Mohamad Taufek Abd Ghani |
- Ceramah Israk Mikraj 17 Jun 2012 di Senawang
- Kenapa seorang Sultan tangguhkan ibadah haji?
- Pelajar berhutang, kroni kaya – Rafizi
- Siapa Sultan yang tidak menunaikan haji kerana sibuk membela nasib umat Islam?
Ceramah Israk Mikraj 17 Jun 2012 di Senawang Posted: 12 Jun 2012 11:41 PM PDT CERAMAH ISRAK MIKRAJ Tarikh : 17 Jun 2012, Ahad Masa : 7.30 mlm, selepas Maghrib Tempat : Surau Taman Alamanda, Senawang Penceramah : Ustaz Mohd Nazree Mohd Yunus Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir Dua peristiwa penting yang berlaku pada tanggal 27 Rejab : 1. Pada malam 27 Rejab tahun yang ke 11 selepas perlantikan Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam sebagai Rasul berlaku peristiwa yang bersejarah dalam Islam iaitu Isra' dan Mi'raj. 2. Bumi Al-Quds telah dibebaskan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H bersamaan dengan 2 Oktober 1187 selepas 88 tahun di bawah jajahan tentera Salib. Pembebasan ini dilakukan oleh pihak muslimin di bawah kepimpinan Sultan Salahuddin al-Ayyubi, seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh. |
Kenapa seorang Sultan tangguhkan ibadah haji? Posted: 12 Jun 2012 09:14 PM PDT Satu penemuan yang menarik oleh Lembaga Riset Independen, Acheh, perbualan antara Sultan Salahuddin Al Ayubi dengan Qadi Negara. Baginda begitu kepingin untuk menunaikan haji walaupun negara dalam keadaan perjanjian damai dengan Eropah, tetapi dinasihatkan oleh Qadi supaya menangguhkan pemergian ke Mekah kerana dibimbangi pihak musuh akan menyusun strategi. Akhirnya Sultan Salahuddin Al Ayubi mangkat tanpa gelaran Haji. BERDAMAI UNTUK MENANG Sultan Shalahuddin sedang memikirkan rencana untuk menunaikan ibadah Haji ke Baitullah, hatinya semakin rindu untuk segera melaksanakan salah satu rukun Islam tersebut, dia ingin mempergunakan kesempatan damai yang dilakukan antara timur dan barat itu untuk menunaikan kewajibannya. Ketika sedang serius dalam pikirannya, ketika sedang menghayal bahwa keinginannya akan segera menjadi kenyataan, tiba-tiba Qadhi Fadhil muncul di hadapannya, Sultan berkata padanya: "Tahukah kamu apa yang sedang saya pikirkan wahai Abdurrahim?. Saya sedang menyusun rencana untuk menunaikan ibadah Haji dan ziarah Rasul mulia. Saya ingin melaksanakannya sebagaimana engkau minta izin dari saya untuk itu belum lama ini. Kapan saja datangnya mati, saya harus tunaikan kewajibannya". "Benar, tuanku, saya masih ingat, saya juga masih ingat ketika Sultan menulis surat kepada saya yang berisi: "pergilah dengan kebaikan dari Allah, seandainya saya bersamamu saya pasti akan mendapat kemenangan". Jawab Fadhil. "Sejak itulah niat itu semakin kuat di hatiku. Saya selalu menantikan waktu yang sesuai untuk melaksanakannya, dan inilah saatnya kita mempergunakan kesempatan damai yang kita buat bersama orang Eropa". "Menurut saya, tuanku sebaiknya tidak perlu berpikir untuk haji, suasana belum cocok untuk itu!". Saran Fadhil. "Sekarang saya melihat suasana dalam keadaan damai dan tenang, haji adalah salah satu jihad, niat saya sudah bulat insyaallah". Jawab Nasir lalu diam beberapa saat, kemudian melanjutkan: "Saya membaca di beberapa buku, disana diceritakan bahwa Rasyid menunaikan haji setahun dan berjihad setahun. Pahala haji di sisi Allah tidak kurang dari pahala jihad". "Saya paham tuanku, saya tahu, tapi apa yang sedang kita lakukan sekarang juga seperti haji, bukankah kesibukan tuan sekarang lebih bermanfaat bagi kaum muslimin, bukankah tuan sedang berperang dengan kaum kafir salib?. Kalau saja tuan lalai, mereka akan segera menyerangmu". "Tapi kita dalam perdamaian yang disetujui oleh semua kalangan, dan sekarang saya mahu haji". Shalahuddin bersikeras. "Masihkah tuan percaya pada janji mereka, pada kebaikan mereka?. Tuan mau menunaikan ibadah haji lalu membiarkan mereka ingkar janji?. Tidak… bukan berarti tuan melalaikan kewajiban ini, niat yang benar sudah cukup untuk mendapatkan pahala amalan. Allah tidak melihat pada amalan seseorang, tetapi dia melihat niat yang benar baru amalan itu diterima. Selama tuan di medan jihad itulah ketaatan yang paling mulia dan paling tinggi dibandingkan dengan amalan lainnya". Qadhi Fadhil menjelaskan. "Kalau begitu saya tidak jadi menunaikan haji, siapa tahu tahun depan ada kesempatan lain, tetapi bantulah kami untuk mempergunakan kehidupan Imam Abu Thahir bin Auf. Saya sudah mendengar kehebatan Syeikh ini, katanya beliau sekarang sedang mengajarkan kitab Muwattha' karya Imam Malik. Beliau tinggal di Iskandariyah. Bersiaplah wahai Abdurrahim untuk keberangkatan kita dan anak-anak kita untuk belajar dan memanfaatkan ilmu!". |
Pelajar berhutang, kroni kaya – Rafizi Posted: 12 Jun 2012 06:41 PM PDT KUALA LUMPUR 12 Jun: Sistem pendidikan tinggi negara berasaskan pada dua tiang, iaitu hutang kepada pelajar dan mengkayakan kroni, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. Berucap di Kampung Pasir Baru, Lembah Pantai malam semalam, Rafizi berkata, pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti dipaksa berhutang. "Baru sahaja keluar universiti, (pelajar) sudah menanggung beban hutang (sehingga) RM20,000 hingga RM30,000," katanya. Katanya lagi, tiang kedua iaitu mengkayakan kroni apabila Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) terpaksa meminjam dana daripada bank dan agensi seperti Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP). "Bermula pada tahun 1998, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir menetapkan PTPTN tidak akan dapat peruntukan kerajaan, sebaliknya perlu buat pinjaman dari bank. Justeru, kata beliau lagi, jelas pihak mana yang akhirnya mendapat keuntungan melalui sistem pendidikan tinggi di Malaysia. Isu pinjaman PTPTN mula menjadi perhatian selepas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dasar pendidikan percuma jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum ke-13. Pengumuman itu disokong pelbagai pihak, termasuk golongan mahasiswa yang berdemonstrasi menuntut pemansuhan hutang PTPTN Mei lalu. Terbaru, kerajaan Umno BN menarik balik sekatan pinjaman PTPTN pelajar baru UNISEL dan KUIS selepas Menteri Besar Selangor mengumumkan bantuan RM30 juta kepada pelajar yang terjejas. |
Siapa Sultan yang tidak menunaikan haji kerana sibuk membela nasib umat Islam? Posted: 12 Jun 2012 05:47 PM PDT Beliau ialah Sultan Salahuddin Al Ayubi, seorang Sultan yang hidup dalam keadaan miskin, tidak pernah membayar zakat kerana dia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung belanja pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya. Dalam catatan (buku Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H) menunjukkan Sultan Salahuddin Al Ayubi teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Sultan Salahuddin Al Ayubi mengobarkan semangat perjuangan Islam dengan cara memerintahkan kepada umat Islam supaya tiap tahun diadakan perayaan Maulid Nabi. Sultan Salahuddin Al Ayubi adalah yang menghidupkan Maulid Nabi Muhammad saw, hingga Islam terus berjaya membebaskan Kota Jurusalem. Pada hari Jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj, Sultan Salahuddin Al Ayubi telah memasuki bandar suci tempat Rasulullah saw. naik ke langit. Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Sultan Salahuddin Al Ayubi ke rahmatullah selepas berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Rujukan : Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H. Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (Bin Nawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h):31, 32-33, 7,155 |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan