Isnin, 30 April 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


134,000 biji pil estacy bernilai RM8.4 juta dirampas

Posted: 30 Apr 2012 01:22 AM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BUTTERWORTH - Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang berjaya merampas 134,000 biji pil estacy bernilai RM8.4 juta dalam satu serbuan di sebuah rumah tumpangan di Pulau Tikus, dekat sini awal pagi Khamis lepas.

Pengarahnya, Datuk Zulkifli Yahya berkata bertindak atas risikan dan maklumat awam, sepasukan pegawai kastam narkotik, polis bahagian narkotik Kontijen Polis Pulau Pinang dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menyerbu rumah tumpangan itu pukul 1 pagi.

"Kediaman teres dua tingkat itu dijadikan rumah tumpangan dan disyaki menyimpan dadah berbahaya. Hasil pemeriksaan kita menemui 133 bungkusan berisi 134,00 biji pil estacy tersebut dengan nilai pasaran RM8.4 juta," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang akhbar itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang Supt S.Batumalai dan Penguasa Kanan SPRM Pulau Pinang Yaacop Angah.

Zulkifli berkata, pihaknya menahan pengurus rumah tumpangan itu, seorang wanita warganegara Indonesia berusia lingkungan 60-an bagi membantu siasatan.

Beliau berkata siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenalpasti modus operandi sindiket pengedaran dadah berkenaan, dan wanita itu direman sehingga 2 Mei bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.- Bernama

Sinar Harian

Piala FA: Elfatah Safi akan diturunkan menentang Kelantan malam esok

Posted: 30 Apr 2012 01:18 AM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR - Pemain import Kedah Abd Elfatah Safi yang baru pulih dari kecederaan akan diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Kelantan pada saingan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darul Aman, malam
esok.

Jurulatih Kedah Wan Jamak Wan Hassan berkata pada sesi akhir latihan yang diadakan pagi tadi menunjukkan Safi cergas sepenuhnya dan dapat melakukan latihan penuh bersama pemain lain.

Beliau berkata kehadiran Safi diharap dapat mencorakkan sesuatu bagi membolehkan Kedah menjaringkan seberapa banyak gol dalam usaha memburu tempat ke peringkat akhir.

"Pemain pertahanan, V. Thirumurugan yang mengalami kecederaan sebelum ini juga telah pulih dan mungkin akan diturunkan bagi membantu menguatkan pertahanan Kedah daripada dibolosi," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Safi sebelum ini tidak diturunkan oleh Wan Jamak menentang Kelantan pada suku ahkir pertama Piala FA di Kelantan 21 April lepas akibat mengalami kecederaan menyaksikan Kedah sekadar terikat 1-1 dengan Kelantan.

"Saya telah nasihatkan pemain terutamanya di bahagian pertahanan agar sentiasa fokus dan tidak memberi gol mudah kepada Kelantan disebabkan beberapa kesilapan yang dilakukan mereka sebelum ini," kata Wan Jamak.

Beliau tidak pandang mudah terhadap pasukan dari pantai timur itu kerana mereka dibarisi pemain yang cukup berpengalaman dan import berbisa yang mampu membolosi pertahanan Kedah.

Katanya pemain perlu mengawal dan mengikat pemain penting Kelantan agar serangan mereka dapat dipatahkan oleh Kedah.

Selain itu beliau juga meminta agar pemain dapat bermain dengan bersungguh-sungguh, berdisiplin dan bekerjasama agar semua strategi yang dirancang dapat dilakukan dengan baik.

Penyerang Kedah Mohd Khyril Muhymeen Zambri berkata esok peluang baginya dan pemain lain mempamerkan permainan yang mantap untuk memburu gol kemenangan di tempat sendiri.

Katanya kehadiran Safi dalam pasukan dapat meningkatkan keyakinan rakan-rakan lain beraksi dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan dapat\ melangkah ke peringkat akhir.

"Masa latihan akhir pagi tadi semua pemain memberi fokus terhadap tektikal yang diaturkan oleh jurulatih kerana ini merupakan peluang keemasan Kedah menjulang piala kerana sudah berada selangkah untuk menuju ke peringkat akhir Piala FA," katanya. - Bernama.

Sinar Harian

Pemimpin media bantah tindakan terhadap wartawan

Posted: 30 Apr 2012 01:06 AM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Hampir kesemua Ketua Editor media online di Malaysia menandatangani satu memorandum mengutuk tindakan polis mengasari petugas media yang membuat liputan perhimpunan Bersih 3.0 semalam.


(Salah seorang wartawan yang kesakitan selepas diserang)

Mereka mengutuk tindakan polis menganggu, mengkasari, menyekat, menapis dan menyekat laporan yang dibuat oleh petugas media.

Mereka menuntut tindakan tegas dari kerajaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri dan Polis Diraja Malaysia terhadap mereka yang terlibat dalam aksi keganasan bagi menghalang rakyat negara ini mendapat laporan yang tepat dan penuh.

Antara yang menandatangani memorandum ini adalah Asohan Aryaduray, Chong Cheng Hai, Deborah Loh, Gobind Rudra, Jacqueline Ann Surin (NGO media), Jahabar Sadiq (The Malaysian Insider), K Kabilan (Free Malaysia Today), KL Chan, Premesh Chandran (Malaysiakini), Steven Gan (Malaysiakini) disokong oleh 500 penandatangan yang menyokong petition ini sehingga berita ini disiarkan.

Antara laporan yang mereka nyatakan dalam memorandum itu adalah:-


1) Seorang wartawan cedera pada kepalanya selepas diserang oleh orang ramai.

2) Seorang wartawan telah patah tulang rusuknya selepas diserang oleh polis.

3) Dua wartawan telah ditahan semasa menjalankan tugas.

4) Beberapa wartawan telah dilaporkan diserang oleh polis ketika menjalankan tugas.

5) Wartawan wanita telah dipegang dan dikasari oleh polis lelaki.

6) Peralatan mengambil gambar telah dipecah dan dimusnahkan.

7) Kad penyimpanan data gambar telah dikeluarkan dan dimusnahkan.

8) Wartawan telah diarahkan supaya tidak mengambil gambar polis yang sedang bertindak.

Bagi mereka, tindakan polis ini adalah atas arahan pihak atasan.

"Tindakan ini adalah bertentangan sama sekali dengan diklarasi yang dibuat oleh kerajaan Malaysia sendiri terhadap hak-hak wartawan dan media yang dijanjikan oleh kerajaan untuk membuat reformasi terhadap media di Malaysia," kata memorandum itu.


Kesatuan wartawan bantah

Di samping itu, enam kesatuan wartawan itu, termasuk Pusat Kewartawanan Bebas, Piagam Aliran 2000, Kesatuan Wartawan Utara Tanah Melayu, membuat desakan itu dalam satu kenyataan bersama semalam.

Kenyataan itu juga mengutuk tangkapan ke atas dua wartawan dan tindakan ganas pihak polis terhadap petugas media yang membuat liputan ke atas himpunan 'Duduk dan Bantah' itu.

Harakah Daily

Bersih 3.0: Anwar arah ke jalan TAR, bukan Dataran

Posted: 30 Apr 2012 01:04 AM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 30 April: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar tidak terpengaruh dengan mainan media Umno BN yang cuba mengalihkan isu sebenar mengenai perhimpunan Bersih 3.0.

Beliau berkata, lapan tuntutan rakyat ke arah pilihan raya bersih dan adil harus diutamakan dan semua pihak harus menghormati kebebasan rakyat untuk berhimpun dan bersuara.

"Semalam hari merdeka rakyat apabila 300,000 rakyat keluar menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

"Semua orang datang dengan harapan untuk berhimpun di Dataran (Merdeka) jadi jangan masuk dalam mainan media Umno BN untuk alih isu sebenar," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Damansara, hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu seterusnya menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau dan timbalannya, Azmin Ali memberi arahan kepada peserta himpunan agar merempuh kawat berduri yang dipasang di sekeliling Dataran Merdeka.

Beliau sebaliknya menjelaskan, arahan dikeluarkan agar peserta bergerak ke kanan iaitu ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), bukan ke Dataran Merdeka seperti yang ditulis dalam blog-bloh pro Umno.

"Saya sebut dan merayu kepada peserta, tolong bergerak ke kanan, kanan makna ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Tapi saya tidak menyalahkan peserta yang bergerak ke arah Dataran Merdeka kerana mereka datang bukan kerana Anwar, bukan kerana (Datuk S) Ambiga tapi kerana menuntut pilihan raya yang bersih dan mahu berhimpun secara aman di Dataran.

"Nak kata kita hilang kawalan, memang tidak benar," katanya yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Azmin pula menjelaskan, isyarat tangan kepada Anwar bukan bermaksud beliau mahu peserta merempuh Dataran Merdeka sebaliknya menunjukkan bahawa beliau mahu berunding dengan polis.

"Saya bertemu dengan polis di hadapan halangan polis. Saya memberi isyarat kepada Anwar bahawa saya berbincang dengan polis dan bukannya menghasut penyokong untuk merempuh masuk ke Dataran Merdeka.

"Namun, seorang anggota polis memberitahu saya bahawa dia belum mendapat sebarang arahan. Selepas itu, saya arahkan semua penyokong supaya duduk dan bertenang," jelasnya.

Beliau juga mempersoal polis yang bertindak melepaskan gas pemedih mata kepada semua peserta sedangkan tindakan boleh diambil ke atas sekumpulan yang didakwa merempuh penghadang.

"Kalau isu masuk ke Datara satu kesalahan, kenapa sembur air kimia dan gas pemedih ata kepada semua orang?

"Ambil sahaja tindakan kepada mereka yang merempuh masuk itu," katanya.

# Kepada pembaca, sila kongsikan pengalaman, gambar atau bukti sebarang provokasi yang dilakukan mana-mana pihak dalam himpunan Bersih 3.0 kepada Harakahdaily. Maklumat boleh disalurkan ke emel editorharakahdaily@gmail.com atau menghubungi talian kami 03-40233270/3275

Harakah Daily

Ganas: Najib, Hishammuddin, KPN letak jawatan

Posted: 30 Apr 2012 01:00 AM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Hishamuddin Hussien dan Tan Sri Ismail Omar meletak jawatan ekoran tindakan polis membelasah peserta perhimpunan Bersih 3.0 hari Sabtu lepas.

Menurut ketua penerangannya Riduan Mohd Nor, tindakan pihak keselamatan pada hari tersebut amat keterlaluan mirip perlakuan tentera Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

"DPPM mendesak agar Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab ke atas isu ini dengan meletak jawatan serta merta. .

"Mereka jelas telah gagal mengawal anggota bawahannya dengan baik sehingga ramai orang awam termasuk wartawan yang tercedera dipukul. PDRM gagal mengenal pasti yang mana rakyat bawahan yang perlu dilindungi, dan yang mana penjenayah yang perlu diperangi," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Riduan apa yang disaksikan melalui video yang diambil oleh orang ramai membuktikan bahawa pihak polis yang terlebih dahulu membuat provokasi dan membelasah orang ramai yang ditangkap dengan sesuka hati.

Mereka juga jelas Riduan bertindak ganas menangkap dan memukul peserta Bersih dua jam selepas perhimpunan bersurai.

Selain daripada itu, polis dan FRU juga bertindak melepaskan gas pemedih mata serta air kimia kepada orang ramai yang berkumpul di Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), SOGO, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Menara Maybank.

Polis juga merampas, memukul dan mencederakan beberapa orang wartawan yang merakam aksi keganasan mereka.

Malah ujarnya ramai saksi melihat bagaimana kereta polis melanggar orang awam yang sedang berjalan di kaki lima SOGO.

"Tindakan kejam pihak polis menunjukkan bahawa PDRM dan kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mungkir janji untuk memberikan laluan terhadap perhimpunan aman duduk bantah ini meskipun pada awalnya mereka memberikan janji untuk membenarkan perhimpunan ini berlangsung.

"Jika orang awam yang ditohmah menceroboh Dataran Merdeka menjadi sebab tindakan ganas polis, mengapa orang ramai lain yang berkumpul di lokasi luar dari Dataran Merdeka menjadi mangsa? Mengapa ribuan orang awam lain mesti menjadi mangsa keganasan ini? Sepatutnya mereka yang menceroboh Dataran Merdeka sahaja ditangkap, bukan mereka yang berkumpul di merata-rata kawasan lain," katanya.

# Kepada pembaca, sila kongsikan pengalaman, gambar atau bukti sebarang provokasi yang dilakukan mana-mana pihak dalam himpunan Bersih 3.0 kepada Harakahdaily. Maklumat boleh disalurkan ke emel editorharakahdaily@gmail.com atau menghubungi talian kami 03-40233270/3275

harakahdaily/-

Kisah ngeri layanan polis ke atas peserta

Posted: 30 Apr 2012 12:50 AM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Seorang dengan mata lebam, seorang lagi dengan mata berdarah dan ada juga mengalami lebam di dahi serta kesan tapak kasut di belakangnya...

Individu berkenaan, antaranya turut mengalami cedera parah, tampil dalam sidang media semalam dengan dakwaan bahawa mereka dipukul polis ketika menyertai perhimpunan BERSIH 3.0, Sabtu lalu di ibu negara.

Berikut merupakan kenyataan ringkas peserta terbabit yang telah disunting.

Alex Lee, 27, mengalami kecederaan di mata kanan dan telinga kirinya, selain lebam di bahagian badan.

Pada kira-kira 7.30 petang, saya berada di restoran mamak untuk makan malam bersama kira-kira tujuh atau lapan orang kawan. Kira-kira sepuluh orang anggota polis masuk dan mengancam untuk menahan kami kerana memakai kemeja-T berwarna kuning.

Mereka tidak memakai tanda pengenalan diri. Mereka menyuruh kami membuka kemeja-T berkenaan kerana perkara itu menyalahi undang-undang.

Mereka tanya jika saya sedang makan di situ. Saya bertanya kembali jika itu menjadi masalah. Kemudian mereka mula memukul saya. Mereka hanya melepaskan saya selepas saya menanggalkan kemeja-T saya.

Fazwan Yusof, 23, mengalami kecederaan di kedua-dua matanya dan lebam di pipi kanannya.

Saya berada di Masjid Jamek pada kira-kira jam 7 petang apabila polis memberitahu kami supaya bersurai. Ketika berada stesen LRT untuk mendapatkan tren, saya dan tiga orang rakan melihat seorang wanita sedang ditendang, jadi kami melarikan diri.

Polis berkenaan mengejar dan menangkap kami. Kami digari dan dipukul di lorong berhampiran stesen LRT.

Nurul Armani, 28, mengalami lebam di bahagian belakang dan bahu kiri.

Saya berada bertentangan dengan stesen LRT Masjid Jamek pada kira-kira 5.30 petang dan cuba melarikan diri daripada gas pemedih mata. Saya memakai kemeja-T kelabu.

Kira-kira 10 orang polis menarik rambut saya dan menendang saya, jadi saya jerit "polis ganas." Seorang pegawai polis menampar saya dan menyuruh saya diam sebelum mengarahkan seorang pegawai wanita menahan saya.

Adrian Low, 38, mengalami kecederaan di bahagian muka dan leher, hilang penglihatan buat sementara waktu di bahagian mata kanan dan juga terdapat kesan tapak kasut di belakangnya.

Saya berada di bahu jalan di Jalan Tun Perak pada anggaran 6 prtang. Saya cuba menghantar mesej teks kepada rakan-rakan apabila polis menyerbu ke arah peserta perhimpunan di Masjid Jamek.

Seorang pegawai polis tampil dan memberitahu bahawa saya ditahan. Saya bertanya apakah dakwaan kesalahan, namun beliau tidak mahu menyatakannya. Saya tidak mahu melawan jadi saya hanya mengikut beliau.

Kemudian sekumpulan polis menyerang saya. Mereka memukul dan menolak saya ke tanah dan terus menendang kepala dan leher saya. Tindakan itu berlarutan untuk beberapa minit.

Telefon bimbit saya jatuh ke tanah ketika saya dipukul dan kini hilang.

Mereka mengheret saya ke Dataran Merdeka dan ketika perjalanan itu, polis lain tiba dan menumbuk dan menendang saya.

malaysiakini/-

Keganasan polis: Najib paling tertekan

Posted: 30 Apr 2012 12:37 AM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak nyata paling tertekan dengan keganasan polis kepada peserta Bersih 3.0 dan pihak media terutamanya enam hari menjelang hari kebebasan media sedunia.

Demikian analisa anggota Parlimen Kuala Selangor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

"Kali ini rasanya paling parah mereka (petugas media) yang kena. Mereka ditahan, ditumbuk, dibelasah, kamera dimusnahkan semua ini berlaku 6 hari sebelum Hari Kebebasan Media Sedunia..World Press Freedom,"

Bagi beliau, Najib tidak dapat elakkan diri kalau media barat menggambarkan PDRM sebagai 'gangster berlesen'.

Ini kerana, yang terkena termasuk petugas media dari Al-Jazeera, Channel News Asia dan media tempatan termasuk The Malay Mail, The Sun, Malaysiakini, Makkal Osai, Guan Ming Daily dan juga Harakah.
Sebelum ini, Reuters sebuah agensi media antarabangsa meramalkan Najib akan menangguhkan pilihan raya umum ke 13 ekoran trgaedi yang berlaku Sabtu lepas.

Komited kepada pru bersih

Bagi Dr Dzulkefly, rakyat khasnya pihak Bersih 3.0 mesti bersedia untuk kekal komited kepada reformasi pilihanraya sebelum PRU ke 13.
"Rakyat mahu siasatan menyeluruh atas apa jua dakwaan yang menjadi punca dan mulanya kekacauan dalam perhimpunan semalam, tapi rakyat dan Bersih tidak akan dilunturkan asakan mereka untuk mendapat sebuah sistem dan proses piliraya yang bersih dan Adil," kata beliau kepada Harakahdaily.

Dr Dzul mengajak semua pihak agak mengimbau kembali sebab mengapa perhimpunan Bersih 3.0 diadakan selepas Bersih 2.0.

"Kita adakan perhimpunan ini setelah kesal dengan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) yang mana kertas mereka diluluskan tanpa bahas.

"Juga tindakan pentadbiran Najib yang kononnya mengwar-warkan transformasi pilihan raya melalui pindaan ke atas akta kesalahan pilihan dan memaksa anggota Parlimen bersidang sehingga jam 3.21 pagi.

"Apa yang dipinda cuma perkataan 'buang undi' kepada 'mengundi'," sindir Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau juga kesal dengan tindakan kerajaan yang memperalatkan Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan kerjasama mahkamah untuk menafikan hak rakyat untuk berhimpun di Dataran Merdeka.

"Rakyat tak puas hati menyaksikan pilih kasih dan berat sebelah ni (zalim) sekaligus dah jadi macam barua eksekutif.

"Ingat Pakatan menang 10 dari 11 kerusi di Wilayah Persekutuan, bermakna lebih ramai pengundi atau rakyat menyokong Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur ini," tegas Dr Dzul.

# Kepada pembaca, sila kongsikan pengalaman, gambar atau bukti sebarang provokasi yang dilakukan mana-mana pihak dalam himpunan Bersih 3.0 kepada Harakahdaily. Maklumat boleh disalurkan ke emel editorharakahdaily@gmail.com atau menghubungi talian kami 03-40233270/3275

Harakah Daily

EPL: MU julang gelaran ke-20 esok?

Posted: 30 Apr 2012 12:35 AM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KEHANGATAN bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal kembali apabila dua kelab gergasi terbesar akan berentap awal pagi esok (waktu Malaysia) dalam persaingan menentukan pemilik gelaran musim kali ini.

Di Stadium Etihad, Manchester City akan menerima kunjungan juara bertahan, Manchester United (MU) di mana pertemuan itu akan menyaksikan sejarah mungkin berulang apabila rekod pertemuan terakhir mereka pada 23 Oktober, City berjaya menumpaskan MU dengan jaringan besar 6- 1 di Stadium Old Traffford.

Namun, kali ini rekod lampau bukan ukuran kerana MU bakal tampil dengan aksi yang amat memberangsangkan dan City perlu meneliti percaturan sebaiknya sebelum pertemuan ini.

MU dilihat sebagai sebuah pasukan yang sempurna di semua posisi. Di pertahanan mereka memiliki Chriss Smalling yang mengemudi benteng pertahanan sambil dibantu Patrice Evra yang dilihat cukup ampuh pertahanan mereka.

Di bahagian tengah, diketuai oleh Anderson sambil dibantu Ryan Giggs dan Ji Sung Park untuk mengemudi jentera tengah mereka serta mencipta peluang untuk barisan serangan menjaringkan gol. Setelah 35 perlawanan Liga EPL, Alex Ferguson dilihat gemar menggunakan tiga penyerang serangkai iaitu di sayap kiri/kanan dan tengah.

Barisan serangan dijangka bakal diisi oleh Wayney Rooney, Danny Welbeck, Dimitar Berbatar dan Nani.

Nanum, perkara yang sering diperbincangkan tentang pasukan MU adalah ketajaman barisan serangannya, Wayney Ronney, yang setakat ini telah meledakkan 26 gol dalam 35 perlawanan manakala Welbeck dan Nani pula akan menjaringkan gol setiap kali mereka diturunkan.

Ini sekali gus memberi bayangan bahawa MU memiliki kekuatan yang seimbang di bahagian tengah dan barisan serangan. Bahagian tengah mereka dilihat berfungsi agak baik yang di ketuai oleh Anderson di mana sering mencipta hantaran-hantaran yang sukar diramal lawan kebarisan serangan.

Seperti dijangkakan, perlawanan ini akan menjadi sengit berdasarkan kekuatan kedua-dua pasukan yang mempunyai peluang seimbang.

Berdasarkan pertemuan dalam saingan EPL, MU memegang rekod tiga kemenangan, dua seri dan satu kalah manakala City dua menang, satu seri dan empat kalah.

Bagi MU, kemenangan di tempat lawan adalah sasaran mereka untuk terus kekal selaku pendahulu Liga, sekali gus mengekalkan status penyandang juara bertahan EPL untuk kali ke-20.

Berdasarkan momentum kemenangan yang ada pada anak buah Ferguson menjadi sasaran untuk mereka melakar keputusan positif ke atas City sekali gus membawa kemenangan selesa untuk tiga baki perlawanan lagi.

City pula pastinya ingin mengalahkan MU bagi merampas tahta liga EPL serta membalas dendam kekalahan mereka pada awal musim lalu ketika perebutan Piala FA di mana City kalah 2-3 kepada The Red Devils.

Atas kertas, MU yang kini mengumpul 83 mata dilihat boleh mengesahkan kejuaraan lebih awal jika menang ke atas City nanti.

Bagaimanapun City tidak akan mudah mengaku kalah terutamanya bakal bermain di hadapan beribu penonton yang ingin melihat pasukan kegemarannya melakar kejayaan sekali gus mengukukkan kedudukan selesa sebelum menjelang pertemuan dengan Newcastle United dan Queen Park Rangger hujung bulan depan.

The Red Devils yakin menang selesa ke atas City Turun selaku juara bertahan Liga EPL, Alex Ferguson yakin anak didiknya mampu membenam City dengan kemenangan selesa walaupun mencatat keputusan seri dengan Everton 4-4 Ahad lalu.

"Kami telah membuka ruang kepada City untuk memintas kedudukan kami dan sebab itu, perlawanan minggu depan akan menjadi penentu, sama ada kami bergelar juara liga atau tidak.

"Kami juga membuatkan ia menjadi sukar. Namun, saya yakin kami mampu untuk menghasilkan keputusan yang baik (menang) apabila berkunjung ke Stadium Etihad.

"Tidak ada alasan untuk kami gagal memperoleh kemenangan pada pertemuan dengan City nanti. Seperti kami, City juga pasti menganggap perlawanan itu sebagai penentu nasib mereka.

"Apa yang saya boleh katakan, perlawanan minggu depan (esok) adalah perlawanan besar dalam saingan musim ini," kata Ferguson.

MU tidak mempunyai pilihan selain meraih kemenangan ke atas City pada aksi itu nanti bagi memastikan trofi Liga Perdana musim ini kekal milik mereka.

Sinar Harian

Wenger pilih bekas pemain

Posted: 30 Apr 2012 12:33 AM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

ARSENE Wenger dijangka memilih bekas pemain kelab itu bagi menggantikan Pat Rice selaku orang nombor dua di Arsenal.

Baru-baru ini, Rice yang berusia 63 mengumumkan persaraannya sebaik sahaja musim ini berakhir.

Satu sumber mendedahkan, jurulatih remaja Arsenal, Steve Bould, bekas penjaga gol Jens Lehmann dan bekas kapten Tony Adams (gambar) antara nama yang disebut-sebut menggantikan Rice.

"Wenger mahu melantik orang yang pernah bekerjasama dengannya agar pengganti Rice itu mudah memahami corak kelab tersebut," kata sumber itu.

Sinar Harian

Anwar: Kami tidak arah rempuh sekatan polis

Posted: 30 Apr 2012 12:25 AM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau dan timbalannya Azmin Ali tidak mengeluarkan arahan supaya peserta merempuh pagar kawat duri polis yang dipasang di sekeliling Dataran Merdeka pada Sabtu.
Anwar bagaimanapun berkata, beliau akan mempertahan tindakan mengalihkan sekatan berkenaan yang disifatkannya bukan satu kesalahan.

Dengan sinis, beliau bertanya sekiranya memasuki Dataran merupakan satu kesalahan besar berbanding perbuatan menipu dalam pilihan raya.

malaysiakini/-

Pelajar maut perut terburai

Posted: 30 Apr 2012 12:18 AM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

PELABUHAN BARAT - Seorang pelajar tingkatan 4 maut dalam keadaan mengerikan apabila perutnya terburai selepas terbabit kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Pelabuhan Barat menghala Pandamaran, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa dikenali Muhammad Norfahmi Mohamad Ali, 16, dari Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah maut selepas motosikal yang ditunggang bersama seorang rakan dirempuh sebuah lori.

Ketua Trafik merangkap Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, mangsa terseret beberapa meter bersama motosikal selepas digilis lori terbabit.

"Berikutan itu, organ dalaman di bahagian perut mangsa pecah menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Motosikal yang ditunggang dua sekawan itu juga rosak teruk akibat dirempuh dan terseret," katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, rakan mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Zon Kuning, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) berdasarkan makluman kakitangan pihak hospital.

"Sehingga kini kita masih mengesan rakan mangsa untuk membantu siasatan yang gagal dikesan sejurus kejadian," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, katanya, polis sudah mengambil keterangan pemandu lori bagi membantu siasatan.

Sesiapa yang menyaksikan kejadian berkenaan diminta tampil ke Balai Trafik Klang Selatan atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Siti Nur Baidura Datuk Zulyadaen di talian 03-33722222 bagi membantu siasatan.

Sinar Harian

Unit Amal tidak rempuh polis di KLCC

Posted: 30 Apr 2012 12:03 AM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 30 April: Unit Amal PAS tidak merempuh polis di KLCC, sebaliknya cuba 'meloloskan diri' melalui ruang kosong yang ditinggalkan polis.

Ketua Keselamatan Unit Amal PAS bagi Himpunan Bersih 3.0, Kamaruzzaman Mohamad menjelaskan terdapat sedikit ruang kosong di persimpangan Jalan P. Ramlee yang membolehkan peserta Anti-Lynas melaluinya untuk ke Dataran Merdeka.

Katanya, sepanjang Jalan Ampang, terdapat hampir 500 anggota polis berbaris bagi menyekat laluan peserta Anti-Lynas bergerak ke Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, katanya barisan anggota polis itu hanya memakan sebahagian dari Jalan P. Ramlee, yang menyebabkan Unit Amal PAS berjaya meloloskan diri bersama peserta Anti-Lynas untuk ke Dataran.

"Dalam hal ini, Unit Amal PAS tidak merempuh polis, tetapi mengambil ruang yang terbuka untuk mara ke Dataran Merdeka. Apabila ruang itu ada, mereka bertindak meloloskan diri dan diikuti pengikut Anti-Lynas," jelas beliau pada sidang media, di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan berkata KLCC bukan merupakan kawasan larangan sebagaimana yang diisytiharkan ke atas Dataran Merdeka.

Atas sebab itu, beliau mempersoalkan mengapa pihak polis cuba mengepung di kawasan berkenaan yang tidak diisytiharkan sebagai kawasan larangan.

"Mengapa pihak polis membuat sekatan, sedangkan ia (KLCC) bukan merupakan kawasan larangan sepertimana yang diisytiharkan ke atas Dataran Merdeka?" soal beliau kepada media.

Beliau pada masa sama meminta Sinar Harian agar menarik balik laporan tersebut, selain memohon maaf secara terbuka berhubung laporan mengenai Unit Ama itu.

Selain menyifatkan laporan tersebut sebagai tergesa-
gesa, Nasruddin juga berkata laporan itu dibuat bagi merosakkan reputasi Unit Amal PAS yang mempunyai 'track record' yang bersih selama ini.

Sehari selepas himpunan Bersih 3.0 selesai, akhbar Sinar Harian melaporkan Unit Amal PAS merempuh anggota polis di KLCC bagi meneruskan perarakan ke Dataran Merdeka.

Harakah Daily

Anwar di Konvensyen Pakatan Rakyat Perak esok

Posted: 30 Apr 2012 12:01 AM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

IPOH, 30 April: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menyampaikan ucapan penting kepada 1,500 peserta Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang dijadualkan berlangsung pada 1 Mei (esok) di Dewan Bulan Sabit Merah, bersebelahan dengan Stadium Perak.

Konvensyen tersebut bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dan Anwar dijangka menyampaikan ucapan penggulungan yang menyentuh pelbagai isu.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dr Khairudin Abdul Malik di pejabatnya di sini semalam.

Menurutnya ucapan tersebut dijangka menarik perhatian peserta peserta konvensyen kali ini kerana ianya bagi menyuntik semangat seluruh pimpinan dan petugas-petugas Pakatan Rakyat di negeri ini bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 yang kian hampir.

"Kita menjangkakan Anwar akan mengupas beberapa isu penting termasuk himpunan Bersih 3.0 dan kebangkitan rakyat untuk melihat proses pilihanraya di negara ini berjalan dengan bersih dan adil," ujarnya.

Turut berucap pada konvensyen itu ialah AJK PAS Pusat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Ketua Penerangan PKR, Dr Mohd Nur Manuty, Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham.
Pada malam forum bertajuk Pilihan Raya Umum 13 Membersihkan Yang Kotor akan diadakan di tempat yang sama jam 8.00 malam, antara panelis ialah Mohd Sabri dan Syed Ibrahim Noh di samping persembahan budaya di tapak konvensyen.

Ceramah Perdana Pasca Bersih 3.0 bermula jam 9 malam diadakan di Dewan Bulan Sabit Merah dengan penceramah terdiri daripada Anwar, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Nga Kor Ming dan V Sivakumar.

Beliau mempelawa seluruh penyokong Pakatan Rakyat hadir beramai-ramai untuk menjayakan program tersebut.

Harakah Daily

Aktivis perundangan China dilindungi AS

Posted: 30 Apr 2012 12:00 AM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

BEIJING: Seorang aktivis perundangan China yang cacat penglihatan kini berada di bawah perlindungan AS, kata sumber semalam.

Ketika ini, kata sumber, perbincangan peringkat tinggi sedang dijalankan di antara pegawai AS dan Beijing bagi menentukan tindakan susulan.


Status Chen Guangcheng menjadi tanda tanya apabila dia dilaporkan memboloskan diri daripada tahanan dalam rumah di sebuah kampung di China.

Insiden itu dijangka menimbulkan kesulitan dalam hubungan diplomatik Washington - Beijing. - AP

Ganas: Najib, Hishamuddin, KPN letak jawatan

Posted: 29 Apr 2012 11:58 PM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mendesak Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Hishamuddin Hussien dan Tan Sri Ismail Omar meletak jawatan ekoran tindakan polis membelasah peserta perhimpunan Bersih 3.0 hari Sabtu lepas.

Menurut ketua penerangannya Riduan Mohd Nor, tindakan pihak keselamatan pada hari tersebut amat keterlaluan mirip perlakuan tentera Zionis Israel terhadap rakyat Palestin.

"DPPM mendesak agar Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab ke atas isu ini dengan meletak jawatan serta merta. .

"Mereka jelas telah gagal mengawal anggota bawahannya dengan baik sehingga ramai orang awam termasuk wartawan yang tercedera dipukul. PDRM gagal mengenal pasti yang mana rakyat bawahan yang perlu dilindungi, dan yang mana penjenayah yang perlu diperangi," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Riduan apa yang disaksikan melalui video yang diambil oleh orang ramai membuktikan bahawa pihak polis yang terlebih dahulu membuat provokasi dan membelasah orang ramai yang ditangkap dengan sesuka hati.

Mereka juga jelas Riduan bertindak ganas menangkap dan memukul peserta Bersih dua jam selepas perhimpunan bersurai.

Selain daripada itu, polis dan FRU juga bertindak melepaskan gas pemedih mata serta air kimia kepada orang ramai yang berkumpul di Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), SOGO, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Menara Maybank.

Polis juga merampas, memukul dan mencederakan beberapa orang wartawan yang merakam aksi keganasan mereka.

Malah ujarnya ramai saksi melihat bagaimana kereta polis melanggar orang awam yang sedang berjalan di kaki lima SOGO.

"Tindakan kejam pihak polis menunjukkan bahawa PDRM dan kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mungkir janji untuk memberikan laluan terhadap perhimpunan aman duduk bantah ini meskipun pada awalnya mereka memberikan janji untuk membenarkan perhimpunan ini berlangsung.

"Jika orang awam yang ditohmah menceroboh Dataran Merdeka menjadi sebab tindakan ganas polis, mengapa orang ramai lain yang berkumpul di lokasi luar dari Dataran Merdeka menjadi mangsa? Mengapa ribuan orang awam lain mesti menjadi mangsa keganasan ini? Sepatutnya mereka yang menceroboh Dataran Merdeka sahaja ditangkap, bukan mereka yang berkumpul di merata-rata kawasan lain," katanya.

Harakah Daily

Tengahari tendang polis, petang tangkap peserta himpunan

Posted: 29 Apr 2012 11:56 PM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Ketika pimpinan PAS mempertegaskan ahlinya bersih dan berdisiplin, tulisan bekas Setiausaha Umno Bahagian, Zahrin Mohd Yasin bahawa sekurang-kurangnya 2,000 anggota polis memakai baju Bersih Sabtu lalu menarik perhatian ramai.

Dalam tulisannya Sabtu lalu, Zaharin atau Sang Kelembai itu menulis, "polis dah lebih cerdik dari dulu... dia bahagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju Bersih, tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi."

"Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.

"Dan, saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama... saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini," kata beliau.

Apabila seorang pengunjung menjawab tulisan asal itu dengan berkata, "ramai itu."

Zaharin terus menulis, "Jika berapa pun dia kata... kena tolak tak kurang dua ribu adalah polis dalam kumpulan Bersih."

"Yang menafikan mereka pun puak pakai kemeja-T Bersih untuk rempuh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demonstrasi kat polis depoh. Hehehe, puak-puak Pas bodoh ini iut nyer," tambah Zaharin dalam tulisan itu.

Gambar-gambar mula tersebar kini tentang polis yang dikatakan menyamar itu.

Misalnya aksi seorang peserta perhimpunan membuat 'flying kit' ke atas seorang polis trafik.

Beliau juga didapati kemudiannya yang menangkap para peserta demonstrasi yang lain.

Ada dua tempat peranan agen 'provokasi' ini dikesan oleh orang ramai.

Pertama, siapa yang memulakan tindakan melempar kereta polis dengan botol air sehingga pemandunya hilang pertimbangan dan merempuh tiga orang di perkarangan pasaraya Sogo.

Yang kedua adalah tindakan memecahkan tembok penghalang yang dibina oleh DBKL mengelilingi Dataran Merdeka.

Siapakah mereka sehingga kini masih belum dapat dikesan dengan nyata.

Pihak penganjur Bersih 3.0 pula menuntut kerajaan membuat siasatan menyeluruh terhadap perhimpunan kali ini.

Peranan media tradisional yang dikuasai Umno dan BN juga mendapat kecaman dari pemerhati antarabangsa yang datang untuk membuat pemerhatian mereka terhadap perhimpunan kali ini.

Bercakap dalam sidang media mereka semalam, Senator Nick Xenophon dari Australia berkata, "perhimpunan ini aman sehinggalah mereka diprovok."

Beliau juga mengkritik laporan dari TV yang jelas melaporkan secara sebelah pihak.

"Mainstream media berat sebelah dan tidak adil. Kami lihat lebih laporan Perdana Menteri Najib (Tun Razak) di Sabah dalam TV dari peristiwa yang lebih besar tentang rakyat Malaysia," kata Xenophon.

Seorang lagi ahli dari pasukan 7-anggota itu, India Times editor MJ Akbar, berkata peserta sebenarnya dalam mood berpesta.

"Orang ramai mempunyai masa yang cukup kalau mereka mahu bertindak ganas. Tetapi mereka berpesta sehinggalah berlakunya provokasi," kata Akbar.

Harakah Daily

Bersih 3.0: Laporan media seolah-olah polis betul

Posted: 29 Apr 2012 11:51 PM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 30 April: Agak mengejutkan apabila laporan yang disiarkan oleh media sama ada media cetak dan media elektronik semalam, 29 April mengandungi berita yang menghala ke satu tujuan iaitu meletakkan segala kesalahan kepada peserta Bersih 3.0 dan memberikan liputan yang positif kepada pihak polis.

Presiden Intelek Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, laporan itu seolah-olahnya semua tindakan yang dilakukan oleh polis adalah betul dan tepat.

Katanya, laporan yang berat sebelah dibuat oleh media sudah tentu akan membina satu persepsi buruk terhadap Bersih 3.0 sedangkan realitinya himpunan yang aman itu bertukar menjadi ganas, kacau-bilau dan huru-hara akibat gangguan dan halangan yang dilakukan oleh pihak polis secara langsung dan tidak langsung.

Menurutnya, sebagai sebuah negara yang mengiktiraf demokrasi yang memberikan keadilan dan hak kepada semua rakyat perlu memberikan ruang kepada rakyat untuk berhimpun di ibu negara.

Ini, ujarnya kerana himpunan yang dilakukan itu bukan himpunan tanpa tujuan tetapi bagi menuntut sistem yang adil dalam PRU yang amat dipertikaikan pada masa ini kerana PRU adalah merupakan ruang untuk rakyat memilih sebuah pemerintahan yang mereka inginkan.

"Laporan media jelas begitu berat sebelah. Sebagai contohnya, laporan berita TV3 menyatakan bahawa terdapat pegawai polis yang cedera sedangkan kecederaan yang dialami oleh peserta Bersih jauh lebih ramai dan jauh lebih teruk kecederaannya.

"Kenapa kecederaan peserta Bersih tidak mahu dilaporkan, adakah kerana sememangnya maklumat itu tidak diterima ataupun sengaja mahu disorokkan?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Sebab itu, kata beliau persoalan tentang integriti media massa bukanlah sekadar persoalan yang bersifat teoritikal, sebaliknya merupakan persoalan pengaplikasian yang praktikal bukan sekadar slogan sahaja.

Tambahnya, laporan yang tiada integriti ataupun tiada kejujuran akan menyebabkan sama ada rakyat akan membenci Bersih 3.0 ataupun rakyat akan membenci media massa arus perdana yang berterusan melaporkan berita yang tidak telus dan menyebelahi pemerintah dan konco-konconya.

"Media massa sepatutnya bebas untuk memberikan laporan yang adil kepada semua berita, bukan hanya yang positif untuk pemerintah sahaja tetapi perlu juga berita yang dapat membandingkan apa yang berlaku," katanya lagi.

Beliau menambah, apabila media terkongkong maka ia memberikan kesan kepada pembaca yang berterusan dikongkong seperti pemikiran katak di bawah tempurung.

"Akhirnya, pembaca akan bertindak satu hala yang bersesuaian dengan pemerintah," ujarnya.

Maka, jelasnya tidaklah menghairankan mengapa Bersih bersungguh-sungguh mahu agar media massa melaksanakan tugas dengan bebas dan adil dalam salah satu tuntutan yang telah dikemukakan sebelum ini.

Harakah Daily

Wanita maut, suami dan bayi dipangkuan parah

Posted: 29 Apr 2012 08:37 PM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

IPOH - Seorang wanita maut selepas kereta yang dinaiki bersama suami dan anaknya merempuh pengadang besi jalan di Kilometer 306.2 Lebuhraya Utara Selatan (arah selatan), pagi semalam.

Lebih menyayat hati, bayi berusia tiga bulan yang dipangku mangsa dan suaminya yang memandu cedera parah.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, kereta Toyota Camry yang dipandu dari arah Ipoh menghala ke Kuala Lumpur terbabas ke kiri lebuh raya sebelum merempuh pengadang besi.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, mangsa, Keng Siew Mei, 35, maut di tempat kejadian manakala anaknya, Tang Lee Yen dan suaminya berusia 30 tahun parah dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Katanya, mangsa yang berasal dari Petaling Jaya itu terhantuk pada bahagian hadapan kenderaan dan parah di kepala.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kereta itu terbabas ke kiri jalan dan melanggar pengadang besi jalan.

"Polis masih menyiasat punca kemalangan dan ketika kejadian cuaca dikatakan baik manakala lalu lintas juga lancar," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di talian 05-465 2222 atau 05-465 0020 bagi membantu siasatan.

Sinar Harian

Kes Sosilawati: 4 termasuk Pathma diarah bela diri

Posted: 29 Apr 2012 08:34 PM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Bekas peguam N. Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya diperintah membela diri terhadap tuduhan membunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Akthar Tahir memutuskan demikan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Pathmanabhan serta tiga pekerja ladang iaitu T.Thilaiyalagan, R.Matan dan R.Kathavarayan dibicarakan atas tuduhan membunuh Sosilawati, 47, pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pemandu
Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44, di Lot nombor 2001; Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat; Banting, 30 Ogos 2010.

Mereka didakwa mengikut Seskyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusoff, Saiful Edris Zainuddin, Idham Abd Ghani, Siti Rohaida Che Hamid dan Nur Azimul Azami Mohamad Nor, sementara Pathmanabhan diwakili peguam Manjeet Singh Dhillon dan
Pushpa Ratnam, Thilaiyalagan diwakili Gurbachan Singh, Matan diwakili peguam Amer Hamzah Arshad dan Datuk Ng See Teong manakala Kathavarayan diwakili peguam Ravi Nekoo.

Sinar Harian

Tiga hari tak pulang rumah

Posted: 29 Apr 2012 08:31 PM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SEGAMAT - Seorang remaja perempuan dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak tiga hari lalu setelah selesai membantu ibunya berniaga di warung berdekatan Bandar Putra di sini.

Menurut ibu gadis tersebut, Rosnah Abd Samad, 45, anaknya Noraini Zainal, 18, biasanya akan pulang ke rumah lebih awal daripadanya selesai berniaga.

Menurutnya, setelah melaporkan tentang kehilangan anaknya itu di Balai Polis Bandar Putra, sepasukan pihak Bomba dan Penyelamat datang ke rumah untuk membuat operasi mencari dan menyelamat selain pasukan polis.

Ketua Balai Bomba Bandar Putra, Aizat Mamat berkata, setakat ini masih tiada sebarang petunjuk dan pihaknya berharap sesiapa yang menemui Noraini terus membuat laporan di balai polis berdekatan.

Sinar Harian

Dua mayat hampir reput

Posted: 29 Apr 2012 08:28 PM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU - Misteri kehilangan suami isteri warga Indonesia selama beberapa hari terjawab apabila pasangan terbabit ditemui mati dibunuh di kediaman mereka di Jalan Camar 15, Taman Perling, di sini, petang kelmarin.

Pasangan berusia 50-an yang menjalankan perniagaan kedai makan berdekatan rumah mereka itu diberitahu tidak berniaga selama tiga hari sehingga menimbulkan rasa hairan di kalangan pekerja dan penduduk setempat.

Penemuan mayat pasangan itu disedari oleh jiran yang curiga dengan bau busuk daripada rumah berkenaan sebelum bertindak melaporkan kepada pasukan polis.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Beh Eng Lai berkata, beberapa pekerja kemudiannya pergi ke rumah mangsa selepas gagal menghubungi majikan mereka menerusi telefon.

"Apabila sampai di rumah mangsa didapati pintu rumah dikunci dari luar, namun mereka mula syak ada sesuatu yang tidak kena apabila terhidu bau busuk dari dalam rumah itu," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, di sini, malam kelmarin.

Menurutnya, pekerja terbabit memanggil penduduk kampung yang kemudiannya bertindak memecahkan pintu rumah mangsa sebelum menemui mayat pasangan suami isteri itu dalam keadaan hampir reput di dalam bilik berasingan.

Eng Lai berkata, hasil daripada siasatan dilakukan mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian kepala mangsa dipercayai dipukul.

"Kami percaya kes ini bermotifkan samun kerana sebahagian barang kemas mangsa didapati hilang selain beg duit mangsa yang kosong. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh," katanya.

Selain itu, katanya, polis percaya suspek lebih daripada dua orang dan mereka dipercayai masuk dari pintu depan berdasarkan tiada kesan pecah masuk pada rumah mangsa.

Sinar Harian

Negeri utara terdedah tsunami

Posted: 29 Apr 2012 08:03 PM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

GEORGETOWN - Negeri di kawasan utara Semenanjung Malaysia terdedah kepada ancaman tsunami sekiranya berlaku gegaran dan gempa bumi kuat di dasar laut Kepulauan Nicobar serta Perairan Sumatera.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Datuk Yap Kok Seng berkata, ini adalah berikutan gempa bumi yang kuat berpotensi berlaku di kawasan berkenaan sehingga mampu mengancam perairan pantai terutamanya Pulau Pinang, Perak, Perlis, Kedah dan Langkawi.

Menurutnya, walaupun pihak JMM telah membangunkan satu Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) bagi membolehkan amaran awal tsunami dapat dikeluarkan kepada penduduk di kawasan pantai negara dengan segera, rakyat seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga.

"Rangkaian SAATNM dan rangkaian pelampung tsunami antarabangsa mampu mengesan ketibaan ombak tsunami lebih awal sebelum sampai ke perairan negara.

"Jika berlaku gempa bumi di sana (dasar laut Kepulauan Nicobar serta Perairan Sumatera) anggaran masa ketibaan ombak tsunami dijangka kira-kira tiga jam ke negara kita," katanya, selepas merasmikan upacara penutup latih amal ex-tsunami di Batu Feringghi, di sini, semalam.

Seramai 300 peserta melibatkan komuniti setempat termasuk pelancong menyertai latihan ini.

Latihan itu membuka ruang kepada agensi pengurusan bencana yang terlibat untuk menguji kelancaran sistem komunikasi dan koordinasi antara agensi berkenaan.

Ketika ditanya kecekapan pengurusan agensi mengurus bencana, beliau mengulas satu penilaian akan diadakan esok (hari ini) oleh agensi yang terlibat bagi mengkaji kelemahan ketika latihan amal ini dijalankan supaya kelemahan itu dapat diperbaiki.

Sinar Harian

Edar dadah, tiga pelarian Myanmar ke tali gantung

Posted: 29 Apr 2012 08:00 PM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR - Tiga pelarian warga Myanmar dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar, semalam, setelah didapati bersalah kerana mengedar dadah seberat 56.22 gram, dua tahun lalu.

Noor Mohamad Zakaria, 33, Taher Ahmad Mustafa Ahmad, 33, dan MG Myint Tun, 26, dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 9.45 malam, 6 September 2010, di tempat letak kereta berhampiran pam angin sebuah stesen minyak di Taman Sejati, Kuala Muda.

Noor Mohamad, Taher Ahmad dan Myint, dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 kerana mengedar 48.2 gram heroin dan 8.02 gram Monoacetylmorphines.

Kesalahan itu boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Zakiah Kassim dalam penghakimannya berkata, mahkamah mendapati keterangan pembelaan ketiga-tiga tertuduh dalam kandang, tidak menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan dan ketiga-tiga tertuduh disabitkan dengan kesalahan.

"Walaupun pihak pendakwaan gagal mengemukakan bukti yang lengkap di mahkamah, ia tidak menimbulkan prejudis terhadap kes pendakwaan," katanya.

Sinar Harian

Maut rempuh belakang kereta

Posted: 29 Apr 2012 07:58 PM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SEREMBAN - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal ditungganginya merempuh sebuah kereta di lorong kecemasan di Kilometer 266 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan berdekatan Plaza Tol Seremban-Labu, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.45 pagi itu, mangsa, Raja Muhamad Fariz Raja Md Yusoff, 20, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Mangsa yang juga penuntut sebuah kolej swasta di ibu kota dipercayai gagal mengawal motosikalnya ketika melalui lorong kecemasan lalu terbabas, sebelum merempuh bahagian belakang sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang diletakkan di lorong kecemasan akibat rosak.

Jurucakap polis berkata, mangsa menunggang berseorangan motosikal jenis Modenas Kris dan menggunakan lorong kecemasan, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke kampungnya di Mersing, Johor.

"Kereta terbabit pula dinaiki seorang pemandu dan tiga penumpang, berusia 20-an, dalam perjalanan ke Melaka mengadakan persembahan ular tetapi terpaksa memberhentikan kenderaan di lorong kecemasan kerana rosak.

"Selepas 30 minit, secara tiba-tiba kenderaan mereka dirempuh oleh mangsa yang datang dari arah belakang ketika melalui lorong kecemasan berkenaan," katanya.

Menurutnya, mangsa maut serta-merta tetapi pemandu dan penumpang kereta terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Abd Halil Hamzah mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan.

Sinar Harian

Sumbat mayat dalam guni

Posted: 29 Apr 2012 07:55 PM PDT

8 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Seorang kaki pancing menemui mayat terapung yang disangkanya bangkai binatang di Kolam Air Machap, di sini, tengah malam semalam.

Atim Semail, 21, yang juga penduduk Orang Asli, menemui mayat tanpa identiti itu, yang disumbatkan dalam guni dan berbalut dengan jaring ikan.

Menurutnya, dia ke kolam berkenaan kira-kira jam 12 tengah malam dan sewaktu sibuk menyuluh kawasan persekitaran, dia terlihat satu objek di tepi kolam yang dihurung lalat.

"Kerana menyangka objek berkenaan bangkai haiwan, saya terus beredar dan pulang ke rumah tanpa memancing.

"Bagaimanapun, disebabkan rasa tidak sedap hati, saya mengajak rakan ke lokasi sama untuk melihat dengan lebih dekat objek yang saya temui dan memang terperanjat apabila mendapati ia adalah manusia," katanya.

Atim berkata, dia segera ke Balai Polis Machap Baru, kira-kira jam 9.30 pagi untuk melaporkan penemuan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin berkata, polis menerima laporan mengenai penemuan mayat lelaki, dipercayai berbangsa Cina, berusia dalam lingku­ngan 20-an hingga 30-an.

Menurutnya, sepasu­kan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah, diketuai Asistan Superintendan Md Dom Dollah ke lokasi kejadian untuk membuat siasatan.

"Kami menemui mayat terapung kira-kira satu meter dari tebing kolam dengan tubuhnya dikerat dua, sementara tangannya diikat ke belakang.

"Polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak ke dalam kolam ini hampir seminggu lalu dan hasil pemeriksaan awal, kami turut menemui empat kesan tikaman di belakang badan mangsa serta luka di kepala," katanya.

Umar Ali Shaifuddin berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat.

"Sesiapa yang kehilangan ahli keluarga atau ada maklumat mengenai kejadian ini, diminta menghubungi talian 06-5562222 untuk membantu siasatan," katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan:

Nuffnang