Rabu, 28 Mac 2012

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang

念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang


Handing The Cheque to Frusis

Posted: 28 Mar 2012 07:40 PM PDT


( Picture taken by Sdr Leon Jimat Donald )

Saudara Frusis, before handing the cheque of RM15,000, which he has good heartedly promised to allocate RM3500 of his money to a few churches & chapels in Sri Aman

大家的义款已经交到Frusis先生手上了。他决定捐出3500元给Sri Aman的教堂。
新闻背景:Frusis先生因为在2011年砂拉越州选时支持民联,而遭到国阵政府终止其残缺人士(OKU)的政府福利与援助。行动党后来发动筹款运动来帮助Frusis先生。

(More......)

Debate Dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Posted: 28 Mar 2012 05:40 PM PDT

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed: Yang Berhormat Serdang telah membangkitkan - Ada lagi? [Melihat tempat duduk Yang Berhormat Serdang] Tidak nampak ya. Membangkitkan mengenai Proton iaitu pemberian subsidi sebanyak RM494 juta. Kalau Yang Berhormat teliti jawapan saya kepada soalan Parlimen berkaitan perkara ini iaitu hari Isnin minggu lalu yang sebenarnya yang dimaksudkan, yang diberikan ialah geran R&D untuk membolehkan Proton menjalankan R&D RM494 juta itu untuk tempoh 2006 hingga 2010. Jadi itu yang dimaksudkan RM494 juta ialah  untuk membolehkan Proton menjalankan R&D.

Berhubung dengan isu perbezaan harga jualan Proton di pasaran tempatan dan luar negara memang ada perbezaan harga umpamanya kereta dijual di Malaysia, kereta di Negara Teluk ataupun di Singapura, di tempat-tempat lain, negara lain UK dan lain-lain, Brunei memang ada perbezaan. Ini bergantung kepada pelbagai faktor seperti duti import, cukai dalaman, kos pengangkutan, insurans, kadar faedah pinjaman dan sebagainya. Jadi, memanglah harga itu berbeza-beza daripada satu negara dan satu negara yang lain. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor duti dan faktor-faktor kos dalaman pengangkutan berkenaan.

Seterusnya Yang Berhormat Sabak Bernam memohon penjelasan kerajaan berhubung prestasi...

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Minta penjelasan Yang Berhormat Menteri. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua, terima kasihlah atas penjelasan tadi tetapi saya masih kurang faham. Walaupun saya faham kos untuk kenderaan di...

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Saya tidak faham, jadi saya minta penjelasan. Sabar sedikit. Jadi, saya hendak tanya. Saya memang faham kos kereta, kos kenderaan berbeza di pelbagai negara. Akan tetapi di sini isunya adalah kenapa Proton yang dibuat di Malaysia tetapi kos jualannya adalah lagi tinggi jika berbanding dengan kos jualan di Saudi Arabic. Saya langsung tidak faham, tidak masuk akal saya kerana saya rasa kos pembuatan kita tanggung di sini. Kita perlu hantar kereta Proton ke Saudi Arabic dan saya rasa tidak mungkinlah bahawa kos pengangkutan itu begitu tinggi dari sini pergi ke Saudi Arabic tetapi pada akhirnya kos jualan di sana lagi murah.

Saya rasa apa perbezaan di antara kos jualan di Malaysia dan kos jualan di Saudi Arabic yang telah mengakibatkan perbezaan yang begitu besar. Perbezaan itu adalah di antara 30% sampailah 50%. Jadi, saya hendak mintalah satu penjelasan, satu perbandingan di antara harga jualan Saudi Arabic dan juga harga jualan di Malaysia. Terima kasih Yang Berhormat Menteri.

Dato' Sri Mustapa bin Mohamed: Terima kasih Yang Berhormat Serdang. Tuan Yang di-Pertua, seperti yang saya sebutkan tadi memang ada perbezaan harga antara kereta Proton yang dijual di Malaysia dan negara-negara lain. Ada harganya tinggi di Negara berkenaan daripada harga di Malaysia dan ada kalanya harga itu rendah di luar Negara berbanding di Malaysia. Ini mungkin strategi pemasaran. Kadang-kadang ada terdapat dengan izin cross subsidy, mungkin. Ini strategi pemasaran.

Mungkin syarikat mahu menembusi pasaran dan sebagai satu strategi dengan izin initial pricing strategynya menyebabkan harganya lebih murah daripada Malaysia. Akan tetapi yang pentingnya daripada segi syarikat ia mendatangkan keuntungan kepada syarikat kalau dijual kereta berkenaan. Jadi, itu antara sebab kenapa mungkin harga berbeza di Singapurakah, Thailandkah. Ezora dijual di Thailand dijual juga di Malaysia. Kereta Persona dijual di Arab Saudi dan juga di Malaysia. Jadi, tidak semestinya harga itu uniform di setiap negara di dunia. Mungkin itu strategi pemasaran oleh syarikat berkenaan. Jadi, akhirnya oleh kerana ada cross subsidy itu. Dalam business ada cross subsidy umpamanya AirAsia sebagai contoh. Mungkin strategi pemasarannya satu sektor tertentu mungkin harganya murah, sector lain mungkin harganya lebih tinggi dan akhirnya yang penting syarikat mendapat keuntungan daripada perniagaan.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Saya hendak tambah sedikit. Saya hendak Tanya cross subsidy itu dibayar oleh siapa? Ditanggung oleh kerajaan atau pun ditanggung oleh kerajaan mana? Kerajaan Malaysia atau pun Kerajaan Saudi Arabic? Itu perkara pertama.

(More......)

Debat Dengan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong

Posted: 28 Mar 2012 05:22 PM PDT

Datuk Dr. Wee Ka Siong: Seperti yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Serdang, kesemua isu yang berkaitan telah dapat diselesaikan atau sedang dalam proses pembinaan termasuklah isu tapak SJK(C) Bukit Serdang telah dimuktamadkan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Pelajaran.

Ini menunjukkan bahawa Kerajaan Barisan Nasional amat prihatin terhadap kepentingan pendidikan semua kaum. Usahlah ia dijadikan bahan atau modal politik murahan kerana kepentingan kerajaan adalah memastikan semua rakyat mendapat pendidikan yang berkualiti tanpa meminggirkan mana-mana pihak.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: [Bangun]

Datuk Dr. Wee Ka Siong: Hendak tanya boleh tanya sekarang.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Saya hendak tanya, bila SJK(C) Bukit Serdang hendak dibina kerana sudah tunggu empat tahun. Di antara enam buah sekolah baru yang diumumkan oleh kerajaan pada 30 Januari 2008, lima sudah ada tapak tetapi hanya SJK(C) Bukit Serdang sampai sekarang pun tidak ada tapak lagi. Saya rasa tadi Yang Berhormat Timbalan Menteri cakap beliau bukan orang yang suka publisiti tetapi saya tidak setuju, kerana untuk Sekolah SJK(C) Sungai Long, Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri pergi ke Sungai Long pada 6 April tahun yang lalu untuk satu majlis pecah tanah SJK(C) Sungai Long.

Akan tetapi pada tahun ini, Perdana Menteri kita pergi pada 1 Mac untuk majlis pecah tanah untuk sekolah yang sama. Jadi saya hendak tanyalah kenapa perlu dua majlis pecah tanah untuk satu buah sekolah sahaja? Kalau cakap bukan suka publisiti, perjelaskan di sinilah.

Seorang Ahli: [Menyampuk]

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Dan sebenarnya selepas majlis pecah tanah pada 6 April itu tidak ada apa-apa perkembangan langsung.

Tuan Sim Tong Him [Kota Melaka]: Tanah itu banyak keraslah, kena dua kali pecah.

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Jadi Yang Berhormat Timbalan Menteri bagaimana boleh cakap bahawa Yang Berhormat tidak suka publisiti. Ini cheap publisiti untuk pilihan raya.

(More......)

Debat Dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Mengenai Pilihanraya Kampus

Posted: 28 Mar 2012 05:10 PM PDT

Dato' Saifuddin bin Abdullah: Berkenaan isu pilihan raya kampus yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Padang Terap. Untuk makluman, sebarang rayuan atau bantahan perjalanan pilihan raya kampus akan dikenakan bayaran atau cagaran sebenarnya bagi memastikan bantahan yang dikemukakan adalah berasas. Berkenaan kenyataan Yang Berhormat Padang Terap tentang pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia yang dibuat tanpa pengetahuan MPP, sukacita dimaklumkan pelantikan MPP IPTA yang dipilih adalah untuk tempoh selama satu tahun. Pembubaran MPP akan berlaku secara automatik selepas tamat tempoh lantikan dan pihak IPTA ada mengeluarkan notis pembubaran untuk maksud tersebut.

Satu Jawatankuasa Khas Pelajar ataupun executive caretaker dengan izin, yang terdiri daripada mantan MPP sesi 2010/201, pemimpin persatuan pelajar dan juga presiden kolej kediaman telah diwujudkan untuk menjalankan urusan pentadbiran dan sebagai penghubung antara universiti dan mahasiswa bagi urusan kebajikan pelajar sepanjang tempoh ketiadaan MPP. Bidang tugas executive caretaker ini adalah terhad kepada skop yang dinyatakan sahaja dan tidak bertindak sebagai perwakilan pelajar sebagaimana MPP. Manakala penangguhan pemilihan MPP pada bulan September diputuskan bagi membolehkan penyelarasan dibuat di semua universiti dengan mengambil kira perubahan kalendar akademik baharu IPTA yang akan bermula pada bulan September 2012.

Berkaitan cadangan Yang Berhormat Sabak Bernam agar diwujudkan Parlimen Mahasiswa. Untuk makluman, IPTA sebenarnya...

Puan Teo Nie Ching [Serdang]: Sorry, boleh saya minta penjelasan tentang itu MPP? Terima kasih. Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya hendak tanya sedikit kerana saya rasa – sebenarnya saya juga terima banyak complaint atau aduan daripada MPP terutamanya dari UM kerana mereka cakap bahawa pelantikan executive caretaker dengan izin, tersebut bukanlah dibuat oleh MPP yang sedia ada itu dan mereka tidaklah terlibat dalam itu proses untuk pelantikan executive caretaker. Jadi, soalan saya mengapa kita tidak boleh melanjutkan itu tempoh masa MPP supaya mereka boleh menjalankan tugas mereka untuk enam bulan lagi, untuklah urusan-urusan perwakilan dan juga sebagainya. Kenapa kita perlu hendak wujudkan satu executive caretaker di mana pelantikan bukanlah dipilih atau dilantik oleh mahasiswa-mahasiswa? Terima kasih.

Dato' Saifuddin bin Abdullah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Ini sebenarnya adalah semata-mata untuk mengelakkan ada tuduhan kalau MPP itu dilanjutkan dan sebagainya dan ini adalah satu keputusan administrative yang dibuat untuk memastikan bahawa isu-isu dan perkara-perkara kebajikan itu dapat dilaksanakan dengan berterusan tetapi saya faham apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat. Saya juga ada menerima aduan dan sungutan pemimpin-pemimpin mahasiswa tertentu dalam konteks executive caretaker ini. Akan tetapi insya-Allah kita akan cuba uruskan supaya tidak berlarutan dan tidak menimbulkan perkara-perkara yang menggusarkan mana-mana pihak.


 

(More......)

[Malaysiakini] RM120mil spent for Cheras- Kajang Highway toll cuts

Posted: 28 Mar 2012 01:02 AM PDT

The halving of toll charges for Cheras-Kajang Highway comes with a hefty price tag - RM120.55 million in government compensation and a 15-year extension to the concession agreement.

This was revealed by Works Minister Shaziman Abu Mansor (right) in Parliament yesterday, in reply to a question by Serdang MP Teo Nie Ching.

The minister also said that concessionaire Grand Saga Sdn Bhd has agreed not to raise toll charges for another three years. Effectively, Grand Saga will be allowed to collect toll until 2045.

In addition to slashing the toll rate from RM3.80 to RM1.90, Prime Minister Najib Abdul Razak had announced the abolition of toll collection at two booths along the highway on March 1, amidst much fanfare.

Longer toll payments 'not justified'

Met later, Teo said the extension of the concession agreement cannot be justified as Grand Saga has profited handsomely from toll collections since 1999.

She pointed out that, while the highway was constructed at a cost of RM282 million - and maintenance costs up until 2010 were RM147.31 million - it was a paltry sum compared to more than RM870 million made from toll collections and government compensation thus far.

"When Najib made the announcement on March 1, he was fooling the public. He did not mention about the new agreement," she said.

"We had to wait until Parliament convened before we could find out, and put the works minister on a spot.

(More......)

首相派糖衣毒药愚民

Posted: 27 Mar 2012 11:15 PM PDT

民主行动党全国副宣传秘书兼沙登区国会议员张念群28-3-2012(星期三)发表文告:

(吉隆坡28日讯)民主行动党全国副宣传秘书张念群指出,首相纳吉在3月1日宣布废除雪州蕉赖──加影大道(简称蕉加大道)其中两个往返的收费站,让纳吉得到鲜花和掌声,但结果是人民买单和遍体驎伤,大道公司卻赚得盆满砵满。

她形容蕉加大道两个收费站被废除,但政府却需赔偿1亿2055万令吉和延长特许经营合约15年(从2030年至2045年)是一项离谱的決定,造成人民任由国阵和大道公司鱼肉,过路费也"祸延"一代又一代。

她批评纳吉以宣传花招来愚弄人民,为了大选大派披了糖衣的毒药。

她表示,纳吉在作出宣布後隔天,她就即刻公开要求纳吉交代废除收费站的成本;她在3月20日参与元首御词辩论时,也呼吁纳吉不应眷恋于扮演"圣诞老人"的角色,而是开诚布公面对选民,但结果是等到从工程部长口中证实纳民的愚民策略。

(More......)

Tiada ulasan:

Nuffnang