Jumaat, 27 April 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Peneroka ‘diperdaya’ tandatangani pinjaman bank

Posted: 26 Apr 2012 09:30 PM PDT


April 26, 2012

"Malangnya hampir 90 peratus peneroka sudah pun menandatangani borang (pinjaman bank) itu," kata Mazlan Aliman.

KUALA LUMPUR: Persatuan Peneroka Anak Felda Kebangsaan (Anak) mendakwa peneroka seperti diperdaya apabila menandatangani surat pinjaman pembelian saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).

Surat perjanjian bank setebal 60 muka surat itu ditulis dalam Bahasa Inggeris, mengandungi syarat-syarat yang memaksa peneroka menanggung semua risiko sendiri jika saham itu rugi.

Presiden Anak Mazlan Aliman berkata, borang pembiayaan pinjaman saham FGVH telah pun diedarkan oleh bank-bank komersial kepada peneroka.

Bank-bank komersial memberikan kebebasan kepada peneroka untuk menyatakan jumlah pinjaman yang mereka mahu.

Ini kerana menurut Mazlan, bank memberikan kelonggaran sedemikian kerana mendapat jaminan kerajaan dan peneroka mempunyai aset tanah 10 ekar.

Namun dalam masa sama jika rugi, peneroka perlu menanggung semua risiko dan pembayaran semula pinjaman.

"Malangnya hampir 90 peratus peneroka sudah pun menandatangani borang (pinjaman bank) itu.

"FGVH memperalat pengurusan Felda memaksa peneroka mengisi borang tersebut dalam keadaan mereka keliru dan sebahagian besar tidak tahu apa-apa," katanya kepada pemberita di pejabat Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di sini hari ini.

Katanya, situasi ini menyedihkan apabila peneroka diperdaya dengan 'durian runtuh' untuk menghalalkan tindakan kerajaan bagi tujuan penyenaraian ke Bursa Malaysia.

"Pasaran saham dimanipulasi oleh pihak spekulator dan tidak menentu. Ini mampu memudaratkan kepentingan aset peneroka," katanya.

Himpunan ala Bersih

Oleh itu, beliau berkata Anak tidak akan teragak-agak untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran seperti Perhimpunan Bersih jika Felda terus mengganggu hak peneroka.

Katanya, perhimpunan itu adalah langkah terakhir memandangkan pelbagai usaha telah dibuat termasuk membuat laporan polis, injunksi mahkamah, dan sebagainya.

"Kita akan buat himpunan terbesar demi mempertahankan saham peneroka. Ini saja pilihan yang ada," katanya.

Lagi pelatih PLKN meninggal dunia

Posted: 26 Apr 2012 07:58 PM PDT


NS trainee in coma dies - 27 Apr 2012 NILAI: Nineteen-year-old A. Tamilarasi who slipped into a coma after a bout of fever while undergoing national service training at a camp in Port Dickson in February last year has died.

The only daughter of former lorry driver K. Anandan, 42, and housewife A. Krishnamary, 41, died at the Tuanku Ja'afar Hospital on Wednesday evening. She had been warded for high fever.

Tamilarasi, who was in the hospital for more than a year, had been in semi-comatose state and relied on a ventilator to help her breathe.

Doctors, who failed to diagnose her illness, said her chances of recovery were remote.

Anandan said Tamilarasi was discharged in February after doctors did not see any improvement in her condition.

"We had to bring her home as there was no other option. We cared for her the best we could. She fell ill again on Tuesday and was warded but died the next day," said Anandan at his home in Taman Desa Cempaka near here.

Anandan said they had only been feeding milk to Tamilarasi since she first fell ill.

Tamilarasi enrolled at the PDS Resort NS camp in Pasir Panjang, Port Dickson, on Jan 2, 2010 but fell ill a fortnight later.

Anandan was shocked to see his daughter's condition when he went to bring her home for the Chinese New Year holidays and admitted her to a hospital on Feb 8, last year. She slipped into a coma.

Anandan even lost his job then as his wife and he had to take turns to look after Tamilarasi.

"My two boys, aged 20 and 16, were already working to help make ends meet. We had no choice as we had taken loans to look after Tamilarasi," he said, adding that it cost the family RM200 a week to buy a special formula and diapers for their daughter.

"As far as I am concerned, my daughter fell ill while she was undergoing NS training. Someone has to be responsible for her death."

Tamilarasi was buried at a Christian cemetery in Sg Pelek, Sepang.

Ibu Pengarah Unit Amal N.Sembilan meninggal dunia

Posted: 26 Apr 2012 04:43 PM PDT


Dimaklumkan ibu kepada Sdr Izamri bin Med, Pengarah Unit Amal Negeri Sembilan telah meninggal dunia malam tadi. Jenazah ibu beliau Asiah binti Ali akan dikebumikan sebelum solat Jumaat di No 18, Blok 1, Felda Bukit Damar, Lanchang, Pahang.

Kepada mereka yang ini menyampaikan SMS ucapan takziah boleh hantar ke no beliau di 013-2124086. (Digalakkan menalipon atau menghantar SMS selepas solat Jumaat).

Kepada mereka yang ingin memberikan sumbangan , boleh terus masukkan ke Akaun, Izamri bin Med di CIMB , No Akaun 05020693061526

Tiada ulasan:

Nuffnang