. |
- BERSIH 3.0 Seantero Dunia: Pengerusi & Timb Pengerusi SPR, Letak Jawatan Segera - updated!
- Amaran Pas, 'Bersih 4.0' jika tolak tuntutan
- TAHNIAH GENERASI 428 - Presiden PAS
- Anda Kenal SB? Adakah SB Polis Yang Memulakan Provokasi?
- KANTOI: Lelaki ini kejap jadi peserta, kejap jadi polis
BERSIH 3.0 Seantero Dunia: Pengerusi & Timb Pengerusi SPR, Letak Jawatan Segera - updated! Posted: 30 Apr 2012 12:52 AM PDT Jika sebelum ini GB pernah melaporkan bendera BERSIH berjaya dipacakkan di Gunung Everest dan Gunung Kinabalu, lain pula di Aceh, Indonesia. Beberapa orang rakyat Malaysia yang berada di Pulau Aceh Indonesia turut sama menjayakan "perhimpunan BERSIH 3.0" dengan membawa banner ke dasar lautan Pulau Weh, Sabang, Aceh hari ini. GB akan menyiarkan maklumat terperinci mengenainya apabila menerima laporan lengkap dari sahabat di sana. Di Pulau Pinang, sekurang-kurangnya 7,000 orang berhimpun di Esplanade di George Town petang tadi dan Presiden Aliran, Francis Loh menyuarakan rasa terkejutnya dengan bilangan mereka yang hadir, lapor malaysiakini. Loh yang pertama berucap berkata, beliau menjangka hanya 200 hingga 300 akan hadir, tetapi teruja dengan bilangan mereka yang komited menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemimpin Pakatan Rakyat juga turut hadir. Tidak ada sebarang gangguan sepanjang perhimpunan itu diadakan. Kira-kira jam 2.30 petang, semua orang telah diminta untuk duduk, termasuk hantu yang hadir, menyebabkan orang ramai ketawa. Orang ramai kemudiannya mula melaungkan, Bersih! Cuci! dan Bantah! sebanyak tiga kali. Kemudian pada kira-kira jam 2.30 petang, jumlah hadirin melonjak kepada kira-kira 7,000; botol air diedarkan, beg sampah disediakan, dan peserta tidak meninggalkan sampah kotor selepas protes tersebut. Mereka menyanyikan lagu Bersih dan lagu Negaraku, serta deklamasi sajak Sasterawan Negara Datuk A Samad Said oleh Mustafa K. Annuar dari Aliran. Anggota Pusat Krisis Wanita dilihat turut menyertai perhimpunan tersebut, dengan penyokong anti-Lynas penyokong yang memakai hijau membawa poster serta sepanduk mengenai perjuangan mereka menentang risiko radioaktif. Sekumpulan rakyat Malaysia dari Los Angeles, Amerika Syarikat, turut membawa poster dengan slogan menuntut hak untuk mengundi, yang diketuai oleh jurutera Caterine Chow, yang merupakan pengundi kali pertama. "Jika saya boleh lakukannya, sudah tentulah saya akan balik untuk mengundi, tetapi kita perlu bersedia. Kami harap pihak berkuasa dapat membolehkan kami mengundi dari mana kita berada," katanya. Di Johor Bahru, Lebih 3,000 penyokong BERSIH berhimpun di Dataran Bandaraya di Johor Bahru untuk menyertai perhimpunan duduk bantah dengan lebih ramai tiba walaupun tempat itu dikawal ketat oleh polis. Perhimpunan itu diadakan serentak di lapan negeri lain sebagai tanda perpaduan bersama dengan 100,000 penyokong berpakaian kuning yang membanjiri kawasan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur. Orang ramai kedengaran melaungkan "Rakyat Melayu Rakyat Malaysia, Rakyat Cina Rakyat Malaysia, Rakyat India, Rakyat Malaysia". Perhimpunan serentak itu juga diadakan oleh rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura di sebuah pusat membeli-belah di Johor Bahru Waterfront 7km dari Dataran Bandaraya, selepas pegawai Singapura enggan memberi permit polis untuk duduk bantah itu diadakan republik itu. Perhimpunan di Kota Kinabalu menyaksikan lebih 500 berkumpul di Padang Merdeka sejak jam 2 petang di bawah pengawasan polis. Sebuah helikopter polis itu juga dilihat berlegar-legar di kawasan itu. Di Sarawak, 2,000 orang berkumpul di halaman Pejabat Daerah Miri tanpa sebarang gangguan, manakala lebih 500 orang berkumpul bertentangan dengan Bangunan Mahkamah berhampiran Waterfront Kuching. Di Dubai, lebih 30 pekerja profesional Malaysia yang bertugas di Dubai sekarang berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap perjuangan untuk pilihan raya yang bersih dan adil, harakahdaily melaporkan. Mereka 'Duduk Bantah sambil Makan' sambil mengambil gambar tanda sokongan kepada perjuangan Bersih. "Sebagai pekerja profeional dari Malaysia, kami mahu tunjukkan kami juga patriotik. Kami mahu Malaysia dikenali sebagai pengamal demokrasi sebenar," kata jurucakap mereka. Selain itu, difahamkan juga, beberapa tindakan dibuat bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap perjuangan untuk mendapatkan pilihan raya yang berih dan adil. Dubai adalah salah satu dari 30 kotaraya seluruh dunia yang turut meraikan perjuangan Bersih 3.0 dengan turut mengadakan perhimpunan di tempat mereka. Semangat BERSIH 3.0 melimpah ke luar negara Ulasan GB Satu dunia sudah bergegar dengan BERSIH 3.0. Ayuh, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR, letak jawatan kamu segera. Letak jawatan dengan sukarela atau kamu nanti terpaksa meletak jawatan dengan keadaan yang hina! Source: http://greenboc.blogspot.com/2012/04/bergambar-bersih-30-seantero-dunia.html | ||
Amaran Pas, 'Bersih 4.0' jika tolak tuntutan Posted: 29 Apr 2012 10:35 PM PDT SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi amaran perhimpunan lebih besar berbanding Bersih 3.0 akan diadakan jika kerajaan enggan memenuhi tuntutan agar disediakan persekitaran bagi pilihan raya bebas dan adil. "Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihan raya diterima. "Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Bersih 2.0 diadakan Julai lalu. Perhimpunan semalam adalah susulan kepada Bersih 2.0 bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya. Ia diadakan kira-kira sebulan selepas Dewan Rakyat meluluskan laporan akhir Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen. Kenyataan hari ini dikeluarkan susulan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara semala, yang menarik ribuan peserta, tetapi berakhir dengan insiden ganas. Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, bagi pihak pimpinan Pas, "saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya." Katanya, ahli-ahli Pas telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal. "Begitu juga rakyat yang datang dari pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan," katanya lagi. Abdul Hadi berkata, beliau sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandar raya Kuala Lumpur. "Saya bersyukur kepada ALLAH SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh ALLAH. "Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0," katanya lagi. Abdul Hadi menambah, pihaknya mahu kerajaan segera melakukan perubahan dalam demokrasi di Malaysia. "Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi. "Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin (semalam)," katanya lagi. Source: http://www.sinarharian.com.my/nasional/amaran-pas-bersih-4-0-jika-tolak-tuntutan-1.44082 | ||
TAHNIAH GENERASI 428 - Presiden PAS Posted: 29 Apr 2012 08:51 AM PDT TAHNIAH GENERASI 428! : Bagi pihak pimpinan PAS, saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada seluruh ahli dan penyokong yang telah berjaya mengikut arahan pimpinan sehingga Bersih 3.0 berjaya diadakan dengan jayanya. Ahli-ahli PAS telah menunjukkan komitmen bersungguh, sehingga jumlah yang ramai berjaya hadir dan bertugas dengan baik khususnya anggota Unit Amal. Begitu juga rakyat yang datang daripada pelbagai latar belakang politik dan tidak berparti juga turut menjayakan. Saya sempat berjalan bersama rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat dari Masjid Negara hingga ke tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya bersyukur kepada Allah SWT dan moga semua yang menjayakan diberi ganjaran oleh Allah. Dalam masa yang sama saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada rakan Pakatan Rakyat yang ikut serta dan NGO-NGO yang memulakan himpunan sehingga tercapai kejayaan lebih besar daripada Bersih 2.0. Kepada pihak kerajaan, saya mengingatkan supaya segera melakukan perubahan dalam demokrasi di negara kita. Segera bersihkan daftar pemilih, bebaskan media dan lain-lain amalan demokrasi. Jangan tulikan telinga dengan protes besar rakyat kelmarin. Jika sekiranya tuntutan rakyat kekal tidak didengari, kita sedia menganjurkan perhimpunan lebih besar dengan jumlah berganda daripada Bersih 3.0 sehingga protes kita terhadap kekotoran pilihanraya diterima. Kita mahukan perubahan kerajaan dalam keadaan aman dan matang sebagaimana amalan negara-negara maju yang telah matang amalan demokrasinya. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang Presiden PAS | ||
Anda Kenal SB? Adakah SB Polis Yang Memulakan Provokasi? Posted: 29 Apr 2012 08:38 AM PDT Pernah dengar apa itu SB? Pernah dengar apa itu provokasi? Diharapkan polis menyiasat kejadian ini dengan tulus ikhlas. Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/9953-anda-kenal-sb-adakah-sb-polis-yang-memulakan-provokasi | ||
KANTOI: Lelaki ini kejap jadi peserta, kejap jadi polis Posted: 29 Apr 2012 08:30 AM PDT Gambar atas kiri: Lelaki ini sedang menerajang motosikal polis Gambar bawah: lelaki ini juga yang menangkap peserta BERSIH Sedikit demi sedikit bukti penyamaran polis terdedah. Sesiapa yang mengenali polis ini, sila dedahkan namanya, akaun facebooknya (jika ada) dan berkhidmat di IPD mana. Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknya. Jika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkan hampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis! Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2012/04/kantoi-lelaki-ini-kejap-jadi-peserta.html#ixzz1tRHNv3Bj Source: http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/9962-kantoi-lelaki-ini-kejap-jadi-peserta-kejap-jadi-polis |
You are subscribed to email updates from Ustaz Yusof Embong (UYE) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan