DUN BUKIT PAYONG |
- Ceramah umum
- Ahmad Said tidak sedar DUN Terengganu lulus bajet zoo?
- Demo bantahan rampasan tanah di Wisma Darul Iman
Posted: 25 Apr 2012 06:16 PM PDT Ceramah Umum Bertempat di Kampung Undang Bukit Payong Marang Tarikh : 26hb April 2012 Jam : 9.30 malam Penceramah : YB Ustaz Mohd Nor Hamzah Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu YB Ahmad Zaki Ibrahim Timbalan Speaker DUN Kelantan Ustaz Azman Shapawi Abd.Rani Mantan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Datanglah beramai-ramai bagi mendengar isu-isu terkini sidang DUN Terengganu dan politik negara. |
Ahmad Said tidak sedar DUN Terengganu lulus bajet zoo? Posted: 25 Apr 2012 09:03 AM PDT Kuala Terengganu : YAB Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad Said hari ini seperti cuba memutar belitkan isu belanjawan kepada zoo yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri sedikit masa dahulu. Isu belanjawan sebanyak hampir RM 100 juta yang telah diluluskan oleh dewan itu telah dibangkitkan oleh wakil Batu Burok Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi ( PAS ). Beliau membangkitkan belanjawan yang begitu besar jumlahnya ( walaupun belum dibelanjakan lagi ) hanya untuk zoo, sepatutnya ditumpukan dahulu kepada persoalan kemanusiaan lain yang lebih penting. Ahmad kemudiannya bangun menuduh Syed Azman telah berbohong dengan mereka cerita tentang jumlah hampir RM 100 juta itu di dalam dewan. Akan tetapi apabila Syed Azman bangun menyatakan bahawa apa yang beliau bangkitkan itu adalah perkara yang telah diluluskan oleh dewan satu ketika dahulu, Ahmad hanya meneruskan ucapannya tanpa memperbetulkannya. Dengan sikap Yang DiPertua (YDP) Dewan yang dilihat tidak memihak Syed Azman, maka permohonan Syed Azman agar YDP mengarahkan Ahmad menarik balik tuduhan dia berbohong tidak dilayan. Sementara itu permohonan pembangkang agar kerajaan menyatakan secara terperinci tentang syarat-syarat persetujuan penamatan saman royalti antara kerajaan negeri dengan Petronas juga ditolak. Sidang Dewan telah dipendekkan kepada hanya dua hari iaitu 24 dan 25 April setelah cadangan Pengerusi, Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Ahmad Razif Abd. Rahman agar sidang hari ketiga dimasukkan kedalam hari kedua diterima. |
Demo bantahan rampasan tanah di Wisma Darul Iman Posted: 25 Apr 2012 08:51 AM PDT Video-video demo bantahan rampasan tanah oleh kerajaan Terengganu di Wisma Darul Iman http://www.youtube.com/watch?v=OcmMo7ZOrc8 http://www.youtube.com/watch?v=jLaVEe2WV44 http://www.youtube.com/watch?v=fn7qC5t9cD4 http://www.youtube.com/watch?v=4Y2wMS4VxJk http://www.youtube.com/watch?v=GBrTmvv6_-c http://www.youtube.com/watch?v=I-8ViDpzboI http://www.youtube.com/watch?v=e3vJdm-y_KE |
You are subscribed to email updates from DUN BUKIT PAYONG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan