Mohamad Taufek Abd Ghani |
- ‘Jadi kuli’ warga asing
- Firma iklan luar kecam pelan NS swasta papan iklan
- Hairan kereta tak lulus ujian
- Perkhidmatan Pembaikan
- 44 kontraktor masuk tender Hospital Rembau
Posted: 23 Apr 2012 07:06 PM PDT 23 April 2012 SENAWANG: "Penduduk amat tertekan kerana kawasan ini seolah-olah sudah menjadi perkampungan mereka merangkumi kira-kira 1,000 pekerja asing yang menjadi penghuni di beberapa unit rumah dan rumah kedai," kata Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Jasmin, Mohamad Azman Md Safar. Menurut beliau, tindakan pihak tertentu menjadikan ia sebagai asrama pekerja asing menyebabkan penduduk taman berkenaan berada dalam keadaan tertekan berikutan sikap warga asing terbabit yang tidak disenangi mereka. Kata Mohamad Azman, kehadiran pekerja asing terbabit yang tidak memahami dan menghormati budaya tempatan selain sikap pengotor mereka menyebabkan ketenteraman penduduk tempatan terjejas. "Kelakuan mereka yang suka membuang sampah merata-rata menimbulkan rasa kurang senang penduduk tempatan kerana kawasan perumahan ini menjadi kotor. Penduduk tempatan seolah-olah menjadi kuli mereka kerana terpaksa membuang sampah dan membersihkan kawasan. "Selain itu, penduduk semakin hilang sabar dengan sikap warga asing itu yang turut menconteng bangunan dan berkelakuan kurang sopan seperti berpakaian menjolok mata. "Mereka juga didapati meminum minuman keras di luar asrama tanpa menghiraukan jiran sekeliling selain menjadikan taman awam sebagai tempat pergaulan bebas lelaki dan perempuan," katanya. Menurutnya, penduduk bimbang sikap negatif itu boleh mempengaruhi remaja tempatan sekali gus memberi kesan tidak baik kepada pembangunan sahsiah mereka. Dakwa Mohamad Azman, masalah itu sudah berlarutan sejak lebih enam tahun lalu namun bilangan pekerja asing berkenaan tidak ramai berbanding kini sehingga seolah-olah taman perumahan itu menjadi perkampungan mereka. "Ahli jawatankuasa KRT pernah menasihati warga asing terbabit supaya memberi kerjasama dan tidak mengulangi perbuatan itu selain cuba memahami budaya penduduk tempatan, tetapi ia masih berterusan," katanya. Bagi penduduk, Mohd Faizal Rahim, 35, masalah itu sudah lama berlaku dan menyebabkan mereka tidak tahan lagi. Dia yang menetap di situ lebih enam tahun lalu berkata, sejak taman itu dijadikan 'perkampungan warga asing', pelbagai masalah sosial berlaku dan tidak menolak kemungkinan ada berlaku kes persundalan membabitkan mereka. "Saya amat tidak menyenangi kehadiran mereka kerana banyak membawa keburukan," katanya. http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/2012042020105320120420201053/Article/index_html |
Firma iklan luar kecam pelan NS swasta papan iklan Posted: 23 Apr 2012 07:05 PM PDT Apr 23, 2012 - Kira-kira 12 syarikat pengiklanan luar di Negeri Sembilan berang dengan dasar penswastaan yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri untuk menyerahkan pemilikan dan pengurusan semua papan iklan di negeri ini kepada sebuah syarikat tunggal. Syarikat yang dibenarkan memonopoli perniagaan jutaan ringgit itu dikatakan tidak mempunyai rekod prestasi dalam industri pengiklanan, dan didakwa akan menaikkan sewa papan iklan sehingga lebih 10 kali ganda kos semasa. Menurut Alex Yew, Naib Presiden Persatuan Pengiklanan Luar Malaysia (OAAM), papan iklan sebelum ini terletak di bawah bidang kuasa kerajaan tempatan. Sejak 20 yang lalu, katanya, pemilik media yang ingin mendirikan papan iklan akan membuat permohonan kepada majlis tempatan, yang mengandungi maklumat lokasi dan saiz papan iklan. "Jika majlis berpendapat ianya wajar, maka ia akan mengeluarkan lesen dan lesen sementara (TOL) untuk tanah kerajaan, dan pemilik media akan membina papan iklan dan membuat bayaran tahunan untuk kedua-dua lesen dan TOL," jelas Yew kepada Malaysiakini. "Jika papan iklan dibina di atas tanah persendirian, pemilik media masih perlu memohon kepada majlis tempatan bagi mendapatkan lesen dan membayar yuran lesen tahunan, tetapi sewanya akan dibayar kepada tuan tanah." Mimpi ngeri itu bermula pada bulan Oktober 2011 apabila kerajaan negeri membuat keputusan untuk memindahkan kuasa kerajaan tempatan ke atas papan iklan kepada Yayasan Negeri Sembilan (YNS) - sebuah yayasan negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. Alasan yang diberikan oleh kerajaan negeri, kata Yew, adalah ia perlu untuk menyeragamkan format papan iklan dan bagi membiayai program amal dan kebajikan di bawah YNS. "Dengan menggunakan ini sebagai alasan, mereka mengarahkan kami menurunkan semua papan iklan kami dan enggan memperbaharui lesen kami," dakwa Yew. Yew yang juga merupakan pengarah operasi Kurnia Outdoor Sdn Bhd, sebuah syarikat di bawah Big Tree Outdoor Sdn Bhd yang terjejas dengan penswastaan tersebut. Malaysiakini memperolehi salinan surat rasmi yang ditulis oleh pengarah YNS, Jamaludin Abu Bakar kepada pemilik media, mengarahkan mereka membuka papan iklan masing-masing dalam tempoh 14 hari kerana lesen mereka telah tamat pada 31 Disember 2011. Jika gagal berbuat demikian, majlis akan membuka struktur tersebut dan semua kos berkaitan dengannya akan ditanggung oleh syarikat terbabit. Sumber http://malaysiakini.com/news/195804 Berita penuh di http://malaysiakini.com/news/195767 |
Posted: 23 Apr 2012 07:05 PM PDT MOKTHAR menunjukkan nombor enjin yang didakwa diketuk semula menyebabkan kereta tersebut gagal dalam ujian pemeriksaan Puspakom di Shah Alam kelmarin. Hairan kereta tak lulus ujian 24 April 2012 SHAH ALAM – Seorang ahli perniagaan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di Seksyen 28 di sini apabila kereta Proton Wira miliknya didapati gagal melepasi pemeriksaan khas. Ahli perniagaan itu, Mokthar Endan, 54, mendakwa, berdasarkan laporan Puspakom, kegagalan itu disebabkan nombor enjin kereta tersebut telah diketuk semula dan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan oleh syarikat pengeluar kenderaan tersebut. Bagaimanapun, tegasnya, sejak kenderaan itu dibeli daripada seorang rakannya pada tahun lalu untuk kegunaan harian anaknya, dia tidak pernah mengetuk atau menukar enjin sehingga pemeriksaan Puspakom dijalankan semula, Khamis lalu. "Ketika membeli kereta ini, saya juga telah melakukan pemeriksaan Puspakom untuk proses tukar hak milik dan hasil ujian adalah lulus pada enjin yang sama. "Namun, hasil ujian kali ini amat mengecewakan, malah Puspakom tuduh saya mengetuk semula nombor enjin asal pada enjin baharu yang mungkin dicuri bagi menutup kesalahan dan semua tuduhan ini amat berat," katanya kepada Kosmo! di sini semalam. http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0424&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm |
Posted: 23 Apr 2012 02:34 AM PDT |
44 kontraktor masuk tender Hospital Rembau Posted: 23 Apr 2012 02:34 AM PDT Status terkini Cadangan Hospital Rembau (76 Katil) N.Sembilan.(Fasa 1 - Kerja-kerja Tanah). 44 kontraktor telah menghantar dokumen tender. Tempoh siap Fasa 1 ini ialah 4 bulan. Maklumat lanjut di http://www.kkr.gov.my/files/Borang%20Jadual%20Tender/29574/Cadangan%20Hosp.%20Rembau%20N.Sembilan%20(Fasa%201%20Kerja%20Tanah).pdf |
You are subscribed to email updates from Mohamad Taufek Abd Ghani To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan