Ahad, 3 Jun 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


JKKK begitu berkuasa tentukan siapa dapat Rumah PPRT?

Posted: 02 Jun 2012 08:45 PM PDT


Apakah JKKK begitu berkuasa untuk memproses dan menentukan siapa yang layak mendapat Rumah Mesra Rakyat, Rumah PPRT dan sebagainya? Di Rembau pula rakyat yang berpendapatan rendah masih dibelenggu dengan projek perumahan terbengkalai sejak tahun 2005, dan tiada nampak jalan penyelesaiannya hingga kini. Cuepacs pula mendapati ramai penjawat awam berpendapatan bawah RM3000 sebulan tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri.

Jawapan tak kunjung tiba

3 Jun 2012 ALOR GAJAH - Permohonan bantuan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) yang dibuat sejak 2009 sudah diluluskan namun masih belum menerima sebarang
jawapan pasti.

Itulah dilema dihadapi pasangan suami isteri, Jef Roslan Abd Rahim, 40, dan Mariani Mamat, 33, di Kampung Lendu, di sini.

Pasangan ini mempunyai tiga anak yang masih kecil dan bersekolah, berumur antara 3 hingga 10 tahun.

Mariani berkata, kali pertama mereka membuat permohonan pada penghujung 2009 dan pihak berkenaan memaklumkan alamat kad pengenalan tidak sama dengan alamat yang dipohon.

"Mereka minta kami buat semula permohonan dan majukan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) tapi selepas itu terus senyap.

"Jika ada masalah, mereka sepatutnya maklum kepada kami, bukannya mendiamkan diri kerana menyebabkan kami seolah-olah 'menunggu buah yang tak gugur," katanya, semalam.

Menurutnya, dia tidak bekerja dan hanya bergantung kepada pendapatan suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan iaitu RM500 sebulan.

"Kami berpindah ke kampung ini dan tinggal bersama ibu saya, Jamaliah Pakeh, 72, sejak tiga tahun lalu sebelum memohon bantuan PPRT.

"Saya memang dibesarkan di sini, cuma pernah merantau ke negeri lain, tetapi kembali semula menetap di kampung halaman," kata anak bongsu daripada tujuh beradik ini.

Justeru, Mariani merayu pihak berkenaan supaya mempertimbangkan permohonannya untuk memiliki rumah PPRT.

"Walaupun sudah tiga kali memohon, saya masih menaruh harapan supaya permohonan diluluskan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kampung Lendu, Norhayati Yatim berkata, segelintir pemohon menghantar borang bantuan PPRT tanpa melaluinya.

Menurutnya, pihaknya menyimpan senarai nama penduduk yang memohon bantuan\ PPRT dan jika ada yang tercicir, kami akan siasat.

"Kami akan selidik perkara ini terlebih dahulu kerana tidak pasti sama ada permohonan melalui saya atau sebaliknya," katanya yang baru memegang jawatan tersebut dua tahun lalu.


Perumahan terbengkalai di Lubuk Cina, Rembau sejak tahun 2005

Utusan Malaysia - Pembeli 95 unit rumah teres kos sederhana rendah dan 60 unit rumah teres kos rendah di Desa Indah, Lubuk Cina dekat sini, kesal dengan kegagalan pemaju menyiapkan projek itu yang telah beberapa tahun terbengkalai.

Seorang pembeli, Ibrahim Mahat, 38, berkata, projek perumahan itu sepatutnya siap pada November 2005, namun sehingga hari ini pembeli-pembeli hanya mampu menggigit jari kerana tidak dapat mendiami rumah milik sendiri.

Menurutnya, sebahagian besar pembeli merupakan golongan berpendapatan rendah dan mereka terpaksa membayar ansuran pinjaman perumahan antara RM200 hingga RM400 sebulan kepada pihak bank walaupun rumah tidak disiapkan.

''Pada masa ini, saya sekeluarga terpaksa menumpang di rumah ibu mertua kerana tidak mampu lagi menyewa rumah," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tapak projek perumahan Desa Indah, Lubuk Cina dekat sini hari ini.


Ramai penjawat awam tidak mampu miliki rumah, kata Cuepacs
28 Mei, 2012

Setiausaha Kewangan Cuepacs, Jaapar Mansor berkata fenomena itu akan berterusan jika kerajaan tidak mengambil langkah tertentu.


Ramai penjawat awam tak mampu beli rumah

MACHANG - Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mendapati, kira-kira 60 peratus penjawat awam yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan, terutamanya di Lembah Klang tidak mampu memiliki rumah sendiri.


Ucapan perpisahan Datuk Seri Syed Zainal Abidin tinggalkan Proton

Posted: 02 Jun 2012 08:42 PM PDT


Berikut kata-kata perpisahan dan perangsang dari Datuk Seri Syed Zainal Abidin sebelum beliau meninggalkan pengurusan tertinggi Proton, di petik dari laman web paultan.org . Semoga ianya menjadi inspirasi kepada kita semua.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia pada seluruh warga PROTON yang saya kasihi.
Semoga warkah saya ini bertemu saudara saudari dalam keadaan sihat sejahtera, ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas-tugas harian.
Seperti yang semua sedia maklum, saya telah pun melepaskan jawatan saya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON berkuatkuasa 4hb Julai, 2012. Dengan mengambil kira cuti yang saya perlu habiskan, hari ini yakni Khamis 31hb Mei, 2012 adalah merupakan hari terakhir saya berada di PROTON secara fizikal.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Terlalu berat untuk saya menulis surat ini sebagai penutup tirai kepada lebih enam (6) tahun perkhidmatan saya di PROTON. Berhari-hari saya mengadap skrin komputer yang kosong kerana ternyata tidak ada perkataan yang dapat menterjemahkan apa yang ada di lubuk hati saya.

Bagaimana mungkin dapat saya melepas perginya sesuatu yang telah memberi impak yang dalam dan bermakna kepada kehidupan saya? Bagaimana mungkin dapat saya berjabat tangan dan mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan yang sudah saya anggap sebagai ahli keluarga sendiri?

Tiada ucapan yang dapat saya ungkapkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada setiap individu yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu saya menjalankan tugas saya sekian lama. Tiada mampu dalam diri saya yang kerdil ini untuk membalas pengorbanan, kegigihan dan masa yang telah di curahkan oleh semua pihak dalam usaha merealisasikan impian PROTON tanpa mengenal lelah dan jemu.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Apabila saya imbas kembali detik-detik perjalanan saya di PROTON, saya menganggap sayalah yang sebenarnya beruntung. Saya beruntung kerana dapat menerajui sekumpulan tenaga pekerja yang saya anggap permata-permata yang amat bernilai.

Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sekumpulan warga Malaysia yang kental semangatnya. Tatkala masyarakat umum memberi persepsi negatif pada PROTON, saudara saudari masih bangun dinihari untuk ke kilang dengan penuh rasa bangga.

Tatkala kita ditertawakan atas kesilapan lalu, saudara saudari menerima kritikan dengan sikap terbuka. Tatkala kita berada di bawah, saudara saudari bangkit dan menyahut cabaran perubahan. Semangat saudara saudari lah yang membakar semangat saya untuk terus berjuang memulihkan PROTON.

Kematangan saudara saudari jualah yang telah mematangkan diri saya untuk berani mengambil pendekatan baru demi melonjakkan nama PROTON. Saya yakin berdiri di atas pentas kerana saya berdiri di atas keyakinan saudara saudari. Ternyata hari ini, saya lah yang kehilangan sesuatu yang besar nilainya. Bukan saudara saudari.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Saya yakin saudara saudari akan meneruskan perjuangan ini dan mampu membawa nama PROTON ke tahap yang lebih tinggi. Saya percaya saudara saudari akan terus memberikan sokongan yang mampan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Segalanya tidak mustahil jika kita tanam keyakinan yang tinggi pada setiap sesuatu.

Di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan, Saya telah melihat kehebatan saudara saudari, jadi saya menyeru agar di teruskan kegigihan ini. Percayalah pada diri sendiri, kejayaan pasti memihak kepada saudara saudari dengan izinNya.

Saya yakin dengan suntikan dan anjakan paradigma pengurusan baru, di bawah pimpinan YBhg Dato Sri Hj Mohd Khamil Jamil, PROTON akan terus meraih namanya di persada automotif, insyaallah.
Saudara saudari yang saya kasihi,
Sebagai manusia yang dhaif dan lemah dalam pelbagai aspek, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari setiap warga PROTON atas segala keterlanjuran bahasa, tingkahlaku, makan minum, hak-hak saudara saudari yang tidak dapat saya sempurnakan sepanjang perkhidmatan saya di PROTON.

Saya pasti terdapat banyak kekhilafan dan serba kekurangan dalam pentadbiran dan pengurusan saya, Yang baik itu datang dariNya, yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. Saya mohon juga disampaikan kemaafan dan salam saya pada keluarga saudara saudari sekelian. Walaupun saya mungkin tidak berkesempatan bertemu dengan mereka, doa saya akan sentiasa mengiringi mereka.
Hukum alam menetapkan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Walapun jauh dimata, PROTON akan tetap di hati saya. Saya akan sematkan ingatan dan pengalaman berharga ini jauh di lubuk hati saya. Semuga takdir mempertemukan kita semula dilain tempat, dilain masa, insyaallah.
Akhir kalam, saya memetik lirik dari nyanyian Faith Hill dari lakun layar Pearl Harbour dan kata-kata ini saya tujukan khas kepada semua warga kerja PROTON.
"There You'll Be"
When I think back
On these times
And the dreams
We left behind
I'll be glad 'cause
I was blessed to get
To have you in my life
When I look back
On these days
I'll look and see your face
You were right there for me
In my dreams
I'll always see you soar
Above the sky
In my heart
There will always be a place
For you for all my life
I'll keep a part
Of you with me
And everywhere I am
There you'll be
And everywhere I am
There you'll be
Well you showed me
How it feels
To feel the sky
Within my reach
And I always
Will remember all
The strength you
Gave to me
Your love made me
Make it through
Oh, I owe so much to you
You were right there for me
'Cause I always saw in you
My light, my strength
And I want to thank you
Now for all the ways
You were right there for me
You were right there for me
For always
Salam hormat dari saya, Syed Zainal


Balai Cerap Kompleks Baitul Hilal Anjur Pencerapan Gerhana Bulan Separa

Posted: 02 Jun 2012 06:32 AM PDT


PORT DICKSON, 1 Jun 2012 (Bernama) -- Balai cerap di Kompleks Baitul Hilal, Teluk Kemang di sini, membuka peluang kepada orang ramai untuk menyaksikan gerhana bulan separa Isnin ini.

Pegawai Falak Jabatan Mufti Negeri Sembilan Shafie Muhammad berkata program tersebut akan berlangsung dari pukul 8 malam.

"Gerhana bulan separa akan dapat dilihat di seluruh negara ketika waktu Maghrib. Di samping itu kita juga akan menganjurkan program solat sunat sempena fenomena gerhana bulan separa pada hari itu," katanya kepada Bernama Jumaat.

Balai cerap di Kompleks Baitul Hilal yang beroperasi sejak Mac lepas itu memiliki teleskop tercanggih di Asia Tenggara serta terbesar di Malaysia bernilai RM1.8 juta.

Shafie turut mempelawa orang ramai menyaksikan fenomena transit planet Zuhrah atau fenomena planet Zuhrah melintasi matahari di balai cerap itu pada 6 Jun, mulai terbit matahari sehingga 12 tengah hari.

-- BERNAMA

Bil Elektrik Naik Mendadak Setelah Tukar Meter Baru?

Posted: 02 Jun 2012 06:31 AM PDT


Bil Elektrik Naik Mendadak Setelah Tukar Meter Baru? Benarkan aduan di bawah ini?

Aduan Rakyat 2 Jun 2012 - Saya baru membeli sebuah rumah daripada seorang individu. Saya telah diminta untuk menukar meter elektrik rumah itu kepada nama saya. Jadi saya memohon pertukaran meter elektrik tersebut. Saya telah mendiami rumah itu 3 bulan sebelum meter elektrik tersebut ditukar kepada yang baru.

Sejak saya tinggal dirumah itu bil elektrik saya tidak pernah mencecah RM20.00 sebulan tetapi selepas sahaja meter ditukar bil elektrik rumah saya naik mendadak sehingga RM 181.05 sebulan.

Saya telah membuat aduan kepada TNB tetapi pihak TNB tidak mahu bertanggungjawab. Mereka tetap salahkan kami. Kemudian pada bulan seterusnya apabila bil elektrik sampai dirumah saya terus membuat perbandingan terhadap meter elektrik saya dengan bacaan di bil.

Ternyata bacaan meter di bil saya jauh lebih tinggi dari bacaan di meter elektrik saya. Saya mengambil gambar meter tersebut dan ajukan kepada pihak TNB tetapi mereka masih tidak mahu bertanggungjawab atas kesilapan tersebut.

Diharap pihak aduan rakyat dapat menyiasat perkara ini kerana saya dapati bukan saya sahaja menghadapi masalah tersebut tetapi puluhan ribu rakyat malaysia menghadapi situasi yang sama setiap bulan. Ini sangat membebankan rakyat terutama yang bependapatan rendah seperti saya.

Sekian, terima kasih

By: Intan

Tiada ulasan:

Nuffnang