Selasa, 6 Mac 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


ISU PALESTIN : Penjelasan Dato’ Seri Anwar Ibrahim Bersama Wakil Hamas Di Pulau Pinang

Posted: 06 Mar 2012 01:01 AM PST

8 Mac 2012 (Khamis)

1)    5.30 ptg – Pesta Ponggal Pulau Pinang

            Lokasi : Market Street, Little India, Pulau Pinang

2)    7.15 mlm – Solat & Tazkirah Maghrib –

           Lokasi :  Surau Al Mukminun Kota Giam, Jelutong

3)    8.30 mlm – Majlis Makan Malam

            Lokasi: Lebuh Pekaka 1, Sungai Dua, Gelugor (Belakang Subaidah)

4)    9.00 – 12.00 mlm – Penjelasan Isu Palestin Bersama Wakil Hamas

            Lokasi: Markas PAS, Pongsu Seribu, Kepala Batas

5)    Penceramah:

i.                    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

ii.                  Bro. Muhammad As-Sabah (Tahanan Israel 8 Tahun)

iii.                Bro. Mustafa Toib dari Gaza

iv.               Ustaz Soib Mohd Amin

Debat Dengan Anwar Jika Serius Utamakan Masa Depan Negara, Kata PKR Kepada Najib

Posted: 06 Mar 2012 12:13 AM PST

The Malaysian Insider

KUALA LUMPUR, 6 Mac — PKR sekali lagi mencabar Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas perdana menteri itu secara terbuka menyatakan kesediaan berdebat dengan sesiapa saja yang mempunyai pemikiran yang munasabah dan yang serius mengenai masa depan negara.

Semalam Najib berkata beliau sedia berdebat mengenai politik, menambah sebagai seorang ahli politik dalam sebuah negara demokrasi, beliau tidak dapat elak daripada orang bercerita perkara buruk mengenai diri beliau.

Menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail (gambar), Najib wajar menerima tawaran debat Anwar yang dibuat pada tahun lalu tentang kedudukan ekonomi, Buku Jingga Pakatan Rakyat dan penyelewengan yang berlaku dalam pentadbiran negara.

"Justeru kita berharap kesanggupan Najib ini benar-benar jujur kerana tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibuat pada Januari 2011 untuk berdebat masih lagi terbuka," katanya dalam satu kenyataan.

"Malangnya kami belum menerima sebarang jawapan daripada perdana menteri tentang tawaran itu."

Justeru beliau mahu Najib menerima tawaran debat Anwar bagi membolehkan rakyat mendengar secara langsung dasar Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

"PKR sekali lagi menggesa agar Najib menerima tawaran debat ini sesuai dengan semangat demokrasi yang diluahkannya, melainkanlah Najib tidak merasakan isu ekonomi, tawaran dasar Buku Jingga, tata kelola kerajaan yang baik, kenaikan kenaikan kos hidup dan penyelewengan negara merupakan isu-isu penting untuk dibahaskan," katanya.

"Najib turut meluahkan kebimbangannya tentang keupayaan lawannya di dalam perdebatan untuk bercakap berdasarkan fakta dan mengawal emosi. Sebenarnya kebimbangan ini tidak patut wujud sekiranya beliau yakin dengan keupayaan rakyat Malaysia untuk membuat perhitungan yang tepat."

Bulan lalu, debat antara Presiden MCA  Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, telah diadakan menyaksikan sejumlah 800 penonton telah ditayangkan di Astro Mandarin.

Kemudiannya diikuti dengan debat antara Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, di London.

Cabaran debat Anwar hanya disambut sekali, iaitu pada Julai 2008 dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek, yang ketika itu merupakan Menteri Penerangan dan disiarkan secara langsung.

Majoriti rakyat negara ini mahu melihat debat antara Najib dan Anwar.

‘RM500j Lesap Dari Yayasan Selangor Semasa BN’

Posted: 05 Mar 2012 09:39 PM PST

Malaysiakini

Pengurus Besar Yayasan Selangor yang baru dilantik Ilham Marzuki memberitahu Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) bahawa  aset pendidikan negeri yayasan itu bernilai setengah bilion ringgit hilang semasa pentadbiran BN.

“Kajian kami menunjukkan bahawa dari 1991 hingga 2008, berlaku ketirisan sebanyak RM500 juta daripada Yayasan Selangor,” kata Ilham kepada jawatankuasa itu yang bersidang pada pendengaran awam hari ini.

“Jika tidak, aset kita (sekarang) akan menjadi RM800 juta.”

Buat masa ini, katanya, yayasan itu memiliki aset tetap bernilai RM300 juta manakala RM50 juta lagi dalam deposit tunai.

Ilham diarahkan hadir oleh kerajaan negeri dan Selcat untuk membantu Yayasan Selangor  mengaudit akaunnya bagi tempoh antara 1991 dan 2008. Tindakan itu untuk mengesan punca wang yayasan itu terus berkurangan.

Tiada ulasan:

Nuffnang