Khamis, 26 April 2012

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


LAHIRNYA DAERAH KUALA NERUS

Posted: 26 Apr 2012 07:48 AM PDT


Assalamualaikum.

Antara perkara yang disentuh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin ketika istiadat pembukaan persidangan DUN Terengganu minggu lalu ialah baginda menyebut mengenai kewujudan daerah baru Kuala Nerus.

Selepas perkara tersebut dibentangkan dalam Bajet Negeri 2012 hujung tahun lalu, dan disentuh pula oleh Baginda dalam titahnya, saya amat menjunjung kasih ke bawah DYMM Tuanku di atas kecaknaan dan keprihatinan baginda mengenai pentingnya kewujudan daerah baru Kuala Nerus ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada Kerajaan Negeri yang telah meluluskan peruntukan awal sebanyak RM20 juga bagi membolehkan kerja-kerja awal kea rah mencapai matlamat tersebut dimulakan tahun ini.

Alhamdulillah, kita telah pun mengenalpasti tapak pusat pentadbirannya dan YAB Datuk Seri Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu sendiri telah pun melawat kawasan berkenaan baru-baru ini.

Sebenarnya kelahiran sebuah Daerah Kuala Nerus adalah sesuatu yang sangat-sangat dinantikan rakyat, bukan sahaja di Kuala Nerus tetapi juga seluruh Terengganu ini.

Usaha ini pula tidak berlaku dalam sehari dua ini. Sebaliknya, ia telah digerakkan secara tersusun dan penuh rapi bagi membolehkan ia menjadi kenyataan. Semua ini adalah hadiah untuk rakyat dan membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah parti yang bekerja dengan rakyat.

Daerah Kuala Nerus tidak akan lahir hanya kerana ia namanya Kuala Nerus. Namun, ia berlaku disebabkan Kuala Nerus telah pesat membangun dan memenuhi kreateria yang telah ditetapkan bagi membolehkan sebuah daerah baru menjadi kenyataan.

Kini lebih seratus ribu penduduk di Kuala Nerus menanti dengan penuh minat bagi melihat usaha ini segera menjadi kenyataan. Dan, berdasarkan kepada apa yang telah dilaksanakan, saya yakin ia sudah terlalu hamper menjadi kenyataan.

Saya berani menyatakan bahawa Kuala Nerus telah mempunyai segala-galanya untuk dibnobatkan atau dinaiktaraf sebagai sebuah daerah baru di Terengganu ini. Cuma, ia memerlukan kepada beberapa penambahbaikan yang wajar diberikan perhatian.

 Saya sangat teruja untuk menyatakan bahawa Daerah Kuala Nerus adalah hadiah untuk rakyat. Oleh kerana itu, rakyat mestilah bersama-sama kerajaan dalam hal ini. Rakyat jangan mudah terpedaya, terpengaruh dengan puak-puak yang hanya pandai berkata-kata tetapi tidak pernah melakukan apa-apa untuk rakyat.

Itulah harapan saya. Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, saya melakukan yang terbaik untuk Kuala Nerus dan saya sebenarnya sangat gembira di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan dalam saya melewati perjuangan ini, khususnya menjadikan Kuala Nerus sebagai sebuah daerah baru di Terengganu, insya'Allah.


Tiada ulasan:

Nuffnang