Direct Free Kick |
- Lawatan ke ibu pejabat China Press di Jalan Riong 12 Jun 2012.
- Wakaf di flat Taman Dagang siap dibina dengan peruntukan Ahli Dewan Negeri Chempaka untuk kegunaan penduduk.
- PENDUDUK LAPOR POLIS ALAMAT DIGUNAKAN 15 INDIVIDU TIDAK DIKENALI.
- PENDUDUK BUAT LAPORAN POLIS TENTANG PENGUNDI MERAGUKAN.
Lawatan ke ibu pejabat China Press di Jalan Riong 12 Jun 2012. Posted: 13 Jun 2012 10:54 AM PDT |
Posted: 13 Jun 2012 04:52 AM PDT |
PENDUDUK LAPOR POLIS ALAMAT DIGUNAKAN 15 INDIVIDU TIDAK DIKENALI. Posted: 13 Jun 2012 03:21 AM PDT AMPANG, 13 JUN 2012 : Bimbang dengan keselamatan keluaga, bekas ketua kampung Kampung Pandan, Arshad Ahamad membuat satu laporan polis di IPD Ampang Jaya ekoran penemuan nama 15 individu meragukan yang di daftarkan di alamat rumahnya sebagai pengundi. Berdasarkan semakan Daftar Pemilih 2011 yang dipaparkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), terdapat 19 nama yang didaftarkan dan hanya empat daripada mereka merupakan ahli keluarga Arshah di alamat no 10, Lorong C 8, Kampung Pandan. Menurut Arshad, laporan ini dibuat bukan atas dasar politik sebaliknya bimbang keselamatan keluarga kerana khuatir alamat berkenaan digunakan untuk aktiviti jenayah. Katanya, individu berkenaan tidak dikenali melainkan isteri dan tiga adik ipar beliau. "Keraguan dan kebimbangan yang berlaku terhadap diri saya kalau alamat saya digunakan untuk aktiviti jenayah oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Keselamatan keluarga saya boleh tergugat memandangkan anak-anak saya masih bersekolah. "Ini bukan masalah isu politik, saya merasakan ini adalah isu keselamatan," katanya. Menurutnya, pada tahun 2008 beliau membuat semakan yang sama dan tidak menemui nama individu yang meragukan. Laporan polis sama turut dibuat oleh Ketua JKKK Kampung Pandan, Mahadi Ab Rashid yang turut bimbang keselamatan penduduk kampung ekoran perkara ini. Dalam laporannya memberitahu, terdapat 30 nama didaftarkan di rumah yang tidak bernombor dan No 1, Lorong Kemajuan Kampung Pandan. Sementara itu, Exco Selangor yang juga Adun Cempaka, Iskandar Abdul Samad memaklumkan, terdapat jumlah yang lebih tinggi di daftarkan di alamat lain seramai 43 orang. Hasil semakan menemui, hanya lapan nama yang benar-benar mendaftar di alamat berkenaan dan selebihnya adalah nama meragukan. Menurutnya, DUN Cempaka mempunyai 32,000 orang pengundi berdaftar pada tahun 2008 dan kini menyaksikan pertambahan 8,000 orang pengundi berdaftar menjadikan jumlah keseluruhan 40,000 orang. Katanya nama-nama ini akan dipamerkan di tiga lokasi iaitu Pejabat JKKK Kampung Pandan, Pejabat Ahli Majlis Jalan Pandan Indah 3/2, Pandan Indah dan Pejabat Ahli Majlis Jalan pandan 4, Pandan Jaya. "Kita bagi SPR tempoh sebulan untuk bertindak, kalau tidak kita akan pamerkan nama ini dan menawarkan RM50 kepada mereka yang mempunyai nama seperti yang dipaparkan untuk memberikan penjelasan.
"Kalau nama mereka masuk secara tidak sengaja, kita tidak ada masalah. Tapi yang bertanggungjawab kini adalah SPR," katanya. Ujar beliau lagi, tindakan bersepadu daripada Kerajaan Negeri akan dibuat sekiranya semua usaha ini gagal menemukan jalan penyelesaian bagi memastikan daftar pemilih dibersihkan sebelum PRU-13 - AFIX REDZUAN, MEDIA SELANGORKU. |
PENDUDUK BUAT LAPORAN POLIS TENTANG PENGUNDI MERAGUKAN. Posted: 13 Jun 2012 12:50 AM PDT Penduduk Kampung Pandan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka hari ini tampil membuat laporan polis mendakwa terdapat pengundi meragukan didaftarkan di kampung mereka. Mereka mendakwa terdapat 15 individu tidak dikenali didaftarkan menggunakan alamat di satu rumah dan 30 lagi didaftarkan menggunakan alamat tidak lengkap tanpa nombor. Bekas ketua kampung di situ Arshad Ahmad, 50, mendakwa terdapat 15 orang yang tidak dikenalinya didaftarkan di alamat rumahnya di No 10 Jalan Molek, Kampung Pandan. "Saya buat semakan daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dua minggu lepas. "Tahun 2008 (sebelum mengundi) juga saya ada periksa tapi (nama mereka) tiada," katanya. Menurutnya, laporan itu juga dibuat kerana beliau risaukan keselamatan diri dan keluarganya dengan pendaftaran individu yang tidak dikenali pada alamat beliau. "Tindakan ini saya buat bukan kerana ia isu politik tetapi atas isu keselamatan," katanya. Seorang lagi penduduk Mahadi Abdul Rashid pula membuat laporan polis mendakwa 30 orang individu tidak dikenali didaftarkan pada alamat tidak lengkap di Lorong Kemajuan, Kampung Pandan. ADUN tawar RM50 jika tampil Beliau membuat laporan berkenaan mewakili Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Pandan. Sementara itu, ahli DUN Chempaka, Iskandar Abdul Samad yang turut hadir mendakwa laporan yang dibuat itu hanya sebahagian daripada lebih 300 lagi pengundi meragukan yang didaftar di tiga lorong di Kampung Pandan. Dakwanya paling ramai pengundi hantu dikesan didaftarkan pada satu alamat adalah seramai 43 orang. Beliau juga mendakwa terdapat pertambahan pengundi sebanyak 25 peratus - daripada kira-kira 32,000 kepada 40,000 pengundi - dalam kawasan DUN beliau sejak tahun 2008. "Kalau saya tak rasa ragu-ragu (dengan pertambahan ini) saya tak buat sidang akhbar ini," katanya. Justeru, beliau menggesa agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak memeriksa kewujudan pengundi-pengundi berkenaan dalam masa sebulan. Jika tiada tindakan dari SPR, pihaknya sendiri akan mempamerkan nama-nama pengundi itu dan menawarkan ganjaran RM50 seorang untuk mereka tampil ke hadapan. "Kita hanya nak kenal bukan nak bawa mereka ke mahkamah," katanya - Ahmad Fadli KC, Malaysiakini. |
You are subscribed to email updates from Direct Free Kick To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan