila kami tanya kenapa tangkap mereka tak cakap salah apa tapi beritahu suami saya ditahan dua minggu di Bukit Aman dan minta saya sediakan pakaian Mustawan untuk dua minggu. "Polis kata saya boleh melawat Mustawan tiap-tiap hari tapi saya pergi tak dapat jumpa pun. Dah seminggu lebih barulah boleh jumpa," katanya. Mustawan, 34, merupakan warga Indonesia dan sudah lima tahun menetap di Malaysia. Eksekutif pemasaran di sebuah syarikat penerbitan buku di Kuala Lumpur itu ditangkap kerana didakwa menganggotai Jamaah Anshorut Tauhid yang berpengkalan di Indonesia yang disifatkan sebagai pengganas antarabangsa. Mustawan dituduh menjadi agen bagi mengumpulkan dana untuk pergerakan itu di Malaysia. Sehingga hari ini, Mustawan masih ditahan di Kem Kamunting bersama 44 yang lain. Sementara itu, bapa kepada seorang lagi tahanan, Fadzullah Abdul Razak kecewa anaknya dituduh melakukan tiga rompakan tetapi tidak dibawa ke mahkmah untuk dibicarakan. Abdul Razak Mohd, 54 berkata, keluarganya sangat berharap kerajaan menunaikan janji untuk membebaskan anaknya dan kesemua tahanan ISA. Fadzullah yang ditahan di bawah ISA sejak Julai 2010 merupakan salah seorang yang menyertai mogok lapar bulan lalu menuntut pembebasan dari Kemta. "Jumpa dengan Fadzullah baru-baru ini, memang dia kata dia nak sangat bebas dari Kemta sebab tak tahu apa salah dia," katanya. Turut hadir ibu Fadzullah, Hadijah CP Veeravu, 51. Harakah Daily |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan