:: cina islam | 2011 :: |
- Seksaan Teringan
- Bekas diktator terima pembalasan
- ‘Kerap alami mimpi ngeri’
- Isu Scorpene: PKR cabar SPRM siasat PM
- Perhimpunan PAS paling aman jika tidak diserang
Posted: 02 Jun 2012 08:47 PM PDT 13 Rejab 1433H. [MOD] - Rasulullah S.A.W bersabda: "Sesungguhnya seringan-ringan siksaan penghuni neraka pada hari Qiamat ialah seseorang yang diletakkan di bawah dua telapak kakinya bara api neraka sehingga mendidih otak yang ada dikepalanya. (dari sebab panasnya bara api neraka tersebut) Dia mengira bahawa tidak ada orang lain yang lebih dasyat siksaan daripadanya, padahal dialah orang yang paling ringan siksaannya". - Hadith Riwayat Bukhari & Muslim tazkirah/- |
Bekas diktator terima pembalasan Posted: 02 Jun 2012 08:34 PM PDT 13 Rejab 1433H. [MOD] - SUASANA di dalam mahkamah ketika keputusan perbicaraan ke atas Hosni Mubarak di Kaherah diumumkan semalam. KAHERAH – Bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak dijatuhi hukuman penjara seumur hidup semalam kerana peranannya dalam pembunuhan penunjuk perasaan semasa kebangkitan rakyat pada tahun lalu. Turut menerima nasib sama ialah bekas Menteri Dalam Negeri, Habib Al-Adly manakala enam bekas komander polis Mubarak didapati tidak bersalah. Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan nasib memalukan menimpa seorang pemimpin kuku besi yang pernah mentadbir Mesir selama hampir tiga dekad. Hukuman berat ke atas bekas pemimpin Mesir berkenaan antara lain, bertujuan untuk meredakan ketegangan menjelang pusingan penentuan pilihan raya Presiden yang dijadualkan pada bulan ini. Mubarak, 84, merupakan pemimpin Arab pertama yang dibicarakan di negara sendiri. Pada masa yang sama, tuduhan rasuah ke atas dua anak lelaki diktator itu, Alaa dan Gamal digugurkan kerana kes mereka sudah lama berlaku dan melebihi tempoh boleh dakwa. Namun, kedua-duanya masih berdepan dakwaan melakukan perdagangan orang dalam melibatkan urusniaga saham. Ketika keputusan dibacakan, Mubarak tidak menunjukkan sebarang reaksi manakala dua anak lelakinya kelihatan gementar. Terdahulu, Hakim Ahmed Rifaat menyifatkan era pemerintahan Mubarak sebagai "30 tahun yang penuh dengan kegelapan." Menurutnya, Mubarak dan Habib langsung tidak bertindak menghentikan pembunuhan orang awam semasa kebangkitan rakyat selama 18 hari awal tahun lalu. Lebih 850 penunjuk perasaan dibunuh dengan kebanyakan mereka ditembak mati di sini dan beberapa bandar raya utama lain sepanjang gelombang kebangkitan rakyat tercetus di Mesir awal tahun lalu. Selepas keputusan kes berkenaan diumumkan, Mubarak dibawa menaiki sebuah helikopter untuk menjalani hukuman di Penjara Tora, pinggir bandar raya ini. Setibanya di lokasi, Mubarak tiba-tiba menangis dan hanya turun dari helikopter selepas dipujuk oleh beberapa anggota polis. Perbicaraan bekas pemimpin kuku besi itu berlangsung di sebuah akademi polis yang digunakan sebagai mahkamah di sini. Sementara itu, seorang peguam Mubarak, Yasser Bahr berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan ke mahkamah lebih tinggi tidak lama lagi. "Keputusan kes ini memiliki kecacatan dari setiap sudut," katanya. Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pergelutan antara penyokong dan penentang Mubarak berlaku di dalam dan di luar mahkamah selepas keputusan kes tersebut dibacakan. Pergaduhan berlaku selepas kumpulan penentang Mubarak tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah. "Saya tidak mahu hukuman lain melainkan hukuman mati ke atas Mubarak," kata seorang lelaki, Hanafi El-Sayed. Mubarak meletak jawatan pada 11 Februari 2011 selepas memerintah Mesir selama hampir 30 tahun bermula 14 Oktober 1981. – Agensi |
Posted: 02 Jun 2012 06:30 PM PDT 13 Rejab 1433H. [MOD] - TERTIPU... Zarina Ayu temui wang fotokopi dan patung daripada simpanan bekas teman lelaki. KUALA LUMPUR: Amalan khurafat berunsur sihir dikenali sebagai 'voodoo' dipercayai digunakan warga asing, khususnya di kalangan Mat Afrika, dalam usaha 'mencairkan' mangsa, sekali gus memudahkan aktiviti penipuan terhadap penduduk tempatan yang kebanyakannya wanita. Walaupun amalan itu popular di benua Afrika dan biasanya digunakan untuk pengamal atau individu yang mengupah pihak tertentu supaya menyihir musuh sehingga membawa kematian, tujuan utama amalan itu kini dipelbagaikan mengikut keperluan pengamalnya. Akibat penangan voodoo, mangsa seolah-olah dipukau hingga mudah menurut telunjuk penjenayah seperti dialami dua mangsa, Zarina Ayu, 36, dan Rohaya Dusa, 38 (bukan nama sebenar). Berikut pengakuan eksklusif mangsa yang mengalami kerugian besar hingga mengalami trauma dalam hidup mereka. KES 1 ZARINA AYU: "SAYA berharap wanita tidak sesuka hati melayan perbualan atau permintaan lelaki asing yang biasanya membuat janji temu dan memberi pelbagai hadiah sebelum meminta gambar atau merakam gambar bersama, kononnya untuk kenang-kenangan. Saya harap apa yang saya alami dua tahun lalu tidak akan berlaku kepada orang lain kerana kesengsaraan dialami membawa petaka yang sangat dikesali hinggalah kini. Selepas terpaksa meninggalkan keluarga kerana sanggup mengikut teman lelaki bertubuh sasa yang hanya dikenali selama sebulan, kebahagiaan diharapkan hingga ke jenjang pelamin tidak ke mana apabila kehilangan pekerjaan dan disisihkan apabila wang simpanan mula kehabisan. metro/- |
