Selasa, 6 Mac 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


BM-Premium B IP BM-Premium C IP Masalah sampah Selangor selesai April ini

Posted: 06 Mar 2012 12:50 AM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) berkata, kerajaan negeri kini sedang berusaha menambahbaik khidmat pengurusan sampah di negeri itu dan dijangka akan selesai April ini.

Biarpun mengakui masih banyak ruang yang perlu diperbaiki sejak pengurusan sampah tidak lagi diberikan kepada Alam Flora sebagai kontraktor utama, namun beliau tetap yakin ianya dapat diselesaikan oleh kerajaan negeri.

"Sudah tentu lah (ada kelemahan), Alam Flora buat kerja dah 10 tahun lebih, kita buat tak sampai enam bulan.

"Saya tengok ianya masih boleh diperbaiki. Kita rasa kita boleh selesaikan isu ini dengan lebih baik Mac dan April ini," katanya ketika ditemui Harakahdaily di pejabatnya semalam.

Sebelum ini kerajaan Selangor memutuskan menamatkan kontrak Alam Flora sebagai kontraktor utama pengurusan sisa pepejal di negeri itu.

Sebagai alternatif, mulai tahun ini kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengurus sendiri kutipan sampah di negeri itu.

Sambil mengulangi pendirian bahawa perubahan itu adalah tepat, beliau juga berkata, segala masalah berkaitan sampah kini boleh dipantau sepenuhnya oleh kerajaan negeri melalui PBT.

Sebelum ini katanya, banyak masalah membabitkan sampah dirujuk kepada pihak PBT, namun apabila diarah untuk diselesaikan, berlaku 'tolak menolak' antara PBT dengan kontraktor utama Alam Flora.

"Diorang ni main 'passing the bulk', dia kata dia. Belanja untuk pembersihan dan pengumpulan sampah melebihi RM350 juta.

"Saya berkira-kira kalau begini berlaku, maknanya kita tak dapat kebersihan dan juga pegawai kita pula tidak mempunyai komitmen terhadap kebersihan negeri Selangor," katanya.

Dengan perubahan yang telah dilakukan katanya, sekarang ini tanggungjawab tersebut kini dipikul oleh Datuk Bandar dan juga Yang Dipertua PBT di negeri itu.

Malah beliau juga meyakini kos pengurusan sampah di negeri itu juga dapat dikurangkan.

Sebelum ini, kerajaan negeri turut mewujudkan talian bebas tol atau Hotline untuk membolehkan rakyat membuat sebarang aduan mengenai perkhidmatan pihak berkuasa tempatan (PBT) terutama melibatkan pengurusan kutipan sampah dan pembersihan.

Talian tersebut dikendalikan oleh Pusat Aduan Pengurusan Sisa Pepejal Selangor di bawah kelolaan Setiausaha Kerajaan Negeri.

HARAKAHDAILY/-

PAS Sabah sokong Himpunan Bangkit 123

Posted: 06 Mar 2012 12:50 AM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah (BPPNS) menyokong usaha Bela Tanah Rakyat Sabah (Tabah) dan NGO-NGO lain untuk mengadakan Himpunan Rakyat Sabah Mempertahankan Tanah Adat atau '123 Bangkit' dalam usaha membebaskan rakyat daripada terus dibelenggu penindasan dan penyelewengan hak terhadap pemilikan tanah.

"Justeru, PAS Sabah berani untuk menyahut kebangkitan ini dengan mengerakkan hampir 1,000 ahli di pelbagai peringkat, negeri, kawasan dan cawangan seluruh Sabah untuk bersama-sama dalam himpunan 123 Bangkit bagi menyatakan sokongan demi menuntut keadilan dan kesaksamaan," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Hamzah Abdullah.

Katanya, ia sekaligus memberi sokongan bagi menjamin keyakinan terhadap sistem demokrasi Malaysia berparlimen.

PAS Sabah, jelasnya sudah merasakan keperluan mendesak yang agak konkrit bagi membina sebuah ketamadunan kerajaan dalam menggembleng tenaga mencapai kata sepakat untuk mengatakan 'tidak' kepada kezaliman.

"Kita mesti berusaha membela tanah yang telah kita usahakan sejak sekian lama ini. Tanah NCR/Tanah Adat mesti dikembalikan kepada rakyat sepenuhnya," tegasnya yang juga Pengerusi Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS negeri kepada Harakahdaily.

Oleh yang demikian, tegasnya lagi hak rakyat mesti dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat.

Tambahnya, amanah rakyat mestilah dikendalikan secara baik dan berhemah.

Beliau berkata, adalah malang bagi sesebuah negeri yang kaya ini langsung mempunyai barisan kepimpinan yang rosak akhlaknya, lemah daya pengurusan dan lompang sana-sini dari aspek penstruktural kuasa dan bidang.

Justeru, katanya apakah tidak ada inisiatif kerajaan dalam menyelesaikan masalah tanah ini.

Menurutnya, laporan Suhakam tentu tidak mengejutkan kebanyakan wakil pemimpin politik.

"Tapi, apakah dengan angka 977 yang juga angka tertinggi di Malaysia mengenai kes tanah tidak mendapat perhatian serius.

"Apakah ini satu kebanggaan atau satu permasalahan?" soalnya.

Mengenai Bangkit 123, jelasnya perhimpunan itu mempunyai tujuan yang amat murni dan perlu disokong oleh semua pihak serta dijamin aman sesuai dengan matlamatnya yang murni.

"Ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS serta setiap pihak yang menyertainya dilarang melakukan sebarang kekacauan, mengganggu ketenteraman awam dan kerosakan harta benda awam," ujarnya.

HARAKAHDAILY/-

Tahniah PAS Kedah, JK Khas dan khususnya Salahuddin Ayub.

Posted: 06 Mar 2012 12:26 AM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Saya merakamkan rasa tahniah kepada seluruh ahli PAS yang menerima berita gembira penyelesaian kepada ribut kecil di PAS Kedah. Tindakan kedua-dua exco Timbalan Pesuruhajaya PAS Kedah, Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh dan Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mencerminkan satu akhlak jamaah yang tinggi, bilamana akur dengan pandangan parti.

Tahniah diucapkan kepada Jawatan Khas yang terdiri daripada Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohamad Sabu dan dua Naib Presiden PAS YB Salahuddin Ayub dan YB Dato' Mahfuz Omar yang bertungkus lumus menjadi orang tengah menyelesaikan kemelut ini. Khususnya bagi YB Salahuddin, sememangnya anda dilayak digelar Kofi Anan dalam PAS.

Ahli dan para pemimpin juga sangat gembira dan terharu dengan kepenatan YB Dato' Seri Presiden PAS yang bergegas balik dari Bosnia transit di Austria, Qaherah, Bangkok dan sesampai KL bergegas ke Kedah tak sempat menjamah makanan, terus menghadiri mesyuarat dalam keadaan demam hingga jam 3 pagi.

Kegembiraan kerana seluruh ahli parti ingin melihat Kedah terus mantap, dan menjadi pangkalan kedua terkuat pemerintahan PAS selepas Kelantan. InsyaAllah apa yang dibincang dan dirumus akan dapat dilaksanakan, demi kebaikan dan masa depan PAS Kedah khususnya dan negara amnya.

PAS Pusat mengharapkan satu majlis munajat perdana dapat diadakan dalam masa terdekat. Mari kita himpunkan ribuan rakyat Kedah di Stadium untuk kita bemunajat, dekatkan diri dengan Allah, meluahkan kasih sayang dan mahabbah antara kita. Semoga Allah memperteguhkan jamaah ini. Allahu Akbar.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat


PAS Dan Masyarakat Majmuk

Posted: 06 Mar 2012 12:00 AM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Masih ramai dikalangan anggota masyarakat yang terbelenggu dengan kongkongan kejahilan terhadap Islam khususnya Fiqh Siyasah, apabila mereka merasa pelik melihat PAS boleh mengadakan persefahaman kerjasama politik bersama parti bukan Islam seperti DAP, yang dituduh setengah pihak sebagai fanatik atau chauvinis. Seterusnya mereka ini bertanya : Mengapa PAS tidak boleh mengadakan persefahaman dengan UMNO yang sebangsa dengan PAS ? .

Tidakkah pendekatan mengadakan persefahaman dengan UMNO akan menjadi lebih mudah berbanding DAP atau PKR ?. Lalu penentang PAS yang tidak faham ini menyimpulkan bahawa PAS telah menggadaikan prinsip perjuangannya sebaik sahaja mengamalkan pendekatan Tahaluf Siyasi bersama rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat !.

Persoalan di atas boleh difahami jawapannya dengan mempunyai fikiran yang tenang dan terbuka dalam menekuni tulisan ringkas ini.

Syarat pertamanya ialah kita mestilah memahami kaedah ajaran Islam dalam menangani masyarakat majmuk bersama pendekatannya. Perlu difahami juga bahawa Islam pula bukannya agama yang terikat dan terbelenggu dengan semangat kebangsaan, walau pun peranan bangsa tidak boleh dinafikan wujudnya.

Dalam amalan politik Islam pula terdapat ajaran dan hukum yang berkait dengan pendekatan yang adil terhadap masyarakat majmuk termasuklah layanan Islam dalam aspek kepelbagaian agama. Risalah atau mesej Islam adalah bersifat sejagat, kerana kedatangan Nabi Muhammad SAW membawa rahmat kepada seluruh alam, manusia dan makhluk yang lain. Kerasulannya adalah kepada seluruh rumpun manusia, tidak terikat dengan bangsanya sendiri, tanahair dan zaman. Maka yang dikira termasuk dalam kerasulannya juga adalah dalam aspek politik menegakkan dan mentadbir sesebuah negara.

Islam tetap didahulukan, manakala fahaman kebangsaan pula hanyalah satu perasaan yang tidak boleh menjadi akidah. Peranan kebangsaan menjadi baik apabila Islam menjadi akidah dan petunjuknya. Hanya Islam menjadi petunjuk kepada bangsa, hanya bangsa yang berpegang dengan Islam sahaja boleh menunaikan amanahnya.

Adalah menjadi hikmah terbesar, bahawa musuh pertama Islam di kalangan Nabi Muhammad SAW di Semananjung Tanah Arab ialah dari kalangan bangsa Arab Makkah dan yang awal menerima Islam dan memperjuangkannya pula adalah mereka juga. Rasulullah SAW memulakan kemerdekaan bangsanya dengan menentang kongkongan jahiliyah daripada bangsanya sendiri, walaupun di masa itu ramai kabilah Arab dan wilayahnya dijajah oleh kuasa besar Rom dan Parsi.

Walaupun mesej Islam itu kepada seluruh manusia, tetapi konsep berdakwah menekankan bahawa kita sekali-kali tidak boleh memaksa pihak lain supaya menganut Islam. Dalam masa yang sama Islam menerima konsep masyarakat majmuk yang menjadi naluri manusia yang menjadikan mereka wajib bermasyarakat madani, walau pun berbeza bangsa dan agama. Di sinilah betapa hebatnya firman Allah SWT :

Maksudnya :

Wahai manusia, Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu daripada seorang lelaki (Adam) dan seorang perempuan (hawwaa) dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-kaum, supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Meliputi Ilmunya.

Manusia itu wajib bermasyarakat di peringkat setempat dan antara bangsa, kerana mereka tidak mampu menghasilkan keperluan hidupnya secara bersendirian atau individu, satu keluarga dan satu bangsa sahaja tanpa berhubung di antara satu sama lain. Sehelai kain untuk pakaian memerlukan penanam kapas, pelombong besi dan tukang besi untuk alat tanaman, penenun kain dan seterusnya. Begitulah juga keperluan makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

Ibnu Khaldun (1332M – 1406M) menyebut manusia itu bersifat dengan sifat Madani, iaitu kemestian untuk berkumpul dan berhubung secara berpusat dengan adanya penempatan yang memerlukan pertukaran kemahiran dan hasil kerja yang berbeza. Tempat berhimpun itu dinamakan Bandar (Madinah) dan pekerjaan mereka mestilah dimajukan secara ilmu, menerusi kajian dan pengalaman dengan menggunakan akal yang berkembang sehingga berlakunya kemajuan dan pencapaian yang dinamakan sebagai "Tamaddun". Walau pun mereka berbeza agama dan bangsa, namun keperluan berhubung tetap wujud secara fitrah. Dalam masyarakat yang bersifat madani mereka perlu kepada cara hidup berkonsepkan politik dan berekonomi disemua peringkat, negeri dan antarabangsa.

Kedua, bagi merealisasikan aspek ini maka Rasulullah SAW melaksanakan konsep madani dengan mengadakan "tahaluf" atau kerjasama di kalangan yang boleh bekerjasama dari aspek kemanusiaan dengan kalangan manusia yang menyedari hakikat ini, dan negara pertama itu dinamakan Madinah. Rasulullah SAW melaksanakan tugas serampang dua mata yang ditunjuk oleh Allah menjadi tujuan kerasulannya untuk seluruh manusia dengan menyatukan umat manusia yang dibahagikan kepada dua kumpulan.

Pertama - dinamakan 'umat Ijabah', mereka ialah penganut Islam yang menyahut seruan menganut agama. Kedua - umat dakwah, mereka termasuk kalangan bukan Islam berbagai bangsa dan agama, namun diajak bersama melihat sifat kemanusiaan sejagat yang ada dalam Islam secara amali (praktikal) bagi menghasilkan keperluan hidup secara nalurinya.

Pelaksanaan secara amali terhadap manusia majmuk itu ditemukan dengan menegakkan keadilan mutlak yang diwajibkan oleh Allah mengikut firman Allah SWT :

Maksudnya :

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu melaksana dan mentadbir dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.

Diriwayatkan dalam Hadith Qudsi bahawa Allah SWT berfirman :

يا عبادي إني حرمت الظلم على نفسي وجعلته بينكم محرماً فلا تظالموا

(رواية مسلم ).

Maksudnya : (Wahai hamba-hamba ku , sesungguhnya aku telah mengharamkan zalim itu berlaku ke atasku dan aku jadikan ia diharamkan di kalangan kamu, maka jangan sekali-kali kamu berlaku zalim).

Dalam pendekatan yang kedua Rasulullah SAW berhubung dengan kalangan bukan Islam yang ada sifat kemanusiaan, dalam keadaan orang Islam pula kosisten dan iltizam berpegang kepada prinsip dan konsep Islam. Pelaksanaanya dilakukan ketika tanpa negara dan bernegara. Ketika di Makkah, Rasulullah SAW menerima perlindungan bapa saudaranya Abu Tholib yang tidak menganut Islam, dengan konsep yang dinamakan "Himayah" (perlindungan ). Ianya juga dilakukan dengan Mut'im bin Adi iaitu seorang bukan Islam, ketika Rasulullah SAW masuk ke Makkah daripada Thaif.

Ciri persamaan adalah kebencian terhadap kezaliman. Rasulullah SAW juga menggunakan khidmat Abdullah bin Uraiqit, juga seorang bukan Islam bagi memandu unta ketika berhijrah dengan penuh kerahsiaan dan memerintah menantunya Saidina Ali KWJH supaya memulangkan simpanan amanah kalangan penduduk Makkah daripada kalangan bukan Islam yang mempercayainya.

Ketika di Madinah pula Rasulullah SAW mengadakan Tahaluf (persefahaman politik) dengan pihak kalangan bukan Islam dan melakukan muamalah berhutang dan bergadai dengan mereka, seterusnya menerima beberapa kabilah musyrikin bernaung di bawahnya dalam perjanjian Hudaibiyyah. Dalam kedua-kedua keadaan tersebut Rasulullah SAW teguh dengan dasar dan menunjukkan akhlak mulia Islam terhadap bukan Islam yang ada persamaan dari segi kemanusiaan. Dasar dan konsep ini dilaksanakan oleh sepanjang generasi di zaman keemasan dan kejayaan, ditinggalkan di zaman kelemahan dan kejatuhan sehinggalah Negara umat Islam dijajah.

Pendekatan PAS yang berdasarkan Islam, dalam hubungan dengan bukan Islam sangat berbeza dengan UMNO yang berfahaman kebangsaan mengatasi Islam secara sekularisme. Di bawah pemerintahan BN, Islam tidak berkuasa mentadbir tetapi berada di bawah tadbir, dalam keadaan menerima hakikat yang sama wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia yang tidak ditangani secara Islam yang sebenarnya.

Lihat sahajalah contoh kejadian terkini yang berlaku terhadap Encik Frusis Lebi, seorang OKU yang juga merupakan seorang pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa dari Bahagian Sri Aman yang dinafikan bantuan Kerajaan di atas alasan menyokong pembangkang di Sarawak (rujuk Surat Menteri Muda Pertanian Sarawak, KPP/MM/31 bertarikh 8 Disember 2011 yang disiarkan melalui portal berita Malaysiakini). Inilah antara siri ketidakadilan layanan kerajaan yang diamanahkan oleh rakyat, sedangkan mereka juga adalah rakyat yang turut sama menyumbang kepada pendapatan Negara. Inikah rupa bentuk kerajaan bertanggungjawab yang mahu ditegakkan ?

PAS berpegang dengan konsep yang ditunjuk oleh al Quran, bahawa bumi adalah kepunyaan Allah, bukan kepunyaan mana-mana bangsa. Seluruh manusia adalah pemegang amanah di mana bumi mereka berpijak, adalah wajib melaksanakan keadilan Ilahi tanpa mengira bangsa. Apatah lagi, bagi umat Islam tuntukan melaksanakan keadilan adalah tersangat penting untuk dilaksankan kepada semua.

Maka PAS berbeza pendekatan dengan UMNO bagi mengolah politik masyarakat majmuk yang diwujudkan oleh penjajah. Kita mestilah memahami bahawa penjajah telah melonggokkan berbagai kaum untuk diperhamba bagi kepentingan mereka dan di adu domba untuk menjadi lemah supaya terus bernaung di bawah mereka selama-lamanya.

Pendekatan PAS ialah pemimpin Islam teguh berpegang dengan prinsip dan akhlak contoh dan menegakkan keadilan untuk semua tanpa memaksa dalam perkara yang berbeza, serta memanfaatkan kebolehan berbagai kaum secara bersama dan saksama bagi membina negara. Bangsa Melayu ada keistimewaannya dari segi kebolehan, begitu juga bangsa Cina, India dan lain-lain. Kalau diselaras secara saksama nescaya dapat dimanafaatkan untuk membina negara dengan baik.

PAS tidak berganjak dalam perkara halal dan haram, serta perkara wajib, dalam semua urusan peribadi dan cara hidup tanpa memaksa penganut agama lain. PAS mewajibkan sifat Islam itu bermula dengan peribadi pemimpin. Dalam hal ini sesiapa sahaja ahli PAS yang mengerjakan perkara haram dipecat daripada parti.

PAS pernah memecat ahli Parlimen yang menari dan sebagainya. Ada pun pihak lain terpulang kepada anutan yang tidak boleh diganggu gugat dengan kawalan yang tidak merosakkan hubungan masyarakat majmuk . Apabila memerintah kerajaan negeri dan PAS memimpinnya, maka pendekatan Islam mengikut bidang kuasa negeri dilaksanakan dengan batas hukum Syarak. Penganut agama lain wajib diberi hak yang adil tanpa fanatik perkauman.

UMNO pula tidak konsisten dan iltizam apabila menunjukkan Islam secara terpilih dan tidak ada peraturan boleh memecat ahli UMNO yang mengerjakan maksiat, kerana sifat kebangsaannya sahaja mengatasi sifat Islamnya. Pelaksanaan Islamnya juga tidak istiqamah, contohnya dalam kawalan terhadap arak dan judi pula secara berlesen yang tidak ada sempadan kukuh bagi penganut Islam,

bukannya kawalan secara hukum Islam yang sebenar sehingga penganut Islam dalam UMNO tidak mampu menjadi model Islam dan UMNO gagal mendidik melayu Islam menjadi contoh yang baik. PAS pernah bersama kerajaan campuran dengan UMNO diawal tahun tujuh puluhan dan bersama menubuh BN dipertenghannya, dengan syarat PAS tetap dengan dasarnya, kemudiannya berlaku pertembungan kefahaman.

Presiden MCA secara terbuka dalam debatnya menyatakan kejayaannya menundukkan UMNO dalam isu pelaksanaan hukum hudud, sebaliknya Sdr. Lim Guan Eng menegaskan itu adalah hak PAS yang berbeza dengan DAP.

UMNO tidak konsisten dalam mempertahankan kawasan melayu dan Islam apabila sanggup menyerahkan kawasan majoriti melayu Islam kepada MCA, Gerakan dan MIC bagi menyelamatkan rakannya yang kalah di kawasan majoriti bukan Islam.

PAS telah berjaya mengubah sentimen perkauman apabila berjaya memenangi hati penganut bukan Islam ketika menentang calon bukan Islam daripada BN. Contohnya YB Dr Mariah Mahmud mengalahkan calon MIC dengan mendapat sokongan dan kegembiraan kaum India bukan Islam dan kesedihan penyokong UMNO melayu yang dikatakan kuat semangat kebangsaannya tetapi bermatian mempertahankan MIC. Begitulah juga juga kemenangan Datuk Kamarul Bahrain di Teluk Kemang. DAP pula tetap bertahan di kawasan majoriti kaum bukan Islam tanpa berpindah.

PAS juga berjaya menunjukkan kerajaan bersih secara bersendirian dan bersama Pakatan Rakyat walau pun berdepan dengan layanan tidak menghormati sistem federalisme dan akhlak amalan Demokrasi.

Dua pendekatan yang berbeza cara dalam menangani masyarakat majmuk telah diberi selama lebih 50 tahun kepada UMNO memimpin negara dengan gagasan Barisan Nasional yang banyak kelemahan dan penyelewengan, serta mencetuskan masalah rakyat berbagai kaum yang masih belum selesai dalam tempoh yang bagitu panjang, dan penganut Islam menjadi larut pegangan agamanya.

Sudah tiba masanya khususnya melayu Islam memberi kepercayaan kepada PAS menggantikan UMNO dengan konsep Islam menyelesaikan masalah masyarakat majmuk, menerusi gagasan Pakatan Rakyat.

Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Rakyat Malaysia Antara 7 Cedera Letupan Bom Di Tak Bai

Posted: 05 Mar 2012 11:50 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

BANGKOK: Seorang rakyat Malaysia adalah antara tujuh orang yang cedera dalam serangan bom di Tak Bai, Narathiwat, pada Isnin.

Mangsa dikenali sebagai Fauzi Awang, 40, cedera ringan di lengan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital Tak Bai.

Ketua Polis Tak Bai Pol Kol Nittinai Langyanai berkata seorang lelaki tempatan yang pada mulanya cedera dalam serangan 10.30 pagi di Pengkalan Perahu, Tak Bai, meninggal dunia di hospital.

Enam lagi yang cedera terdiri daripada empat anggota tentera dirawat di Hospital Narathiwat Ratchanakering dan dua lelaki tempatan dirawat di Hospital Tak Bai.

Ketua Polis Tak Bai itu berkata lima kilogram bom buatan sendiri diletupkan menggunakan satu walkie-talkie semasa empat anggota tentera itu berehat di kawasan itu.

Lebih daripada 5,000 orang terkoorban sejak kumpulan pemisah melancarkan kempen bersenjata kerana memperjuangkan kemerdekaan tiga wilayah selatan - Narathiwat, Pattani dan Yala, lapan tahun lalu. BERNAMA

Lihat bagaimana AirAsia boleh telan syarikat lama

Posted: 05 Mar 2012 11:45 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) mempersoalkan kenapa Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) perlu belajar dari syarikat tambang murah, AirAsia Bhd (AirAsia) apabila mengalami kerugian seperti mana saranan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, penjualan saham MAS kepada AirAsia bukan bermakna MAS perlu belajar dari syarikat tambang murah itu, tetapi apa yang berlaku hari ini adalah AirAsia berjaya menduduki lembaga pengarah MAS hasil dari pemilikan saham.

"Saya ingin katakan MAS perlu belajar dan kena lihat kelemahannya sendiri, apa kehebatan ataupun kebaikan AirAsia, malah ia perlu diterap dalam pengurusan MAS.

"Selain itu perlu lihat bagaimana syarikat kecil (AirAsia) boleh menelan syarikat yang sudah lama beroperasi, ini yang perlu dipertekankan," jelasnya.

Tambahnya lagi, kesilapan MAS sehingga menyebabkan kerugian adalah berlaku di zaman Dr Mahathir sewaktu beliau menjadi perdana menteri lagi.

"Kesilapan MAS berlaku apabila Dr Mahathir memainkan peranannya untuk memastikan Tan Sri Tajuddin Ramli agar dapat menguasai MAS pada waktu itu.

"Kita tahu Tajuddin merupakan anak emas kepada mantan perdana menteri dan akhirnya pengambilan tersebut menyebabkan MAS mengalami kerugian," sambungnya.

Mahfuz menyatakan, dalam hal itu tidak perlu menyuruh MAS belajar dari AirAsia sedangkan sebelum ini sewaktu zaman Dr Mahathir pihak pengurusan mahupun kerajaan tidak mempelajari kesilapan yang mereka lakukan.

"Bila berlaku kerugian yang besar, kerajaan akan bertindak mengambil alih menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian.

"Ini adalah satu perkara yang cukup malang, bagi saya jika sesebuah syarikat besar mengalami kerugian mereka sepatutnya menanggung kerugian tersebut dan belajar untuk memperbaiki bukannya mengambil wang rakyat untuk menampung kerugian MAS itu," jelasnya lagi.

Malah, beliau menekankan agar Dr Mahathir yang perlu belajar atas kesilapan yang dilakukannya dalam membuat keputusan menentukan siapa yang menguasai MAS pada waktu itu.

"Waktu buat keputusan ini, Dr Mahathir tidak belajar dari pengurusan terbaik, untuk meletakkan kesalahan kepada MAS perlu beliau telitikan kembali punca asal kerugian tersebut," sambung Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.

Dalam satu kenyataan sebelum ini, mantan perdana menteri memberitahu MAS perlu belajar daripada AirAsia untuk mengenal pasti cara pengurusan yang dapat menjamin keuntungan tanpa perlu menaikkan harga tiket.

harakahdaily/-

Gabenor Di Sulawesi Arah Pekerja Wanita Muslim Pakai Tudung

Posted: 05 Mar 2012 11:30 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

JAKARTA – Gabenor Gorontalo, Bapak Rusli Habibie, telah menguatkuasakan secara rasmi dasar memakai tudung kepada semua pekerja wanita beragama Islam yang bertugas di pejabat pentadbiran wilayah berkenaan mulai Khamis lalu.

Peraturan baru itu mewajibkan mereka menutup aurat menurut Syariah, selain menunjukkan perilaku mengikut ajaran Islam sepanjang waktu kerja.

Berpuluh-puluh kakitangan wanita dilihat sudah pun memakai tudung di pejabat pentadbiran Gorontalo berikutan pelaksanaan dasar itu.


'Bukan hanya tudung malah semua pekerja Islam perlu meninggalkan kerja sebaik mendengar azan. Semua orang, kecuali pekerja wanita yang uzur, perlu ke masjid untuk bersolat,' Kata Bapak Rusli dipetik oleh agensi berita di sini.

Dasar itu adalah yang kedua dilaksanakan Encik Rusli sejak memenangi pilihan raya tempatan Gorontalo, Disember tahun lalu, yang disokong oleh Parti Golkar.

Baru-baru ini, Bapak Rusli melaksanakan dasar yang mewajibkan gaji kakitangan lelaki dipindahkan ke akaun bank isteri masing-masing, yang dikatakan penting bagi mempromosikan sikap keterbukaan antara pegawai dengan isteri mereka serta mengelakkan rasuah di kalangan kakitangan awam.

Gorontalo terletak di utara Sulawesi. Ia membentuk pentadbiran sendiri mulai Disember 2000 selepas berpecah dengan wilayah Sumatera Utara. — Agensi.

Wartawan didakwa mengintip di Libya

Posted: 05 Mar 2012 11:21 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

TRIPOLI - Dua wartawan Britain yang bekerja untuk TV Media Iran ditahan bulan lalu di Libya kerana disyaki menjadi pengintip di negara itu.

Komander Briged Swehli, Faraj al-Swehli berkata, anggotanya menemui beberapa dokumen rasmi Libya, peralatan yang digunakan askar Israel dan gambar ketika wartawan-wartawan itu melakukan tembakan bersenjata api.

"Kami percaya mereka adalah pengintip," kata Swehli di Tripoli yang yakin terlalu awal untuk mengetahui negara mana yang mengintip mereka sambil mengakui akan membuat siasatan.

Kedua-dua wartawan itu dikenali sebagai Nicholas Davies dan Gareth Montgomery-Johnson, ditahan pada 22 February di Misrata dan kini berada dalam tahanan pengkalan briged Swehli, Tripoli.

Hasil pemeriksaan terhadap dua wartawan itu, pihak berkuasa turut menjumpai satu paket plastik kelabu mengandungi pembalut yang tertera perkataan 'Made in Israel', dipercayai digunakan oleh tentera rejim berkenaan.

sinar harian/-

Tempat Letak Kereta New Delhi Jadi ‘Rumah’

Posted: 05 Mar 2012 11:15 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Salah satu tempat letak kereta di New Delhi yang menjadi 'kediaman' segelintir penduduk di bandar itu. Foto AP.

NEW DELHI: Ia menjadi tempat letak kereta pada siang hari namun pada sebelah malam, menjadi 'kediaman' hampir 100 orang.

Begitulah yang dapat disaksikan di tempat letak kereta Meena Bazaar Park No. 2 dan beberapa tempat seumpama itu di New Delhi apabila 'pelarian' di bandar itu perlu membawa 60 sen semalam untuk mendiaminya berikutan tidak mampu mempunyai rumah sendiri dalam kehidupan dengan pertumbuhan penduduk yang begitu pesat.

Segelintirnya tinggal untuk semalam. Ada yang lain menetap untuk bertahun-tahun lamanya.

Setiap pagi pekerja akan mengheret pondok kayu buatan tangan bagi memberi laluan untuk kereta.

Penduduk akan membawa harta benda mereka yang diletakkan dalam beg plastik sehingga waktu malam.

Antara mereka merupakan buruh dan pengemis professional.

Terdapat 'penghuni' yang mempunyai pekerjaan tetap atau berpendapatan lebih $4 (RM12.08) sehari. - AP

Gempa sederhana landa kepulauan Nicobar

Posted: 05 Mar 2012 11:00 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda kepulauan Nicobar di India pada pukul 10.52 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata gempa itu berpusat di 224km tenggara Car Nicoba India dan 637km barat laut Langkawi, Kedah.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami, kata kenyataan itu. - Bernama

MP Bayan Baru macam gila - Tan Sri Kadir

Posted: 05 Mar 2012 10:50 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menafikan tuduhan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kononnya beliau menjadi alat pembangkang.

Sambil membidas tindakan Zahrain sebagai tuduhan 'semacam orang yang sudah gila', Abdul Kadir berkata wakil rakyat bebas yang juga bekas ahli PKR itu juga sudah tidak boleh dipakai lagi.

"Sebelum ni dia buat keluar kenyataan pelik-pelik, saya tak kisah sangat lah sebab saya tahu dia nak cari makan. Saya kesian kat dia.

"Tapi sejak akhir-akhir ni saya lebih kesian kat dia. Dari cerita-cerita dia ni nampak sangat dia ni macam gila," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Zahrain kepada TV3 yang disiar dalam Buletin Utama malam tadi yang mengulas isu PAS Kedah.

Zahrain mendakwa kumpulan Anwarinas telah memperalat dua orang exco Kedah bagi menjatuhkan Menteri Besar Datuk Seri Ustaz Azizan.

Dalam ulasannya juga, Zahrain turut berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menggunakan bekas-bekas pemimpin Umno seperti Tan Sri Abdul Kadir untuk menyerang Umno.

Mengulas lanjut, Abdul Kadir yang juga bekas Menteri Penerangan dan Komunikasi berkata, tuduhan Zahrain itu tidak masuk akal dan tidak munasabah.

"Memang sahih dia macam gila. Kalau nak cari makan pun, buat la cerita-cerita munasabah, jangan duk cerita benda tak masuk akal.

"Jadi saya mintak kawan-kawan Zahrain ni hantar dia ke Tanjung Rambutan," katanya.

Tak perlu cabar

Mengulas gesaan beberapa pihak yang mahu beliau menyatakan pendirian sama ada masih menyokong BN atau sudah menyokong pembangkang, Abdul Kadir berkata beliau tidak mahu layan.

Menyifatkan cabaran itu hanya datang dari 'budak hingusan', beliau berkata melayan cabaran itu hanya membuang masa beliau.

"Saya pegang jawatan dalam Umno 56 tahun. Siapa diorang nak cabar saya, dia baru dua hari masuk politik dah nak cabar saya," tegasnya yang kini memegang jawatan Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah).

Desakan itu dipercayai ekoran kenyataannya kepada beberapa media alternatif baru-baru ini yang disifatkan menghentam Umno BN.

Pada temubualnya dengan TVPAS dan Harakahdaily Januari lalu, Abdul Kadir mendedahkan jentera BN sekarang sedang masuk ke kampung-kampung mengedarkan wang tunai yang juga disebutnya sebagai strategi "bom" untuk tujuan membeli undi pada pilihan raya.

Dalam isu agenda bumiputra pula, dalam temubual itu beliau mendakwa kerajaan BN telah gagal meletakkan kedudukan sosio ekonomi bumiputra di tahap sepatutnya sedangkan BN sudah diberi tempoh 50 tahun memerintah.

Ianya termasuk kemudahan pinjaman 30 peratus kepada syarikat kecil bumiputera yang kini sudah dihentikan.

harakahdaily/-

Bateri nipis seperti kepingan filem

Posted: 05 Mar 2012 10:45 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

TOKYO - Firma elektronik Jepun, NEC mengeluarkan bateri yang nipis seperti filem dikenali sebagai Bateri Radikal Organik (ORB).

Setebal cuma 0.3 milimeter (mm), kepingan bateri itu boleh digunakan dalam kad pintar dan kertas elektronik serta beberapa gajet bergerak yang lain.

Menurut NEC, bateri ORB itu memiliki 40 peratus lebih kuasa berbanding bateri ORB generasi lama.

Ia dibuat dengan menggunakan bahan mentah yang murah tetapi berkualiti. - AGENSI

'RM500j lesap dari Yayasan Selangor semasa BN'

Posted: 05 Mar 2012 10:40 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Pengurus Besar Yayasan Selangor yang baru dilantik Ilham Marzuki memberitahu Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, Ketelusan (Selcat) bahawa aset pendidikan negeri yayasan itu bernilai setengah bilion ringgit hilang semasa pentadbiran BN.

"Kajian kami menunjukkan bahawa dari 1991 hingga 2008, berlaku ketirisan sebanyak RM500 juta daripada Yayasan Selangor," kata Ilham kepada jawatankuasa itu yang bersidang pada pendengaran awam hari ini.

"Jika tidak, aset kita (sekarang) akan menjadi RM800 juta."

Buat masa ini, katanya, yayasan itu memiliki aset tetap bernilai RM300 juta manakala RM50 juta lagi dalam deposit tunai.

Ilham diarahkan hadir oleh kerajaan negeri dan Selcat untuk membantu Yayasan Selangor mengaudit akaunnya bagi tempoh antara 1991 dan 2008. Tindakan itu untuk mengesan punca wang yayasan itu terus berkurangan.

malaysiakini/-

PR Perak sambut ulang tahun ke-4 pada 8 Mac

Posted: 05 Mar 2012 10:30 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

IPOH, 6 Mac: Pakatan Rakyat Perak akan menganjurkan program sambutan ulangtahun keempat gabungan tiga parti itu.

Pengarah program, Dr Muhaimin Sulam berkata, majlis tersebut akan diadakan pada Khamis ini, 8 Mac di Medan Klebang Restu, Jalan Chemor, di sini.

"Program bermula dengan majlis berbuka puasa bersama pimpinan Pakatan Rakyat seterusnya menunaikan solat hajat.

"Dan program akan diteruskan dengan majlis bacaan Yaasin dan munajat perdana sebelum program kemuncak iaitu ceramah serta persembahan oleh tetamu jemputan," katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Perak, hari ini.

Beliau yang juga mantan Ketua Pemuda PAS Negeri berkata, program tersebut tidak sarat dengan politik dan akan berlangsung secara santai.

Program tersebut akan menampilkan tetamu istimewa iaitu Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Presiden Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Che Shamsuddin Othman atau dikenali Dinsman, penyair terkenal, Pyahabib dan pimpinan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

"Saya mengajak semua rakyat negeri Perak untuk hadir ke program ini bagi bersama-sama berkumpul bagi memperingati penubuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang hanya sempat menabur bakti hanya 11 bulan sebelum dirampas dengan kejam oleh BN," katanya.

harakahdaily/-

Bom Kecil Meletup Berhampiran Bangunan PM Turki

Posted: 05 Mar 2012 08:30 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

ANKARA: Seorang cedera akibat satu letupan bom kecil berhampiran bangunan Perdana Menteri Turki di sini pada Isnin kira-kira sejam sebelum mesyuarat kabinet yang dijadual diadakan di bangunan berkenaan.

Polis kemudiaanya menutup kawasan kejadian iaitu di pintu masuk kawasan letak kereta bagi bangunan Perdana Menteri dan Mahkamah Rayuan.

Polis berkata letupan berkenaan berpunca daripada sejenis bom yang boleh mengeluarkan bunyi kuat namun hanya mampu menyebabkan sedikit kerosakkan.

"Difahamkan ia adalah sejenis bahan letupan yang diletakkan dalam satu botol plastik," kata Gabenor Ankara, Alaadin Yuksel kepada wartawan.

Ditanya bagaimana kejadian letupan itu boleh berlaku di kawasan yang mempunyai tahap keselamatan yang ketat, beliau berkata: "Kita memeriksa semuanya, pasukan kami sedang memeriksa rakaman kamera."

mstar/-

Sorok dadah dalam dubur

Posted: 05 Mar 2012 08:25 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA PILAH – Taktik seorang lelaki yang cuba me­ngaburi pihak polis akhirnya terbongkar apabila hasil ­pemeriksaan X-ray yang dijalankan berjaya menemui dadah yang dimasukkan melalui duburnya.

Helah itu terbongkar pada 2 Mac lalu jam 5 petang di ­jalan besar Terachi menghala ke Kuala Pilah selepas sepasukan anggota polis menahan suspek bersama isterinya ­berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun di tepi jalan.

Suspek yang pada mulanya enggan mengaku ­dibawa ke balai polis berhampiran ­untuk disoal siasat dan kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) bagi melakukan ­pemeriksaan X-ray.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Jaafar Baba berkata, suspek telah ditahan selepas mendapat maklumat daripada orang awam.

Menurutnya, suspek bersama isteri ditahan ketika hendak pulang ke Batu Kikir de­ngan menunggang motosikal.

"Hasil pemeriksaan air kencing mendapati kedua-­duanya positif dadah. Suspek lelaki positif jenis methamphetamine dan opiate manakala perempuan jenis opiate.

"Sejurus itu, suspek ­ dibawa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan X-ray dan keputusan mendapati terdapat benda asing di dalam ­rektum lelaki. Hasil pengalaman kami, akhirnya ia berjaya diselesaikan," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah.

Jaafar berkata, sebanyak sembilan paket plastik berisi serbu disyaki dadah berjaya ­dikeluarkan suspek.

"Setiap satu paket tersebut berharga RM50 dan kesemua­nya berjumlah RM500 ­dengan anggaran kasar berat 15.06 gram. Selepas itu, satu laporan polis dibuat dan kedua-duanya ditahan reman selama tujuh hari sehingga 9 Mac ini.

"Dipercayai, suspek merupakan pengedar kecil-kecilan dan pasaran sekitar Bahau serta Kuala Pilah selain memiliki empat rekod lampau," katanya.

Katanya, suspek lelaki ­didakwa mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati dan seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya serta pengawasan polis selama dua tahun jika sabit kesalahan.

"Manakala isterinya disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (APD) 1983 yang boleh dihantar untuk rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) selama dua tahun atau dikenakan Orang Kena Pengawasan (OKP) ­selama dua tahun jika disabit kesalahan.

"Suspek perempuan juga ditahan untuk membantu ­siasatan di bawah Seksyen 39(B) ADB 1952," katanya.

Malah katanya, ini adalah kes pertama yang menggunakan modus operandi sebegitu dan sanggup mengambil ­risiko dengan memasukkan dadah melalui duburnya bagi mengelak dikesan pihak polis.

Sinar Harian

Mong: Hentikan bantuan OKU pembangkang adalah betul

Posted: 05 Mar 2012 08:15 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Menteri Muda Pertanian Sarawak Datuk Mong Dagang mempertahankan tindakannya mengarahkan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menghentikan bantuan kebajikan kepada pekebun kurang upaya, Frusis Lebi.

NONEMong juga berkata tindakannya meminta Jabatan Pertanian Sri Aman untuk tidak lagi memberi baja percuma dan benih pokok kepada pekebun yang cacat itu sebagai betul.

Beliau ketika dihubungi akhbar harian Inggeris The Sun semalam berkata sebagai seorang pemimpin yang prinsip, tidak akan menarik balik apa yang diarahkannya itu.

"Kita tidak boleh terus memberi bantuan kebajikan dan subsidi kerana beliau adalah seorang penyokong pembangkang yang tegar.

"Bantuan kebajikan harus diberikan kepada orang cacat yang lebih layak," katanya dipetik akhbar itu.

Dalam surat yang mengarahkan supaya bantuan itu ditarik balik, Mong berkata lelaki yang dilahirkan dengan kecacatan jari di tangan dan kakinya itu, menentang dasar kerajaan dan menyokong secara terbuka calon pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak April tahun lalu. Selain itu, beliau juga menuduh Frusis menyediakan bilik operasi untuk calon pembangkang.

Sejak surat itu tersebar di Facebook, ramai warga maya membidas pemimpin BN itu kerana didakwa menindas orang kurang upaya.

disabled victim Frusis Lebi makes police report against mong dagang letterBagaimanapun, Mong, yang juga Ketua Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS), semasa dihubungi The Sun berkata, Frusis tidak sepatutnya diberikan bantuan kebajikan kerana "beliau mampu menanam padi dan menunggang motosikal seperti manusia normal."

Frusis, Jumaat lalu, membuat laporan polis di Sri Aman berhubung bantuan bulanan RM300 dari Jabatan Kebajikan dan subsidi baja dan benih pokok buah-buahan daripada Jabatan Pertanian yang dihentikan tanpa alasan munasabah itu.

Menurut pekebun dan petani dari Kampung Entulang Entawa di Bahagian Sri Aman itu, sepanjang ingatannya, rumahnya tidak pernah digunakan sebagai pusat operasi pembangkang.

Namun beliau mengakui ada menggantung bendera pembangkang yang kemudiannya dirampas oleh ketua kampung dan dibakar.

Beliau dipercayai menyokong parti pembangkang berikutan kecewa dengan tindakan kerajaan negeri Sarawak yang didakwa mencerobohi tanahnya dan penduduk tempatan yang lain.

malaysiakini/-

Lupus al-Quran rosak cara betul

Posted: 05 Mar 2012 07:40 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

PENGKALAN BERANGAN – Naskah al-Quran yang sudah koyak atau rosak boleh dilupuskan dengan membakar dalam bekas bertutup bagi mengelak debunya berterbangan sebelum menanam atau membuangnya ke laut.

Imam Besar Terengganu, Aizi Saidi Abdul Aziz ketika dihubungi semalam, berkata, jika jumlahnya banyak, naskhah al-Quran itu boleh diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) atau ke Pejabat Agama Islam daerah masing-masing untuk dilupuskan.

"Tindakan membiarkan naskah al-Quran di tempat tidak sepatutnya amat dilarang dalam Islam.

"Ahli jawatankuasa masjid boleh melakukan sendiri menggunakan kaedah pelupusan yang betul," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas aduan Sinar Harian yang terkejut melihat beberapa naskah al-Quran yang rosak dan koyak tidak dilupuskan dengan baik sebaliknya terbiar serta diletakkan di luar bangunan Masjid Kampung Kubu, di sini.

Terdahulu, Sinar Harian menerima aduan mengenainya daripada orang ramai yang sedih melihat lima naskah al-Quran yang rosak dan koyak berada di sebuah rak buruk bersama plastik biru berisi sampah di masjid berkenaan.

Difahamkan al-Quran rosak dan koyak itu sudah lama di situ selepas dipindahkan dari masjid lama ke masjid baru kampung itu.

Susulan aduan itu, Sinar Harian turut menghubungi pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kubu.

Pengerusi JKKK Kubu, Zakaria Akif, mengesahkan perkara itu dan mengatakan pihaknya akan mengambil langkah wajar termasuk akan melupuskan naskah al-Quran tersebut mengikut kaedah yang disarankan.

sinar harian/-

Iran ubah hukuman gantung bekas Marin AS

Posted: 05 Mar 2012 07:30 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

TEHERAN 6 Mac - Mahkamah Agung Iran semalam mengubah hukuman sampai mati terhadap seorang bekas tentera Marin Amerika Syarikat (AS) yang didapati bersalah melakukan aktiviti pengintipan di negara Islam itu.

Agensi berita ISNA berkata, Amir Mirzai Hekmati, dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Teheran pada Januari lalu atas kesalahannya.

"Hukuman tersebut diubah oleh Mahkamah Agung dan kes ini dihantar akan dibicarakan semula," kata agensi itu. - AFP

Tolak debat: Saifudin Abdullah perlekeh Najib

Posted: 05 Mar 2012 07:25 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak debat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperlekehkan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifudin Abdullah.

Saifudin memberikan 10 sebab dan alasan kenapa cabaran debat ini perlu diterima oleh Najib demi untuk kebaikan negara ini.

Saifudin berkata demikian dalam tulisannya sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian.

Bekas Pendebat Terbaik Piala Perdana Menteri dalam tahun 1980an ini berkata, debat baik untuk demokrasi.

"Ia peluang untuk mencetuskan idea yang bernas dan mempertahankannya dengan cerdas. Rakyat akan menilai.

"Namun, terdapat mereka yang menolak debat. Tidak mengapa jika tidak ingin berdebat kerana itu pilihan masing-masing, tetapi usahlah menolaknya bulat-bulat," kata beliau dalam tulisan itu.

Malam tadi Buletin Utama TV3 di awal beritanya melaporkan Najib sedia berdebat untuk perkara-perkara kepentingan negara.

Namun di pertengahan siaran berita itu, TV3 memohon maaf kerana yang dimaksudkan Perdana Menteri adalah beliau sedia berbincang bukannya berdebat.

Semalam, firma kajian pendapat Merdeka Centre melaporkan, majoriti anak muda negara ini mahukan debat antara Najib dan Anwar.

Golongan paling tinggi menyokong menurut kajian itu adalah golongan muda yang berumur 21 hingga 30 tahun iaitu sebayak 67 peratus.

Mereka masing-masing mahu melihat kedua-dua tokoh politik tanah air itu mengutarakan 'idea dan dasar' masing-masing kepada rakyat.

Berikut adalah hujjah Saifudin iaitu 10 alasan yang menolak debat dan jawapan terhadapnya sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar itu.


Alasan 1: Tiada apa hendak didebatkan.
Jawapan 1: Takkanlah tokoh politik tidak punya idea. Banyak perlu didebatkan, contohnya dalam bidang politik apakah politik baru, transformasi politik, inovasi demokrasi dan pemikiran politik progresif untuk masa depan? Bidang-bidang lain juga ada isu yang wajar didebatkan.

Alasan 2: Tidak perlu debat, ucapan mencukupi.
Jawapan 2: Ramai boleh berucap. Adakalanya teks ucapan disediakan orang lain dan yang menyampaikannya tidak fahampun kandungannya. Kekurangan ucapan ialah idea itu tidak dapat diuji kebenaran dan kekuatannya. Sebaliknya, melalui debat, pendebat bukan sahaja perlu menyampaikannya, tetapi lebih penting lagi perlu mempertahankannya.

Alasan 3: Ia lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
Jawapan 3: Ia menimbulkan keburukan jika tidak dilaksanakan dengan bijaksana. Sebenarnya, ia lebih banyak kebaikan sebab itu ia sebahagian daripada pendekatan dakwah Islamiah, iaitu seperti yang dicatat dalam al-Nahl:125, "...berdebatlah dengan mereka dengan cara yang terbaik".

Alasan 4: Ia menyebabkan lawan memanipulasi masalah kita.
Jawapan 4: Pertama, siapa suruh mendebatkan masalah kita? Kedua, memang kerja lawan memanipulasi kita, tidak kira diadakan debat ataupun tidak, dan ketiga, debat adalah gelanggang untuk menunjukkan kebaikan kita.

Alasan 5: Tidak perlu ikut format debat pemilihan Presiden Amerika Syarikat.
Jawapan 5: Siapa kata mesti ikut format itu? Terdapat banyak format debat. Peserta boleh menentukan formatnya.

Alasan 6: Rakyat belum bersedia.
Jawapan 6: Rakyat telah lama bersedia. Rakyat inginkan keterbukaan dan ketelusan, pemimpin yang berilmu dan artikulatif, yang punya pendirian serta pandangan, dan bukannya sekadar pandai mengampu dan meraih undi semata-mata. Soalnya ialah adakah tokoh politik telah bersedia?

Alasan 7: Debat bukanlah jawapan kepada masalah negara. Apa yang penting ialah usaha membangun negara.
Jawapan 7: Siapa kata debat adalah jawapannya? Ia adalah satu daripada jalan terbaik untuk mendapatkan jawapannya.

Alasan 8: Kita perlu pemimpin yang pandai bekerja dan bukannya hanya pandai berdebat.
Jawapan 8: Siapa kata kita hendak pemimpin yang hanya pandai berdebat? Adakah pemimpin yang pandai berdebat tidak pandai bekerja? Adakah pemimpin yang tidak berdebat semestinya pandai bekerja? Pandangan ini adalah pelarian daripada realiti bahawa antara kualiti pemimpin yang baik ialah kebolehannya berhujah. Kerana ia mencerminkan pemikirannya yang rasional dan kritis. Bukankah lebih baik memiliki pemimpin yang pandai kedua-duanya, iaitu berhujah dan bekerja?

Alasan 9: Debat di dewan legislatif memadai.
Jawapan 9: Agenda dewan legislatif mengehadkan peluang untuk debat yang sepatutnya. Lagipun, dunia demokrasi hari ini tidak terhad kepada dewan legislatif semata-mata.

Alasan 10: Debat bukan budaya kita.
Jawapan 10: Kalau begitu, tidak perlulah mengamalkan demokrasi!

Harakah Daily

Suami isteri nyaris maut

Posted: 05 Mar 2012 07:21 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU - Sepasang suami isteri nyaris maut dalam kejadian tembak di Kampung Sokor, Kok Lanas di sini semalam.

Kejadian yang berlaku pada jam 5 pagi itu disedari oleh anak mangsa, Norly Haris, 28, yang mendengar pintu dapur rumah ditendang sebelum dua suspek membawa pistol dan parang bertindak masuk ke dalam rumah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, mangsa Haris Yusof, 61, mengalami kecederaan di leher manakala isterinya, Ani Malik, 51, cedera di bahagian kiri perut.

"Ketika kejadian seorang suspek yang bertopeng mengacukan pistol ke arah Norly dan mengarahkan supaya dia mendiamkan diri. Suspek cuba mendapatkan ayah Norly yang juga berada di dalam rumah terbabit supaya duduk berdekatan anaknya itu," katanya kepada pemberita.

Jalaluddin berkata, suspek cuba menembak pintu bilik yang terkunci hingga terbuka dan melepaskan satu das tembakan di dalam bilik itu, ekoran gagal dibuka suspek melepaskan satu das tembakan sehingga terkena perut isterinya, yang ketika itu berada di dalam bilik bersama tiga anaknya, Fakrullah, Fadhillah dan Fikri.

"Tembakan terbabit terkena bahagian perut isterinya dan kedua suspek bertindak melarikan diri dengan membawa komputer riba dan beg duit yang mengandungi RM 5,000, kad pengenalan dan kad bank," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan yang dilakukan mangsa (Haris) terdengar suara lelaki memberi salam tetapi dia tidak membuka pintu dan ekoran dari tindakan itu, suspek menendang pintu rumah mangsa.

"Seorang bersenjatakan parang manakala seorang bertopeng bersenjatakan pistol bertanyakan mengenai anak mangsa bernama Fikri namun pada ketika itu anaknya tiada di rumah.

"Mangsa dikasari suspek dan berlaku pergelutan hingga suspek tertembak mangsa dan terkena pada bahagian leher dan seterusnya menggeledah bilik tidur mangsa sebelum melepaskan tembakan ke bilik yang berkunci sehingga menyebabkan terkena di perut isteri mangsa," katanya.

Setakat ini polis sudah mengenal pasti senjata yang digunakan suspek yang dipercayai jenis revolver .38 dan mengesan suspek yang berjaya meloloskan diri.

Sementara itu isteri mangsa, dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menerima rawatan lanjut berada dalam keadaan stabil.

Ani berkata, dia bersyukur masih selamat walaupun trauma dengan kejadian terbabit.

"Ini merupakan pengalaman yang ngeri dan menakutkan dan saya tidak sangka ia melibatkan keluarga saya.

"Mujurlah anak-anak tidak mengalami sebarang kecederaan dan saya serahkan kes ini kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui, semalam.

Sinar Harian

Pengawal plaza tol maut

Posted: 05 Mar 2012 07:13 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

KAJANG - Seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas di Plaza Tol Batu 11, Lebuhraya Cheras-Kajang maut apabila dirempuh sebuah motosikal di laluan paling kiri yang dikhaskan untuk kenderaan berat, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 pagi itu, mangsa, Nordin Abas, 60-an tidak sedarkan diri setelah tercampak kira-kira lima meter daripada laluan tol berkenaan.

Rakan mangsa, Mohd Basri, 39, berkata, ketika kejadian, mereka sedang bertugas seperti biasa di pos pengawal yang terletak di lorong lapan Plaza Tol Batu 11 dari arah Kajang-Cheras sebelum mangsa beredar kerana ingin ke tandas yang terletak di pejabat Tol Grand Saga.

Menurutnya, mangsa berpakaian lengkap dengan jaket keselamatan, malah melalui lorong yang disediakan untuk kakitangan sebelum sebuah motosikal datang secara tiba-tiba dan merempuh ketika mangsa ingin melintas.

"Saya sedang bertugas ketika itu dan hanya mendengar bunyi kuat sebelum melihat sebuah motosikal tersadai di sisi jalan, mangsa tercampak ke kaki lima laluan dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya kepada Sinar Harian.

Mangsa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut, bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 2 petang akibat kecederaan serius di kepala, sementara penunggang motosikal hanya mengalami luka ringan di muka dan tangan.

Allahyarham Nordin yang juga merupakan pesara polis telah berkhidmat sebagai pengawal keselama­tan plaza tol lebih 3 tahun.

Sinar Harian

PR Selangor Yakin Menang Dua Pertiga - MB

Posted: 05 Mar 2012 07:00 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat (PR) mampu menang di Selangor dengan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, keyakinan tersebut adalah bersandarkan empat tinjauan yang telah pun dijalankan di seluruh negeri tersebut.

"Saya kata ini berdasarkan 4 tinjauan yang berlainan di Selangor termasuk satu tinjauan bebas yang dibuat oleh sebuah firma bebas dari Australia," kata Khalid dalam satu temuramah khas dengan Pengarang HarakahDaily, Zulkifli Sulong.

Menurut Khalid, berdasarkan tinjauan yang dibuat itu, beliau yakin PR mampu memperolehi lebih 40 kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor.

Keyakinan ini juga berdasarkan persiapan PR Selangor jauh lebih baik berbanding dengan persiapan menjelang pilihan raya 2008 lalu.

Khalid juga dipetik sebagai berkata, dari segi pentadbirannya, beliau akan menasihatkan Sultan Selangor agar membubarkan DUN hanya selepas bulan Jun.

Oleh itu, jika Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk membubarkan Parlimen sebelum tarikh tersebut, Selangor berkemungkinan besar akan mengadakan pilihan raya berasingan dengan peringkat parlimen.

"Ini perkara biasa. Dun Sarawak sekarang menjalankan pilihan raya berasingan dengan peringkat Parlimen," kata Khalid lagi.

Khalid berkata, langkah ini diambil untuk memastikan semua perancangan yang dibuat oleh Selangor terlaksana sebagaimana yang dijanjikan.

Beliau juga yakin, jika Selangor membuat pilihan raya selepas bulan Jun, mereka akan memperolehi keputusan yang lebih baik.

Bagaimanapun Khalid berkata beliau tetap akur sekiranya Sultan Selangor memutuskan untuk membubarkan DUN pada tarikh yang lain daripada yang dicadangkan.

"Saya hanya menasihat berdasarkan perlembagaan," katanya lagi.

mstar/-

Teksi' di landasan kereta api

Posted: 05 Mar 2012 06:50 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

MANILA - Sebuah troli yang diubah suai untuk membawa lapan penumpang bergerak di atas landasan kereta api di sini.

'Teksi' itu tidak menggunakan bahan api dan ia merupakan antara pengangkutan awam yang menawarkan tambang murah.

Troli itu bergerak sejauh dua kilometer dan setiap penumpang dikenakan bayaran sebanyak 10 peso (RM0.70). - REUTERS

Cinta Itu Menyejukkan

Posted: 05 Mar 2012 06:40 PM PST

13 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -

Cinta kita kepada Allah mampu menyejukkan hati ketika mengarungi samudra kehidupan. Terkadang badai dan ombak datang menghempas membuat kita terhenyak, terkejut, kaget, marah dan kecewa. Terjadi dengan tiba-tiba dan kita bertanya, "Ya Allah, mengapa semua ini harus terjadi?" Kemudian dengan cinta kita kepadaNya menyejukkan hati kita yang perih, penuh luka dan air mata. Itulah yang terjadi pada seorang Ibu. Sosoknya sederhana.

Tahapan hidupnya penuh guncangan. Bahtera keluarganya terhempas badai dan gelombang ditengah samudra kehidupan. Dirinya harus berpisah dengan suami yang sangat dicintainya. Pengorbanan cintanya begitu luar biasa. Rumah tangga yang dijalin selama sepuluh tahun harus kandas.

Dirasakan sebagai pukulan telak. Bersamaan dengan itu jiwanya menginginkan rasa aman dan kebahagiaan. Dibutuhkan pelabuhan untuk menyandarkan keletihan dan kepiluan jiwa. Ibunya yang dicintainya berpulang ke Rahmatullah. Dia tidak tahu harus apa yang dilakukannya. "Saya yakin ini adalah wujud kasih sayang Allah kepada saya." tuturnya lirih. Airmata berlinang. Wajahnya tertutupi oleh jilbabnya yang panjang. Angin berhembus menyegarkan seolah menyejukkan hatinya.

Terdengar suara anak-anak Amalia melantunkan ayat suci al-Quran mengalirkan perasaan sejuk. Kenangan bersama anak-anak dan suaminya hadir kembali dipelupuk matanya. Disaat dirinya membantu anak-anaknya belajar membaca al-Quran dan belajar sholat terasa indahnya.

Sementara kini anak-anak semuanya ikut suaminya, hanya yang bungsu ikut bersamanya. Sore itu dirinya meneduhkan hatinya di Rumah Amalia, dengan bershodaqoh berharap memohon pada Allah agar senantiasa diberi kekuatan dan kesabaran dalam mengarungi samudra kehidupan.

Alhamdulillah, Seminggu kemudian, Allah telah mempertemukan kembali keluarga itu. Suami dan anak-anak menemui dirinya. Berkumpul dalam kebahagiaan keluarga, bersama suami dan anak-anaknya. Dirinya meminta maaf kepada suami dan anak-anaknya. Malah disambut dengan derai air mata. "Abi yang salah terhadap Umi, Abi yang semesti meminta maaf kepada Umi,

" tutur suami yang sangat dikasihinya. Malah anak-anaknya yang menyemangati Abi dan Uminya agar hidup rukun kembali. Rasa syukur mereka sebagai orangtua kepada Allah karena menyatukan dan memberikan semangat agar bersatu justru anak-anaknya. Anak-anak yang sholeh yang berharap kedua orang tua untuk tidak berpisah. Subhanallah..

posted by :agussyafii

Tiada ulasan:

Nuffnang