YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri |
HIMPUNAN BERSIH SARAT AGENDA KOTOR Posted: 27 Apr 2012 07:35 AM PDT Assalamualaikum. Esok, Sabtu sekali lagi puak pembangkang akan mengadakan perhimpunan di ibu negara kononnya bagi menuntut pilihan raya bersih. Sejak mereka ini mengadakan demonstrasi berhubung tuntutan tersebut, banyak perkara yang saya tidak faham mengenainya. Soalnya, mengapa mereka tidak melalak dengan kemenangan mereka di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor?. Jika pilihan raya tidak adil, mengapa mereka menerima kemenangan itu dan lagi pula, mengapa mereka beriya-iya nak menyertai PRU kalau tidak yakin ia tidak bersih?. Perhimpunan 3.0 adalah lanjutan strategi mereka untuk melengah-lengahkan tarikh PRU kerana berlaku pelbagai kepincangan dalam pakatan pembangkang. Harus diingat bahawa kerajaan telah mewujudkan jawatankuasa khas di peringkat parlimen dan disertai sendiri panel di kalangan parti pembangkang bagi membincangkan isu-isu mengenai pilihan raya ini. Dan, hampir kesemua tuntutan pembangkang sebelum ini telah dipenuhi. Jadi mereka mahu apa lagi?. Jelas, mereka hanya mahu menanam rasa benci rakyat terhadap kerajaan BN dengan pada masa yang sama mereka mahu menutup kelemahan dalam pentadbiran kerajaan yang mereka perintah. Tidak lebih dari itu. Seperti yang ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bahawa pilihan raya bersih bukan sahaja menjadi keinginan pembangkang tetapi juga BN. Maka itu, kerajaan sentiasa terbuka dan memberikan perhatian terhadap teguran serta pandangan demi memastikan proses pilihan raya kita berjalan dengan lancar dan sempurna. Jadi, untuk apa BERSIH 3.0 diadakan?. Ya, ia diadakan bagi membangkitkan semangat puak pembangkang yang semakin longlai, yang semakin tertekan dengan pelbagai isu yang membabitkan anwar Ibrahim. Saya tidak nampak asasnya perhimpunan tersebut. Apa pun, kerajaan BN telah memberikan mereka ruang yang cukup untuk berhimpun. Malah kerajaan menyediakan stadium untuk mereka tetapi mereka tidak mahu. Kalau saya, itu bukanlah perkara pelik kerana tujuan sebenar mereka adalah untuk mencetuskan provokasi kepada pihak berkuasa. Mereka mahu menggambarkan kerajaan dan pihak berkuasa jahat. Itu saja. Kepada rakyat, Lihatlah apa yang berlaku dengan jujur dan ikhlas. Fikirlah dengan matang mengenai apa yang sedang berlaku di depan mata mereka. Cukuplah negara kita rugi kerana kita melayan golongan yang tidak ada harga diri ini. Mereka yang berhimpun itu tidak sedar bahawa mereka sedang merosakkan negaranya sendiri. Kepada rakyat, marilah kita menolak pengkhianat negara ini. Bersatulah kita ke arah itu. |
You are subscribed to email updates from YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan