Selasa, 3 April 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Seriuskah Pakatan Rakyat di N.Sembilan memperkasa warisan?

Posted: 02 Apr 2012 11:38 PM PDT



Berikut e-mel dari Sdr Rozmal,

Seriuskah Pakatan Rakyat di N.Sembilan memperkasa warisan?

Telah acap kali saya menulis mengenai sejarah dan adat di Negeri Sembilan ini. Bagaimana sejarah kerajaan Rembau telah bermula lebih 600 tahun dahulu. Bagaimana tentera kerajaan Rembau yang banyak melakukan serangan ke atas tentera penjajah Portugis. Bagaimana banyak kesan sejarah, masjid lama, makam yang tidak terurus. Pakatan Rakyat Negeri Sembilan telah mengeluarkan manifesto di mana Tonggak yang ke 9 berbicara mengenai Rakyat Nan Berbudaya dan Beradat.

Setakat mana keseriusan kepimpinan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan ini dalam memperkasa warisan di Negeri Sembilan ini, adakah ianya sekadar manifesto?

Buat permulaan, keluhan oleh seorang aktivis Lembaga Muzium Negeri Sembilan dibawah ini harus diberi perhatian serius oleh pimpinan Pakatan Rakyat di Negeri Sembilan ini.

Petikan dari Blog Nagari Nan Tua ;

Apabila saya membaca berita ini, perasaan cemburu dan bangga saya dengan Kerajaan Melaka melalui PERZIM begitu bersungguh-sungguh memartabatkan sejarah dan warisan yang ada di Melaka. Perkara ini amat berbeza di Negeri Sembilan. Jika hendak dibandingkan mengenai warisan dan sejarah Negeri Sembilan tidak kurang hebatnya. Saya pernah bertanyakan kepada Pengarah LMNS mengapa rumah-rumah pembesar seperti rumah Dato' Undang Abdullah Dahan (Undang Rembau ke 18 & salah seorang yang terlibat di dalam usaha menubuhkan Rejimen Askar Melayu) dan rumah Tun Malek (Menteri Besar Negeri Sembilan dan TYT Melaka yang pertama) tidak dijaga dan dipulihara. Jawapan yang diterima ia berada di bawah bidang kuasa Jabatan Warisan Negara.

Ini diburukkan lagi apabila semua agensi yang berkaitan melaksanakan aktiviti yang sama. Sebagai contoh, semua agensi menganjurkan aktiviti mengenai adat dan kebudayaan. Semuanya menjurus kepada hiburan. Tiada aktiviti di dalam bentuk ilmiah yang boleh disebarkan kepada golongan muda. Adakah Negeri Sembilan hebat dari segi adat dan budayanya sahaja. Bagaimana dengan sejarahnya? Atau golongan muda Negeri Sembilan hanya layak disogokkan dengan hiburan. Saya tidak faham bagaimana kita hendak memartabatkan adat dan budaya sekiranya generasi akan datang tidak tahu dan memahami sejarah masyarakatnya.

Memang tidak dinafikan, terdapat beberapa seminar dan taklimat dianjurkan oleh LMNS. Namun ia lebih bersifat ilmiah dan akademik sehingga tidak menarik minat golongan muda menghadirinya. Tambahan pula, ia tidak dibuka untuk orang ramai. Hanya Dato'-Dato' Lembaga dan individu tertentu yang dijemput menghadiri seminar. Saya beberapa kali mencadangkan bual bicara atau sembang petang yang berbentuk santai dianjurkan bagi menarik minat golongan muda mengetahui sejarah, warisan, adat dan budaya Negeri Sembilan. Bukan setakat itu, program ini boleh diselang selikan dengan bual bicara buku.

Dipetik dari http://nagarinansembilan.blogspot.com/2012/04/untungnya-mereka.html

Masalah utama yang melanda Felda ketika ini

Posted: 02 Apr 2012 07:59 PM PDT



Ini adalah masalah kita bersama. Usaha dakwah, kaunseling serta motivasi di kalangan para peneroka juga keluarga para peneroka harus diperhebatkan oleh semua pihak untuk melahirkan generasi yang bertakwa. "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyeru kepada yang ma'ruf dan mencegah yang mungkar dan beriman kepada Allah." (Ali-Imran: 110)

Tiga beranak lalok dicekup
3 Mac 2012

JEMPOL: Memalukan apabila seorang ibu yang sepatutnya menjadi contoh, dicekup ketika sedang khayal dengan dadah bersama suami dan anak gadisnya di sebuah pondok kebun getah berhampiran Felda Palong 15 di sini.

Difahamkan, dalam serbuan jam 6 petang Khamis lalu, tiga beranak berusia antara 30 dan 50-an itu ditahan bersama tiga lelaki lain yang juga berusia lingkungan sama di pondok berkenaan.

Sumber polis berkata, serbuan dilakukan hasil aduan awam dan risikan pihaknya mengenai kewujudan lokasi penagih dadah itu.

"Ketika serbuan, dua lelaki cuba melarikan diri, namun ditahan dan seorang daripadanya mencampakkan kotak rokok.

"Pemeriksaan lanjut menemui empat bungkusan plastik dan satu tiub disyaki berisi dadah jenis heroin seberat 14.58 gram (g) dalam kotak itu," katanya di sini, semalam.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tigaberanaklalokdicekup/Article/index_html

Lebih 50 peratus graduan kejururawatan menganggur

Posted: 02 Apr 2012 02:19 AM PDT



Dimana silapnya sehingga lebih 50 peratus lepasan graduan kejururawatan di Malaysia ini tidak mendapat pekerjaan di bidang berkaitan? Para graduan ini ramai yang menganggung hutang pinjaman PTPTN sehingga RM60,000. Kenapa Kementerian Kesihatan tidak mengurangkan kuota pengambilan pelatih untuk kolej kejururawatan atau memberi gambaran sebenar lambakan graduan kejururawatan di pasaran?

*************
Graduan kolej jururawat menganggur

SAYA bekas pelajar Diploma Kejururawatan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Pantai Timur. Masalahnya, sudah setahun lebih saya dan rakan menganggur.

Sebelum ini, kami difahamkan negara memerlukan lebih ramai jururawat untuk ditempatkan di hospital. Sehingga kini masih ramai bekas pelajar jururawat IPTS menganggur. Persoalannya, adakah jawatan jururawat sudah mencukupi? Kalau masih ada kekosongan, mengapa ramai belum diambil bekerja? Dengan lambakan kolej swasta yang menawarkan kursus kejururawatan, kami seolah-olah dipinggirkan. Adakah pihak berkenaan mengkaji kuota pelajar jururawat yang semakin bertambah?

Kami juga kesal kerana kolej kami tidak membantu dan hanya ingin mengaut keuntungan. Ada yang menerima surat menyatakan mereka perlu menjelaskan pinjaman sedangkan kami belum bekerja.

GRADUAN KECEWA,
Kuala Terengganu.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Graduankolejjururawatmenganggur/Article

Jeyakumar : Kementerian Kesihatan mesti bertanggung-jawab
By Aliran, on 1 December 2011

Berikut ialah intervensi Dr Jeyakumar Devaraj dalam perbahasan Bajet Kementerian Kesihatan pada 16 November 2011.

Saya diberitahu melalui jawapan bertulis pada 3 November 2011 bahawa pada takat ini wujudnya 41000 penuntut kursus kejururawatan di 61 buah kolej swasta. Hari ini saya baru menerima jawapan daripada Kementerian bahawa pada masa ini ada seramai 69110 orang jururawat terlatih yang sedang berkhidmat di Malaysia – 47992 di sektor awam dan 21118 di sektor swasta.

Saya ingin tanya, manakah 41000 penuntut kejururawatan yang masih di kolej pada takat ini akan mendapat kerja. Jawapan pada saya bertarikh 14 November 2011 dinyatakan bahawa hanya 45.5 peratus daripada graduan kejururawatan yang lulus peperiksaan Lembaga Jururawat pada tahun 2010 dapat cari kerja! YB Menteri, pasaran untuk jururawat telah dibanjiri. It is flooded. Mengapakah Kementerian tidak mengurangkan kuota untuk kolej-kolej kejururawatan?

http://aliran.com/7249.html

Thousands of private college nursing grads jobless — Jeyakumar Devaraj
January 14, 2012

The Higher Education Ministry's failure to control the greed of private nursing colleges has established a situation in which thousands of their graduates are jobless. And yet, these graduates are burdened with PTPTN loans of as much as RM50,000 to RM60,000.

http://www.themalaysianinsider.com/sideviews/article/thousands-of-private-college-nursing-grads-jobless-jeyakumar-devaraj/

Penipuan di kolej Jururawat

Difahamkan, 61 buah IPTS telah diberi izin oleh Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengadakan kursus kejururawatan dan lebih daripada 41,000 penuntut kejururawatan yang sedang belajar dalam IPTS-IPTS ini. Pada tahun 2010, 7665 graduan kejururawatan daripada IPTS telah mengambil peperiksaan Lembaga Jururawat. Hanya 70.1% daripada bilangan ini yang lulus peperiksaan tersebut berbanding kadar kelulusan setinggi 98.4% di kalangan calon kejururawatan yang belajar di Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa kualiti pendidikan di beberapa kolej kejururawatan swasta tidak memuaskan. Hanya 42.7% daripada pelajar kejururawatan yang graduat pada tahun 2010 berjaya dapat kerja di hospital dan klinik.

http://psmsemenyih.blogspot.com/2011/12/penipuan-di-kolej-jururawat.html

Tiada ulasan:

Nuffnang