:: cina islam | 2011 :: |
- Wanita pura-pura jadi pelanggan
- Askar Syria guna budak jadi perisai manusia
- Perbadanan Putrajaya 'takut' bendera Umno?
- PAS desak Myanmar henti bunuh warga Rohingya
- Keadaan mula tenang selepas kekecohan melampau
- Pilihan raya musim haji khianati hak muslim
- Bakal menantu Najib yang hebat
- PAS yakin dapat kekal Kelantan
- Anda belum mendapat zuriat, ada ubatnya
- SPR diminta reaksi cadangan PSC
- Nazri: BN boleh jatuh dengan garam, botol
- Politeknik Kota Kinabalu tidak selamat?
- Ikram ucap tahniah kepada kerajaan Selangor
- Pusat tidak cadang bina lebuh raya di Kelantan
- 2,400 sokong bantah pinda Akta Keterangan
- IPO: Felda potong RM100 juta kebajikan peneroka
- Mangsa kebakaran pelantar ke KL untuk dirawat
- 10 tahun tunggu kabel dibaiki
- Yemen tawan semula pekan Jaar
- Pesawat Mirage milik Pakistan terhempas di Uthal
- Wanita pura-pura jadi pelanggan
- Sembelih emak saudara
- Lebih 50 maut gempa di Afghan
- Tukang cat edar dadah dicekup
- Jaminan PM Diperlukan Untuk Hilang Keresahan Bakal Jamaah Haji
Wanita pura-pura jadi pelanggan Posted: 13 Jun 2012 01:50 AM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - SEREMBAN – Seorang wanita berpura-pura menjadi pelanggan di sebuah pusat rawatan dan kecantikan di Jalan Tun Dr Ismail di sini, sebelum melarikan beberapa barangan berharga, dipercayai milik pekerja pusat rawatan itu, dalam kejadian 9 Jun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, wanita terbabit mengambil kesempatan melarikan beberapa barangan yang ditinggalkan di atas meja semasa ketiadaan pekerja di pusat rawatan itu. "Wanita berusia lingkungan 30-an itu melarikan beberapa barangan dan wang tunai RM2,000, dengan anggaran kerugian RM7,000," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam. Hamdan berkata, siasatan mendapati wanita terbabit menulis maklumat palsu mengenai butir peribadi ketika mengisi borang untuk mendapatkan rawatan di pusat terbabit. Bagaimanapun menurutnya, perbuatan wanita itu berjaya dirakam oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV). "Hasil rakaman jelas menunjukkan wanita yang memiliki saiz tubuh besar seperti sedang mengandung itu melarikan barangan terbabit. "Justeru, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerusi talian hotline 06-6014999 atau balai polis berdekatan," katanya. sinar harian/- |
Askar Syria guna budak jadi perisai manusia Posted: 13 Jun 2012 01:42 AM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - Assad kini dikecam kerana menyebabkan ribuan kanak-kanak terbunuh akibat pergolakan di negara itu. DAMSYIK - Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam mendakwa pasukan tentera Syria menggunakan kanak-kanak sekecil lapan tahun sebagai 'perisai manusia' semasa bertempur dengan kumpulan pemberontak. Dalam laporan itu, PBB turut menyenaraikan kerajaan Presiden Bashar al- Assad sebagai negara bergolak paling teruk kerana krisis yang semakin meruncing tersebut telah meragut ribuan nyawa budak tidak berdosa. "Golongan kanak-kanak berterusan menjadi mangsa keganasan di Syria. Mereka didera, dibunuh dan turut dijadikan perisai manusia oleh pasukan keselamatan pro-Assad termasuk gerakan shabiha," kata wakil khas PBB, Radhika Coomaraswamy. Difahamkan, laporan itu dilengkapkan sebelum tragedi pembunuhan beramairamai di Houla pada 25 Mei lalu yang menyaksikan 49 daripada 108 mangsa kezaliman rejim Assad adalah budak. Dalam satu kenyataan, kumpulan hak asasi manusia berpusat di New York (HRW) menyatakan Majlis Keselamatan PBB seharusnya mengenakan sekatan senjata ke atas Syria kerana mereka kini menyasarkan golongan lemah seperti kanak-kanak dan wanita sebagai sasaran keganasan. Menurut HRW lagi, ada pihak mendakwa Tentera Bebas Syria (FSA) turut merekrut kanak-kanak untuk menentang kerajaan Assad. Sehingga kini, sekurang-kurangnya 1,176 kanak-kanak telah terbunuh akibat konflik di negara tersebut yang bermula sejak Februari tahun lalu. sinar harian/ |
Perbadanan Putrajaya 'takut' bendera Umno? Posted: 13 Jun 2012 01:02 AM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - PUTRAJAYA: Bendera BN dan Umno sudah banyak terpampang terutamanya di Presint 8, Presint 9 dan Presint 16 di pusat pentadbiran negara, Putrajaya ini. (Hanya berani naik banner tetapi tidak berani buang bendera Umno dan BN) Adakah ini tanda pilihanraya semakin hampir? Namun tiada pula bendera PAS yang kelihatan. Orang ramai yang biasa lalu lalang di sini tak ambil kisah pun namun hari ini terdapat satu kain rentang yang tertera logo Perbadanan Putrajaya (PPJ) yang menarik perhatian mereka. Kain rentang itu berbunyi "BENDERA PARTI INI LAMBANG KESOMBONGAN! WALAUPUN UNDANG-UNDANG TIDAK MEMBENARKAN, MEREKA TERUS MEMASANGNYA". Di belakangnya terdapat banyak bendera BN dan Umno. Demikian menurut saksi yang telah memuat naik gambar kain rentang itu. Rosli Ahmad, seorang pegawai kerajaan yang melalui Presint 9 untuk ke tempat kerja pagi tadi telah melihat kain rentang Perbadanan Putrajaya ini yang menyatakan bantahan kepada parti politik ini. Ini kerana, mereka meletakkan bendera politik di kawasan ini sesuka hati walaupun tanpa kebenaran tapi yang peliknya mengapa pihak PPJ tidak menurunkan sahaja bendera itu sebaliknya meletakkan kain rentang ini. "Saya faham sangat pada kebiasaannya PPJ akan bertindak tegas untuk menjaga kebersihan, kecantikan dan keharmonian di Putrajaya ini," katanya. Manakala seorang lagi yang dihubungi tidak mahu memberitahu namanya memaklumkan inilah sikap "double standard" PPJ. Sekiranya bendera PAS dipasang tidak sampai beberapa jam akan datang pihak berkuasa menanggalnya manakala bendera Umno dan BN dah pun sebulan bahkan ada yang berbulan bulan tidak ada apa-apa tindakan. Malah ada yang dah buruk dan lusuh dan mencacatkan keindahan Putrajaya masih kekal termasuklah kain rentang, khemah-khemah cap BN dan Ahli Parlimen Putrajaya yang buruk dibiar terpasang kekal di kawasan perumahan kuarters penjawat Awam. Ramai penduduk tidak menyukainya, tapi apa boleh buat, pihak bertanggungjawab lembek. Inilah taktik kempen umno di Putrajaya barangkali dan direstui pihak berwajib PPJ dan Unit Hartanah JPM. Setelah pihak kami menghubungi PPJ untuk pengesahan dan jawapan petugas yang menjawab panggilan memberitahu 'biasalah' dan memaklumkan Presiden PPJ Tan Sri Samsudin Osman dan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Bandar Datuk Abd Ghani Ahmad (yang bertanggungjawab dalam perkara ini) sedang mesyuarat. Menurut Yang Dipertua PAS PAS Putrajaya pula, Ustaz Nazir Zakaria, PAS menurut peraturan Perbadanan Putrajaya (PPJ) selaku pihak berkuasa tempatan disini yang telah menyatakan bendera parti politik hanya boleh dipasang setelah pembubaran parlimen. "Kita ada banyak bendera tetapi kita menghormati undang-undang. Kita hanya bawa bendera sewaktu program sahaja dan tidak memasang sesuka hati. "Namun sekiranya PPJ masih menjadi 'Perbadanan Bandar Cowwboy' terpaksalah kita mengambil tindakan yang bersesuaian," katanya. Harakah Daily |
PAS desak Myanmar henti bunuh warga Rohingya Posted: 13 Jun 2012 01:01 AM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: PAS mendesak kerajaan Myanmar menghentikan segera penganiayaan dan pembunuhan terhadap warga Rohingya yang sedang berleluasa di negara itu. Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, PAS bersama NGO lain mengecam tindakan tersebut yang dilihat lebih kepada penghapusan etnik. "PAS memandang berat peristiwa pembunuhan dan keganasan terhadap rakyat di negara itu. "Kita mendesak kerajaan Myanmar menghentikan segera tindakan itu," katanya yang juga Ahli Parlimen Tumpat. Beliau turut mendesak negara jiran khususnya Bangladesh memberi bantuan segera dan tidak menambah tekanan dengan menutup sempadan. "Kita juga meminta kerajaan Malaysia melalui wisma putra segera menggunakan peranan diplomatik dan sebagai anggota negara Asean, menuntut keganasan ini dihentikan," katanya lagi. Semalam Warga Rohingya di Malaysia berkumpul berhampiran kedutaan Amrika Syarikat memohon bantuan antarabangsa untuk menyelamatkan saki baki keluarga mereka yang berada di Myanmar. Mereka merayu bantuan antarabangsa menangani insiden terbaru yang berlaku di wilayah Arakan, Myanmar sekarang ini. Difahamkan sehingga kini lebih 1500 muslim Rohingya dibunuh dan lebih 3000 lagi cedera dalam perbalahan etnik di negara itu. Harakah Daily |
Keadaan mula tenang selepas kekecohan melampau Posted: 13 Jun 2012 12:59 AM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - MAUNGDAW: Keadaan beransur pulih di sekitar bandar Maungdaw. Anggota tentera bersenjata kelihatan mengawal keadaan di sana sini. (Keadaan huru-huru beberapa hari lalu) Situasi ini secara tidak langsung menimbulkan sedikit rasa selamat di kalangan umat Islam di sini. Sejak tiga hari yang lalu, aktiviti rampasan barangan secara sistematik atau bersahaja sedang rancak dilakukan. Pada 9 Jun lalu, pihak polis, dibantu oleh Lun Htin dan Rakhines bertindak merompak semua kedai-kedai di sekitar Bandar Maungdaw, terutama sekali kedai-kedai umat Islam. Antara yang terlibat ialah Kedai Noor Huda, Kedai Noor Bashar (Khin Maung), Kedai Fayaz, Kedai Rafique (Kyaw Htun Sein), Kedai Hafiz Anwar, 3 cawangan Kedai Salimullah dan sekitar 100 buah kedai lain lagi yang dipecah-masuk dan dicuri barangan jualannya. Kebanyakan dari barangan tersebut telah dipindahkan ke bangunan-bangunan biara untuk disimpan bantuan catuan kepada pelarian-pelarian daripada Rakhine dan Natala. Jika dilihat dengan mata kasar, rampasan ini adalah satu tindakan terancang dari golongan tempatan Rakhine. Kini masyarakat Rakhine mempunyai bekalan makanan berlebihan dan juga keperluan lain manakala komuniti umat Islam pula mengalami kekurangan bekalan makanan dan ubat-ubatan. Keadaan akan semakin meruncing jika tiada bantuan yang datang. Tindakan rampasan tiada henti dan 11 orang daripada Rakhine ditemani anggota polis dan Lun Htin telah ke perkampungan Bhomu dan membakar 3 rumah umat Islam serta memusnahkan masjid. Sebelum memulakan pembakaran, anggota polis dan Lun Htin telah memasuki rumah-rumah berkenaan dan mengarahkan penghuninya keluar dengan alasan mahu memeriksa rumah-rumah tersebut. Pada masa yang sama mereka turut mengambil serta merampas barang-barang berharga. Ketua rumah dibawa pergi kononnya untuk disoal-siasat. Anggota tentera cuba membantu memadamkan api namun gagal. Rumah-rumah yang terlibat ialah milik Haji Shamsu, Saveed Hussein dan Noor Alam. Dalam percubaan lain, puak Rakhine cuba memasuki sebuah rumah lain di Maung Ni untuk cubaan merampas makanan dan barang berharga, namun gagal apabila tindakan mereka berjaya dikesan oleh anggota tentera yang kemudiannya menangkap 6 ahli puak Rakhine tersebut untuk siasatan lanjut. Ketika ditahan, terdapat beberapa senjata api dan botol-botol yang mengandungi petrol bersama mereka. Keadaan huru-hara ini merupakan satu kelebihan pagi puak Rakhine kerana boleh dikatakan pihak pentadbiran dan berkuasa kebanyakannya terdiri daripada mereka yang beragama Buddha dan bangsa yang sama. Hampir dalam semua keadaan, pihak berkuasa menyebelahi puak Rakhine. Keadaan yang sama juga berlaku di sekitar Arakan, termasuklah Sittwe, Buthidoung, Rathedoung, Kyaukpru, Sandwe dan lain-lain. Tiada sebab yang pasti dan agak mustahil bagi meminta bantuan daripada pihak berkuasa serta pasukan keselamatan bagi umat Islam di sini. Sangat jelas keadaan di sini di mana umat Islam Rohingya menjadi mangsa dan dipinggirkan. Satu konspirasi yang mengatakan mereka ini adalah pendatang dari Bangali telah disebarkan dan berbagai usaha untuk menghalau umat Islam dari bumi Arakan dilakukan. Puak Rakhine sangat berhati-hati dalam memberikan hak kewarnegaraan kepada umat Islam di Myanmar, mahu pun kepada rakyat tempatan dan orang luar. Keadaan ini bagaimanapun mungkin akan berubah dan kebarangkalian untuk umat Islam di Myanmar mendapatkan kerakyatan mungkin tiada lagi. Kini umat Islam berharap agar pihak tentera dapat mengawal secara menyeluruh agar kegiatan rampasan dan rusuhan oleh pihak polis dan Lun Htin terkawal atau tamat sepenuhnya. Harakah Daily |
Pilihan raya musim haji khianati hak muslim Posted: 13 Jun 2012 12:58 AM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pilihanraya pada musim haji adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat di dalam menunaikan hak mereka sebagai seorang muslim yang beriman, demikian tegas Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Nik Mohd Abduh Nik Aziz. Katanya, ibadah haji boleh ditangguhkan oleh kehadiran kewajiban lain yang perlu disegerakan dan disempitkan terhad waktunya seperti pilihanraya. Bahkan katanya, asasnya orang muda yang berkemampuan berhak memilih tarikh hajinya sendiri dengan keluasan masa kurniaan Allah. Tambahnya, kerajaan mestilah mempertegaskan secara pasti bahawa pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji demi keselesaan rakyat menetapkan tarikh ibadah haji masing-masing. "Oleh kerana tarikh pilihanraya yang samar disebabkan was-was seorang perdana menteri, PAS mencadangkan bukan mewajibkan umat Islam agar memilih untuk menangguhkan haji jika wujud kebarangkalian berlakunya pilihanraya pada musim haji iaitu Oktober dan November nanti," katanya. Katanya, undi adalah satu persaksian atau syahadah di hadapan Allah bahawa setiap muslim wajib memilih Islam sebagai satu ugama dan cara hidup yang tidak mungkin ditinggalkan. Malangnya, kata beliau Umno melihat sebaliknya bahkan undi boleh dibeli dengan sekampit gula demi survival sekularisme. Tegasnya, PAS melihat penyertaan rakyat dalam pilihanraya adalah satu kewajiban agama yang mesti ditunaikan. Manakala Umno pula, katanya, melihatnya sebagai satu kewajiban warganegara yang tidak sama dengan kewajiban agama. "Umno terus dengan otak sempitnya, melihat urusan politik dan kepimpinan negara sebagai terpisah daripada ugama," katanya di laman Facebooknya. Justeru, baginya isu ini satu perbahasan hukum yang menarik untuk memahamkan masyarakat Islam mengenai hukum mengundi dalam pilihanraya umum untuk memilih kepimpinan negara. "Kerajaan jangan asyik menghina diri sendiri dengan mengugut rakyat dengan kemungkinan kuota haji ditarik balik kerana aksi berani anak-anak muda menolak politik kotor umno di tanah suci umat Islam dengan peragaan baju Bersih," katanya. Harakah Daily |
Bakal menantu Najib yang hebat Posted: 13 Jun 2012 12:57 AM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - NEW YORK: Menipu bapa tirinya yang mempunyai kaitan dengan Kazakhtan, menipu pembelian Plaza kondo yang bernilai US20 juta, juga didapati memasuki University Columbia dengan cara menipu, kata kertas dakwaan terhadapnya. Daniya Nazarbayev (gambar) – yang bapa tirinya ialah adik kepada presiden Kazakhtan Nursultan Nazarbayev – memasuki kolej menggunakan sijil palsu yang ditipu daripada sebuah sekolah tinggi yang beliau tidak pernah hadiri, tambah kertas dakwaan tersebut. Semasa permohonan, Daniyar telah dituduh menyatakan bahawa beliau seorang graduan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan. Sebenarnya beliau telah bersekolah di sebuah sekolah tinggi di Switzerland dan gagal mendapat ijazah, kata sumber. Bukan itu sahaja, bahkan nama terakhir Daniyar yang berpengaruh juga adalah palsu, kata kertas pendakwaan itu. Nama bapanya yang sebenar ialah Kesikbayev. Ibu beliau, Maira, didakwa telah menukar sijil kelahiran beliau selepas beliau berkahwin dengan Bolat Nazarbayev pada 2001. Perkahwinan tersebut berakhir tahun lepas. Daniyar, sekarang 24, telah mendapat ijazah daripada Columbia pada 2010. Menurut satu sumber yang rapat, dakwaan telah dibawa kepada pengetahun Universiti Columbia, namun tidak pasti samada pegawai institusi tersebut telah mengambil tindakan. Nama Daniyar masih tercatat di dalam direktori alumni institusi tersebut. Seorang wakil Columbia enggan memberikan sebarang ulasan. Tuduhan tersebut adalah sebahagian daripada surat saman Bolat terhadap Maira dan anaknya di Mahkamah Tinggi Manhattan, di mana beliau dituduh mengambil kesempatan ke atas kepercayaan beliau untuk merampas Plaza kondo dan dua lagi apartmen bernilai jutaan ringgit di Wall Street. Bolat berkata beliau mendapati Maira mempunyai beberapa nama samaran – dan beliau dikehendaki oleh Interpol dan pihak berkuasa Kazakhtan untuk jenayah yang meliputi peras ugut dan culikan. Akan tetapi, Maira, 50 kini menetap bersama anaknya di kondo di The Plaza, yang mempunyai empat bilik, apartmen keluasan 4,000 kaki persegi dilengkapi dengan 3.5 tandas. Ia telah disenarai sebagai tempat yang berharga sewa US68,000 sebulan. Beliau tidak dapat dihubungi untuk sebarang ulasan. Apartmen tersebut tidak mempunyai sebarang nombor telefon dan The Post tidak dibenarkan oleh pengawal keselamatan Plaza untuk mengetuk pintu beliau. Daniyar, bagaimanapun dilaporkan hilang. Di dalam kertas saman, peguam Bolat berkata mereka sedang mencari beliau di lima negara, termasuk Malaysia di mana beliau dikatakan telah bertunang dengan anak perdana menteri, Nooryana Najwa, kata seorang sumber yang mereka temui di Columbia. Bolat cuba membeli sebuah apartment di New York pada 2008, dan Maira serta Daniyar telah memperolehi kebenaran daripada beliau untuk membuat perjanjian tanpa kehadiran beliau. Saman tersebut berkata Daniyar sepatutnya meletakkan nama apartment itu di bawah nama bapa tirinya, tapi menambah nama ibunya bersama. Lapan bulan selepas itu, ibunya menjual apartment tersebut kepada Daniyar pada harga US1, kata kertas pendakwaan. ------------------------ Berita diterjemah daripada New York Post – bertarikh Jun 11, 2012. Harakah Daily |
PAS yakin dapat kekal Kelantan Posted: 12 Jun 2012 11:37 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KUBANG KERIAN: Biarpun PAS berhadapan dengan pelbagai tentangan sengit dengan isu pengundi hantu, BR1M dan lain-lain lagi, namun PAS Kelantan 'optimis' parti itu akan dapat mempertahankan kemenangannya Pada PRU13. Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar), berkata kenyataannya sebelum ini yang membayangkan beberapa kerusi PAS akan jatuh di negeri itu hanya 'motivasi' untuk jentera parti akan lebih aktif. Beliau berkata demikian ketika ditemui media semalam bagi mengulas kenyataannya sebelum ini yang 'membayangkan' beberapa kerusi PAS akan jatuh pada pihak lawan sekiranya tidak mempertingkatkan usaha perjuangan lebih berganda. Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis Sambutan Ulang Tahun Maahad Ar-Rahmah Kenali, serta perasmian bangunan baru sekolah berkenaan oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pada majlis itu juga, hampir 50 pelajar cemerlang menerima cenderahati dari pihak sekolah oleh Nik Amar yang mewakili Tuan Guru. Amar seterusnya memberitahu, mengikut kajian yang dibuat PAS berpeluang mengekalkan kemenangannya memandangkan kerajaan negeri sentiasa melaksanakan kebajikan untuk rakyat. Beliau bagaimanapun tidak menafikan pihak lawan sentiasa berusaha untuk menawan negeri ini mengikut cara mereka. Menyentuh tentang kenyataan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Ibrahim Tuan Man, yang mencadangkan haji ditangguhkan tahun ini kerana 'rahsia' pilihanraya umum belum diketahui hanya bersifat peribadi. Bagaimanapun, katanya ibadat haji memang boleh ditangguh tidak seperti solat yang wajib dilakukan hari itu dan waktu itu juga. "Walaupun ibadat haji wajib dilakukan oleh mereka yang mampu, tetapi ianya boleh ditangguhkan,"ujarnya. Harakah Daily |
