Ahad, 1 April 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Dua korban renjatan elektrik

Posted: 31 Mar 2012 04:14 PM PDT

Sebagai peringatan kepada kita semua dalam kesibukan tugasan harian kita, maut ada di mana-mana. Rasulullah saw pernah ditanya: "Siapakah orang-orang beriman yang lebih bijak (al mukminun al akyas)? Jawab baginda : Mereka yg lebih banyak mengingati mati dan lebih baik penyediaannya kepada perkara selepas mati, mereka itulah yg lebih bijak" (hadis riwayat ibn Majah).

1 Apr 2012 TANAH MERAH - Dua lelaki mati selepas terkena renjatan elektrik ketika cuba menaikkan bendera menggunakan buluh dalam kejadian di Kampung Tengah, Bukit Panau, dekat sini malam kelmarin.

Rosli Hussin, 47, yang merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan rakannya seorang penoreh, Mohd. Daishan Ibrahim, 37, masing-masing ditemui mati pada kira-kira pukul 12 tengah malam di tempat kejadian dengan kesan lebam di telinga dan kaki akibat terkena arus elektrik bervoltan tinggi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superitendan Abdul Aziz Mahmud, berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa memegang buluh sepanjang 12 meter yang dipercayai basah dengan niat menaikkan bendera sebuah parti politik.

Tanpa diduga, buluh yang dipasang dengan bendera itu terkena kabel yang berada pada ketinggian sembilan meter sebelum kedua-dua mangsa terkena kejutan elektrik.

Menurut Abdul Aziz, kejadian itu kemudian disedari penduduk kampung sebelum mereka mendapatkan bantuan pihak polis dan hospital berdekatan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0401&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Anwar dedah cara tangani PTPTN

Posted: 31 Mar 2012 04:11 PM PDT


Anwar dedah cara tangani PTPTN

Mac 31, 2012

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) bernilai RM43.6 bilion dapat dilepaskan dalam masa tiga tahun.

Jika kita dapat memperuntukkan beberapa bilion daripada RM150 bilion pendapatan negara setiap tahun, beban itu mampu dibersihkan dalam tiga tahun, kata Anwar dalam dialog bersama lebih 100 profesional muda di Putrajaya.

Dana itu, katanya, akan diperoleh daripada pemotongan perbelanjaan yang membazir seperti pembayaran untuk meningkatkan imej negara di mata dunia dan daripada syarikat kerajaan yang membuat keuntungan tinggi seperti Petronas.

Anwar mendedahkan, sebuah jawatankuasa ditubuhkan pembangkang untuk melihat persoalan sekitar isu itu, antaranya termasuk pendapatan keluarga peminjam.

Ditemui selepas itu, Anwar bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berhubung perkara itu dan hanya akan memaklumkan sehingga penggubalan dasarnya siap.

http://www.malaysiakini.com/news/193738

Terapi Darussyifa 6 dan 20 April 2012 di Rembau

Posted: 31 Mar 2012 07:53 AM PDT


TERAPI PEMANTAPAN ROHANI, JASMANI & MENTAL BERSAMA DARUSSYIFA' NS

Tarikh : 6 dan 20 April 2012 (Jumaat)

Masa : Maghrib

Tempat : Masjid Jamek An-Nur, Rembau

Dipimpin oleh : Ustaz Abdul Ghani bin Ahmad Zaighu (Darussyifa' N.Sembilan)

Aturcara program :

7.20 mlm : Solat Maghrib berjemaah, Solat Hajat, Bacaan Yasin & Rukyah Syifa', Majlis Zikir & Doa

8.30mlm : Solat Isya

9.15mlm : Klinik Darussyifa' (Sesi Rawatan)

- Rawatan Penyakit Jasmani/ Fizikal

- Rawatan Penyakit Rohani

- Rawatan Gangguan Makhluk Halus & Sihir

Semua dijemput hadir

Sila bawa air sendiri untuk bacaan Yasin dan Ruqyah Syifa'

Sumbangan kewangan atau makanan adalah dialu-alukan

Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi 013-6680801

Anjuran : PUSAT IT & ILMU K-Masjid Masjid Jamek An-Nur Rembau.

Tiada ulasan:

Nuffnang