Ahad, 27 Mei 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


'Kenapa polis serbu pekerja asing waktu gaji?'

Posted: 27 May 2012 01:08 AM PDT


'Kenapa polis serbu pekerja asing waktu gaji?'
26 Mei 26 - Malaysiakini

Sekumpulan pekerja Burma menyatakan perasaan tidak puas hati dengan serbuan polis dan imigresen ke setinggan mereka di Kajang yang menyaksikan 31 telefon bimbit dan wang tunai RM11,000 dirampas.

Di samping itu, 14 orang turut ditahan.
Menurut pekerja, lebih 40 anggota polis dan 15 pegawai imigresen tiba dalam dua trak dan kereta peronda di rumah mereka di Kampung Baru Balakong pada awal pagi Sabtu.

Serbuan pada jam 1 pagi itu berlaku sejurus selepas hari gaji untuk hampir 200 pekerja Burma di kilang berdekatan.

"Saya percaya mereka memerhati dan tahu bahawa ia hari gaji kepada pekerja," kata Father George Harrison yang mewakili pekerja asing itu.

Pembantu jemaah paderi itu memberitahu Malaysiakini bahwa kesemua rakyat Burma itu mempunyai permit kerja yang sah dan dokumennya tersimpan dengan baik.

Jom kita bantu bina bilik mandi jenazah Surau PPR

Posted: 27 May 2012 01:07 AM PDT


Dari Blog Sdr Rozmal;

Jom kita bantu bina bilik mandi jenazah Surau PPR

Sabtu 26 Mei 2012 , saya baru pulang mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Surau PPR Senawang. Penduduk PPR Senawang begitu mengharapkan sebuah bilik untuk pengurusan dan mandi jenazah. Sudah 4 kali pengurusan jenazah dilakukan sebelum ini ditepi surau di tempat yang terbuka ditutupi dengan kanvas.

Rumah Pangsa PPR (Program Perumahan Rakyat) Bersepadu Senawang adalah merupakan kawasan perumahan kos rendah untuk mereka yang kurang berkemampuan terletak bersebelahan dengan Taman Jasmin

PPR Senawang yang mula didiami pada tahun 2007 mempunyai 24 blok bangunan dengan jumlah rumah sebanyak 420 buah. Setakat awal April 2012 jumlah penduduk beragama Islam di sini ialah sekitar 4000 orang termasuk kanak-kanak.

PPR Senawang mempunyai 2 buah surau yang dibina di tingkat bawah. Surau di Blok M1 adalah untuk kegunaan penduduk di 12 buah blok, yang dianggarkan sejumlah 2000 orang yang beragama Islam.

Kedua-dua buah surau di PPR Senawang ini tidak mempunyai bilik pengurusan serta mandi jenazah.

Surau ini berkeluasan sekitar 20 meter panjang dan 10 meter lebar.

Kawasan lapang tepi surau yang berkeluasan 5 meter X 5.3 meter adalah amat sesuai didirikan bilik mandi jenazah tersebut.

Anggaran kos pembinaan bilik mandi jenzah ini adalah sekitar RM 15,000.00

Usaha sedang dilakukan oleh pihak AJK Surau untuk mengutip sumbangan dari kalangan penduduk dan beberapa sumber lain untuk membina bilik mandi jenazah ini , namun ianya masih belum mencukupi.

Kepada mereka yang ingin menyumbang untuk pembinaan bilik pengurusan dan mandi jenazah Surau Blok M1, Rumah Pangsa PPR Bersepadu Senawang boleh disalurkan melalui akaun berikut ;

Nama akaun : SURAU BLOK M-1 RUMAH PANGSA PPR BERSEPADU
No akaun : 0507-0001400-20-4
Bank : CIMB Islamic (Senawang)

atau boleh juga menghubungi Pengerusi Surau PPR Senawang Encik Ramlee bin Mahadi di talian 017-6163508

juga boleh dialamatkan ke :

Surau Blok M-1, Rumah Pangsa PPR Bersepadu Senawang, 70450 Seremban, N.Sembilan

No Pendaftaran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam N.Sembilan : PANS 196(09) 753-1/73

Gambar keadaan semasa tempat mandi jenazah dan sekitar Surau PPR Senawang di http://waghih.blogspot.com/2012/05/jom-kita-bantu-bina-bilik-mandi-jenazah.html

Tiada ulasan:

Nuffnang