Ahad, 3 Jun 2012

Direct Free Kick

Direct Free Kick


UMNO MAHU AHLI-AHLI PAS TIDAK PUAS HATI UNTUK MELEMAHKAN PAKATAN RAKYAT.

Posted: 02 Jun 2012 10:15 PM PDT

Kenyataan pimpinan Umno yang memperkecilkan hasrat Pas untuk menggantikan Umno adalah satu usaha untuk melemahkan bukan sahaja Pas tetapi Pakatan Rakyat.

Mereka tahu jentera dan organisasi Pas adalah teras kepada gerak kerja Pakatan. Tujuan mereka adalah agar ahli-ahli Pas lemah semangat. Mereka mendakwa pimpinan dan ahli-ahli Pas terutamanya di Selangor dan Pulau Pinang di pinggirkan di dalam kerajaan. Mereka berharap akibat dakwaan mereka jentera Pas akan lumpuh kerana mereka tahu ahli-ahli Pas selalunya akan turun membantu kempen pilihanraya calon-calon Pakatan tidak kira dari parti mana. Mereka tahu jika jentera Pas lumpuh maka jentera Pakatan tidak akan dapat memberi saingan kepada Barisan Nasional.

Umno mahu pimpinan dan ahli-ahli Pas sentiasa rasa tidak selesa di dalam Pakatan. Bahawa mereka tidak diberikan layanan yang adil oleh kerajaan-kerajaan negeri Pakatan di Selangor dan Pulau Pinang. Itulah senjata utama Umno dan Barisan Nasional untuk melemahkan Pakatan Rakyat. Ia perlu dijawab dengan amalan dan tindakan bukan kenyataan-kenyataan.

Tetapi saya yakin dan berharap ahli-ahli Pas tidak akan lemah semangat dengan dakwaan pimpinan Umno itu. Walau bagaimanapun mereka juga mesti membuktikan bahawa mereka benar-benar berupaya menggantikan Umno.

Kita berada di dalam zaman di mana kita dinilai melalui tindakan dan pencapaian dan bukan retorika-retorika kosong semata-mata. Pimpinan dan ahli-ahli Pas di semua peringkat perlu meletakkan diri mereka di hadapan dan tidak merendah diri tanpa sebab sehingga memberi persepsi kepada rakyat bahawa mereka telah dipinggirkan.

Jika ada di antara mereka yang sedang lena, himpunan ratusan ribu ahli dan penyokong Pas di Alor Setar baru-baru ini sepatutnya telah mengejutkan mereka dan menyedarkan mereka akan kemampuan sebenar Pas.

Iskandar A. Samad
Timbalan Pesuruhjaya 1
Pas Negeri Selangor
3 Jun 2012

Tiada ulasan:

Nuffnang