Anda belum mendapat zuriat, ada ubatnya Posted: 12 Jun 2012 11:36 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KOTA BHARU: Pasangan yang telah lama berkahwin tetapi belum dikurniakan zuriat berpeluang untuk mendapatkan 'ubat' yang dihasilkan oleh perubatan negara Iran yang diakui antara yang terhebat dunia. Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa (gambar), berkata golongan berkenaan berpeluang mendapatkannya di samping khidmat nasihat sempena Ekspo Perdagangan Dunia Islam Berasaskan Dinar Dirham. Katanya, majlis ini akan bermula 15 hingga 18 Jun ini bertempat Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini bermula 10.00 pagi hingga 11.30 malam. Husam memberitahu, sebanyak 10 buah negara akan mengambil bahagian dalam pameran berkenaan antaranya, Iran, Uzbekistan, Khazastan, mesir, Taiwan, China, Brunei Darussalam, Thailand dan Indonesia. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan merasmikan majlis berkenaan pada 15 Jun ini jam 9.00 malam. Beliau turut memberitahu, dengan adanya ekspo bertaraf dunia ini, Kelantan bakal menjadi 'jambatan' penghubung antara dunia-dunia luar untuk peluang ekonomi. "Rakyat Kelantan khususnya usahawan dapat menjadikan ekspo ini sebagai platform untuk mereka terus memajukan ekonomi dalam bidang perniagaan,"ujarnya lagi. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di sini sebentar tadi. Husam seterusnya berkata, pelbagai program menarik telah diatur sepanjang ekspo terbabit, antaranya ' The Best Wall Ice-cream' produk Iran yang telah diiktiraf dunia sebagai ice-cream tersedap. Selain itu, seorang 'hafiz genius' dari Iran berusia 10 tahun akan menunjukkan kemahirannya dalam membaca al-Quran disamping menerima 'uji' bakatnya. "Hafiz ini mampu membaca surah yang diminta oleh sesiapa sahaja disamping membaca al-Quran secara terbalik,"ujarnya. Katanya, sebanyak 12 booth antarabangsa disediakan untuk memudahkan orang ramai mengunjunginya bagi menikmati juadah istimewa dari 10 negara terbabit. Katanya, Iran sahaja akan membawa 60 syarikat pengeluar dari negara berkenaan termasuk pengusaha motosikal yang mampu menawarkan harga murah. Katanya, pameran ini juga turut menerima tempahan dari orang ramai. "Pada masa yang sama syarikat berkenaan akan membuka kilang pemasangannya sendiri di negeri ini untuk kepentingan masa panjang,"ujarnya. Beliau seterusnya memberitahu, antara acara menarik yang akan menemui pengunjung, kebudayaan Islam, pameran kaligrafi Islam, Konvensyen Halal Sedunia, tayangan filem Islam, animasi dan lain-lain lagi turut diadakan. Harakah Daily |
SPR diminta reaksi cadangan PSC Posted: 12 Jun 2012 11:35 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rasah, Loke Siew Fook (gambar) melahirkan kekecewaan apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga sekarang belum memberi reaksi sepenuhnya terhadap laporan yang dikeluarkan oleh PSC sebelum ini. Beliau menjelaskan tempoh tiga bulan yang diberikan kepada SPR akan tamat pada 2 Julai nanti namun SPR tetap berdiam diri tanpa sebarang respons. "SPR sehingga sekarang masih berada di bawah pencapaian di mana tempoh yang ditetapkan oleh PSC untuk tiga bulan memberi maklumat terhadap cadangan tersebut masih tidak ada apa-apa perkembangan. "Apakah yang berlaku di dalam SPR dan juga cadangan yang dibuat, kita mahu penjelasan segera dari SPR," jelasnya. Sebelum itu beliau menyatakan pindaan terhadap Peraturan 7 di bawah Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan)(No.2) 2012 yang berkuatkuasa pada 30 April memansuhkan peruntukan undang-undang membenarkan bantahan terhadap kertas penamaan semasa hari penamaan calon bagi suatu pilihan raya. "Ini merupakan perubahan yang besar dan apa yang ingin saya tegaskan adalah jika terdapat sebarang masalah teknikal berhubung dengan kesalahan alamat mahupun tidak menandatangani borang pencalonan SPR tidak boleh menolak kertas pencalonan tersebut. "SPR hanya berhak menolak kertas-kertas pencalonan apabila seseorang calon itu telah melanggar akta di dalam Perlembagaan seperti muflis, tidak cukup 21 tahun mahupun telah dijatuhkan hukuman melebihi setahun oleh mahkamah," jelasnya pada sidang media di Parlimen. Tambahnya lagi, Pegawai Pengurus Pilihan Raya mesti menjalankan tugasnya mengikut ruang lingkup yang telah ditetapkan bukannya di luar batasan. "Kita tidak mahu mereka yang dilantik bertindak diluar batas tugas yang ditetapkan," sambungnya. Menjawab kepada pertanyaan yang dikemukakan oleh Loke Siew Fook dan Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad berkenaan dengan syor yang dicadangkan oleh PSC, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberitahu dari 32 cadangan PSC hanya 10 usul yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 1 Disember 2011. Antara yang diluluskan dan akan dilaksanakan pada PRU13 nanti adalah penggunaan dakwat kekal. Harakah Daily |
Nazri: BN boleh jatuh dengan garam, botol Posted: 12 Jun 2012 11:34 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz (gambar) berkata sesebuah kerajaan boleh jatuh walaupun dengan garam dan botol mineral. Menurutnya sejarah membuktikan bahawa kerajaan di Mesir, Tunisia dan Libya telah tumbang hanya melalui telefon. "Dengan botol pun kalau rakyat tak suka, kerajaan boleh jatuh. Sebab itu jangan pandang ringan," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan menjawab soalan tambahan Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timor). Lim yang juga Ketua Parlimen DAP dalam soalannya meminta Nazri membuktikan tuduhan kerajaan bahawa perhimpunan BERSIH 3.0 bertujuan menggulingkan kerajaan sedangkan pesertanya cuma membawa garam dan air mineral. "Adakah garam dan botol mineral boleh tumbangkan kerajaan, atau kerajaan BN gelabah. "Adakah perdana menteri mendapat maklumat dari cawangan khas bahawa Bersih 3.0 akan guling kerajaan," soalnya. Nazri dalam jawapannya selepas itu sekali lagi berkata Bersih 3.0 adalah percubaan menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik. Kenyataan Nazri itu juga menyebabkan dewan kecoh dengan sorakan apabila ramai ahli parlimen bangun untuk mencelah. "BN ketakutan...takut dengan bayang-bayang sendiri," kata Khalid Samad (PAS-Shah Alam) yang turut mencelah. Harakah Daily |
Politeknik Kota Kinabalu tidak selamat? Posted: 12 Jun 2012 11:33 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KOTA KINABALU: Politeknik Kota Kinabalu yang siap dibina pada tahun 2003 dikatakan mengalami keretakan yang agak kronik pada satu blok bangunannya berikutan struktur pembinaan yang tidak bermutu. (Antara tanda-tanda bangunan ini dalam bahaya) Pemuda PAS Sabah difahamkan bahawa Politeknik Kota Kinabalu ini tidak pernah mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Namun apa yang menjadi tanda tanya ialah bagaimana Politeknik ketujuh di bawah kelolaan dan seliaan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) beroperasi selama hampir 9 tahun. Malah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) juga dikhabarkan telah mengeluarkan surat bahawa institusi ini tidak selamat. Demikian kata Lahirul Latigu, Ketua Dewan Pemuda PAS Sabah dalam satu kenyataannya hari ini. Politeknik ini menawarkan pengajian peringkat diploma selama tiga tahun. Menurutnya, daripada tinjauan yang telah dilakukan, dakwaan sesetengah pihak berkaitan dengan isu ini ada benarnya. Terdapat beberapa gambar yang disertakan telah menunjukkan memang benar berlaku keretakan di beberapa blok bangunan ini selain daripada bangunan di Blok B yang sedang dibaik pulih tersebut mengalami masalah mendapan yang amat serius serius. Berikutan permasalahan berkenaan, Pemuda PAS turut difahamkan bahawa pihak Politeknik berkenaan tidak lagi menerima kemasukan pelajar baru sesi Jun 2012. Hal ini menimbulkan keresahan dan kesusahan bukan sahaja kepada pelajar yang terbabit, malah kepada ibu bapa mereka juga turut menerima kesan yang sama dengan terpaksa menghantar anak mereka ke Politeknik lain sama ada di Sarawak dan Semenanjung yang memakan perbelanjaan yang agak tinggi. Apa yang dikesalkan ialah, isu ini dipandang remeh oleh KPT dan JPP walaupun ianya melibatkan nyawa dan seakan pihak KPT melalui Kerajaan Malaysia telah langsung memperjudikan nyawa ribuan pelajar yang tidak bersalah dalam mencari peluang pengajian. Pemuda PAS turut menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar mengambil langkah segera dengan membuat siasatan rapi termasuklah beberapa kemungkinan terdapatnya unsur penyalahgunaan kuasa serta rasuah dalam pengurusan tersebut. Pemuda PAS, kata Lahirul, turut menyelar pihak KPT yang berselindung disebalik kemegahan Politeknik tersebut yang jelas mempertaruhkan masa depan anak-anak serta pelajar-pelajar dan langsung tidak mencerminkan 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'. Harakah Daily |
Ikram ucap tahniah kepada kerajaan Selangor Posted: 12 Jun 2012 11:32 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - SHAH ALAM: Pertubuhan Ikram Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Selangor di atas kejayaannya menangani cadangan membekukan pinjaman PTPTN untuk pelajar Unisel. Yang Dipertua Ikram Negeri Selangor, Profesor Madya Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus dalam kenyataannya berkata: "Tahniah kepada Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpin Menteri Besarnya, Tan Sri Dato` Seri Abd Khalid Bin Ibrahim dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Binti Ali serta jabatan dan agensi-agensi di bawah mereka, dalam menangani dan mengurus pendidikan dan pembelajaran di Negeri Selangor." Ketika mengucapkan tahniah kepada Selangor, Ikram melahirkan rasa terkejutnya dengan pengumuman awal oleh Menteri Pengajian Tinggi untuk membekukan pinjaman pelajaran PTPTN kepada pelajar Unisel. "Pengumuman-pengumuman seperti ini tidak menggambarkan amalan terbaik atau 'best practice' yang membanggakan, kerana ia melibatkan kepentingan rakyat khususnya ibu bapa dan para pelajar. Tidak juga menggambarkan kematangan politik pemerintah," kata kenyataannya itu. Ikram juga berpendapat, berdebat di televisyen demi mencari kaedah terbaik, adil dan menyeluruh bagi mencari penyelesaian kepada masalah rakyat adalah lebih baik daripada berbahas perihal skandal mana-mana ahli politik. "Oleh itu, tahniah kepada saluran media yang memberi ruang secara bijak," katanya yang dipercayai merujuk kepada debat PTPTN antara Rafizi Ramli dengan Khairy Jamaludin Abu Bakar baru-baru ini. Harakah Daily |
Pusat tidak cadang bina lebuh raya di Kelantan Posted: 12 Jun 2012 11:31 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Kerajaan Pusat dilihat tidak bercadang untuk membina lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai dalam masa terdekat biarpun telah dirancang sejak Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK) lagi. Dalam jawapan di parlimen kerajaan memberi alasan skop pembinaan projek lebuh raya akan diteliti semula dan akan dilaksanakan kemudian iaitu pada tempoh RMK11 dan selanjutnya. Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Shahziman Abu Mansor (gambar), anggaran kos projek ini sebanyak RM5.5 billion, disebabkan kos yang tinggi kerajaan pusat memutuskan supaya projek ini dilaksanakan secara berfasa. Berikutan itu, pembinaan projek Jalan Central Spine melibatkan fasa dari simpang Pelangai, Bentong Ke Kuala Krai sepanjang 390 kilometer dilaksanakan terlebih dahulu. Projek Membina Jalan dari Kota Bharu ke Kuala Krai merupakan sebahagian dari jajaran Jalan Persekutuan Central Spine dari Simpang Pelangai, Bentong, Pahang hingga ke Kota Bharu sepanjang 463.5 kilometer. Dalam soalan asal, Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar meminta Menteri Kerja Raya menyatakan, mengapakah cadangan pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu- Kuala Krai tidak dilaksanakan walaupun telah dirancang dalam RMK9. Sebelum ini, ekoran tindakan kerajaan pusat melengah-lengahkan pembinaan lebuh raya itu, Kerajaan Kelantan memutuskan untuk membina sendiri lebuh raya Kota-Kuala krai yang dinamakan Lebuh Raya Rakyat. Kerajaan Kelantan juga memberi peluang kepada seluruh rakyatnya untuk sama-sama menyumbang bagi mempercepatkan proses pembinaan lebuh raya itu, usaha ini mendapat sambutan menggalakan. Harakah Daily |
2,400 sokong bantah pinda Akta Keterangan Posted: 12 Jun 2012 11:30 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Pusat Kebebasan Kewartawanan (CIJ) telah berjaya mengumpulkan 2,400 tandatangan bagi kempen membantah pindaan terhadap Akta Keterangan 1950 yang disifatkan sebagai satu ancaman kepada hak rakyat Malaysia untuk bebas bersuara. Kempen yang bermula 31 Mei 2012 menyeru seluruh pengguna internet di negara ini untuk menandatangani satu petisyen menentang penguatkuasaan Seksyen 114(a) Akta Keterangan 2012 yang baru diperkenalkan bermula sejak. Petisyen tersebut akan diserahkan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz pada persidangan Parlimen yang akan datang apabila sasaran 5000 tandatangan telah dicapai. "Bantu kami dengan menjemput lebih ramai pengguna internet untuk menandatangani petisyen tersebut (pautan). "Kami juga menjemput semua pengguna internet untuk melawat laman Facebook dan Twitter kami menggunakan hashtag #stop114a untuk keterangan lanjut mengenai kempen ini," kata kenyataan itu. Para pengguna internet prihatin juga dialu-alukan menyertai mereka untuk menyerahkan petisyen tersebut. Harakah Daily |
IPO: Felda potong RM100 juta kebajikan peneroka Posted: 12 Jun 2012 11:28 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR: Akibat dari usaha untuk penyenaraian (IPO) Felda Global Venture (FVGH), Felda telah mengurangkan perbelanjaan kebajikan untuk penerokanya sebanyak RM100 juta termasuk untuk pembinaan masjid. Yang paling banyak menjadi mangsa adalah projek infrastruktor dimana bajetnya telah dikurangkan sebanyak 57 peratus berbanding bajet Felda tahun 2011. Selain itu, yang menjadi mangsa adalah: • Pembangunan Belia dan Generasi Dua dan Ketiga yang dikurangkan sebanyak 27 peratus. • Insentif Produktiviti untuk Peneroka dikurangkan sebanyak 22 peratus. • Hari Raya Bonus dikurangkan sebanyak 25 peratus. • Pelan Insurans bagi peneroka dikurangkan sebanyak 25 peratus. Demikian kata Wong Chen, Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan PKR dalam satu kenyataan medianya. Semua butir-butir di atas adalah daripada Bajet rasmi Felda 2012, kata beliau. Menurutnya, IPO FGVH menyebabkan pendapatan FELDA jatuh 64 peratus dan peneroka kehilangan RM100 juta bantuan kebajikan. Semua ini diperolehi PKR menerusi analisis tentang kesan sosial dan kewangan peneroka akibat IPO (Initial public offering/ penyenaraian) FGVH. "Analisis kami menunjukkan sebelum adanya FGVH, tiap-tiap tahun Felda membelanjakan antara RM400 hingga RM500 juta setahun untuk kebajikan masyarakat peneroka. "Perbelanjaan ini termasuk dana bagi infrastruktur jalan, masjid, padang bola, perumahan, pendidikan, insentif Hari Raya dan insurans," kata Wong Chen. Pada tahun 2011, Felda telah membelanjakan RM424 juta untuk peneroka. Walau bagaimanapun, bagi tahun 2012 Felda bercadang untuk memotong belajawan untuk peneroka dengan menyediakan RM326 juta. Pengurangan belajawan ini amat besar, hampir RM100 juta potongan, beritahu beliau. Potongan RM100 juta ini mempunyai kaitan terus dengan IPO FGVH, tegas beliau. Katanya, apabila Felda pajak gadai tanah 350,000 hektar kepada FGVH, Felda telah menyerahkan semua pokok dan hasil sawit kepada FGVH. Ini menyebabkan pendapatan Felda jatuh mendadak. Pada tahun 2011, pendapatan Felda mencecah RM2.5 bilion tetapi selepas tanah dipajak, pendapatan 2012 dijangka turun ke RM900 juta sahaja, pendapatan jatuh 64%. Oleh kerana pendapatan Felda jatuh teruk, maka kebajikan peneroka dipotong sebanyak RM100 juta. "Pada permulaannya kami telah mendedahkan durian runtuh yang terlalu kecil kepada peneroka, selepas itu pendedahan mengenai peruntukan saham yang memihak kepada bumiputera kaya. "Kini peneroka sekali lagi ditindas dengan potongan kebajikan RM100 juta," kata beliau dalam kenyataannya itu. Harakah Daily |
Mangsa kebakaran pelantar ke KL untuk dirawat Posted: 12 Jun 2012 09:14 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - MIRI — Dua mangsa yang cedera dalam kebakaran di sebuah pelantar cari gali luar persisir Miri pagi semalam dijangka diterbangkan ke Kuala Lumpur malam tadi untuk rawatan lanjut. Sumber memberitahu, kedua-dua mereka ialah Bernad Christopher, 39, dan Joseph Brandah Buar, 25, manakala seorang lagi mangsa, Mohd. Syahrizal Yusop, 27, masih dirawat di Hospital Miri. Kebakaran pada pukul 9.20 pagi di skid pemampat pelantar cari gali Tukau B (TKDP-B), 31 km di luar pesisir Miri itu menyebabkan lima cedera. Sementara itu, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam kenyataannya memberi jaminan bahawa kebakaran itu tidak membawa sebarang bahaya kepada alam sekitar seperti tumpahan, kebocoran dan letupan. Hasil siasatan awal mengesahkan bahawa keseluruan struktur masih kukuh, kata kenyataan itu. Kenyataan itu berkata, siasatan masih diteruskan untuk memastikan punca sebenar kejadian. — BERNAMA |
Posted: 12 Jun 2012 08:59 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - TANJUNG PIANDANG - Bukan setahun dua, tetapi lebih sepuluh tahun penduduk Bagan Selatan, di sini menunggu permohonan membaiki kabel elektrik kendur direalisasikan pihak bertanggungjawab. Nelayan, Tan Chun Wah, 39, berkata, keadaan kabel elektrik yang kendur itu membahayakan keselamatan pengguna terutama lori dan kenderaan berat yang berisiko tersangkut kabel berkenaan. Menurutnya, masalah itu sudah disuarakan penduduk lebih sepuluh kali, tetapi tiada tindakan susulan diambil. "Ia amat menyusahkan penduduk sehingga kami mengambil keputusan untuk menegangkan kembali kabel yang kendur dengan mengikat tali. "Saya minta semua pihak berkenaan menyelesaikan masalah kami kerana ia turut melibatkan nyawa anak-anak yang menggunakan laluan itu untuk ke sekolah," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian, di sini, semalam. Turut hadir Adun Kuala Kurau, Yunus Jemari. Chun Wah berkata, jarak kabel elektrik yang mengendur adalah lebih kurang 50 meter dan perkara itu menjadi kebimbangan penduduk kerana ia terletak di tengah-tengah jalan menghubungkan jalan utama dan Jalan Tokong. Selain itu, Chun Wah turut menggesa Majlis Daerah Kerian menyediakan lampu jalan di sepanjang lorong utama menghubungkan jalan utama dan Jalan Tokong di situ. Katanya, keadaan jalan yang gelap di kawasan itu membahayakan keselamatan lebih 40 penduduk selain menggalakkan aktiviti kecurian kabel elektrik. "Justeru, saya mohon lampu jalan dipasang di sepanjang lorong hadapan rumah kami demi keselamatan semua pihak," katanya Sementara itu, Yunus ketika ditemui Sinar Harian memberi jaminan akan menyuarakan permasalahan ini ke pengetahuan pihak berkenaan. sinar harian/- |
