Rabu, 28 Mac 2012

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Penduduk kampung demo di pejabat MB N.Sembilan

Posted: 27 Mar 2012 11:38 PM PDT





200 orang Penduduk Kg Serampang Indah , Bandar Seri Jempol berdemo untuk tuntut Hak mereka yg hampir 30 tahun diabaikan kerajaan.

Ada 3 kali , rakyat berhimpun nak htr demo pada YAB MB NS :
(1) akhir tahun 2011 , sekumpulan orang Asal
(2) Hari ini 28 Mac 2012 , Penduduk Kg Gatco berkaitan isu Tanah (majoriti msykt India)
(3) Peneroka FELDA berkaitan isu generasi ke2 ...

utk Perkara (1) dan (2) MB akhirnya terpaksa akur dan turun jumpa Rakyat .

Tolong fikir Kenapa bila isu ke 3 berkaitan FELDA , MB langsung Tak nak layan dan hanya htr pegawai bawahan Terima memo tersebut?

Sorotan kisah nasib Penduduk Kg Gatco di bawah ini :

Janji tak tunai dah 4 kali pilihanraya di N.Sembilan http://pasns.blogspot.com/2010/04/janji-tak-tunai-dah-4-kali-pilihanraya.html

Keluhan Pekerja Ladang N.Sembilan http://pasns.blogspot.com/2007/12/keluhan-pekerja-ladang-n.html

Apalah Nasib Pekebun Peneroka N.Sembilan http://pasns.blogspot.com/2010/04/apalah-nasib-pekebun-peneroka-nsembilan.html

Penduduk Kg. Gatco Hilang Kepercayaan Pada UMNO / BN http://pasjelebu.blogspot.com/2008/01/penduduk-kg-gatco-hilang-kepercayaan.html

****************
Rakyat tagih janji hak milik tanah
Sinar Harian 15 April 2010

SERAMPANG INDAH (Jempol, N.Sembilan) – Penduduk masih menagih jawapan pihak berkaitan mengenai hak milik tanah kebun mereka sejak 20 tahun lalu.

SEKALIPUN SUDAH EMPAT KALI PILIHAN RAYA, NAMUN SEHINGGA KINI HAK PENDUDUK MASIH MENJADI TANDA TANYA.

Bekas Ketua Kampung, Abd Rahman Ali Muhamad berkata, semua pemimpin kerajaan di peringkat bawahan seperti Pejabat Daerah atau tertinggi di Jabatan Perdana Menteri sedia maklum mengenai masalah penduduk Kampung Gatco.

Menurutnya, peserta generasi pertama dan kedua berharap tanah kebun di-perjuangkan menjadi hak milik mereka.

"Kami hanya meminta Gagasan 1Malaysia dicanangkan ke seluruh negara, rakyat didahulukan dapat direalisasikan di kawasan ini kerana surat makluman daripada setiausaha Datuk Seri Najib ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri masih kami simpan," katanya.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Sulaiman Ompong berkata, pelbagai media pernah datang ke kampung ini membuat liputan berhubung masalah dialami.

Menurutnya, Kampung Serampang Indah atau Gatco di bawah kawasan Parlimen Jelebu, tetapi di bawah pentadbiran daerah Jempol dan perkara itu tidak seharusnya menjadi alasan dalam memberikan kata putus mengenai hak penduduk.

"Penduduk di sini datang dari seluruh Semenanjung dengan hasrat memiliki tanah sebagai meneruskan kehidupan dan membesarkan anak serta mengharapkan keprihatinan kerajaan menyelesaikannya," katanya.

N Venugopal, 64, berkata, sebanyak RM7,600 dibayar kepada pengurusan ketika mula memasuki penempatan itu sekitar 1977.

Menurutnya, surat perjanjian memasuki ladang dan resit asal masih disimpan untuk menepis kenyataan dia adalah pendatang asing di kampung berkenaan.

"Harapan saya supaya memperoleh tanah hasil kudrat dan titik peluh saya sendiri setelah sekian lama berbakti," katanya.

