Ahad, 1 April 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Shahril masuk PAS masih bertaraf berita angin

Posted: 01 Apr 2012 06:39 AM PDT

8 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -
Harakahdaily/-

SHAH ALAM, 1 April:Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan berita abangnya Datuk Shahril Samad menyertai PAS masih bertaraf berita angin yang belum sahih.


(Gambar sidang media Shahril yang disiarkan oleh blog kononnya beliau keluar Umno dan menyertai PAS)

"Saya sendiri belum dapat sahkan kerana dia tidak beritahu apa-apa kepada saya...mungkin berita April Fool kot kerana hari ini 1 April," kata Khalid ketika dihubungi Harakahdaily.

Beberapa blog hari ini melaporkan berita kononnnya Ahli Parlimen Johor Baharu Datuk Shahrir Samad mengumumkan keluar dari Umno dan menyertai PAS bersama lebih 2,000 orang ahli.

Blog melaporkan, ketika mengadakan sidang media untuk membuat pengumuman itu, berlaku kekacauan yang dipercayai dilakukan oleh ahli Umno yang ingin menggagalkan sidang akhbar tersebut.

Empat orang cedera termasuk seorang wartawan. Mereka dikejarkan ke hospital, lapor blog itu.

Ia kemudian disuraikan oleh polis.

Shahril dlaporkan blog itu berkata:

"Tiada jalan lagi memperjuangkan agenda negara di dalam kerajaan sedia ada. Jangan lontar batu dari luar bagi membetulkan keadaan sudah tidak terpakai. Penyelesaian yang tepat ialah tukar dan bersama membina negara tercinta dengan idea dan kematangan."

Blog itu juga melaporkan, difahamkan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan keperluan meletakkan Shahril Samad sebagai Menteri Besar Johor tidak kira parti mana yang menang terbanyak seandainya Barisan Nasional berjaya ditumbangkan di Johor pada PRU13 ini.

Ketika ditanya sama ada Shahril akan membuat road show bersama adiknya Khalid Samad, Shahril menjelaskan

"Selepas apa yang berlaku tadi (keganasan sidang media), saya berfikir Road Show akan bermula di luar Johor terlebih dahulu. Sebelum memberi tumpuan kepada Johor secara habis-habisan menjelang pengundian," lapor blog itu.

Beliau yang juga bekas Menteri berbuat demikian bersama-sama 2,000 orang pengikutnya. Shahrir adalah abang kepada Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad, lapor blog itu lagi.

Kenyataan Media : Kelab Guru dinasihatkan jangan bawa rombongan ke Thailand.

Posted: 01 Apr 2012 05:44 AM PDT

9 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Saya mengalu-alukan kenyataan dan nasihat penting supaya Rakyat Malaysia tidak melawat Selatan Thailand pada masa ini, kecuali mereka benar-benar mempunyai hal penting seperti yang di katakan Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Dalam kejadian letupan bom kereta di Selatan Thailand, Songkhla, semalam, seorang warga Malaysia dikenali Low Thian Hock, 46, berasal dari Taman Seri Petaling, Kulim, Kedah disahkan meninggal dunia dalam kejadian terbabit. Manakala 27 disahkan cedera.

Berhubung dengan kejadian terbaru diatas saya mendapat maklumat dari beberapa sumber yang mengatakan bahawa bajet sebanyak RM 2 juta untuk kebajikan Kelab Guru-guru telah diagihkan kepada seluruh sekolah di negeri Perak telah diatur oleh Kelab Guru untuk mengadakan lawatan Ke Thailand

Terdapat Kelab Guru yang telah selamat mengadakan lawatan Ke Thailand termasuklah yang menyaksikan sendiri percikan api dan asap dari kejadian bom kereta yang berlaku di Songkla seperti yang dilaporkan :-

1. Oleh itu saya mencadangkan supaya nasihat dari Kementerian Luar hendaklah dipanjangkan dengan segera oleh Kerajaan Negeri Perak melalui Jabatan Pelajaran Negeri untuk mengarahkan kepada sekolah yang merancang lawatan ke Thailang supaya membatalkan hasrat tersebut.

2. Kelab-Kelab Guru yang telah merancang lawatan ke Thailand hendaklah mementingkan keselamatan Guru-Guru dan keluarga yang merancang untuk melawat negara tersebut. Mereka mestilah memilih alternatif yang terbaik dan selamat bagi mengelakkan sebarang kemungkinan dan sesuatu kejadian yang mengancam keselamatan.

3. Saya juga mendapat maklumat terdapat sekolah yang sudah siap ingin membawa sehingga 3 buah bas dikalangan guru dan keluarga untuk melawat Hat Yai pada penghujung bulan April ini.

4. Persoalan yang lain yang berkaitan ingin saya bangkitkan ialah mengenai garis panduan sebenar bagi menyelarasan pengunaan wang bantuan kepada kelab guru tersebut. Adakah pengunaan wang tersebut untuk tujuan lawatan adalah sebahagian dari garis bantuan yang telah ditetapkan ?

KENYATAAN MEDIA,
Parit Buntar, 1 April 2012

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG

Imam Fahme, perginya seorang tokoh Pas Gopeng

Posted: 01 Apr 2012 05:41 AM PDT

9 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.
(Surah Ali Imran 3:185)

Dalam perjalanan balik untuk mengambil beberapa orang sahabat ke Hospital Batu Gajah bagi menziarahi Imam Fahme yang dilaporkan tenat (akibat strok) sejak semalam, hujan lebat petang itu bagaikan menangisi bersama kiriman sms yang singgah, Imam Fahme telah kembali kerahmatullah sebentar tadi. Tak sempat untuk menjengah beliau, Allah lebih menyayangi insan yang banyak berjasa kepada Pas Gopeng terutamanya Pasti (Pusat Asuhan Tunas Islam) ini.

Petang Jumaat (30.3.12) itu, jam 4.56 petang menjadi saksi pemergian seorang insan tua yang sehingga ke akhir usianya masih lagi menabur bakti buat Pasti Ammar, yang diasaskannya semenjak tahun 1989 lagi. Sayangnya beliau kepada Pasti bukan kepalang. Pernah menerimaanugerah khas sebagai aktivis Pas daripada Pas Gopeng untuk jasa-jasa beliau menubuhkan Pasti.

Menurut menantunya, Ustaz Sazali, setiap pagi beliau ke Pasti Ammar untuk membuat kerja-kerja pembersihan, mencabut rumput, menyusun bata dan sebagainya. Dalam kesihatan yang sedikit terganggu, semangat beliau tetap teguh di Pasti yang kini dikelolakan oleh dua orang anak perempuannya. Apabila dinasihat agar tidak membuat kerja-kerja berat tersebut, "Nak mencari pahala" merupakan jawapan beliau.

Arwah yang mempunyai lebih daripada 40 orang cucu ini memang menyayangi kanak-kanak. Pemandangan yang biasa apabila melihat cucu-cucunya bermanja, bermain dengan menarik-narik lembut janggut atuk mereka itu.

Arwah yang juga saya anggap sebagai bapa setiap kali pulang ke Kg Meranti Lapan, pasti akan terkesan kenangan bersamanya apatah lagi surau peninggalan arwah bakal sepi tanpa bacaan Al-Quran olehnya setiap sebelum masuknya waktu Subuh. Di surau tersebut, arwahlah imam, arwahlah juga bilal dan siaknya. Di kampung itu, arwahlah juga yang menjadi ketuanya. Semuanya bersaudara disana, mertua saya juga membahasakan diri arwah sebagai 'Nyah Mi'.

Arwah kini telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg Changkat Larang, berhampiran kubur anaknya, Allahyarhamah Safura yang meninggal bulan Mei tahun lalu.

Bom Thailand: 27 rakyat Malaysia cedera

Posted: 01 Apr 2012 05:17 AM PDT

9 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Jumlah rakyat Malaysia yang cedera susulan pengeboman di bandar Hatyai, Songkhla, semalam mencecah kepada 27 mangsa setakat ini.

Demikian menurut lamab web rasmi Kementerian Luar yang memaparkan kenyataan Kedutaan Malaysia di Bangkok, hari ini.

Kenyataan itu, berkata, Konsulat Malaysia di Songkhla akan memastikan mangsa yang cedera mendapat rawatan yang diperlukan dan akan menghantar rakyat Malaysia pulang ke tanah air dalam tempoh terdekat.

Menurut laporan awal hari ini, seorang rakyat Malaysia dikenali Low Thian Hock, 46, berasal dari Taman Seri Petaling, Kulim, Kedah disahkan meninggal dunia dalam kejadian terbabit.

Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak melawat Selatan Thailand

Posted: 01 Apr 2012 05:14 AM PDT


9 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - PETUGAS Thailand membersihkan kerosakan di lokasi letupan bom kereta di selatan negara itu, wilayah Yala, semalam. Dalam kejadian itu, 13 dilaporkan terbunuh manakala lebih 500 cedera termasuk 27 rakyat Malaysia. - Foto AFP

Tiada ulasan:

Nuffnang