Jumaat, 27 April 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Allow Bersih 3.0 To Go Ahead Peacefully

Posted: 27 Apr 2012 05:26 AM PDT

Concerned citizens call on Prime Minister Najib Razak to allow Bersih 3.0 to go ahead peacefully at Dataran Merdeka on April 28

We the undersigned wish to express our profound disappointment at the numerous obstacles that have been put in place by government agencies, especially the Polis Diraja Malaysia (PDRM) and Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), to prevent the planned peaceful gathering of Bersih 3.0 on 28 April 2012.

We recognise that these agencies are either under the direct control or influence of your government but we are sure that you, as Prime Minister, concur that they should strictly observe and practice administrative neutrality and not be seen to serve the partisan interests of the ruling parties.

It is disheartening and unacceptable to see these agencies behave in a way that is in direct contradiction to your promises of a more open democratic space for Malaysians.
We wish to emphasise that the right to assembly is guaranteed by the Federal Constitution. The only limitation is that such assembly must not be a threat to national security or to public order. There is nothing to suggest that Bersih 3.0 will be such a threat.

We also note with concern that various groups have been making threats against this planned peaceful gathering. Recent events in Dataran Merdeka where students engaged in a peaceful demonstration have been attacked by thugs show that such threats are not to be taken lightly.

You have promised a reformist agenda and we expect you to uphold your pledge. Furthermore due to your power over the bodies mentioned above, we wish to assert here that any untoward incidents instigated by any of these bodies shall be held to be your responsibility.

If you believe in democracy and clean and fair elections, now is the time to prove it. Allow Bersih 3.0 to go ahead peacefully.

Signatories:

A. Bakar Sulaiman
Dr Ahmad Farouk Musa
Datin Marion D’Cruz
Dato Thasleem Ibrahim
Dr Azmi Sharom
Dr. K. J. John
Dr Lim Teck Ghee
Kee Thuan Chye
Malik Imtiaz Sarwar
Prof Zaharom Nain

Home Minister Must Respond To Speculations Of Organ-Snatching Involving Indonesian Migrant Workers And Malaysian Police

Posted: 27 Apr 2012 04:40 AM PDT

Indonesia’s Agency for the Placement and Protection of Indonesian Migrant Workers (BNP2TKI) has claimed that Indonesians recently shot dead by Malaysian police have had their organs removed. This matter is receiving wide media coverage in their country.

Parti Keadilan Rakyat strongly condemns these acts if they are found to be true and calls for an immediate independent investigation into both the circumstances of the shootings and determine if any organ has been removed from the dead men.

The police have been implicated, therefore only an independent investigation will clear them and manage public perception. 

Immediate so as to stem any negative news building-up against our country in Indonesia, the good name of Malaysia and its police have to be protected.

Parti Keadilan Rakyat is prepared to work with the Indonesian Embassy, including legal assistance, to seek the facts of behind these deaths and if the bodies have been handled inappropriately.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim
Opposition Leader, Malaysian Parliament

Menteri Dalam Negeri Mesti Jawab Dakwaan Hilangnya Organ Dalaman Dari Mayat Tenaga Kerja Indonesia Dan Kaitannya Dengan Pasukan Polis

Posted: 27 Apr 2012 04:32 AM PDT

Kenyataan Media
27 April 2012
 
Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) mendakwa organ tubuh tiga warga Indonesia yang ditembak mati baru baru ini didapati hilang. Isu ini mendapat liputan meluas dari media Indonesia.

Sekiranya dakwaan ini benar, kami mengecam perbuatan jelek ini serta menggesa agar satu siasatan bebas dijalankan untuk menyiasat dakwaan berkaitan insiden kematian tiga warga Indonesia tersebut serta samada organ dalaman dikeluarkan dari tubuh mereka. Oleh kerana polis didakwa terlibat makanya hanya satu siasatan yang bebas akan menjernihkan nama baik dan persepsi umum terhadap pihak Polis.

Manakala demi memastikan hubungan baik rakyat Malaysia-Indonesia, serta nama baik Pasukan Polis, Parti Keadilan Rakyat bersedia menawarkan bantuan guaman dan bersedia bekerjasama dengan Kedutaan Indonesia di Malaysia bagi menemui kebenaran di sebalik kematian tiga warga Indonesia tersebut dan samada mayat mereka diuruskan secara tidak bertanggungjawab. 
 
Anwar Ibrahim
Ketua Pembangkang
Dewan Rakyat Malaysia

Rakaman Countdown BERSIH 3.0 Di Bandar Tun Razak

Posted: 27 Apr 2012 01:33 AM PDT



Tiada Kompromi Untuk Hadir BERSIH

Posted: 27 Apr 2012 12:44 AM PDT

Malaysiakini

Menjadi kewajipan tanpa kompromi untuk semua rakyat Malaysia hadir ke perhimpunan BERSIH bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil di Kuala Lumpur esok, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana, kata Anwar, kehadiran mereka bertujuan menuntut hak yang dijamin dalam perlembagaan dan bukan menuntut elaun atau ganjaran untuk diri sendiri.

Menurut Anwar, perhimpunan itu juga akan memberitahu perdana menteri dan anggota kabinetnya serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya tidak melakukan penipuan dalam pilihan raya.

Bercakap dalam ceramah di hadapan kira-kira 1,000 orang malam tadi, Anwar menyelar pengerusi jawatankuasa pilihan khas parlimen Datuk Seri Maximus Ongkili kerana gagal mengetengahkan isu daftar pemilih di sampai pelbagai cadangan lain.

“Dakwat kekal? Pasti. Tetapi perkara pentung siapa akan mengundi? Hantu, manusia, lembu?” soalnya yang juga anggota Parlimen Permatang Pauh.

Lokasi Awal Sebelum Ke Dataran Merdeka

Posted: 26 Apr 2012 11:19 PM PDT

Harakah

KUALA LUMPUR: Penganjur perhimpunan Bersih 3.0 memaklumkan enam lokasi awal sebelum peserta menuju ke Dataran Merdeka, 28 April ini.

Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0, Maria Chin Abdullah berkata enam lokasi tersebut terdiri daripada Pasar Seni, Masjid Negara, KLCC, Brickfields, Jalan Sultan dan Masjid India.

Keenam-enam lokasi itu, katanya merupakan lokasi awal sebelum para peserta berkumpul di Dataran Merdeka pada himpunan Duduk Bantah itu.

Beliau berkata demikian kepada Harakahdaily, hari ini.

Maria menambah, perancangan awal jawatankuasa itu menetapkan Dataran Merdeka sebagai lokasi Duduk Bantah, dan tidak akan menukar lokasinya walaupun dihalang pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sebelum ini, DBKL berkali-kali mengeluarkan kenyataan melarang dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar larangan tersebut.

Sementara itu, tinjauan Harakahdaily mendapati DBKL mula menutup persekitaran Dataran Merdeka dengan meletakkan pagar besi dan penghadang, pada jam empat pagi tadi.

Pendedahan Keahlian UMNO Milik Dua Orang Ketua SPR

Posted: 26 Apr 2012 11:15 PM PDT

Malaysiakini

PKR hari ini mendedahkan butiran keahlian Umno dua pemimpin paling penting dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melibatkan Pengerusi Tan Sri Abdul Aziz Yusof dan timbalannya Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, Abdul Aziz menjadi anggota cawangan Sri Ampang Baru (bahagian Ampang) manakala Wan Ahmad pula di cawangan Kubang Bunggor (Pasir Mas) di Kelantan.

Nombor keahlian keanggotaan turut disertakan dalam kenyataannya yang dikeluarkan hari ini.

“Seorang yang diamanahkan menduduki jawatan sebagai anggota SPR hendaklah diyakini bebas, tidak berpihak dan 'non-partisan’.

“Ternyata pengerusi dan timbalan pengerusi SPR gagal dalam ujian asas ini apakala terbukti mereka berdua sah menjadi ahli Umno…,” kata Saifuddin.

Saifuddin semalam dilaporkan mencabar kedua-dua orang kuat SPR itu supaya menafikan menganggotai parti Umno atau beliau akan mendedahkan butiran keanggotaan mereka hari ini.

Katanya, anggota panel SPR tidak sepatutnya condong kepada mana-mana parti politik agar dilihat berkecuali dan bertindak dengan tidak memihak.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang juga menegaskan bahawa kepercayaan awam syarat tonggak dalam kriteria pelantikan seseorang anggota dalam SPR.

“Kita berpendapat jalan terbaik untuk kedua-dua mereka membantu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kewibawaan institusi SPR lebih-lebih lagi pada ketika Malaysia akan menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang ialah segera meletak jawatan,” kata Saifuddin.

Pengakuan Aziz, Wan Ahmad

Sementara itu, Sinar Harian hari ini memetik Abdul Aziz sebagai berkata beliau tidak pernah mendaftar atau memohon untuk menjadi ahli Umno, walaupun tidak menolak kemungkinan namanya tersenarai dalam parti tersebut.

“Saya tak ingat langsung bila dan di mana saya pernah menjadi ahli Umno, boleh jadi ada mana-mana pihak memasukkan nama saya selepas tamat universiti, awal 70-an,” katanya.

Manakala Wan Ahmad pula terus terang mengaku pernah menjadi ahli Umno tetapi tidak pernah hadir sebarang aktiviti dan mesyuarat parti serta “tidak pernah mengambil tahu”.

“Kakitangan awam tidak dibenarkan aktif dalam mana-mana parti. Sekiranya mahu aktif, mereka perlu lepaskan jawatan dipegang,” beliau dipetik sebagai berkata.

Kedua-dua mereka berkata sentiasa telus menjalankan amanah dan tidak pernah berat sebelah. Wan Ahmad juga menyatakan hasrat bertemu Saifuddin bagi mengetahui motif pemimpin pembangkang itu.

Tiada ulasan:

Nuffnang