Atan Warsan, 72, adalah antara generasi pertama yang sentiasa menantikan jawapan mengenai kedudukan sebenar tanah kebun hasil usahanya bersama 300 peneroka asal lain.

Atan berkata, ramai rakannya meninggal dunia dan waris mereka ditinggalkan dengan tidak menge-tahui tentang status tanah terbabit.

Menurutnya, jawapan pemimpin hanya akan di-peroleh menjelang pilihan raya dengan janji akan menyelesaikan masalah penduduk di sini, namun akhirnya hanya tinggal janji sahaja.

"Saya tidak jamin masyarakat di sini akan memilih wakil kerajaan sama setelah empat kali dike-cewakan melalui satu kertas undi setiap orang tanda kesetiaan, namun ternyata sia-sia," katanya.

Terasa dianaktirikan
Bekas Ketua Wanita, Zainab Lasim berkata, hidup penduduk di sini banyak bergantung kepada hasil kebun diusahakan sejak 30 tahun lalu.

Menurutnya, alasan masalah itu sukar diselesaikan kerana disebabkan majoriti penduduk adalah kaum India tidak boleh diterima kerana mereka juga warganegara Malaysia dan berhak mendapatkan hak sewajarnya.

"Kami tidak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini sekiranya kerajaan tidak dapat menyelesaikannya dan memberikan jawapan sebenar supaya tidak berasa dianaktirikan sesiapa," katanya.

Bekas Ketua Pemuda Cawangan, Muhamad Kamisan berkata, penduduk telah melakukan semua langkah dan perlu dilakukan sama ada dengan cara diplomasi atau politik dalam mendapatkan hak mereka.

Menurutnya, kebimbangan semua peserta di sini hanyalah kepada masa hadapan generasi akan datang untuk meneruskan kehidupan dan jalan penyelesaian isu itu akan menjadi lebih sukar.

"Penduduk semakin meningkat dan generasi pertama ramai sudah tiada cuma yang tinggal hanya hara-pan serta impian memiliki tanah sendiri untuk diusahakan waris," katanya.

Nordin Ahmad Bakri, 52, berkata, segala penat lelah dan usaha penduduk mendapatkan hak umpama tiada harga di mata pihak berkuasa.

"Sebarang urusan atau keputusan seharusnya me-ngambil kira hak peserta ladang ini dan pintu rundingan sentiasa dibuka untuk menyelesaikan masalah ini.

"Sebanyak 693 pengundi berdaftar di kampung ini dan 242 adalah keahlian tetap kerajaan pada masa kini berharap sesuatu dapat dilakukan segera dengan berlandas kebenaran," katanya.

Sementara itu, terbaru, ladang seluas 400 hektar terbakar sekali gus mengakibatkan banyak kerugian kepada penduduk, pengu-saha dan peserta ladang.

MDJ akan siasat masalah berlarutan sehingga 20 tahun itu telah dipanjangkan kepada Majlis Daerah Jempol (MDJ).

Pegawainya, Datuk Mohd Yusof Yunus berkata, pihaknya sedia maklum dan sedang meneliti sejarah kes berkenaan.

"Kita sedia maklum masalah ini dan sedang menyiasat sejarah kampung terbabit. Dalam pada itu, diharap penduduk terlibat dapat bersabar," katanya.

Md Sabu, Chua Jui Meng 1 Apr 2012 di Kuala Pilah

Posted: 27 Mar 2012 09:24 PM PDT




JELAJAH DEMI RAKYAT NEGERI SEMBILAN
Tarikh/Masa : 1 April 2012 (Ahad), Jam 8.45 malam
Tempat : Bilik Gerakan DUN Pilah, Taman Sema, Jalan Melang (JPJ lama), Kuala Pilah
Bersama :
- Tn Hj Md Sabu
- Datuk Chua Jui Meng
- CheguBard
- YB Taufek Abd. Ghani,
- YB Ravi
- YB Aminuddin
- Dr. Rafaie
- YM Tunku Haji Harmy Tunku Hanan

Semua dijemput hadir

Pertanyaan : 013 6520582 (Hanif)

Tiada ulasan:

Nuffnang