i n t a n h i j a u |
(ada video) 17 CEDERA AKIBAT LUMBA KERETA HIMPUNAN BELIA NAJIB Posted: 27 May 2012 04:35 AM PDT Seorang pegawai kementerian belia dan sukan hari ini berkata tiada individu yang meninggal dunia dalam insiden melibatkan acara perlumbaan ketika karnival Hari Belia Negara 2012 di Putrajaya semalam. Pembantu kanan jabatan pembangunan sukan kementerian itu, Saipuddin Zakaria berkata, insiden itu bagaimanapun menyebabkan empat lelaki berusia antara 18 hingga 30 tahun dimasukkan ke dalam wad. Seorang daripadanya patah tulang paha, dua lagi mengalami pendarahan dalaman manakala seorang lagi patah tangan dan kaki, katanya ketika dihubungi. Empat lelaki tersebut, yang dihantar ke Hospital Putrajaya malam tadi, mengalami kecederaan apabila seorang pelumba hilang kawalan ke atas kenderaan yang dipandunya dan melanggar satu pengadang keselamatan. Seorang daripada lelaki tersebut kemudiannya dimasukkan ke Hospital Kuala Pilah. Selain itu seramai 13 orang lagi yang turut terlibat dalam kemalangan itu menerima rawatan pesakit luar, katanya. "Yang terjadi ni, kemalangan biasa yang mana pemandu kereta drag ini mungkin dia cuai sikit jadi dia terlanggar kita punya pengadang kemudian dia panjat ke pembahagi jalan," katanya ketika dihubungi. "Penonton ini walau dah diarahkan turun dari pembahagi jalan, mereka ini degil juga, duduk di atas pembahagi jalan. "Jadi bila berlaku macam itu, kereta dah naik ke pembahagi jalan, langgarlah penonton," katanya.(malaysiakini) |
You are subscribed to email updates from i n t a n h i j a u To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan