Anwar Ibrahim |
- Delegasi Antarabangsa Bimbang 3 Isu pilihanraya Malaysia
- Pilihan raya: Antara Keadilan Dan Kezaliman
- Mission Raises Concerns Over Upcoming Polls
- Negeri PR: Setiausaha Agung KEADILAN Bidas Setiausaha Agung Umno
Delegasi Antarabangsa Bimbang 3 Isu pilihanraya Malaysia Posted: 26 Apr 2012 01:45 AM PDT Delegasi antarabangsa untuk misi siasatan pilihan raya di Malaysia hari ini mendapati terdapat tiga isu utama kekurangan dalam sistem pengundian negara ini. Senator Nicholas Xenophon dari Australia berkata, antara isu yang dikenalpasti mengenai tempoh berkempen yang pendek selama 10 hari. Di Australia kempen sekurang-kurangnya selama 33 hari dan di India dan Pakistan 90 hari, yang mana lebih lama berbanding di sini,” katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz di Parlimen, pagi tadi. |
Pilihan raya: Antara Keadilan Dan Kezaliman Posted: 26 Apr 2012 01:21 AM PDT Muhammad Hafiz Mansor, Negara Malaysia hari ini mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, iaitu suatu bentuk pemerintahan yang menggunakan pungutan suara rakyat sebagai asas dalam pemilihan kerajaannya. Ini merupakan salah satu komponen utama dalam pengamalan demokrasi bagi mana-mana negara yang telah mencapai status kemerdekaan. |
Mission Raises Concerns Over Upcoming Polls Posted: 26 Apr 2012 12:04 AM PDT A seven-person international fact-finding mission today raised three concerns over Malaysia's electoral system with Minister in the Prime Minister's Department Nazri Abdul Aziz. According to Australian senator Nicholas Xenophon, a member of the mission, one concern brought up at the one-hour meeting at Parliament house was the short campaigning period of 10 days. "In Australia it is at least 33 days and in India and Pakistan it is 90 days, which almost feels too long," he told reporters after the meeting with Nazri. Xenophon, who is here with the other delegates upon invitation by Opposition Leader Anwar Ibrahim’s office, said that another concern was the proportions of constituencies. “We are also concerned about the fundamental issue of one vote one value where some seats have 7,000 to 8,000 constituents while others have close to 100,000. It does not reflect the democractic will of a nation,” he said. The mission also raised concern that there is access to media is imbalanced between the opposition and government parties. He, however, could not disclose what Nazri’s response to their concerns, except that the minister had assures the mission of a “clean and fair election”. Nazri told the ‘truth’ Asked if the mission are acting on opposition complaints, Xenophon said that the information was collected from public domain and that the mission comes with goodwill to hear all sides of the story. “I cannot stress enough that we come as friends of Malaysia… Friends tell each other the truth,” he said. He added that while the invitation came from the opposition, everyone on the team are “fiercely independent” and have an interest in Malaysia’s development. The delegation will also meet with BN secretary-general Tengku Adnan Mansor today. Meetings with election reform pressure group Bersih 2.0 and the Election Commission are slated for the next two days. They will conclude the mission on Sunday and present interim findings, with a report expected to be made public within the next two weeks. Others in the team are Pakistani senator Hasil Khan Bizenjo, Filipino University of East College of Law dean Amado Valdez, Germany’s Freidrich Naumann Foundation for Freedom coordinator Juliane Schmucker, University of New South Wales associate professor of politics Clinton Fernandes, Indian journalist Mobashar Jawed Akhbar and the Indonesian International Scholars Association chairperson Mohamad Nasir Tamara Tamimi. |
Negeri PR: Setiausaha Agung KEADILAN Bidas Setiausaha Agung Umno Posted: 25 Apr 2012 11:55 PM PDT PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) menolak keras keyakinan Barisan Nasional (BN) boleh merampas semula Kedah dan Selangor dan menegaskan, tiada sebarang faktor kukuh yang ia akan jatuh melainkan adanya penggunaan unsur-unsur memanipulasi proses pilihan raya kelak. Keyakinan balas itu dilahirkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam satu temu bual dengan Sinar Harian di sini, semalam. “Saya menolak sama sekali tanggapan dan ramalan serta keyakinan (Setiausaha Agung BN dan Umno, Datuk Seri) Tengku Adnan (Tengku Mansor) kerana pada saya (kalau) perubahan politik (hendak) berlaku, mesti satu isu fundamental betul-betul yang boleh menggegar dan menggugat, penolakan total terhadap kerajaan yang memerintah hari ini,” kata beliau. PR dianggotai PKR, DAP dan Pas. Saifuddin berkata, beliau tidak nampak wujudnya persekitaran sedemikian iaitu faktor penolakan terhadap Kerajaan Negeri Selangor pada hari ini. “Faktor penolakan total akan disumbangkan oleh skandal dalam sesuatu kawasan yang membabitkan soal urus tadbir yang baik, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan pengkhianatan kepada amanah rakyat. “Selama empat tahun tiada isu yang menggegar,” katanya sambil menegaskan, memang wujud unsur yang Umno ‘spin’, seperti isu pasir. “Dia nak rakyat percaya (isu pasir), tetapi akhirnya dia yang percaya isu itu. “Saya optimis mereka tidak akan dapat balik Selangor, saya tidak yakin Selangor akan kembali kepada BN,” katanya. Tengku Adnan dalam temu bual bersama Sinar Harian Isnin lalu berkata, BN yakin dapat merampas semula Selangor dan Kedah dalam PRU13 berdasarkan sokongan yang ditunjukkan oleh rakyat terhadap perikatan itu. Beliau berkeyakinan begitu sebab pengundi di kedua-dua negeri telah menyedari kesilapan mereka dengan menyokong PR. Selangor dan Kedah adalah antara empat negeri kini dikuasai PR. Dua negeri lain ialah Kelantan dan Pulau Pinang Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, kerajaaan Kedah dan Selangor dalam keadaan yang baik dan tiada skandal besar, yang boleh menghakis dokongan rakyat. “Kerajaan Selangor sekarang, terkini dapat menyimpan RM1.9 bilion berbanding zaman Umno hanya RM800 juta,” katanya lagi. |
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan