Rabu, 4 April 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Dua Pengebom Berani Mati Terbunuh Di Rusia

Posted: 04 Apr 2012 01:40 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

ROSTOV-ON-DON (Rusia): Kementerian Dalam Negeri Rusia berkata, seramai lima pemberontak pemisah, termasuk dua individu yang dikatakan sebagai pengebom berani mati, terbunuh di wilayah bergolak di Caucasus.

Jurucakap kementerian itu di selatan wilayah Ingushetia, Madinah Khadziyeva berkata pada Rabu, militan melepaskan tempakan kepada polis dari kereta mereka yang melalui bandar Nazran dan mati dalam kejadian tembak-menembak pada lewat Selasa.

Beliau berkata, dua daripada mereka, termasuk seorang wanita, yang memakai tali pinggan yang mempunyai bahan letupan yang mungkin adalah serangan pengganas.

Tiada polis yang cedera dalam kejadian itu.

Pemberontakan Islam tersebar ke seluruh Ingushetia dan Caucasus di Rusia selepas dua pemisah berperang di wilayah jiranya, Chechnya.

Pemberotakan berlaku disebabkan oleh kemiskinan, rasuah dan penyalahgunaan terhadap orang awam oleh pasukan keselamatan dan polis persekutuan. - AP

Budak maut dalam kebakaran

Posted: 04 Apr 2012 01:30 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

GENTING GAZA - Tiga kanak-kanak Palestin ditemui mati dalam satu kebakaran di dalam bilik mereka pada Ahad lalu dipercayai berpunca daripada sebatang lilin berikutan krisis bekalan kuasa yang masih melanda Gaza.

Menurut pegawai perkhidmatan kecemasan, kesemua mangsa yang berumur antara dua sehingga enam tahun itu mengalami kesan lecur teruk.

Stesen jana kuasa utama di Semenanjung Gaza terpaksa ditutup selepas kehabisan bahan bakar dalam tempoh 48 jam pada minggu lalu.

sinar harian/-

Pelajar maut disambar petir

Posted: 04 Apr 2012 01:15 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SERDANG – Seorang pelajar yang menyertai Pertandingan Bola Sepak Sekolah-Sekolah Daerah Petaling Perdana di Universiti Putra Malaysia (UPM), terbunuh dipanah petir manakala rakannya cedera, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.45 petang, mangsa Muhamad Mustaqim Muhamad Kamarul dan Muhammad Yusop, masing-masing berusia 16 tahun, dikatakan baru selesai bermain bola di Padang A UPM.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang menunggu bas di bawah pokok untuk pulang ke sekolah masing-masing.

Menurutnya, insiden disedari beberapa pelajar yang turut berada berhampiran padang berkenaan sebelum memaklumkan kejadian kepada seorang guru.

"Ketika kejadian, salah seorang guru memberitahu keretanya bergegar sebelum didatangi pelajar yang memberitahu dua pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Seksyen 16 Shah Alam itu dipanah petir.

"Kedua-dua mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang, namun salah seorang daripadanya, Muhamad Mustaqim dilaporkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan," katanya.

Beliau berkata, jenazah mangsa dibawa ke rumahnya di Padang Jawa, Klang sebelum dikebumikan di kampung ibunya di Felda Jengka Pahang.

"Mangsa disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Serdang. Kes disiasat sebagai mati mengejut," katanya lagi kepada Sinar Harian.

Sinar

Teks Perbahasan ADUN Titi Serong di DUN Perak hari ini

Posted: 04 Apr 2012 01:08 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PERBAHASAN 2012 SIDANG DUN PERAK
ADUN TITI SERONG.

Dato ' Yang Di Pertua Dewan

Ahli-Ahli Yang Berhormat, anggota sidang yang saya hormati sekalian.

1. Titi Serong terpanggil untuk mengambil bahagian untuk membahas Titah Ucapan Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan yang di titahkan di dalam dewan yang mulia ini kelmarin.

Titi Serong juga mengambil kesempatan mengucapkan takziah ke atas kemangkatan Raja Kecil Sulong baru-baru ini. Semuga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang terpuji seperti yang dijanjikan Allah SWT.

2. Titi Serong merafak sembah dengan mengucapkan penghargaan kepada DYMM Pemangku Raja Perak yang telah menyempurnakan Perasmian Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Perak yang Ke Dua Belas. Harapan awal semuga ianya menjadi pemacu dan sekaligus sebagai pemandu arah kepada patik-patik ahli-ahli dewan negeri Perak untuk berbahas secara matang bagi memacu pembangunan demi kesejahtaraan dan keamanan rakyat berbilang bangsa dan agama di Negeri Perak yang kita cintai ini.

3. Satu perkara yang saya diambil perhatian dalam titah tersebut ialah mengenai meningkat kan pembangunan kerohanian.

4. Kefahaman agama dan moral rakyat. Merupakan sesuatu perkara yang mesti diutamakan bagi menjamin lahirnya sebuah Negeri yang dititahkan oleh DYMM Pemangku Raja Perak " baldatun tiyibatun wa rabbur ghaffur" negeri yang baik dan mendapat keampunan dari Allah……

5.Sebuah negeri yang dipacu pembangunan dengan mengambil kira segala aspek pembangunan kerohanian pastinya akan memacu Negeri Perak lahir sebagai sebuah negeri yang mendapat berberkatan dan rahmat dari Allah jua.

6. Begitulah dalam soal kenaikan pangkat seorang pegawai kerajaan negeri mestilah mengambil kira mengenai kedudukan sembahyang 5 waktu pegawai tersebut. Ini penting kerana dengan kenaikan pangkan bukan sahaja dia menikmati tambahan dan imbuhan gaji namun ianya mestilah menjadi contoh kepada pegawai bawahannya.

7. Oleh itu bagi menyokong Titi Ucapan tersebut maka satu Bajet yang lebih besar mestilah diperuntukkan oleh Kerajaan Perak ke arah meningkatkan penghayatan kerohanian rakyat.

8.Kerana itu usaha menambah maahad tahfiz di kerian, lenggong, kuala kangsar dan batang padang dengan kelulusan sebanyak empat juta ringgit dalam bajet yang lepas mestilah disokong oleh semua pihak.

9. Begitu juga dengan usaha menubuhkan pondok bukannya satu atau dua tetapi kepada seluruh daerah dengan peruntukan lebih besar perlulah dirancang dimasa akan datang.

10. pendidikan keagamaan yang lebih terancang dan baik oleh pihak kerajaan negeri dicadangkan dengan memperutukan bajet lebih besar kepada agensi tertentu untuk mendidik rakyat untuk lebih memahami islam dan kenal sesuatu yang halal dan yang haram,

11. Mesjid dan surau mestilah dipacu secara bersepadu untuk menjadi pusat penyebaran ilmu Islam sekaligus membentuk masyarakat yang berakhlak mulia. Segala langkah yang perlu mestilah diambil untuk mempercepatkan usaha menyebarkan ilmu dan kefaham islam kepada orang islam disemua peringat umur.

Sekaligus menjadi faktor kepada penyelesaian pelbagai masalah sosial dan jenayah .

12. DYMM Pemangku Raja perak juga menitahkan dengan mengucapkan kalimah Alhamdulillah kerana hasrat dan usaha menaikkan taraf kolej islam darul ridzuan telah dimakbul Allah SWT.

Namun saya ingin menyenaraikan beberapa persoalan :-

1. Isu naik taraf kolej islam darul ridzuan (Kisdar) ke kolej universiti sultan azlan shah (Kuisas ) . saya difahamkan Kolej baru terima pelawaan naik taraf ke kolej universiti dari kementerian pengajian tinggi (KPT) dalam Tempoh 1 tahun diberi untuk kolej penuhi syarat-syarat tertentu. Persoalannnya Adakah kolej sudah penuhi semua syarat yang dikehendaki oleh KPT seperti syarat penambahan kakitangan akademik, program-program akademika (program ijazah) dan kedudukan/jaminan kewangan yang kukuh.

2. Isu tanah kolej : di fahamkan Kolej telah ada banyak tanah sekitar 3000 ekar . Tanah tersebut sudah lama diluluskan kepada Kisdar. Persoalnnya adakah tanah tersebut berjaya mendatangkan hasil dan pendapatan kepada kolej. Apakah benar dakwaan bahawa dakwaan Jabatan korporat kolej langsung tak berperanan untuk memajukan tanah tersebut.

3. Isu lain ialah jumlah pelajar kolej yang tidak ramai : Kolej yang sudah tubuh berusia 12 tahun tapi jumlah pelajar kolej masih tak sampai 1000 orang. Jumlah tersemut jelas tidak releven dengan usia 12 tahun. Kolej-kolej Islam lain yang seusia dgn Kisdar ada yang sudah mempunyai pelajar 3 - 4 ribu org. kalau lah begitu keadaannya jelas Jabatan promosi kolej tidak berperanan dengan sempurna.

Tumpuan tidak diberi kepada sekolah-sekolah agama sebagai tapak utama untuk mempromosikan kisdar. Kerja promosi mestilah dilakukan secara lebih efisien dan bersungguh-sungguh.

4. Saya menghargai pelantikan yang berbahagia Prof Dr. Jamil sebagai reKtor baru kisdar apalagi beliau berasal dari daerah kerian dalam parlimen parit buntar. Namun begitu seorang yang berpengalaman dan telah menunjukkan prestasi yang baik semasa berkhidmat diberbagai agensi dan jabatan termasuklah diluar Negara pastinya tidak mampu untuk menyerlahkan segala pengalamannya dalam pentadbiran bila Isu politiking dalaman dan campurtangan org politik dlm kisdar berlaku dengan jelas sejak akhir-akhir ini .

5. Saya menegaskan bahawa kisdar yang telah berubah kepada kolej universiti sultan azlan shah (Kuisas ) tidak akan muncul dan mampu bersaing dengan kollej university lain sekiranya Rektor tidak mampu dan tidak berani untuk mem buat keputusan sendiri disebabkan campurtangan org politik yg cukup kuat.

13. DYMM juga menitahkan pada point 27 mengenai sector pelancongan dengan dikaitkan dengan program tahun melawat perak 2012.

14. Saya mempersoalkan Pelantikan selebriti popular, Datuk AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini sebagai duta pelancongan sempena Tahun Melawat Perak yang mencetuskan kontroversi apabila artis berkenaan dianggap tidak layak dipilih berikutan bukan anak jati Perak seperti didakwa oleh pihak kerajaan.

15.Isu berkenaan timbul apabila ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempertikaikan pelantikan itu dengan alasan penyanyi, pelakon dan pengacara itu anak kelahiran Muar, Johor.

16. Pelantikan itu lagi tidak munasabah berikutan masih ramai lagi artis anak jati Perak yang layak seperti penyanyi terkenal Jamal Abdillah, M Daud Kilau, Ahmad Shahir Zawawi (juara Akademi Fantasia musim ketujuh), Mamat Khalid (pengarah filem) serta tokoh kartunis terkenal seperti Datuk Mohammad Nor Khalid (Datuk Lat).dan pelawak Oss

17. DYMM juga menitahkan mengenai usaha kerajaan untuk menjayakan rancangan perumahan awam untuk golongan berpendapatan rendah. namun amatlah janggal sekiranya tanah-tanah yang strategik untuk menjayakan rancangan perumahan awam dan menyelesaikan masalah setinggan telah dianugerahkan kepada individu tertentu.

18. sebelum ini soalan saya yang dijanjikan untuk dijawab sampai sekarang tidak mendapat jawapan :

19. Seluas 28,140 meter/Sekitar 3 ekar di jalan Sekolah Parit buntar.di lot PT 0005722 kepada sayarikat Simbol Teguh sdn bhd di alamat no 29 jalan damai , Taman Damai Parit buntar

20. Kalaupun tidak dianugerahkan kepada individu dan kroni tersebut, tanah tersebut selayaknya digunakan untuk memberikan keselesaan kepada penjawat awam dengan merezabkan tanah itu dan digunakan untuk membina satu kompleks perumahan untuk penjawat awam atau untuk pembinaan pejabat kerajaan yang sesuai.

21.Sayangnya tanah seluas itu dianugeraahkan kepada satu syarikat individu dan merupakan sebuah syarikat pemaju perumahan yang dikenali menjadi penyokong kuat MCA di Parit Buntar.

22.Tapak berkenaan yang sekarang merupakan kuarters lama kerajaan negeri perak.

23. Dengan menyerahkan tapak itu kepada sebuah syarikat individu, akibatnya semua penghuni kuaters lama itu dipaksa berpindah ke kuarters baru yang bagi saya tempatnya sempit dan tidak selesa.

24.Lebih malang saya mendapat maklumat tempat tersebut akan dimajukan sebagai sebuah kompleks membeli belah sedangkan ianya terletak berdekatan dengan 4 sekolah menengah dan sebuah sekolah rendah akan mengundang kepada gejal ponteng, lepak dan berbagai unsure negative yang lain.

25. Begitu juga dalam kes yang hampir sama, seluas sekitar 500 ekar tanah si sekitar kuala bagan tiang telah bertukar kepada seorang individu sedagkan tanah itu adalah rezab tanah kerajaan yang diperuntukkan untuk orang melayu dan sesuai untuk pembahagian kepada 2000 orang setinggan sekitranya dianugerahkan suku ekar setiap orang.

28. Saya ingin bertanyakan kepada yab menteri besar mengenai status permohonan dari masyarakat dan penduduk kuala bagan tiang yang rata-rataanya pun adalah penyokong kuat umno supaya kerajaan negeri menyelesaikan masalah tanah mereka yang telah tergadai kepada seorang individu.

Akhir sekali saya ingin membentangkan fakta sebenar mengenai peruntukan kerajaan PR Penang bg pd Jab agama islam. Dan mengesahkan fakta yang YB DS Nizar yang dipertaikan, data sebenar peruntukan 2009-20.5 juta.2010-24.3 juta.2011-33.33 juta. 2012-64 juta. Malahan turut bg peruntukan saguhati tambahan kpd guru KAFA 2009 879 ribu, 2010 913 ribu, 2011 900 ribu, 2012 900 ribu, malah peruntukan kepada Sekolah Agama Rakyat 2009 1.5 juta, 2010 1.75 juta, 2011 1.75 juta, Penghfaz quran 2009 75 ribu, 2010 100 ribu, 2011 130 ribu, Kelas Al Quran 100 ribu setahun dan majlis buka puasa 213 ribu.

Dato yang dipertua saya mohon menyokong.

Anggota 'task force' pengundi warga asing didedah

Posted: 04 Apr 2012 12:52 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 April: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (gambar) mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti.

Menurut Mahfuz 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi,

Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing.

"Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN.

"Apabila lonjakan kebangkitan rakyat negara ini mahu menolak BN, tidak boleh diatasi dengan membawa warga asing untuk diberikan kerakyatan bagi memastikan mengundi Umno BN. Ini sangat berbahaya!" katanya.

Kebimbangan ini, katanya akan menafikan hak rakyat di mana hak itu diboloti oleh warga asing akhirnya masa depan negara akan di tentukan oleh mereka.

"Saya percaya keputusan rakyat selepas ini akan dimanipulasi oleh warga asing," katanya dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen.

Katanya, kerajaan boleh memanggil ketiga-tiga mereka serta pegawai JPN berkenaan bagi menjawab dakwaan itu melalui Suruhanjaya Diraja yang dibentuk.

"Sebab itu kita desak kerajaan bentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu boleh memanggil mereka yang terlibat.

"Kalau sekarang hendak panggil mereka, siapa yang berani? Perdana Menteri pun tidak," katanya.

Tambahnya, Suruhanjaya Diraja amat penting dibentuk dengan segera bagi mengenalpasti tentang semua dakwaan yang dibuat berhubung pemberian taraf kerakyatan bagi membolehkan warga asing mendaftar dalam daftar pemilih.

Mahfuz berkata, suruhanjaya ini harus di bentuk sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Sebelum report dikemukakan kepada awam pilihan raya ke-13 tidak boleh diadakan sama sekali," katanya.

Harakah Daily

Pelajar cemerlang Kelantan dapat RM500

Posted: 04 Apr 2012 12:46 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 4 April: Kerajaan Kelantan akan meneruskan sumbangan kepada semua pelajar cemerlang negeri ini bagi kali keempat sebanyak RM500.

Keputusan itu telah diluluskan pada mesyuarat exco hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangun Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar), berkata semua pelajar cemerlang dalam tiga peperiksaan SPM, STPM dan STAM yang mengambil peperiksaan di negeri itu layak menerima.

"Selain itu, anak Kelantan yang belajar di luar Kelantan juga layak menerima sumbangan kerajaan negeri," ujarnya kepada media selepas mesyuarat exco.

Sambungnya, mana-mana pelajar yang layak menerima mesti mendapat 9A ke atas dalam peperiksaan SPM, STAM (mumtaz) dan STPM (4P) ke atas.

Jelasnya, mana-mana pelajar yang layak mesti mendapatkan borang khas yang dikeluarkan oleh Yayasan Islam Kelantan (Yik) minggu hadapan yang dilantik sebagai urusetia dalam program itu.

"Saya minta rakan-rakan pelajar sekolah termasuk sekolah kementerian atau ibu bapa sendiri memaklumkan perkara ini pada kawan atau anak masing-masing.

"Kita tidak mahu ada yang tercicir macam sebelum ini, dah lepas lama majlis siap baru ada yang datang memohon," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyeru pelajar cemerlang yang terlibat menghubungi Yik bermula minggu hadapan.

Harakah Daily

PRU13: Mafrel gesa SPR laksana syor PSC

Posted: 04 Apr 2012 12:45 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 April: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menerima dan melaksanakan syor-syor yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya serta-merta sebelum pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Badan Pemantau Pilihan Raya Malaysia (Mafrel) menegaskan di antara 22 syor yang dikemukakan itu, ada di antaranya boleh dilaksanakan serta-merta, seperti pembersihan daftar pengundi.

Pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar), berkata selain soal daftar pengundi, syor bagi mengukuhkan kedudukan SPR juga perlu dilakukan segera sebelum pilihan raya umum.

"Ada beberapa syor yang memerlukan kajian atau pindaan undang-undang, ada juga syor yang boleh dilaksanakan serta-merta. Apapun, ia perlu dilakukan segera sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang menerima baik laporan jawatankuasa itu, bagaimanapun masih berpandangan tempoh kempen selama 10 hari yang dicadangkan PSC masih belum cukup, khususnya di luar bandar.

Katanya, dalam keadaan akses media yang tidak seimbang terhadap semua parti politik yang menyertai pilihan raya, tempoh 10 hari kempen itu dilihat agak singkat berbanding 21 hari yang dituntut ramai pihak, termasuk Bersih 2.0.

Biarpun soal akses media itu bukan berada di bawah kuasa SPR, badan itu masih boleh mengadakan perbincangan dengan pihak kerajaan untuk membenarkan penglibatan semua parti politik yang bertanding.

Sehubungan itu, Syed Ibrahim meminta SPR menyegerakan syor-syor yang boleh dilaksanakan serta-merta, selain membabitkan wakil parti-parti politik dan NGO-NGO berkaitan berhubung perkara-perkara yang memerlukan kajian dan penelitian.

Laporan PSC itu telah dibentangkan dan diluluskan di Dewan Rakyat, semalam, setelah jawatankuasa itu ditubuhkan enam bulan lalu.

Harakah Daily

Pak Samad jangka 500,000 sertai Bersih 3.0

Posted: 04 Apr 2012 12:42 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 April: Pengerusi Bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), Datuk A.Samad Said atau Pak Samad menjangkakan seramai 500,000 rakyat akan menyertai himpunan Bersih 3.0 pada 28 April nanti.

Bercakap pada sidang media di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor hari ini saterawan negara itu berkata, ianya berdasarkan maklum balas banyak pihak yang bertanya kepadanya bila Bersih 3.0 akan diadakan.

"Saya sendiri berada dimana-mana dan orang tanya bila Bersih 3.0.

"Daripada interaksi, berjumpa dalam majlis atau dalam facebook, saya mengkhayalkan setidak tidanknya kita akan mengumpulkan seramai 500,000 (akan hadir)," katanya.

Menurut Sasterawan Negara itu juga, jumlah itu tidak mustahil kerana ianya akan berlangsung serentak di seluruh negara malah seluruh dunia.

"Jadi dengan apa yang diwawarkan kalau tidak melakukan ini dengan penuh ghairah, kita tidak akan dapat merubah pemerintahan yang menggunakan semua cara untuk kekal selama 54 tahun," tambahnya lagi.

Terdahulu beliau mengumumkan bahawa himpunan besar-besaran Bersih 3.0 akan diadakan pada hari Sabtu 28 April ini.

Ianya akan diadakan jam 2 petang bertempat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Himpunan itu juga akan diadakan serentak seluruh negara dan lebih 32 negara lain di seluruh dunia.

"Jawatankuasa pilihan khas dan kerajaan tidak mengambilserius terhadap tuduhan penipuan.

"Justeru, Bersih 2.0 akan berkumpul duduk bantah secara aman di seluruh negara dan diseluruh dunia. Sabtu 28 April jam 2 hingga 4 petang...ini adalah Bersih 3.0," katanya.

Harakah Daily

Bersih 3.0: Kerajaan perlu nilai kebobrokan p'raya

Posted: 04 Apr 2012 12:40 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 4 April: Anwar Ibrahim Club (AIC) terpanggil untuk menyatakan sokongan terhadap penganjuran Bersih 3.0, yang dilancarkan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 sebentar tadi di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor.

"Ini adalah ikhtiar rakyat Malaysia melalui 84 NGO dengan dokongan padu orang awam untuk mendapatkan perhatian kerajaan bagi menilai semula kebobrokan sistem pilihan raya yang tidak bersih dan tidak adil," kata Presiden AIC, Saifuddin Shafi Muhammad dalam satu kenyataan.

Katanya, AIC melihat beberapa perkara seperti yang dinyatakan oleh Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 itu mempunyai asas yang kukuh dan berintegriti, tidak mewakili pihak berkepentingan tetapi sebagai satu desakan untuk kerajaan segera bertindak bagi memberikan rakyat Malaysia satu bentuk pilihanraya yang lebih terjamin.

Beliau menegaskan, keraguan paling besar adalah terhadap kecelaruan daftar pemilih induk, sama seperti yang dinyatakan dalam Laporan Minoriti Jawatankuasa Pilihan Khas Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang jelas membuktikan wujud tangan-tangan ghaib untuk memastikan kerajaan sedia ada terus selesa mengekalkan tampuk kekuasaan dengan cara mencurangi rakyat.

Maka, ujarnya adalah wajib rakyat seluruhnya untuk 'duduk bantah' dan menyatakan pendirian tegas rakyat bahawa tidak boleh berlaku sebarang proses pilihan raya selagi daftar pemilih induk dipenuhi dengan kekeliruan dan keraguan yang munasabah.

Menurutnya lagi, rakyat terutamanya anak-anak muda harus segera bangkit bagi menghalang penjajahan serta pembodohan minda terus-terusan berlaku dan menekan kita ke dasar untuk lima tahun akan datang.

"Maka pada tarikh 28 April 2012 jam 2.00 petang di Dataran Merdeka seharusnya menjadi tarikh keramat agar segala kepincangan ini dapat dipertontonkan di mata dunia, bahawa negara ini sedang dalam kancah penipuan terang-terangan dan wajar segera diselamatkan," ujarnya.

Harakah Daily

Niat Berkahwin Boleh Mengikat Kasih Sayang

Posted: 04 Apr 2012 12:40 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Berapa ramai orang berniat apabila berkahwin? Berapa ramai pula yang berniat sesuatu yang baik dan yang sesuai dengan Islam? Apakah mereka tahu bahawa niat penting apabila memutuskan hendak berkahwin?

Ramai yang tidak sedar kepentingan niat dalam mendirikan rumah tangga. Sebab itulah apabila ditanyakan apa niat anda untuk berkahwin, baru mereka tercari-cari akan jawapannya. Ada yang tidak tahu hendak menjawab kerana terdapat perkara tertentu yang mahu dirahsiakan. Atau mungkin mereka malu untuk menyatakan niat mereka, atau mungkin juga kerana tiada niat langsung.

Namun niat yang lazimnya diberikan ialah berkahwin untuk mendirikan rumah tangga, dan ada juga yang berkata, ikut sunnah Nabi. Tidak kurang juga menjawab hendak merasai hidup berkeluarga. Apakah niat-niat seumpama ini boleh diterima sebagai niat baik atau sesuai dengan kehendak Islam?

Niat penting dalam melakukan segala urusan terutama ibadah kepada Allah berdasarkan hadis:

"Sesungguhnya setiap amalan ada niatnya, setiap seorang dinilai mengikut niatnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis masyhur ini bukan hanya khusus untuk amal ibadah sahaja, tetapi turut melibatkan amalan atau pekerjaan yang melibatkan orang Islam.

Jadi, pasangan yang hendak berkahwin perlu ada niat, dan niat itu nantilah yang akan direalisasikan oleh mereka sepanjang kehidupan berumah tangga. Kalau baik niat mereka maka itulah yang akan mereka kecapi.

Sekiranya tidak, tentulah kecundang padahnya pada pertengahan jalan. Apatah lagi kalau mereka menyimpan niat yang tidak ikhlas, maka kewujudan rumah tangga yang diibaratkan sebagai syurga itu tidak akan menjadi kenyataan.

Niat yang Syarie

Sebenarnya niat seseorang lelaki tidak sama dengan niat seorang perempuan dalam soal kahwin. Memang naluri dua insan ini tidak sama sampai bila-bila, namun ia akan saling lengkap melengkapi setelah berkahwin. Malah niat itu akan menjadikan mereka lebih bahagia apabila saling mengetahui niat hati masing-masing.

Antara niat yang syarie ialah lelaki akan berniat untuk menjadi suami soleh dan memiliki isteri solehah dan bertekad untuk saling menyayangi. Niat ini amat baik, tetapi berdasarkan pengalaman saya jarang bertemu dengan lelaki seumpama ini.

Bagi perempuan pula, mereka boleh berniat untuk menjadi isteri yang taat dan memiliki suami yang boleh membimbing ke jalan yang diredai Allah. Niat sebegini amat baik dan wajar dimiliki seorang isteri. Tetapi sampai saat ini pun saya belum ada mendengar seorang wanita berniat sebaik ini.

Apa yang pernah saya dengar ialah, "Saya hendak berkahwin kerana cintakan dia." "Saya mahu kahwin kerana sudah lama kenal dan percaya kebaikannya." Dan tidak kurang juga yang berniat untuk berkahwin kerana sudah terlanjur.

Saya percaya kecelaruan kehidupan umat Islam pada hari ini terutama dalam mengatur rumah tangga adalah berpunca daripada niat yang tidak sesuai malah bercanggah dengan Islam. Oleh sebab itu Allah tidak menerima niat mereka.

Niat Terbaik

Setelah melihat niat-niat di atas, suka saya mencadangkan kepada kaum lelaki satu niat yang pada saya amat relevan pada zaman ini. Niat itu berbunyi, "Aku hendak berkahwin untuk mendapatkan sesuatu yang halal yang tanpanya (kahwin) tidak akan kuperolehi."

Tanpa berkahwin kita boleh dapat banyak perkara yang halal. Kita boleh makan makanan halal semahunya dengan membayar harganya di restoran. Kita juga boleh pakai pakaian halal lagi cantik dengan membelinya di butik. Dan banyak lagi yang boleh kita dapat secara halal tanpa perlu berkahwin.

Tetapi bolehkah anda memegang wanita apatah lagi menidurinya dengan pergi ke kedai, bayar dan guna? Ya, boleh tetapi yang itu tidak halal. Maka untuk mendapat yang halal perlulah berkahwin.

Inilah yang saya maksudkan dan anda harus berniat begitu.
Percayalah, waktu anda berniat begitu, Allah campakkan keyakinan isteri kepada anda bahawa suaminya tidak mungkin akan mencari yang haram.

Dia yakin suami ini tidak akan mencari peluang daripada perempuan murahan. Lainlah jika anda berniat secara tidak ikhlas, maka isteri akan meragui setiap tindakan suaminya.

Berbeza dengan kaum perempuan, niat mereka adalah supaya mendapat pembelaan daripada seorang lelaki yang bergelar suami. Inilah niat terbaik yang seharusnya diungkapkan oleh para isteri. Kenapa? Lelaki memang ramai, tetapi bolehkah seseorang wanita yang tanpa berkahwin mengharapkan pembelaan daripada lelaki? Lazimnya harapkan pagar, pagar makan padi.

Jika seseorang perempuan itu berniat, "Aku hendak berkahwin untuk mendapatkan pembelaan daripada seorang lelaki yang bergelar suami," tentulah isteri itu memberi kepercayaan kepada suaminya. Dan pastinya dia tidak akan menyerahkan hak pembelaan kepada orang lain selain suaminya.

Dengan niat isteri yang sebegitu, Allah campakkan ke dalam hati suaminya bahawa isterinya telah memberi kepercayaan kepadanya. Dengan itu suami akan memberi perhatian kepada isterinya dalam semua keadaan. Dan yang paling penting suaminya akan sentiasa memberi perlindungan dan akan sentiasa membela kehidupannya.

Saya yakin pasangan yang sudah berniat seperti di atas dengan ikhlas, mereka akan mendapatkan apa yang diniatkan. Allah tentu tahu apa yang diniatkan mereka, maka dengan sebab itu pasangan itu akan mendapat kebahagiaan selama-lamanya.

Kasih Sayang Terbina

Apabila suami isteri telah berniat seperti yang dianjurkan di atas akan terbinalah ikatan kasih sayang sebenar. Allah akan campakkan ke dalam hati masing-masing perasaan "mawaddah warahmah" iaitu kasih sayang sejati. Firman Allah SWT dalam al-Quran:

Maksudnya: "Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir." (Surah ar-Rum 30: 21)

Ayat "daripada jenis kamu sendiri" merujuk kepada ayat "min amfusikum" bukan sahaja pada unsur-unsur fizikal, tetapi juga melibatkan rohani iaitu niat. Niat isteri seperti yang dicadangkan di atas itulah yang menepati kehendak naluri suami. Ini kerana suami mahu mereka dihargai sebagai pemimpin dan pembela walaupun dia seorang cacat.

Sebenarnya, suami yang mendapat kepercayaan isteri akan menjadi seorang yang bertanggungjawab dan perkara itulah yang boleh mencernakan kasih sayang yang sejati. Walau bagaimanapun keadaan ini boleh berubah apabila isteri secara fizikal atau rohaninya meragui suami lalu enggan memenuhi kehendak suami. Padahal si suami tetap mahu bermanja dengan isterinya.

Suami dalam keadaan apa pun tetap akan sayang kepada isterinya, dan itu fitrah. Ini kerana perkahwinannya pada awal-awal lagi diniatkan untuk mendapat yang halal. Tentu mustahil dia mencari yang haram selepas itu atau dengan sengaja melakukan perbuatan dosa. Sebab itu walau dalam keadaan terdesak sekalipun, seorang suami sukar untuk melafazkan cerai jika diminta oleh isterinya.

Keadaan ini berbeza dengan isteri kerana lazimnya isteri berkahwin berasaskan cinta kepada suami. Sedangkan kecintaan seseorang akan berkurangan apatah lagi jika sudah tertanam di dalam hatinya sangka buruk terhadap suami. Inilah yang sering terjadi dalam kehidupan rumah tangga.

Ibu Bapa Penyelamat

Selain niat suami isteri, ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam merealisasikan kehidupan rumah tangga anak-anak mereka. Walaupun anak-anak sudah dilepaskan dengan tanggungjawab mereka sendiri, tetapi ibu dan bapa masih ada hak memantau pergerakan anak mereka dari jauh.

Apabila didapati kehidupan anak dan menantu tidak begitu ceria, janganlah mengambil sikap "biar mereka selesaikan sendiri". Sebaliknya pada peringkat awal lagi ibu bapa perlu bertanyakan keadaan anak masing-masing.

Bantu mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan segera dengan memberikan kata-kata nasihat dan panduan berguna. Tetapi perlu diingatkan, jangan sesekali salahkan menantu dalam apa jua keadaan.
Sentuhan ibu bapa dalam keluarga anak-anak mereka boleh menjadikan hubungan suami isteri lebih murni.

Tetapi ia perlu dibezakan dengan bentuk campur tangan yang boleh meruntuhkan. Jangan sampai masalah yang timbul amat sedikit, tetapi dengan campur tangan ibu bapa, isu kecil menjadi besar.

Oleh sebab itu ibu bapa juga perlu ada niat yang baik apabila mengahwinkan anaknya di samping niat anak itu sendiri. Begitu juga, niat ibu bapa melepaskan anak perempuannya kepada suaminya juga mesti ikhlas, jangan ada udang di sebalik batu. Ramuan inilah yang menjadikan kehidupan anak dan menantu sentiasa ceria dan bahagia.

Ahmad Baei Jaafar

Kelantan bagi tanah kepada bekas perajurit

Posted: 04 Apr 2012 12:38 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 4 April: Para bekas perajurit negara yang berasal dari Kelantan akan mendapat durian runtuh tidak lama lagi apabila bakal diberikan 2 ekar tanah setiap seorang.

Perkara ini diputuskan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri Kelantan hari ini.

Bagi melaksanakan perkara ini, satu jawatankuasa khas dibentuk bagi merangka mekanisma pelaksanaan keputusan ini.

Tempat tanah ini juga akan dikenalpasti tidak lama lagi, kata Datuk Mejar (B) Anizam Abd Rahman (gambar), Exco Jawatankuasa Alam Sekitar Negeri Kelantan.

Jawatankuasa khas mekanisma ini akan menentukan kelayakan dalam pelbagai sudut bagi menentukan pesara tentera layak menerima tanah tersebut sama ada untuk tapak rumah atau pertanian.

"Kita akan meminta laporan dari Kementerian Pertahanan juga bagi mengenal pasti status bakal penerima,"ujarnya.

Menurutnya lagi, mesyuarat pertama jawatankuasa ini akan diadakan seberapa segera yang mungkin.

Sambungnya, hadiah tanah untuk tentera diberikan oleh kerajaan negeri sebagai menghargai tugas mereka selama ini dalam menjaga keamanan negara sejak sekian lama.

Tegasnya yang diberi tanggungjawab sebagai pengerusi jawatankuasa khas itu, ada di antara pesara tentera yang tidak berpencen akibat pencen awal, ada yang tidak berpendapatan tetap dan sebagainya.

Harakah Daily

Samun kakak ipar, polis cari wanita bantu siasatan

Posted: 04 Apr 2012 12:33 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

NIBONG TEBAL - Polis sedang mencari seorang wanita untuk membantu siasatan kes samun di rumah kakak iparnya di Taman Cempaka, Batu Kawan yang menyebabkan kerugian hampir RM125,000.

Wanita terbabit, Zarina Begum Sujaudeen, 32, dan seorang lelaki yang tidak dikenali dipercayai dapat menyelesaikan kejadian samun yang berlaku kira-kira jam 8.50 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Superintendan Shafien Mamat, berkata, dalam kejadian berkenaan, seorang suspek wanita bersama seorang lelaki tidak dikenali telah ke rumah mangsa yang berusia 45 tahun untuk meminta pertolongan selepas mendakwa kereta mereka rosak.

"Sebaik masuk ke dalam rumah, wanita terbabit telah menarik mangsa yang sedang tidur dan mengugut untuk mencederakannya sekiranya tidak memberi barangan berharga.

"Takut akan ugutan terbabit, mangsa telah menyerahkan dua telefon bimbit, sebentuk cincin, dua utas gelang, dua utas rantai emas di samping wang tunai RM2,500," katanya.

Shafien memberitahu, alamat terakhir Zarina Begum ialah No 181, Jalan Bendahara, Happy Garden, Ipoh Perak.

"Selain mengugut dan menyamun, wanita terbabit turut mencederakan mangsa dengan menggunakan pemutar skru. Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta jenis Honda CRV milik mangsa.

"Mangsa mengalami kecederaan luka dan lebam di dahi, kepala, tangan serta leher dan masih dirawat di Hospital Sungai Bakap.

"Semasa kejadian, ibu mangsa yang berusia 62 tahun turut berada di rumah dan sedang tidur., namun tidak diapa-apakan.

"Bagi membantu menyelesaikan kes ini, saya memohon kerjasama orang ramai yang mengenali wanita berkenaan untuk tampil memberikan maklumat," katanya.

Sinar Harian

Pelepah pinang wajah manusia

Posted: 04 Apr 2012 12:30 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KLUANG - Seorang warga emas, Tan Gek Yong, 70, terkejut apabila pokok pinang yang ditanam di tepi rumahnya di Jalan Haji Manan, di sini mengeluarkan pelepah yang menyerupai wajah manusia.

Menurutnya, pokok pinang tersebut sudah hampir 10 tahun ditanam namun tidak pernah menunjukkan sebarang keanehan sebelum ini.

Katanya, kejadian aneh itu disedari sejak seminggu lalu sewaktu dia mahu menyiram pokok di halaman rumah dan terkejut apabila melihat pelepah terbabit.

"Saya hanya lihat sekejap sahaja pelepah itu kerana apabila melihatnya lama seolah-olah pelepah yang berwajah manusia sedang senyum itu tepat memandang saya.

"Sebelum ini, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku dan saya membersihkan pelepah itu setiap hari. Tetapi pada kali ini amat mengejutkan kerana wajah yang terdapat di pelepah itu lengkap dengan sepasang mata, hidung dan mulut," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, dia tidak berani mendekati pokok pinang itu kerana mempercayai ia ada kaitan dengan unsur paranormal namun anaknya menyatakan itu adalah kejadian biasa.

Sementara itu, terdapat enam pokok pinang ditanam di kawasan rumahnya tetapi hanya satu sahaja yang mengeluarkan pelepah berwajah manusia.

"Bagaimanapun, saya tidak akan jualnya kerana pokok itu sudah lama saya tanam dan saya sayang pokok itu," katanya.

Sementara itu, anaknya, Teng Num Ting, 37, berkata, dia melihat pelepah pokok itu dua hari lepas setelah diberitahu ibunya.

"Pelepah itu memang menyerupai wajah manusia dan saya terkejut apabila melihatnya. Walaupun sebelum ini pokok itu mengeluarkan banyak pelepah tetapi pada kali ini ia amat berlainan.

"Bagi saya, ia sangat unik dan pelik malah ibu saya yang selalu melihat pokok terbabit turut terkejut dengan kejadian yang berlaku itu," katanya.

Sinar Harian

Gempa Bumi Sederhana Di Kepulauan Aru, Indonesia

Posted: 04 Apr 2012 12:30 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Gempa bumi dengan kekuatan sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter berlaku pukul 7.42 pagi Rabu di rantau kepulauan Aru, Indonesia, demikian menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Jabatan itu, dalam kenyataannya berkata, pusat gempa berkenaan terletak 617 km ke tenggara Sorong di Indonesia dan 2,043 km ke tenggara Semporna, di Sabah.

Tiada amaran tsunami dikesan, tambah kenyataan itu. - BERNAMA

Bekas eksekutif pecah amanah dijel 9 tahun

Posted: 04 Apr 2012 12:19 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

JOHOR BAHRU - Mendapat padah akibat pecah amanah, bekas eksekutif akaun dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun selain dikenakan lapan sebatan dan denda RM4.6 juta selepas didapati bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Hakim, Mohd Nasir Nordin memerintahkan hukuman terbabit ke atas M Suresh, 41, selepas meneliti hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan ke atas 57 pertuduhan pecah amanah dalam tempoh setahun, sejak Disember 2007.

Berdasarkan fakta kes, Suresh berhadapan dengan 20 pertuduhan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah amanah membabitkan sejumlah RM6,525,930 dan AS$435,000 milik sebuah syarikat kimpalan di Pasir Gudang, di sini.

Dia turut berhadapan dengan 20 pertuduhan lain di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan dibaca bersama 467 Kanun Keseksaan atas kesalahan menggunakan 20 keping borang pindahan telegrafik melalui dua bank.

Suresh bertindak menggunakan wang milik syarikat kimpalan itu dan dipindahkan kepada empat akaun syarikat lain, membabitkan syarikat miliknya dan adiknya yang memegang jawatan sebagai pengarah.

Manakala, 17 lagi pertuduhan yang didakwa ke atas Suresh di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) kerana terlibat dalam penggubahan wang haram.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Nuur Fakhizaa Abu Bakar, M Puveneswaran, Iskandar Shah Ibrahim dan Norasyikin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam V Stanilaslaus.

Sinar Harian

Tersembam dalam longkang

Posted: 04 Apr 2012 12:17 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Seorang ­lelaki ditemui mati dalam ­keadaan kepalanya tersembam ke bawah dalam sebuah longkang berhampiran Balai Raya Taman Pengkalan Indah, Pengkalan, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mayat mangsa, M Ratana Kumar, 28, ditemui saudaranya, M Murugan, 30-an, yang ­menyedari motosikal dinaiki mangsa berada di tepi jalan sebelum terlihat kaki mangsa di longkang berkenaan.

Murugan berkata, dia ­terkejut apabila melihat ­sepasang kaki terjulur di atas tembok longkang sebelum melihat kepala mangsa ­terbenam dalam air longkang hingga paras leher.

"Saya cuba mengeluarkan mangsa dari dalam longkang sedalam kira-kira satu meter itu, namun tidak mampu dan segera memanggil seorang rakan yang berada tidak jauh dari tempat kejadian untuk membantu.

"Selepas mangsa berjaya dibawa naik, saya terus menghubungi Unit Kecemasan Hospital Alor Gajah dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk merawat mangsa yang mungkin lepas selepas kepalanya terbenam dalam air," katanya.

Menurutnya, mangsa yang masih bujang dikatakan ke Seremban, Negeri Sembilan bagi menghadiri majlis perkah­winan pada sebelah pagi dan bercadang ke rumahnya.

"Sepatutnya kira-kira jam 3 petang mangsa ­datang ke ­rumah saya namun puas ­ditunggu kelibatnya ­masih tidak kelihatan," katanya, kelmarin.

Saksi yang juga penduduk, Ramli Majid, 32, berkata,­ sebelum itu mangsa dilihat sedang duduk di atas tembok sebelah kanan jalan sambil menundukkan kepala.

"Saya hanya biarkan ­sahaja sebelum keluar semula ­bersama isteri ke sebuah bengkel motosikal kira-kira 15 minit kemudian.

"Ketika keluar semula saya dapati mangsa sudah tiada lagi di tembok berkenaan dan ­menyangka dia sudah bergerak ke tempat lain," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin me­ngesahkan laporan berhubung penemuan mayat seorang lelaki di Taman Pengkalan Indah, kira-kira jam 6 petang kelmarin.

"Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah ­sebelum mayat mangsa ­dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk ­bedah siasat dan kes berkenaan diklasifika­sikan sebagai mati mengejut ," katanya kepada Sinar Harian.

Sinar Harian

ADUN BN Kuala Nerang umum dirinya muflis

Posted: 04 Apr 2012 12:15 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah kawasan Kuala Nerang Datuk Syed Sobri Syed Hashim malam tadi mengumumkan dirinya muflis setelah gagal membayar baki hutangnya dengan bank tempatan berjumlah RM8 juta.

Naib ketua Umno bahagian Padang Terap itu berkata hutang tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman RM50 juta yang diambil pada 1998 untuk membolehkan syarikatnya, Kulim Enterprise Sdn Bhd, disenaraikan di papan kedua Bursa Saham Malaysia pada masa itu.

Bagaimanapun, negara mengalami kegawatan ekonomi ketika itu dan syarikatnya gagal disenaraikan, menyebabkan beliau terpaksa menanggung hutang berkenaan, Syed Sobri pada majlis perjumpaan dengan kira-kira 300 anggota dan pemimpin akar umbi Umno bahagian itu di rumahnya malam tadi bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

Beliau berkata pada Disember lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mengisytiharkannya sebagai muflis.

Syed Sobri berkata pemimpin Umno telah dimaklumkan mengenai perkara itu, begitu juga dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang ditemuinya semalam.

Beliau berkata Azizan tetap menyuruhnya hadir pada persidangan Dewan Negeri Kedah yang akan bermula 17 April ini.

Bagaimanapun, Syed Sobri tidak akan berbuat demikian kerana berdasarkan undang-undang negeri, beliau telah hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berikutan statusnya sebagai muflis.

Perkara 47(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Kedah menyatakan seorang anggota Dewan Negeri hilang kelayakan jika ia seorang muflis yang belum dilepaskan.

Dalam pilihan raya Umum 2008, Syed Sobri yang bertanding buat pertama kali telah menewaskan calon PAS Zawawi Ahmad dengan majoriti 805 undi.

- Bernama

Alex selar pemain Chelsea

Posted: 04 Apr 2012 12:14 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

BEKAS pertahanan The Blues, Alex menyelar pemain Chelsea kerana mempunyai sikap ego yang terlalu tinggi.

Katanya, situasi itu menyebabkan moralnya jatuh setiap kali berada dalam bilik persalinan sebelum atau selepas perlawanan.

Alex kini beraksi buat Paris Saint Germain.

"Saya lebih tenang bersama PSG berbanding di Stamford Bridge.

"Di situ terlalu ramai nama besar dan masing-masing mempunyai ego yang tinggi," katanya.

Sinar Harian

Budak Magnet di Brazil

Posted: 04 Apr 2012 12:11 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Seorang budak lelaki di Brazil telah menghairankan doktor dengan memiliki dada yang seperti magnet. Tidak mengejutkan apabila Paolo David juga diberi nama samaran 'Budak Magnet'.

Paulo yang berusia11 tahun dikatakan telah mendapati kebolehan ganjil selepas bapanya meminta beliau untuk mengambil pisau dan garpu dan ianya tiba-tiba melekat pada dadanya.

Sejak itu anak muda ini dan keluarganya telah mendapat banyak keseronokan menggunakan gunting, sudu, duit syiling, telefon bimbit dan juga kuali melekat pada badan 'magnet'.

Doktor mengatakan mereka bingung dengan sifat-sifat magnet seorang anak lelaki muda dan tidak tahu apa yang menyebabkannya walaupun mereka seronok melekat clipboards mereka kepadanya. Doktor tidak berfikir bahawa kesihatan budak sekolah itu berisiko.

Portal Kami

Rampasan diesel bernilai RM3,000

Posted: 04 Apr 2012 12:09 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Sebuah premis tidak bernombor yang dikesan menjalankan aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi bernilai kira-kira RM3,000, diserbu Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor, di Seksyen 25, di sini, petang kelmarin.

Ketua Penguat Kuasa PPDNKK Selangor, Othman Nawang berkata, serbuan dijalankan kira-kira jam 5.30 petang, selepas pihaknya menerima aduan berhubung kegiatan haram premis itu daripada orang ramai.

Beliau berkata, ketika pihaknya tiba di kawasan terbabit mendapati pintu pagar berkunci, selain terdapat anjing dalam premis.

Menurutnya, enam pegawai penguat kuasanya yang diketuai Najib Shaukrol Kiah bertindak mengetuk pagar premis dan memanggil pemiliknya, namun tiada maklum balas.

"Kita menunggu selama 15 minit, sebelum bertindak masuk melalui dinding pada bahagian tepi premis yang tidak ditutup hingga ke bawah.

"Pemeriksaan dalam premis menemui dua tong muatan 1,000 liter setiap satu yang berisi kira-kira 1,500 liter minyak disyaki diesel, empat tong kosong dan dua tong dram dan skid tangki kosong," katanya menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), semalam.

Othman berkata, setelah hampir setengah jam pemeriksaan dibuat, datang seorang lelaki berusia 39 tahun mengaku pemilik premis serta mendakwa jalankan perniagaan itu sejak tiga bulan lalu.

"Siasatan awal menunjukkan pemilik premis menggunakan modus operandi dengan mengutip minyak dari stesen minyak dalam kuantiti sedikit, sebelum dijual kepada pihak industri.

Beliau berkata, semua minyak disita untuk siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sinar Harian

Mayat penyamun dalam kereta

Posted: 04 Apr 2012 12:05 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan individu yang ditemui mati dalam kereta Proton Waja di Tasik Titiwangsa, kelmarin adalah seorang daripada empat suspek yang terlibat dalam kejadian samun seorang bekas pegawai tentera di Kelana Jaya empat jam sebelum itu.

Suspek yang maut adalah warga Indonesia dikenali sebagai Ariyango, 44, ditemui terbaring di bahagian tempat duduk sebelah pemandu, dengan kesan kecederaan akibat ditembak satu das di bahagian abdomen.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, siasatan yang dijalankan mendapati suspek terbabit ada kaitan dengan kes cubaan menyamun seorang bekas pegawai tentera yang dikatakan baru keluar bank kira-kira jam 1 petang kelmarin.

Menurutnya, cubaan suspek bersama tiga lagi rakan senegara gagal, apabila mangsa terbabit yang memiliki pistol bertindak melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.

"Suspek yang cedera terkena tembakan dipercayai melarikan diri bersama tiga rakannya dengan menaiki kereta Proton Waja itu.

"Bagaimanapun, mayat suspek ditemui ditinggalkan dalam kereta terbabit di kawasan parkir di Tasik Titiwangsa kira-kira jam 5 petang kelmarin," katanya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Buku 'Scorpio On The Dragon's Demise', semalam.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati kereta itu dicuri, selain turut merampas parang, nombor pendaftaran kereta serta pasport yang ditemui dalam bonet kenderaan terbabit.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang penagih dadah, nyaris maut ditembak dalam kejadian di hadapan sebuah tokong di kawasan Jinjang, Sentul, kelmarin.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku antara jam 12 tengah hari dan 1 petang itu, mangsa yang cedera parah dikatakan sempat menahan teksi dan meminta dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut.

Chin Wah berkata, pihaknya belum terima maklumat lanjut berhubung kejadian, ekoran mangsa berusia 44 tahun itu masih menerima rawatan di hospital.

"Kita kena tunggu mangsa pulih, sebelum rekodkan percakapannya bagi dapatkan gambaran sebenar.

"Setakat ini, kita belum mengetahui motif sebenar kejadian, namun percaya mangsa mengenali individu yang menyerangnya," katanya.

Kata, polis tidak menolak kemungkinan bahawa penyerang yang melepaskan tembakan adalah musuh mangsa, kerana semakan awal mendapati mangsa mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Sinar Harian

Ditahan di pusat pemulihan

Posted: 04 Apr 2012 12:00 AM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KAMPUNG RAJA – Seorang pelajar perempuan sebuah kolej swasta berusia 19 tahun, diperintah ditahan di rumah pemulihan akhlak selama enam bulan, apabila dia mengaku bersalah sebagai persediaan melakukan persetubuhan luar nikah, di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.

Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof menjatuhkan hukuman itu apabila beliau berpuas hati dengan pengakuan salah dan rayuan tertuduh selepas pertuduhan dibacakan.

Manakala pasangan pelajar itu, seorang pemandu lori berusia 23 tahun pula, dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM3,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu ditangkap di dalam sebuah kereta Proton Wira di bawah pokok rhu tepi pantai Benting Lintang dekat Tembila di sini pada jam 12.30 pagi, 1 Mac lalu bersama pasangannya yang tidak sah atau mahram.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 29, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) 2001 Terengganu kerana kesala-han persediaan melakukan persetubuhan luar nikah, yang boleh dihukum di bawah seksyen sama iaitu jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof.

Nik Mohd Shahril Irwan ketika membacakan fakta kes memberitahu, bertindak atas maklumat, penguat kuasa syariah melakukan rondaan dan tinjauan di sekitar kawasan pantai Benting Lintang pada tarikh tersebut.

Penguat kuasa mendapati kereta tertuduh dihujung jalan mati dan mendekati kereta itu dari arah belakang ke tepi pintu sebelah penumpang.

Didapati semua pintu dan tingkap tertutup rapat dengan enjin dan penghawa dingin dihidupkan, manakala keadaan ketika itu sunyi dan jauh dari pandangan orang ramai.

Dengan menggunakan lampu suluh ke dalam kereta , penguat kuasa mendapati, kedua-dua tertuduh dalam keadaan separuh bogel menutup kemaluan masing-masing dengan tangan.

Nik Mohd Shahril Irwan berkata, penguat kuasa mendapati di bahagian kerusi hadapan terdapat seluar dan seluar dalam milik mereka.

Sementara itu beberapa barang kes milik kedua-dua tertuduh seperti seluar dalam milik lelaki dan perempuan, seluar jeans, sukan (track) dibawa ke mahkamah untuk pengesahan tertuduh.

Pelajar perempuan tersebut beralamat di Kampung Lak Lok, Jertih manakala pasangannya dari Kubang Ikan, dekat Kampung Raja.

Mohd Nazri menegur sikap keterlaluan pasangan malah kecewa apabila tertuduh lelaki memberitahu mahkamah dia tidak mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan pelajar kolej itu.

Sinar Harian

Pemerasan: Warga emas bersama anak didakwa

Posted: 03 Apr 2012 11:52 PM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU- Seorang warga emas bersama anaknya dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini, kelmarin setelah didakwa melakukan pemerasan terhadap seorang pelajar tingkatan tiga pada 26 Mac lalu.

Mengikut pertuduhan, Mohd Noor Sulong, 57 dan anaknya Muhamad Azlan, 20, didakwa dengan niat jahat melakukan pemerasan terhadap pelajar terbabit dengan cara paksaan mengambil motosikal Suzuki mangsa kira-kira jam 4 petang di Wakaf Mek Zainab.

Bagaimanapun, selepas pertuduhan dibacakan kedua-dua beranak tersebut yang memakai baju lokap oren mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohd Hafis Mohd Noor.

Bagi kesalahan itu, bapa dan anaknya itu didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Dalam prosiding tersebut, Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Saiful Nizam Misbah menawarkan ikat jamin RM3,500 terhadap setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Kemudiannya kedua-dua tertuduh meminta jasa baik mahkamah supaya wang tawaran jaminan berkenaan dikurangkan dan Mohd Hafiz menetapkan bayaran RM3,000 untuk setiap seorang.

Mahkamah menetapkan 13 Mei depan untuk sebutan semula kes.

Sinar Harian

Terkini : sidang hari ke 2

Posted: 03 Apr 2012 10:36 PM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Pasir Panjang mencadangkan bahawa dia mencadangkan kepada syarikat dari brazil supaya memilih tanjung hantu. kerana ia tidak menggangu alam sekitar.

Dia menafikan dia meluluskan kepada syarikat brazil itu dan menyatakan banyak syarat-syarat yang diberikan. Penafian itu sekaligus menafikan surat yang didedahkan oleh MB Zambry .

Beliau juga memihta pihak kerajaan BN supaya mendedahkan segala dokumen dan syarat perjanjian yang telah ditantangani. Beliau juga meminta supaya didedahkan siapakah pemegang saham syarikat yang terlibat dalam projek tersebut.

YB. Drs. Khalil Idham Lim

Terkini : sidang hari ke 2

Posted: 03 Apr 2012 10:25 PM PDT

12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Pasir Panjang juga mempersoalkan tindakan Sungai Rapat yang mengadakan ceramah pada masa yang sama dengan ceramah yang terlebih dahulu mendapat permit .Tindakan Sungai Rapat tersebut yang didedahkan oleh pasir panjang menggamatkan dewan.

YB. Drs. Khalil Idham Lim.

Tiada ulasan:

Nuffnang