Isnin, 30 April 2012

My journey - Wong Hon Wai 黃漢偉

My journey - Wong Hon Wai 黃漢偉


Posted: 30 Apr 2012 03:17 AM PDT


Kronologi Peristiwa Common Septik Tank (CST)Di Jalan Satu, Air Itam

1. 22-7-2011
(a) Penduduk 8 premis di Jalan Satu Air Itam telah menerima surat daripada Indah Water Konsortium Sdn Bhd bahawa sistem pembentungan mereka tidak lagi dikawal selia oleh Indah Water.

(b) Menurut IWK bahawa satu Akta Parlimen Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 seksyen 62(1) dan (2) telah dikuatkuasa bahawa tanggungjawab bagi tangki septik komunal adalah terletak di bawah tanggungjawab bersama pemilik atau penghuni premis-premis tanpa mengira lokasi tangki septik itu. Setiap pemilik atau penghuni adalah bertanggungan untuk membayar caj untuk perkhidmatan pembentungan seolah-olah pemilik tangki septik individu.

2. 20-8-2011
Penduduk-penduduk telah meminta bantuan ADUN Air Itam, YB Wong Hon Wai dan satu perbincangan telah diadakan pada 20-08-2011 bersama penduduk, IWK dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara bersama YB Wong Hon Wai. Sementara penyelesaian dicari, YB Wong telah meminta servis pengosongan tangki (desludging) dibuat secara percuma oleh IWK dan IWK telah membantu desludging beberapa kali.

3. 17-12-2011
Sementara itu, YB Wong juga menerima aduan daripada penduduk-penduduk di Happy Valley, Air Itam tentang tangki septik communal mereka yang juga turut melimpah. Satu dialog telah diadakan antara YB Wong, penduduk Jalan Air Itam dan Happy Valley bersama IWK dengan kehadiran media.

4. 6-1-2012
YB Wong telah menulis satu surat kepada Datuk Teo Yen Hua, Chief Executive Officer Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) memaklumkan bahawa isu-isu common septik tank di Air Itam dan 40 CST di Pulau Pinang dan melebihi 1000 do seluruh negara. YB memaklumkan kepada SPAN bahawa IWK tidak berhasrat untuk mengutip wang untuk perkhimatan desludging tetapi meminta penduduk-penduduk sendiri kutip wang antara penduduk. YB Wong mencadangkan satu kontrak dibuat antara penduduk dan IWK dibuat supaya IWK boleh memberikan perkhidmatan desludging sementara menunggu Parlimen membuat pindaan terhadap Akta tersebut.

5. 2-2-2012
Satu dialog antara SPAN, IWK diadakan di Pusat Khidmat YB Wong antara penduduk
(a) Jalan Satu, Air Itam (PEG 007)
(b) Happy Valley, Air Itam (PEG 040 & PEG 041)
(c) Premis lot kedai di Taman Seri Setia, Jalan Chan Siew Ting, Tanjung Bungah untuk mencari penyelesaian seterusnya.

6. 17-4-2012
Perjanjian ditandatangani antara 8 penghuni di Jalan Satu, Air Itam dan IWK untuk perkhidmatan desludging , pengendalian dan penyelenggang tangki tersebut (PEG 007). Ini merupakan perjanjian pertama di utara Malaysia dan sebelum ini perjanjian pertama ditandatangani di Kampong Baru Semenyih di Selangor. Ini penting membolehkan penduduk mendapatkan perkhidmatan IWK untuk CST kerana sekiranya tangki penuh dan tidak diuruskan akan memasuk ke longkang dan ke sungai dan akan menyebabkan pencemaran.

Tiada ulasan:

Nuffnang