Ahad, 27 Mei 2012

N45 Dr Halimah Ali

N45 Dr Halimah Ali


Gotong royong berterusan di Kampung Delek

Posted: 27 May 2012 06:50 AM PDT

 Kpg Delek
DUN SELAT KLANG
27.5.12

ADUN Selat Klang berbangga dengan istiqomah JKKK Kpg Delek, Klang yang menjadualkan hampir setiap minggu program gotong royong secara kecil-kecilan di beberapa lorong.
YB Dr Hjh Halimah Ali selaku ADUN Selat Klang dalam ucapan perasmiannya menyatakan konsep kerja kecil-kecilan berterusan dengan melibat penduduk di lorong terbabit adalah usaha yang perlu digalakkan kerana ia menanam budaya berkerjasama dan kekitaan untuk menjaga kepentingan bersama.
Program yang dikemudikan oleh ketua kampung Kpg Delek, Hj Shamsul Bahri bersama AJK JKKK serta pasukan River Rangers Kpg Delek serta AJK Masjid Nurul Amin bersama dengan penduduk setempat mengeratkan silatur rahim di kalangan JKKK, Masjid dan Pejabat ADUN Selat Klang yang mensponsorkan keperluan asas.Makan minum disumbang bersama penduduk. MPK pula menyumbang dari segi peralatan untuk membersihkan serta kemudahan mengangkut sisa pepejal untuk mengalakkan penduduk membuang barang-barang yang terpakai secara sistematik. Ini adalah untuk mengelakkan kecenderungan melonggokkan sampah pepejal merata-rata.
 Kali ini pula, penduduk lorong Miswan ini memohon membersihkan hujung lorong mereka untuk dirata supaya boleh digunakan untuk tapak permainan kanak-kanak.

Badan Kebajikan lorong menghadiah pula cenderamata kepada YB sebagai tanda penghargaan kerana kehadiran sebagai perasmi.

Penduduk yang sehati sejiwa mahu membangunkan kampung mereka untuk dijadikan sebagai mini serambi Mekah

Tiada ulasan:

Nuffnang