Jumaat, 20 April 2012

N50 Dun Sri Muda

N50 Dun Sri Muda


Posted: 19 Apr 2012 03:16 AM PDT


Dewan Komuniti Adalah Milik Rakyat, Bukan Parti Politik

432 views
Email
PANDAN JAYA, 17 APRIL: Semua dewan komuniti di Selangor yang dahulunya digunakan oleh Umno-BN untuk kepentingan politik akan dimanfaat untuk kegunaan pembangunan masyarakat seperti pembinaan Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya.
Perubahan polisi ini selaras dengan pendirian Pakatan Rakyat (Pakatan) yang mahu setiap bangunan yang selama ini digunakan untuk kepentingan pihak tertentu sehingga menafikan hak masyarakat dikembalikan semula kepada rakyat.
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad berkata, pembinaan perpustakaan komuniti sebegini merupakan sebahagian daripada program Pangsapuri Bersih, Ceria dan Harmoni (CERIA).
Ini memandangkan kawasan ini merupakan kawasan pangsapuri yang mempunyai lokaliti penduduk yang padat.
"Perpustakaan ini pada asalnya adalah dewan orang ramai yang telah digunakan oleh pihak Umno bahagian Pandan sebagai bilik gerakkan.

"Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih, kita melihat bangunan ini berpotensi dan mencadangkan agar bangunan ini dijadikan perpustakaan komuniti," katanya.
Apabila ia siap nanti, perpustakaan ini akan menyediakan dewan serbaguna dengan hawa dingin yang boleh memuatkan 100 orang. Ia juga akan menyediakan bilik kuliah dan seminar untuk 50 orang.
Perpustakaan itu turut menyediakan tujuh buah komputer dengan teknologi skrin sesentuh dan jalur lebar internet selain bilik bacaan kanak-kanak, surau, kafeteria dan ruang santai untuk ibu bapa menunggu.
Perpustakaan ini akan beroperasi setiap hari bermula dari jam 9.00 pagi sehingga 6.00 petang dan 9.00 pagi sehingga 5.30 petang pada hari Sabtu (kecuali Sabtu minggu pertama, ketiga dan kelima) dan ditutup pada hari Ahad.
Iskandar yang juga Adun Cempaka menambah, pembinaan perpustakaan ini turut terkandung dalam menifesto pilihanraya Dun Cempaka dimana Pakatan akan membina satu pusat pembelajaran untuk kemudahan remaja di kawasan ini.
Katanya, pihaknya akan cuba berbincang dengan Exco Pendidikan, Dr Halimah Ali bagi meningkatkan pembinaan perpustakaan kominiti.
Ini memandangkan penduduk pangsapuri kurang tempat khusus bagi remaja belajar dan mengisi masa lapang oleh kerana unit pangsapuri yang mereka duduki agak kecil dan tidak selesa.
Kawasan Pandan Jaya mempunyai 50 unit blok pangsapuri dengan 300 unit setiap blok.
Perpustakaan Komuniti Pandan Jaya yang mula dibina pada 22 Julai 2011 berada dibawah kendalian Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).
Ia dijangka dirasmikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Mei selepas kerja-kerja akhir selesai.

Kos pembinaan struktur bangunan perpustakaan bernilai RM159,000 sementara RM250,000 lagi kos untuk peralatan seperti perabot dan kelengkapan lain.
PPAS mensasarkan pembinaan 20 buah perpustakaan komuniti dengan kos sebanyak RM6 juta. Sebelum ini, perpustakaan komuniti pertama telah dibina di kawasan Lembah Jaya.
Perpustakaan Pandan Jaya merupakan perpustakaan kedua yang dibuka di kawasan ini selepas Perpustakaan Desa di Kampung Pandan yang telah dibuka pada tahun 2008.

Posted: 19 Apr 2012 02:15 AM PDT


Negeri PR Mungkin Tidak Sertai PRU-13 Jika Isu Daftar Pemilih Masih Gagal

485 views
Email
KUALA LUMPUR, 18 APR : Negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat (Pakatan) berkemungkinan besar tidak akan menyertai Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13) sekiranya ia diadakan dalam tempoh terdekat ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan itu berikutan rasa tidak berpuas hati dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang masih gagal membersihkan senarai daftar pengundi di seluruh negara yang diragui kesahihannya.
Menurutnya, biarpun perkara itu secara terperinci sudah dikemukakan ahli jawatankuasa di dalam Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihanraya (PSC) dan dibentangkan untuk dibahaskan namun jawapan yang diterima masih hambar.
"Kita amat kesal bahawa janji SPR untuk membersihkan nama daftar pengundi belum dilakukan dan nampaknya ada usaha untuk meneruskan cara kaedah penipuan yang amat dikesalkan. Kita bagi contoh umpamanya sehingga Disember 2011 di Selangor sahaja ada pertambahan hampir setengah juta pengundi baru. Dengan 398,300 pengundi, yang pindah masuk lebih 91,000 jadi jumlahnya 489,705. Ini merupakan 35 peratus undi di Selangor sahaja yang dilihat bukan isu penambahan tetapi unsur penipuan.
"Sekiranya pilihanraya ini diadakan dalam masa terdekat kemungkinan besar negeri di bawah Pakatan tidak akan turut serta terutamanya Selangor," katanya dalam sidang media di Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata, Pakatan mahu menunggu daftar pemilih itu benar-benar bersih di mana SPR mengadakan perbincangan dengan Pakatan dan Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, Myanmar sendiri sudah berubah dengan pembersihan daftar pengundi serta pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi dibenarkan berucap di dalam media.
"Dalam kategori ini maknanya Malaysia lebih parah daripada Myanmar," katanya.
Mengenai Bersih 3.0 pada 28 April di Dataran Merdeka, katanya, pihaknya menyerus semua pemimpin dan ahli parti gabungan Pakatan hadir beramai-ramai bagi menyatakan sokongan terhadap gerakan dianjurkan NGO itu.
"Kita menyeru supaya semua hadir beramai-ramai di Dataran Merdeka pada 28 April ini bagi menyatakan sokongan walaupun parlimen dibubarkan sebelum ini. Kita tetap sokong perhimpunan Bersih 3.0," katanya di majlis sidang Media di Parlimen petang tadi.
Turut bersama di majlis sidang media tersebut, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Tiada ulasan:

Nuffnang