Isu Scorpene: PKR cabar SPRM siasat PM Posted: 02 Jun 2012 06:00 PM PDT 13 Rejab 1433H. [MOD] - PKR membuat laporan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan dakwaan kaitannya dalam skandal kapal selam Scorpene, dan mencabar panel penilai suruhanjaya itu mengambil tindakan. Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat SPRM Selangor di Shah Alam semalam, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar ketua panel penilai operasi, Hadenan Abd Jalil untuk mengisytiharkan sama ada suruhanjaya itu akan menyiasat Najib. "Kami baru sahaja membekalkan mereka bukti, sekarang kami berikan masa seminggu untuk mereka nyatakan sama ada akan menyiasat perkara itu (atau tidak)," katanya. Bukti berkenaan menurutnya, termasuk komisyen AS$1 bilion yang didakwa diminta Najib sewaktu menjadi menteri pertahanan dan 36 juta euro lagi yang dibayar kepada syarikat milik bapa sahabat baik Najib, Abdul Razak Baginda. Semua bukti itu berdasarkan pendedahan terbaru dalam kes mahkamah yang dimulakan NGO hak asasi manusia Suara Rakyat Malaysia (Suaram) terhadap pembina kapal Perancis, DCNS. [Baca berita penuh] Sementara itu, Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman pula menuntut siasatan menyeluruh dijalankan melalui penubuhan sebuah suruhanjaya diraja ekoran dakwaan terbaru kes itu melibatkan penjualan rahsia negara. "Seluruh sistem atau pihak yang terlibat dalam pertahanan negara perlu dirombak agar memsastikan rahsia negara serta keselamatan negara tidak lagi dikompromi," katanya dalam kenyataan. Mengulas dakwaan pembelian rahsia negara itu, Fauzi juga menekankan supaya kerajaan kembali kepada amalan sebelum ini dengan membuat urus niaga tanpa orang tengah. "...cara 'kerajan kepada kerajaan' (G to G) dilihat lebih telus dan profesional," katanya lagi. malaysiakini/- |
Perhimpunan PAS paling aman jika tidak diserang Posted: 02 Jun 2012 05:30 PM PDT 13 Rejab 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 3 Jun: Himpunan Hijau Ke Putrajaya membuktikan perhimpunan PAS adalah yang paling aman jika tidak diserang dengan ganas, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Kita sentiasa membuktikan dalam semua perhimpunan kita dan kita membuktikan sekali lagi dalam Himpunan Hijau Jumaat lalu bahawa perhimpunan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling aman jika kerajaan Umno tidak mengerahkan polis menyerang kita dengan ganas," katanya. Menurut Mahfuz, suasana aman dalam perhimpunan PAS dan PR bukan kerana diadakan di dalam atau di luar stadium kerana terbukti di mana pun perhimpunan PAS dan PR diadakan, semuanya berjalan dengan aman jika tidak diganggu dan diserang. "(Presiden PAS, Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi (Awang) pernah memimpin puluhan ribu orang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Pusat Konvensyen KLCC dan akhirnya ke Kedutaan Amerika Syarikat. "Dari selepas solat Jumaat hinggalah jam lima petang, semuanya berjalan dengan penuh aman kerana kerajaan Umno tidak kerahkan polis serang demonstrasi dan perarakan itu. "Tidak ada sesiapa yang diganggu oleh mereka yang berdemonstrasi, tidak ada harta awam yang dirosakkan dan tidak ada perniagaan yang ditutup malah banyak kedai makan yang kehabisan makanan yang hendak dijual kerana mereka yang berdemonstrasi singgah makan dan minum, maklumlah pada masa itu penipu-penipu yang mengada-ngada belum dapat idea untuk mendakwa perniagaan mereka ditutup dan rugi," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. Sebagai Pengarah Program Himpunan Hijau itu, Mahfuz berkata, perhimpunan itu akan diadakan di seluruh negara. Beliau juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program itu. "Saya bersyukur kepada Allah kerana dengan pertolongan-Nya, Himpunan Hijau dapat kita adakan dengan penuh gemilang. "Saya juga mengucapkan terima kasih kepada ratusan ribu ahli dan penyokong PAS yang datang dari seluruh negara sehingga menjadikan himpunan itu begitu bermakna kepada perjuangan bersama," katanya. Menurut Mahfuz, kejayaan penganjuran himpunan itu adalah hasil dari komitmen yang luar biasa dari semua yang terlibat. "Kepada Unit Amal, Unit Keselamatan, Unit IT yang berjaya memberikan liputan program itu sehingga dapat disaksikan di seluruh dunia, Unit Perubatan, PAS kawasan-kawasan dari seluruh Kedah dan semua pihak yang terlibat menjayakan himpunan itu, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga dan jazakumuLlahu khairan kathira. "Saya yakin Umno semakin merasa bahangnya kerana komitmen untuk menjayakan Himpunan Hijau adalah muqaddimah kepada komitmen kita kepada kerja-kerja pilihan raya yang akan datang," katanya lagi. hrakahdaily/- |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2012 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan