Ahad, 1 April 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ADUN CHANGKAT JONG ZIARAH PENDUDUK INDIA MENINGGAL DUNIA

Posted: 01 Apr 2012 04:16 AM PDT


TELUK INTAN, 1 April - Sejurus menerima panggilan telefon tentang kematian seorang wanita India, dalam tempoh beberapa minit, ADUN Changkat Jong telahpun berada di rumah tersebut untuk menziarahinya. Beliau telah diiringi oleh Ketua DHPP Teluk Intan, Sdr. Hacharan Singh dan Naib Ketua Cawangan PAS Cicely, Sdr. Rahmat Maliki.
YB Anuar disambut oleh para penduduk yang hadir.



YB Anuar mengucapkan takziah dan meminta bersabar sambil diperhatikan Hacharan Singh.

Kehadiran YB Anuar Sudin telah disambut oleh orang ramai yang berada di rumah tersebut. Kemudian YB Anuar terus bertemu dengan suami wanita tersebut untuk mengucapkan takziah dan seterusnya menyampaikan sumbangan kepada suami wanita tersebut yang merupakan seorang OKU. Menurutnya, isterinya, S. Maniamah, 47,  telah meninggal dunia di Hospital Teluk Intan dan telah lama menderita kanser mulut.
Kesedihan atas pemergian isteri tersayang.

YB Anuar pernah menyampaikan sumbangan kepada mendiang pada Februari lepas.

Sebagai makluman, pada bulan Februari lalu, YB Anuar pernah menziarahi mendiang wanita tersebut dalam program Ziarah Jumaat beliau di Taman Cicely.

Tiada ulasan:

Nuffnang