Posted: 12 Jun 2012 08:51 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - Tentera Yemen melepaskan tembakan roket ke arah kubu al-Qaeda di Loder, selatan wilayah Abyan pada 10 Jun lalu. Tentera Yemen berjaya menawan semula pekan Jaar daripada militan al-Qaeda selepas berlaku pertempuran sengit di pekan itu, semalam. - AFP Tentera Yemen berjaya menawan semula pekan Jaar, hari ini selepas berlaku satu pertempuran sengit dengan militan al-Qaeda, yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh. Menurut saksi, saki-baki kumpulan militan tersebut telah berundur ke kawasan berdekatan Shuqra selepas tentera melancarkan serangan secara besar-besaran. Penduduk tempatan berkata, mereka melihat kenderaan yang membawa militan dan senjata menuju ke timur Shuqra, yang dipercayai merupakan tempat persembunyian pemimpin al-Qaeda. Kementerian Pertahanan berkata, sementara itu, pihak tentera masih berusaha untuk merampas semula wilayah Abyan yang ditawan oleh militan pada tahun lalu selepas meletus pemberontakan menentang Presiden Ali Abdullah Salleh pada tahun lalu. Kumpulan pengganas itu turut menyebarkan risalah memohon maaf kepada penduduk tempatan atas kemusnahan di pekan Jaar akibat pertempuran antara kedua-dua belah pihak. Namun, tentera kerajaan yang disokong Amerika Syarikat itu tidak memasuki Jaar dan mengekalkan kedudukan mereka dua kilometer dari pekan tersebut setakat awal pagi ini. Sekurang-kurangnya 485 orang dilaporkan terbunuh, termasuk 368 militan, 72 tentera, 26 anggota kumpulan bersenjata tempatan dan 19 orang awam sejak berlaku pertempuran dengan militan pada tahun lalu. - REUTERS/AFP |
Pesawat Mirage milik Pakistan terhempas di Uthal Posted: 12 Jun 2012 08:17 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - KARACHI 13 Jun - Sebuah pesawat Mirage milik Pakistan terhempas di selatan negara itu ketika melakukan latihan rutin semalam. Jurucakap Tentera Udara Pakistan, Ketua Skuadron Mohammad Nadeem memaklumkan, pesawat itu terhempas berhampiran Uthal, Baluchistan. Menurut beliau, nahas berlaku selepas pesawat berkenaan berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Masroor, Karachi . Bagaimanapun katanya, juruterbang pesawat itu terselamat dan tiada kemalangan jiwa mahupun kerosakan harta awam dilaporkan dan pihaknya kini sedang menyiasat punca kejadian. Nahas tersebut merupakan yang kedua melibatkan pesawat dalam tempoh sebulan. - AFP |
Wanita pura-pura jadi pelanggan Posted: 12 Jun 2012 08:06 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - SEREMBAN – Seorang wanita berpura-pura menjadi pelanggan di sebuah pusat rawatan dan kecantikan di Jalan Tun Dr Ismail di sini, sebelum melarikan beberapa barangan berharga, dipercayai milik pekerja pusat rawatan itu, dalam kejadian 9 Jun lalu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Hamdan Majid berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, wanita terbabit mengambil kesempatan melarikan beberapa barangan yang ditinggalkan di atas meja semasa ketiadaan pekerja di pusat rawatan itu. "Wanita berusia lingkungan 30-an itu melarikan beberapa barangan dan wang tunai RM2,000, dengan anggaran kerugian RM7,000," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam. Hamdan berkata, siasatan mendapati wanita terbabit menulis maklumat palsu mengenai butir peribadi ketika mengisi borang untuk mendapatkan rawatan di pusat terbabit. Bagaimanapun menurutnya, perbuatan wanita itu berjaya dirakam oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV). "Hasil rakaman jelas menunjukkan wanita yang memiliki saiz tubuh besar seperti sedang mengandung itu melarikan barangan terbabit. "Justeru, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban menerusi talian hotline 06-6014999 atau balai polis berdekatan," katanya. Sinar Harian |
Posted: 12 Jun 2012 08:03 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - TAMPIN - Hanya kerana salah faham, seorang pembantu makmal sekolah di Gemencheh, parah dikelar di lehernya, oleh anak saudaranya. Kejadian berlaku di dalam kereta mangsa, berhampiran Pasar Besar Gemencheh, di sini, petang kelmarin. Difahamkan, sebelum kejadian, suspek seorang wanita yang berperwatakan lelaki (tomboi) berusia 26 tahun, datang ke tempat kerja mangsa untuk menyelesaikan salah faham tetapi mangsa meminta suspek menunggu sehingga tamat waktu bekerja. Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, suspek dipercayai meninggalkan mangsa di tepi jalan dan melarikan diri menggunakan kenderaan mangsa. "Orang awam yang melalui lokasi kejadian iaitu di tepi jalan yang hanya kurang 100 meter dari lokasi mangsa bekerja segera membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Gemencheh. "Mangsa parah dikelar menggunakan pisau dan dikejarkan ke Hospital Tampin, sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya, semalam. Suspek berjaya ditahan Kooi Cheang berkata, suspek yang nekad melarikan diri menggunakan kereta mangsa berjaya ditahan semasa bapanya menghantarnya untuk menyerah diri di Balai Polis Tampin, kirakira jam 12 tengah malam, semalam. Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, polis berjaya menemui sebilah pisau yang digunakan suspek untuk mengelar mangsa yang dibuang di sebuah kebun kelapa sawit di Felda Sungai Kelamah, Gemas. "Suspek kini direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh. "Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun," katanya. Terkejut sepupu sendiri kelar ibu Sementara itu, anak mangsa, Nurul Aishah Johari, 17, berkata, dia amat terperanjat apabila mengetahui suspek yang mengelar leher ibunya adalah sepupunya. Pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mohd Taha itu berkata, dia mengetahui kejadian itu sejurus pulang ke rumah di Kampung Jelawai, kira-kira jam 7 petang, kelmarin. "Sebaik pulang dari rumah kawan, saya dapati rumah gelap dan tiada orang. Kebiasaannya ayah, mak dan abang ada di rumah. "Tidak lama kemudian, seorang jiran memaklumkan mak saya cedera parah dikelar di leher dan dikejarkan ke hospital," katanya, semalam. Menurutnya, dia mengenali sepupunya itu sejak tahun lalu dan hubungan mereka sememangnya amat rapat. "Saya tidak sangka dia akan melakukan tindakan seperti ini kerana kami sekeluarga rapat dengan keluarganya. "Mungkin ada salah faham antara mak dengannya, menyebabkan berlaku pertengkaran," katanya. Nurul Aishah berkata, suspek yang juga anak buah ibunya jarang datang ke rumahnya. "Sebelum ini dia berhijrah ke bandar dan pernah bekerja di Singapura. Kali terakhir kami jumpa adalah tiga bulan lalu," katanya. Ibu suspek mohon maaf Ibu suspek yang enggan dikenali ketika ditemui di pekarangan Hospital Tuanku Ja'afar berkata, dia sekeluarga datang ke hospital untuk melawat dan memohon maaf kepada mangsa atas tindakan anaknya itu. "Hubungan kami dengan keluarga mangsa memang tiada masalah. Saya tidak tahu kenapa anak saya tergamak melakukan semua ini. "Mungkin ada masalah antaranya dengan makciknya tetapi saya tidak tahu apa masalah mereka. Saya berharap keluarga mangsa dapat memaafkan anak saya," katanya. Sinar Harian |
Posted: 12 Jun 2012 08:02 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - SALAH satu lokasi yang mengalami gegaran gempa bumi di wilayah Baghlan kelmarin. MAZAR-I-SHARIF, Afghanistan - Lebih 50 orang dikhuatiri terbunuh dalam runtuhan akibat dua gempa bumi yang menyebabkan tanah runtuh sekali gus meranapkan rumah-rumah di utara Afghanistan semalam. Sehari selepas gempa itu berlaku, kira-kira 50 hingga 70 orang mungkin terperangkap di bawah runtuhan di daerah Burka. Daerah itu merupakan kawasan yang paling banyak mengalami kemusnahan. "Mereka mungkin telah mati kerana terdapat banyak runtuhan tanah. Menggali tanah itu agak sukar," kata gabenor di wilayah Baghlan, Munishi Abdul Majeed. Ketua pasukan bantuan bencana alam tempatan, Mohammad Nasir Kohzad berkata, lebih banyak pasukan menyelamat dari Kabul telah dihantar ke lokasi bencana. Dua gempa bumi berukuran 5.4 dan 5.7 pada skala Richter itu menggegarkan kawasan pergunungan Hindu Kush selang setengah jam kelmarin. Lokasi kejadian terletak kira-kira 170 kilometer ke utara Kabul. Gempa bumi yang pertama berpusat 160 kilometer ke barat daya bandar Faizabad dengan kedalaman 15 kilometer. Satu lagi gempa bumi berpusat di kawasan yang hampir sama. - Agensi |
Posted: 12 Jun 2012 07:58 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - ALOR SETAR - Taktik seorang lelaki bersama dua teman wanita warga asing menggunakan rumah teres satu tingkat untuk menjalankan aktiviti pengedaran dadah bagi pasaran tempatan berjaya ditumpaskan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, Superintendan Abd Razak Md Zin berkata, sindiket itu dipercayai beroperasi hampir sebulan lalu dengan menyewa rumah di taman perumahan di Kuala Kedah. Menurutnya, ketiga-tiga suspek yang berada di rumah itu ditahan kira-kira jam 1.30 petang kelmarin dalam operasi dilakukan sepasukan pegawai dan anggota JSJN Kedah. "Lelaki rakyat tempatan bekerja sebagai tukang cat rumah berumur 41 tahun. Dua teman wanitanya seorang warga Thailand berumur 39 tahun manakala seorang lagi tidak mempunyai pengenalan diri namun dipercayai warga Myanmar berumur 30 tahun. "Polis turut merampas dadah jenis heroin anggaran 1.175 kilogram (kg) dan syabu 2.04 gram dengan nilai rampasan mengikut pasaran sekitar RM44,100 yang dijumpai dalam bilik," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini, semalam. Hadir sama timbalannya, Asisten Superintendan Mior Abdul Khalil dan pegawai penyiasat Inspektor Ab Halim Mohd Sajudi. Abd Razak berkata, beberapa barangan seperti peralatan menimbang dadah, sebuah kereta Proton Perdana V6, wang tunai RM7,000 dan Thai Baht 41,500 turut disita. "Siasatan awal mendapati sindiket itu menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat untuk melakukan proses membungkus dadah sebelum diedarkan kepada pelanggan. "Namun kita masih meneruskan siasatan untuk memastikan sindiket yang sama pernah beroperasi di tempat lain sebelum ini atau sebaliknya," katanya. Menurutnya, hasil pemeriksaan saringan ujian urin mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah. "Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman gantung mandatori. Sinar Harian |
Jaminan PM Diperlukan Untuk Hilang Keresahan Bakal Jamaah Haji Posted: 12 Jun 2012 07:58 PM PDT 23 Rejab 1433H. [MOD] - PAS mendesak Perdana Menteri memberi jaminan tidak akan mengadakan pilihanraya pada musim haji tahun ini. Jaminan tersebut perlu bagi menghilangkan kebimbangan jamaah haji berhubung hak mereka sebagai pengundi. Perdana Menteri tidak seharusnya membiarkan hampir 30,000 umat Islam berada dalam situasi tidak menentu kerana sebahagian mereka ada dicadangkan sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihanraya. Selagi tiada jaminan, ia akan menyebabkan mereka serba salah antara meneruskan hasrat atau menangguhkannya dulu. Kalau mereka sebagai pengundi tidak seberat tekanan sekiranya dipilih sebagai calon, wakil calon dan pengarah pilihanraya. Tambahan pula, seandainya pilihanraya diadakan dalam musim haji ini bermakna kerajaan Umno menafikan hak 30,000 umat Islam untuk menunaikan hak demokrasi mereka untuk mengundi. Ini sudah tentu akan meninggalkan kesan yang besar kepada keputusan dan peratusan keluar mengundi. Ini melibatkan semua parti politik, dan apa yang penting ialah hak rakyat dalam sistem demokrasi hendaklah dihormati. Tindakan Perdana Menteri yang bermain teka-teki dalam rahsia tarikh pilihanraya telah menyebabkan banyak spekulasi terhadap apakah tarikh pilihanraya yang besar. Keadaan ini amat tidak sihat untuk negara kerana sangat mengganggu perancangan pelbagai pihak. PAS melihat kebimbangan Perdana Menteri untuk mengisytiharkan tarikh pilihanraya membuktikan bahawa prospek Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya sudah menjadi satu kemungkinan yang boleh berubah menjadi realiti di sanubari BN. Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man Ketua Penerangan PAS Pusat |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan