Selasa, 6 Mac 2012

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


Bila Kerajaan Pas Kedah Bergolak

Posted: 05 Mar 2012 04:27 PM PST


Assalamualaikum.


Bukan mahu mengambil tahu hal oranglain, terutamanya pembangkang tetapi apa yang berlaku ke atas kerajaan Kedahyang kini dikuasai Pas sangat menarik perhatian.

Saya percaya, bukan sahaja kita orangpolitik tetapi rakyat juga sedang melihat perkembangan itu dengan dekat.Terbaru, khabarnya Pas Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi menentukankuasa Menteri Besar Kedah yang disandang Datuk Seri Azizan Abdul Razak – satu tindakanyang dilihat pelik dan tidak pernah berlaku di dalam sejarah politik di negeriitu.

Semuanya gara-gara kuasa. Jika dahulumereka ini adalah manusia yang paling lantang mengkritik, menuduh dan menghinapemimpin Islam dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN), hari ini mereka sendiriberhadapan dengan masalah politik yang dahsyat. Namun, setiap kali merekaditimpa masalah, maka masalah itu mahu dilemparkan kepada orang lain, terutamaUMNO.

Pas adalah parti yang hanya memerintahKelantan, manakala di negeri-negeri lain, mereka tidak menikmati kuasa sebelumini. Maka sedaplah mereka membuat pelbagai janji, tuduhan dan fitnah – sebab merekatidak berkuasa dan apa yang mereka cakap hanyalah bermodalkan air liur.

Hari ini, apabila mereka mempunyaikuasa, mereka sudah mula tamak dan apa yang berlaku hanyalah disebabkan soalkuasa. Tidak lebih dari itu.

Persoalannya, apakah parti yangseperti ini bercita-cita mahu menawan Putrajaya (kononnya) sedangkan perangaidan sikap pemimpinnya sangat buruk. Ini fakta dan anda semua sudah tentu lebihmaklum mengenainya.

Saya berharap, rakyat akan melihat danmenilai apa yang berlaku ini sebagai teladan politik buat mereka. Pada PRUke-13 nanti, rakyat perlu menolak pembangkang yang telah terbukti gagal dalampentadbirannya – bukan sahaja di Kedah tetapi di negeri-negeri lain yang merekakuasai termasuk Kelantan.

Saya telah melihat angin kesedaranrakyat terhadap penipuan pembangkang semakin menebal dan saya fikir rakyat akanmelakukan satu perubahan besar dalam PRU ke-13 nanti untuk memberikan mesejkepada pembangkang bahawa mereka sebenarnya tidak mempunyai tempat di hatirakyat.

Sungguh!.


Tiada ulasan:

Nuffnang