DUN BUKIT PAYONG |
Jamil Khir, habaq mai sapa dalangnya Posted: 27 May 2012 06:20 AM PDT Oleh Mat Teropong: Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata bahawa kemasukan Irshad Manji ke Malaysia adalah kerana dia didalangi oleh individu tertentu maka saya melihat beliau seolah-oleh cuba mengocak-ngocakkan air yang tenang dan jernih agar menjadi keruh dan kemudiannya senang bagi beliau untuk menangguk. Terlalu mudah plot cerita yang cuba dia reka itu, seperti cerita Hindustan cerita sama yang diulang-ulang. Cuma watak dan tempat sahaja yang berbeza. Balik-balik kisah cinta terhalang, kisah wira penyelamat yang kekuatannya sekali tumbuk lima, enam orang musuh melayang. Itupun orang yang bodoh masih percaya dan menangis-nangis bila menontonnya. Saya mungkin tidak terlalu arif tentang bagaimana proses kemasukkan orang asing ke negara ini yang kalau seperti dilaporkan oleh Malaysiakini, Jamil sepertinya menggambarkan kemasukan seseorang ke negara ini amat sukar disekat sepertinya negara kita ini tiada sistem bagi mengenal pasti siapa pelancong itu. Adakah sedangkal itu sistem yang dimiliki oleh imigresen Malaysia? Kalaulah benar begitu sukarnya pihak berkuasa menyekat kemasukan orang-orang yang tidak diingini ke negara ini maka, bagaimana mungkin seorang peguam William Bourdon yang ingin menyiasat tentang kes rasuah pembelian kapal selam scorpene sedikit masa dahulu disuruh pulang kembali ke negaranya? Adakah pihak imigresen atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghalau peguam itu secara rambang? Atau kebetulan bertemu di pasar malam? Dan bukankah kedatangan Irshad Manji telah menjadi isu yang besar di kebanyakkan akhbar kerana bantahan rakyat? Dan jelas beliau telah ditolak di Indonesia. Maka kenapa apabila kita sudah tahu berkenaan kedatangannya itu, kita masih gagal melakukan tindakan pro-aktif bagi menghalangnya? Perlu diingat Irshad Manji bukan pendatang tanpa izin yang masuk melalui hutan di sempadan. Dia masuk secara sah dan berdaftar atau dengan kata lain dia masuk melalui pintu depan rumah kita ! Kes yang sama pernah berlaku sedikit masa dahulu apabila seorang lelaki rakyat Arab Saudi Hamza Kashgari yang dikaitkan dengan tuduhan menghina rasulullah di laman Facebooknya ditangkap dan beliau telah dihantar kembali oleh kerajaan Malaysia ke negara asalnya. Kenapa dengan kes yang sangat menyerupai antara satu sama lain, tetapi hasil keputusannya sangat berbeza? Begitu mudah dia ditahan dan dihantar pulang, jadi apakah kerumitan yang dihadapi oleh kerajaan dalam kes Irshad? Bagi pandangan saya isu Irshad Manji ini sebenarnya akan membawa sedikit political mileage kepada Umno sekiranya isu berkaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) berjaya diperbesarkan, maka ia secara tidak langsung akan dipalit kepada pembangkang. Sengaja dibiarkan kemasukkan Irshad Manji agar terkait dengan pembangkang yang dituduh menyokong LGBT. Namun Alhamdulillah kelihatannya strategi ini tidak Berjaya Berkaitan dengan dalang yang dikatakan oleh Jamil pula, dia hendaklah mengemukakan bukti supaya terang siapakah dalang disebalik segala ini dan diambil tindakan sewajarnya, dan saya percaya Pakatan Rakyat terutamanya PAS akan menyokongnya. Tetapi Jamil jangan hanya melepaskan peluru secara rambang, bahaya ! Kerana peluru itu mungkin terkena kepada orang yang tidak bersalah. Atau adakah dalang itu berselindung di belakang beliau dan partinya. Mengapa saya berani menanyakan begitu? Lihat sahajalah tempat pelancaran buku Irshad Manji ialah di Wisma MCA !!! MCA seperti yang diketahui umum adalah teman sebantal Umno. Tiadalah parti tersayang dan yang terbesar selepas Umno di dalam BN kecuali MCA yang mengaku sebagai kafir zimmi (oleh wakil MCA sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar -Terengganu iaitu Yang Berhormat Toh Chin Yaw dalam sidang dewan suatu masa dahulu). Jadi adakah anda hairan jika sekiranya tiada tindakan dikenakan oleh kerajaan atas penganjur yang melancarkan buku tulisan Irshad ini? (Penerbit ZI Publications Ezra Zaid-kiri bersama Erykah Badu, artis kontroversi yang membuat tatu nama Allah di badannya) Kerajaan juga sepatutnya menjalankan siasatan kepada penganjur program ini ZI Publications kerana cuba menghuru-harakan kefahaman orang awam terhadap Islam. Dengan tindakan keras oleh kerajaan saya percaya dan yakin pihak-pihak lain tidak akan mengambil mudah lagi dalam isu berkaitan sensiviti Islam. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih. Dan jangan dilakukan kerana keuntungan politik semata-mata. Sama jugalah dengan isu kumpulan K-Pop dalam majlis sambutan Belia Kebangsaan di Putrajaya dan isu tatu di badan Erykah Badu masih tak selesai. Dimana Majlis Fatwa Kebangsaan? Kenapa diam? Benarlah kata Tuan Guru Nik Aziz, ulamak terompah kayu, hanya dipakai dan bising untuk ke jamban. Inilah yang saya katakan pada permulaan catatan ini iaitu cerita Hindustan sama yang sedang dimainkan oleh Umno iaitu untuk mengaitkan Pakatan Rakyat (PR) dengan amalan yang tidak bermoral. Alahamdulillah rakyat Malaysia sangat bijak membaca apa niat tersirat oleh orang yang berniat serong. Teringat saya kepada cerita teman saya apabila mula-mula Jamil Khir dilantik menjadi menteri. Hampir saja Jamil ingin meletakkan jawatannya kata teman saya kerana tidak tahan melihat Islam bagaikan dipermainkan oleh kerajaan. Namun beliau dipujuk oleh sekumpulan cerdik pandai dalam kerajaan agar bertahan dan mereka akan membantu Jamil dari belakang. Dengan cerita yang semakin banyak berkenaan Jamil Khir (baca cerita negatif) tentang wang zakat yang dibayar kepada peguam, cerita dalang kepada Irshad Manji ini dan terbaru kisah kerajaan Arab Saudi yang kononnya ingin mengurangkan kuota jemaah haji Malaysia kerana himpunan Bersih 3.0 yang diadakan di Mekah dan Madinah, dibangkang keras oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang Ustaz Mokhtar Senik yang mengatakan kerajaan Saudi tidak pernah mengeluarkan kenyataan pengurangan kuota itu, saya hanya tersenyum mengingatkan kembali cerita teman saya itu. Wallahua'lam |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan