N50 Dun Sri Muda |
PDRM CETUS HURU-HARA DAN MENZALIMI PESERTA PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 Posted: 30 Apr 2012 12:49 AM PDT KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN KEADILAN SELANGOR 29 APRIL 2012 Pertama sekali KEADILAN Selangor ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua rakyat Malaysia yang tampil berani menyatakan sokongan kepada pilihanraya yang adil dan bersih dalam himpunan aman BERSIH 3.0 yang mencatatkan lebih dari 200,000 rakyat Malaysia.Ini menunjukkan tahap sokongan rakyat yang sangat tinggi kepada BERSIH 3.0 supaya segala tuntutan kepada SPR dapat dipenuhi. KEADILAN Selangor juga berbangga dengan tahap disiplin penyokong BERSIH yang dengan jelas dan nyata menghormati keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang apabila dapat berhimpun aman bermula seawal malam 27hb hinggalah ke akhir perhimpunan pada 28hb April.Cuma yang dikesalkan adalah tindakan PDRM dalam menangani peserta perhimpunan aman ini yang bukan sahaja dihadiri oleh warga emas , malah anak-anak kecil dengan membedil gas pemedih mata dan menembak air kimia kepada mereka. Apakah PDRM tidak sedar bahawa dalam kalangan peserta demonstrasi itu merupakan warga emas , golongan wanita dan anak-anak kecil ? Apakah sudah tidak ada timbang rasa mengguna akal yang dikurnia Tuhan untuk berfikir sebelum bertindak semberono ? Kalau dalam etika perang pun perkara yang dilakukan oleh PDRM semalam boleh dianggap keterlaluan dan zalim. Segala paparan yang cuba ditonjolkan oleh media milik UMNO yang kononnya peserta BERSIH bertindak ganas tidak lain hanyalah satu provokasi yang dipercayai dimulakan sendiri oleh provokator upahan yang dengan jelas bukan cerminan utama keseluruhan ratusan ribu peserta BERSIH lain yang berdisiplin tinggi dan menghormati undang-undang. Saya sendiri mendapat maklumat di awal pagi 28hb April bahawa terdapat beberapa trak PDRM yang membawa 'rakyat awam' ke dalam kawasan perhimpunan. Siapa dia 'rakyat awam' ini ? Adakah satu taktik biasa yang diguna sewaktu Reformasi 98' dahulu yang dengan jelas menggunakan Special Branch sebagai provokator untuk mencetus huru-hara dan menyalahkan rakyat awam yang berhimpun aman. Hasil pemantauan seluruh ahli KEADILAN Selangor yang turut bersama rakyat pada perhimpunan BERSIH 3.0 telah menghantar laporan bahawa kebanyakan provokator yang mencetus huru-hara tersebut bertindak di luar kebiasaan peserta BERSIH 3.0 yang lain. Kezaliman yang dilakukan oleh PDRM dalam BERSIH 2.0 rupanya diteruskan juga pada BERSIH 3.0 kalaupun Menteri Dalam Negeri sudah mengisyaratkan agar PDRM dapat bertindak sewajarnya berlandas kepada peraturan. Maka saya tidak hairan kalau ada anak muda bangun melawan kezaliman ini demi menyatakan rasa marah kepada tindakan semberono PDRM yang mengakibatkan ramai peserta perhimpunan aman ini cedera dipukul dan memangsakan peserta warga emas , wanita dan anak-anak kecil. Kalau PDRM ada bukti video untuk menunjukkan seolah-olah rakyat awam yang bertindak ganas dalam himpunan BERSIH 3.0 ini , KEADILAN Selangor juga akan menganalisa segala video yang dimuatnaik ke dalam Youtube untuk membuktikan kepada UMNO Barisan Nasional bahawa sudah sampai masanya apabila kezaliman dan keganasan PDRM terhadapat rakyat Malaysia berleluasa , rakyat akan menghukum UMNO Barisan Nasional dalam PRU 13 akan datang. Najib Razak dan UMNO Barisan Nasional seharusnya berjiwa besar untuk memenuhi tuntutan BERSIH 3.0 kerana apa guna kemenangan pilihanraya oleh UMNO Barisan Nasional kalau rakyat Malaysia tahu bahawa itu adalah kemenangan yang haram dan menipu. SHUHAIMI HJ SHAFIEI KETUA PENERANGAN KEADILAN SELANGOR ADUN SRI MUDA |
You are subscribed to email updates from N50 Dun Sri Muda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan