Rabu, 28 Mac 2012

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


Anak anjing bernama Beyonce mungkin terkecil di dunia

Posted: 28 Mar 2012 02:00 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SACRAMENTO, Amerika Syarikat (AS) - Seekor anak anjing betina yang diberi nama penyanyi terkenal, Beyonce mungkin yang terkecil di dunia.

Beberapa penyelidik haiwan di California Utara menyatakan anjing tersebut terlalu kecil sehingga ia boleh diletakkan di atas sebatang sudu.

Semasa berumur dua minggu, haiwan itu mempunyai saiz sebesar sekeping kad perniagaan.

Yayasan Grace menyatakan pihak agensi kawalan haiwan menjaga ibu Beyonce.

Ibu haiwan itu melahirkan lima anak anjing termasuk Beyonce pada 8 Mac lalu.

Semasa dilahirkan, degupan jantung anak anjing itu tidak kedengaran.

Pakar-pakar haiwan terpaksa menekan dada dan melakukan pernafasan dari mulut ke mulut untuk menghidupkan anak anjing tersebut.

Pihak yayasan itu telah membuat permohonan kepada Guinness World Records untuk disenaraikan sebagai anjing terkecil di dunia. - AGENSI

Cebisan otak Albert Einstein dipamerkan

Posted: 28 Mar 2012 01:50 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

GAMBAR otak Einstein (kiri) dan replika otaknya.

LONDON - Dua cebisan otak saintis legenda, Albert Einstein dipamerkan kepada orang ramai pada satu pameran di Britain.

Cebisan otak saintis yang memperkenalkan teori relatif itu diletakkan dalam bekas kaca pada pameran Brains-The Mind as Matter di sini semalam.

Spesimen itu disediakan oleh Doktor Thomas Harvey yang bertugas di hospital tempat Einstein meninggal dunia pada 1955

Einstein merupakan ahli fizik dan ahli sains yang bepengaruh.

Beliau dianggap sebagai bapa fizik moden dan menerima Hadiah Nobel pada tahun 1921.

Selain cebisan otak Einstein, beberapa sampel otak individu terkenal lain termasuk ahli matematik Britain, Charles Babbage dan pembunuh kejam, William Burke turut dipamerkan.

Para saintis menyatakan otak manusia mengandungi 100 bilion sel saraf dan sekitar 100 trilion sinap atau sambungan saraf. - Agensi

Bersih 2.0 lancar Jom 100% keluar mengundi

Posted: 28 Mar 2012 01:41 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Bersih 2.0 akan melancarkan kempen 'Jom 100 Untuk 100% Keluar Mengundi Pada Pilihan raya ke-13' di utara Semenanjung pada 6 April di Kompleks Hijau Kuning, Alor Star.

Ahli Jawatankuasa Bersih 2.0, Dr Toh Kin Woon berkata, sebelum itu beberapa roadshow akan diadakan iaitu di Sungai Petani dan Alor Setar pada 30 Mac, Kulim, Bukit Mertajam dan Pulau Pinang (31 Mac) dan Seberang Selatan dan Daerah Kerian, Perak (1 April).

"Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan untuk membuat roadshow di negeri Perlis dan di tempat lain di bahagian zon utara Semenanjung Malaysia.

"Kami menyeru semua parti politik, organisasi, serta individu agar turut menyokong aktiviti-aktiviti Bersih2.0 ini dengan mengambil bahagian dalam roadshow kami," ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pakaian kuning digalakkan.

Bagi mereka yang berminat, sila hubungi ahli sekretariat Suaram cawangan Negeri Pulau Pinang, Ong Jing Cheng 012-7583779 demi bersama-sama menjayakan kempen JOM 100 di peringkat bahagian zon utara Semenanjung Malaysia.

Suaram cawangan Pulau Pinang merupakan sekretariat bagi kempen JOM 100 di zon utara Semenanjung Malaysia.

Harakah Daily

[Bergambar] Makmal Sekolah Dinaiki Air, Pelajar Terpaksa Belajar Dalam Banjir

Posted: 28 Mar 2012 01:30 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Pelabuhan Klang -- Beberapa pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Rahimah di sini terpaksa belajar dalam banjir apabila makmal sekolah itu dinaiki air akibat banjir kilat kira-kira pukul 9.00 pagi tadi. Foto Osman Adnan

Pengetua sekolah berkenaan Rahmah Arsad berkata banjir kilat itu berpunca dari hujan lebat yang turun tanpa henti kira-kira sejam serta dipercayai akibat masalah longkang tersumbat ekoran dipenuhi sampah sarap.

Beliau berkata kejadian banjir itu bukan yang pertama dan sering berlaku setiap kali hujan turun dengan lebat dan berpanjangan.

"Saya masih ingat ketika memulakan tugas pada November lepas, saya juga 'disambut' dengan kejadian banjir kilat," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Rahmah berkata perbincangan juga sering diadakan dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari semasa ke semasa namun masalah sama tetap berulang.

Beliau berkata setiap kali banjir, sekolah terpaksa menanggung kerugian beribu ringgit bagi menggantikan peralatan kelas seperti kerusi dan meja yang rosak kerana ditenggelami air. -- Bernama

Tuduhan Najib Razak Berniat Jahat

Posted: 28 Mar 2012 01:20 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM, 28 MAC : Tuduhan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak bahawa Kerajaan Selangor yang dipimpin Pakatan Rakyat menipu kerana gagal menunaikan janji pilihanraya dibuat tanpa kajian, penuh emosi dan berniat jahat, tegas Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

"Berdasarkan kajian kita lakukan, rakyat tidak terlalu menekankan pada janji berupa habuan wang ringgit tetapi lebih kepada tuntutan untuk sebuah pentadbiran yang telus, efisien, bertanggungjawab dan melaksanakan amanah rakyat dengan jujur," kata Faekah dalam kenyataan media.

Menurut Faekah dalam Pilihanraya Umum 2008, Umno-BN banyak menabur janji kepada rakyat yang kini belum dilaksana malah belum ada tanda janji ini akan dilaksanakan.

"Program Transformasi yang dijanjikan beliau kini jauh dari mencapai sasaran. Perbuatan Najib ini seumpama 'telunjuk lurus kelingking berkait', hipokrit dan penuh kepura-puraan," katanya.

Tambah Faekah, rakyat memahami bukan semua janji berupa imbuhan seperti penurunan cukai pintu dapat dilaksanakan dengan serta merta.

Namun apa yang dituntut rakyat tanpa kompromi ialah sebuah kerajaan negeri yang ditadbir dengan baik dengan pemimpin yang tidak merompak harta rakyat.

"Sebuah kerajaan yang menipu ialah apabila pemimpinnya salah guna wang rakyat seperti dana Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) sebanyak RM250 juta. Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin mendapat komisen lebih RM500 juta hasil pembelian kapal selam Scorpene.

"Menipu wang rakyat ialah apabila pemimpin memutuskan untuk melupuskan hutang kroni terhadap kerajaan, mengutamakan keuntungan kroni berbanding kebajikan rakyat dalam pemberian kontrak kepada Puncak Niaga," ujarnya.

Faekah berkata lagi , pemimpin-pemimpin beginilah yang sebenarnya menipu rakyat. Justeru, rakyat Selangor tidak lagi percaya dengan Najib dan pemimpin Umno-BN.

"Sebab sepanjang pemerintahan mereka di Selangor, watak-watak pemimpin hipokrit sebegitulah yang berjaya dipamerkan oleh mereka," tegas beliau.

selangorku/-

PR tak puas hati JK Parlimen perbaharui p'raya

Posted: 28 Mar 2012 01:01 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Pakatan Rakyat tetap tidak berpuas hati dengan perjalanan Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya yang didakwa gagal menyelesaikan penipuan dalam daftar pemilih.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tiada jaminan segala cadangan pembaharuan pilihan raya yang dibuat jawatankuasa tersebut akan digunakan sebelum pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata, Pakatan Rakyat masih melahirkan bantahan keras kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sehingga sekarang belum dapat membersihkan senarai daftar pemilih walaupun pilihan raya umum semakin hampir.

"Nyata jawatankuasa ini hanya diberi ruang memanggil SPR kemudian ada ahli jawatnkuasa yang kemukakan bukti, kemudian SPR betulkan.

"Lebih serius tiada sebarang jaminan daripada kerajaan berkenaan perkara ini (senarai daftar pemilih) bahawa mereka akan laksana cadangan ini sebelum pilihan raya akan datang.

"Jadi Pakatan Rakyat akan tingkatkan kempen untuk dedahkan maklumat mengenai penipuan daftar pemilih," kata beliau pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen hari ini.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha PKR, Saifuddin Nasution dan Pengarah Pilihan Raya PKR, Fuziah Salleh.

Harakah Daily

PKR bantah bidaan baru tender NFC

Posted: 28 Mar 2012 01:00 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

PKR hari ini membantah keras tindakan kerajaan mahu menjemput bidaan baru yang memilih kontraktor bagi mengambil alih operasi Pusat Fidlot Kebangsaan.

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, tindakan itu bertujuan untuk menutup isu itu secepat mungkin tanpa mengambil kira langkah sebelum ini, termasuk pembekuan aset dan perlantikan audit bebas.

NONE"PKR berpendirian bahawa selagi segala persoalan bersabit pertanggungjawaban perdana menteri dan pegawai-pegawai tertinggi tidak disiasat dan dirungkai, kerajaan tidak boleh membuka bidaan baru kerana ini cubaan memadamkan kesalahan perdana menteri," kata Rafizi (kanan).

Katanya, persoalan pokok sebenarnya berhubung keterlibatan Datuk Seri Najib Razak yang menganugerahkan projek bernilai RM250 juta secara terus kepada National Feedlot Corporation (NFC) walaupun maklum ia tidak mempunyai pengalaman dan dimiliki keluarga menterinya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar semalam mengumumkan, kerajaan akan membuka tender projek itu bagi memastikannya berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.

Bercakap dalam sesi penggulungan di Parlimen semalam, Noh berkata, kementerian juga melantik juruaudit bagi projek lembah daging di Gemas, Negeri Sembilan itu.

Pembongkaran baru minggu depan

Noh bagaimanapun tidak menyebut sama ada keluarga menteri kabinet Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan kehilangan projek itu dan sama ada kerajaan akan mendapatkan semula pembayaran daripada pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan sebelum ini.

azlanDalam kenyataannya hari ini, Rafizi mempertikaikan operasi NFC yang terus berjalan walaupun asetnya diumum dibekukan oleh perdana menteri.

Malah, katanya, status audit bebas yang diumumkan juga masih tidak pasti bila akan dibentangkan di Dewan Rakyat.

"Tindakan itu mencerminkan kecuaian perdana menteri dan memungkinkan berlakunya penyelewengan dan pecah amanah," kata Rafizi lagi.

"Perkara ini masih belum dijawab oleh perdana menteri. Malah, tindakan beliau mahu membuka bidaan baru jelas membuktikan hasrat beliau untuk menutup kesalahan beliau yang menganugerahkan kontrak kepada pihak yang tidak layak."

Justeru, Rafizi berkata, pihaknya akan terus membongkar isu itu bermula minggu depan.

malaysiakini/-

Kerana salam di kedai kopi, dituduh lompat parti

Posted: 28 Mar 2012 12:54 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Hanya kerana bersalam dengan Ketua Pemuda Umno, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Saleh Man (gambar) dituduh mahu melompat parti.

Salleh yang kebetulan berjumpa dengan pemuda Umno itu ketika sedang menjamu selera di sebuah kedai mi udang di Sungai Dua.

"Ketua Pemuda Umno datang jumpa saya, bagitahu abang iparnya sudah meninggal dunia, dan memang saya kenal sebab duduk satu kampung," ujarnya ketika menghubungi Harakahdaily.

Beliau baru pulang dari Mekah dan tidak mengetahui kematian abang ipar Pemuda Umno berkenaan.

Semasa menghubungi Harakahdaily, kedengaran beliau ceria dan bergelak tawa sebaik sahaja diajukan dakwaan itu.

Kebetulan pula, menurut beliau, pemuda dan wanita serta puteri Umno pun menjamu selera di kedai yang sama.

"Mungkin mereka yang ambil gambar saya bersalam dengan pemuda Umno sudah membuat persepsi saya keluar PAS. Ingat senang-senang ke nak lompat parti? Tuduhan tak kena orang," katanya.

Salleh yang menganggap tuduhan itu sangat terdesak dan mempamerkan ketidakcerdikan orang yang melaporkan tanpa bersandarkan kepada sumber yang tepat.

"Saya minta, rakyat Pulau Pinang jangaan terpengaruh dengan dakyah Umno. Mereka tidak ada modal. Saya dan PAS Pulau Pinang berdiri teguh dengan Pakatan Rakyat di bawah pentadbiran Lim Guan Eng," katanya yang meminta pihak berkenaan tarik balik kenyataan itu.

Salleh Man menafikan spekulasi bahawa beliau merancang untuk melompat atau meninggalkan parti kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri pimpinan DAP.

Adun Permatang Pasir berkata, dakwaan itu dibuat oleh "budak Umno" yang menangkap gambarnya bersama Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said dan penyelaras BN Permatang Pauh, Rahim Man.

Saleh berkata, mereka hanya bersalaman dan tidak banyak bercakap sebelum beliau beredar selepas mendapati sekumpulan anggota Puteri Umno mengadakan pertemuan di situ.

Sebelum ini, terdapat dakwaan di blog yang tidak dikenali berhubung spekulasi melompat parti itu dengan menyandarkan kepada gambar pertemuan itu.

Harakah Daily

Pelanggan kesal pegawai BSN yang banyak 'songeh'

Posted: 28 Mar 2012 12:48 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Tertekan dengan karenah pegawai Bank Simpanan Nasional (BSN) yang banyak 'songeh' lagi menyusahkan, salah seorang pelanggan bank itu akhirnya terpanggil untuk mengadu dengan Harakahdaily.

Dalam surat yang diemelkan kepada Harakahdaily, pelanggan BSN yang dikenali sebagai Nadia Natrah Sabli menceritakan bagaimana beliau dipermainkan dan diperlekehkan oleh pegawai bank di bahagian Kawalan Kredit BSN.


Selain Harakahdaily, dia juga mengadu kepada media lain di samping pihak-pihak yang dirasakan beliau dapat membantu.

Nadia, 27, menghadapi masalah hutang kad kredit yang kini mencecah RM6,149.06, bagaimanapun beliau berusaha untuk melangsaikan hutangnya itu dengan membuat permohonan agar faedah yang dicaj dapat dikurangkan.

Beliau memohon untuk menjelaskan hutang kad kreditnya sebanyak RM3,800, kerana masalah kewangan yang dihadapinya. Had kad kreditnya hanya RM3,000.

Malangnya, usaha beliau itu menghadapi masalah kerana pihak BSN tidak mahu menunjukkan kerjasama baik.

Dalam pertemuan dengan pihak bank, pegawai berkenaan memberikan diskaun sebanyak RM600 daripada baki semasa di mana Nadia perlu menjelaskan RM5,500, namun Nadia masih tidak mampu menjelaskan.

"Saya teliti dan ambil kira jumlah penggunaan, caj guaman dan jumlah faedah sehingga kad kredit dihentikan amaun sebenar hanya RM3,800 sahaja," luahnya dalam surat tersebut.

Atas sifat tanggungjawabnya, Nadia masih berusaha untuk melangsaikan hutangnya dan sekali lagi Nadia merayu dan menegaskan beliau tidak mampu akhirnya pegawai berkenaan memperlekehkan beliau dengan mencadangkan beliau meminta bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Saya rasa terhina dengan kata-kata seorang pegawai di sebuah bank yang cukup dikenali," tambahnya.

Tidak cukup dengan itu, pegawai BSN itu pula menakut-nakutkannya dan memberitahu beliau akan ditangkap kemudian dipenjarakan dan rumah pula akan disita.

"Beliau seolah-olah menakutkan dan mengugut Saya. Walaupun begitu saya masih merayu supaya dikurangkan jumlah pembayaran tetapi beliau terus memperlekehkan saya dengan menyuruh saya memberi lima sebab mengapa jumlah perlu dikurangkan," luah Nadia.

Paling mengecewakan Nadia, pegawai terbabit mengatakan BSN adalah bank kerajaan dan kerajaan tidak boleh menanggung kerugian.

Nadia cuba merayu untuk berbincang dengan pegawai atasan tetapi beliau tidak dibenarkan sama sekali, kerana pegawai itu tidak mahu memberi kerjasama dan bertoleransi dengan beliau.

Berbeza dengan bank-bank lain seperti Hong Leong Bank (Eon Bank Kredit Kad), di mana Nadia juga pernah berhutang kad kredit yang jauh lebih besar jumlahnya iaitu RM9,500.

Tetapi, Nadia berjaya menjelaskan kesemua hutang kad kredit Hong Leong Bank dengan hanya membayar sejumlah RM3,800.

"Pihak Hong Leong lebih mudah berurusan dan membantu serta memberikan kerjasama dengan saya untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Jika BSN adalah bank kerajaan, mengapa Nadia sebagai rakyat negara ini diperlakukan sedemikian? Bukankah kerajaan selalu melaungkan slogan 'rakyat didahulukan!', bagi Nadia jika ia bank kerajaan sepatutnya tolong rakyat bukan peras ugut rakyat.

Harakah Daily

Gambar ceramah Umno yang hangat

Posted: 28 Mar 2012 12:43 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Umno cukup terdesak, untuk menarik hadirin sanggup buat apa sahaja. Bagi duit poket, sediakan bas dan makanan.. dan yang terkini sediakan hiburan tari menari untuk menarik orang ramai hadir ke ceramahnya..
Kah..kah..kah.. inilah wasatiyyah yang di anjurkan oleh PM Najib..

Harakah Daily

Tiada isu berat sebelah Speaker Selangor

Posted: 28 Mar 2012 12:40 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat pembangkang di negeri itu cuba meraih populariti murahan dengan cubaan untuk mensensasikan berita keluar dewan.

Ketuanya, Hasbullah Mohd Ridzwan (gambar) berkata, ini kerana mereka ingin menutup kelemahan dan salah laku semasa memerintah negeri Selangor seperti mana yang telah didedahkan di dalam sidang Dun Selangor.

Sehubungan itu, katanya Pemuda PAS negeri menyelar tindakan tidak matang dan kebudak-budakan Adun pembangkang dari Barisan Nasional yang bertindak keluar dewan hanya disebabkan membantah tindakan Speaker Dewan Selangor, Datuk Teng Chang Kim yang telah menghantar SMS kepada Exco Kerajaan Selangor supaya dapat mengambil kesempatan pada sesi penggulungan perbahasan untuk menonjolkan kejayaan yang telah dicapai oleh Kerajaan Pakatan Rakyat negeri.

"Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merasakan tidak ada isu berat sebelah sebenarnya permintaan Datuk Speaker tentang perkara ini kerana ianya permintaan supaya memperkatakan kejayaan pengurusan dan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat dan bukannya meminta untuk melakukan pembohongan dan fitnah," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, sekiranya pihak pembangkang tidak berpuas hati maka bolehlah berhujah balas dengan fakta yang lebih jelas dan bukannya mengambil tindakan 'tidak cerdik' untuk meninggalkan dewan.

Harakah Daily

Lima Hilang, Helikopter Terhempas Di Taiwan

Posted: 28 Mar 2012 12:40 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

TAIPEI: Kementerian Pertahanan Taiwan mengesahkan sebuah helikopter tentera miliknya terhempas di perairan barat daya negara itu, menyebabkan lima anak kapal masih hilang.

Helikopter yang terbabit dalam nahas itu adalah jenis S70-C.

Ia hilang daripada radar pada pukul 9 malam waktu tempatan ketika menjalankan misi bantuan kecemasan mencari seorang nelayan yang diserang penyakit jantung.

Kementerian itu menyebut, seorang anak kapal berjaya diselamatkan manakala usaha mencari lima lagi sedang dijalankan.

Nahas itu berlaku kira-kira 20 kilometer di barat Pulau Orchid, pulau milik Taiwan.

MSTAR/-

Kalau Tajudin boleh kenapa PTPTN tak boleh?

Posted: 28 Mar 2012 12:34 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 28 Mac: Rancangan mengadakan himpunan peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di hadapan pejabat Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Anak-anak muda yang meminjam dari PTPTN tidak berpuas hati terhadap layanan keras terhadap mereka sedangkan hutang (Tan Sri) Tajudin (Ramli) berjumlah RM589 juta dihapuskan begitu sahaja oleh kerajaan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) begitu sahaja.

"Mereka bersungguh-sungguh mahu berhimpun menuntut pinjaman mereka juga dihapuskira," katanya.

Peminjam-peminjam PTPTN itu mempersoalkan mengapa mereka diburu dengan begitu keras dan kasar jika gagal membayar pinjaman sedangkan Tajudin mendapat layanan yang begitu istimewa, kata beliau.

"Mereka juga mahu hutang mereka dilupuskan seperti hutang Tajudin yang mempunyai kekayaan luar biasa itu.

"Peminjam-peminjam PTPTN itu bukannya bertaraf pengarah bukan bebas dan Pengerusi Bukan Eksekutif Edaran Berhad seperti Tajudin, mereka tidak ada Tanjung Rhu Resorts atau bot Azimut yang berharga sehingga hampir setengah juta dollar Amerika seperti Tajudin," kata Mohamad.

Beliau hairan mengapa Perdana Menteri boleh melupuskan hutang Tajudin itu sedangkan tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Tajudin membayar jumlah berkenaan kepada Danaharta.

"Mahkamah dah kata Tajudin kena bayar balik, tetapi kerajaan Najib lupuskan hutang itu," kata Mohamad.

Menurut beliau, kalaulah institusi-institusi kewangan mendapat perintah seperti itu terhadap rakyat tertindas, mereka tidak akan berkompromi.

"Mereka akan mengambil pelbagai tindakan untuk mendapatkan kembali hutang mereka termasuk mensita harta-harta peminjam atau meminta mahkamah mengisytihar si peminjam itu muflis.

"Tetapi Najib senang-senang write off hutang Tajudin sebesar RM589 bilion. Kepentingan Tajudin dalam Edaran Berhad dan Tanjung Rhu Resort sedikit pun tidak diusik.

"Lepas ini bolehlah Tajudin mengajak Najib berseronok-seronok naik bot Azimut mengelilingi Langkawi," katanya.

Mohamad (gambar) meminta rakyat Malaysia sedar bahawa ini bukan kali pertama Tajudin mendapat layanan istimewa dari kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).

"Dulu, selepas mengakibatkan pelbagai masalah kepada MAS akibat pengurusannya, Tajudin mendapat untung besar apabila menjual balik sahamnya dalam MAS kepada kerajaan dengan harga yang berkali ganda lebih tinggi dari harga pasaran.

"Zaman (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) dapat jual saham dengan harga berkali ganda lebih tinggi kepada kerajaan, zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) Tajudin tidak diambil tindakan walaupun laporan bertulis telah dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil dan zaman Najib pula hutangnya sehingga RM589 juta dilupuskan.

"Adakah kerajaan Najib fikir para peminjam PTPTN mahu menonton begitu sahaja layanan istimewa kerajaan Umno kepada Tajudin?" beliau mempersoalkan,

Sebelum ini, Mohamad menyatakan bahawa pihaknya akan menyokong tindakan kumpulan pelajar yang akan mengadakan satu perhimpunan untuk menuntut supaya PTPTN dihapuskan.

"Golongan korporat yang diberi pinjaman mudah boleh dihapuskira.

"Tapi pelajar yang akan berkhidmat kepada negara dipaksa untuk membayar hutang dengan begitu rakus dan kasar," katanya.

Harakah Daily

Tepung ganti buih alat pemadam api

Posted: 28 Mar 2012 12:30 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

IPOH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mendedahkan ada kontraktor penyelenggaraan alat pemadam api di negara ini dikesan menggunakan tepung gandum di dalam peralatan itu bagi menggantikan buih semata-mata untuk menjimatkan kos pengendaliannya.

Perkara itu didedahkan Penolong Ketua Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran jabatan berkenaan, Datuk Rusmani Muhamad ketika merasmikan Seminar Sistem Pemeriksaan Alat Pemadam Api Secara Elektronik (e-FEIS) di sini, semalam.

Beliau berkata, walaupun jumlahnya kecil, pihaknya mengesan perbuatan sedemikian yang menunjukkan ada kontraktor bersikap sambil lewa mengenai aspek keselamatan disebabkan terlalu memikirkan keuntungan.

"Perbuatan itu dikesan ketika kita melakukan pemeriksaan berkala untuk memastikan peralatan alat pemadam api boleh dan selamat digunakan ketika kecemasan.

"Selain menggunakan kandungan tidak mengikut spesifikasi, ada kontraktor tidak menyelenggara peralatan itu dengan baik dan teratur termasuk tidak meletakkannya di tempat yang dicadangkan," katanya.

Mengikut rekod, ada tiga juta alat pemadam api di seluruh negara, termasuk 300,000 milik kerajaan dan selebihnya kepunyaan swasta yang diselenggarakan kira-kira 2,000 kontraktor yang dilantik.

Rusmani berkata, melalui sistem e-FEIS yang dibangunkan sejak awal tahun ini, pihaknya boleh mengesan kontraktor yang tidak menyelenggara alat pemadam api atau tidak memulangkannya semula selepas diperiksa.

"Sistem itu juga mampu mengeluarkan resit cetakan berkomputer atau kod bar untuk dilekatkan pada alat pemadam api bagi mengelak penipuan berbanding sebelum ini yang hanya bertulis tangan," katanya.

Rusmani berkata, ketika ini jabatannya menyediakan 60 pusat pemeriksaan iaitu di balai bomba seluruh negara untuk membantu kontraktor mendaftar bagi e-FEIS dan jumlah pusat akan ditambah sehingga 90 dalam tempoh terdekat.

"Pada masa sama, jabatan juga membuka pendaftaran bagi competent person iaitu orang bertanggungjawab menjaga alat pemadam api yang dipilih kontraktor sebelum lantikan individu itu diluluskan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia," katanya.

BERITA HARIAN/-

T-Team arah fokus terhadap Liga Super selepas gagal ke separuh akhir Piala FA

Posted: 28 Mar 2012 12:26 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU - Setelah gagal menempah tiket separuh akhir Piala FA malam tadi, T-Team kini beralih arah dengan berazam memberikan fokus terhadap saingan Liga Super untuk mengakhiri lima pasukan teratas carta liga musim ini.

Skuad Penyu muda terpaksa berputih mata apabila tewas kepada Kedah dengan agregat 1-2 dalam perlawanan timbal balik suku akhir kedua malam tadi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Sebelum ini kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan pada suku akhir pertama Sabtu lepas.

Dengan kemenangan Kedah malam tadi, skuad Kenari akan bertemu Kelantan yang mudah menjinakkan pasukan kelab dari Liga FAM, SPA FC dengan agregat 5-0 dalam saingan separuh akhir bermula 21 April.

Jurulatihnya Yunus Alif berkata kegagalan pasukan T-Team mengukir kejutan di laman sendiri sangat mengecewakan dan dilihat mempamerkan persembahan buruk dan hambar bertemu lawan.

"Saya terpaksa terima hakikat kekalahan anak didik saya dengan hati terbuka.

Misi kami tidak akan terhenti dan akan terus berjuang dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yunus berkata kelemahan paling ketara pasukan T-Team malam tadi ialah di bahagian tengah yang gagal menyokong dan membantu barisan hadapan memberikan lorongan bola yang baik.

T-Team kini menduduki tangga keempat dengan 19 mata dalam carta Liga Super di belakang 'abangnya' Terengganu yang berkelebihan satu mata manakala Kelantan terus mengungguli peneraju liga dan Lions XII dari Singapura di tempat kedua.- Bernama

Sinar Harian

Remaja reka cerita diculik boleh didakwa

Posted: 28 Mar 2012 12:22 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM - Remaja yang mereka cerita diculik dan dilarikan ke Thailand, selain terlibat dalam aktiviti meminta sedekah, boleh dikenakan tindakan mengikut jenayah komersial sekiranya ada bukti kukuh untuk mendakwanya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Superintendan Ng Keok Chai berkata, bagaimanapun orang awam yang pernah menjadi mangsa penipuan perlu tampil membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dimulakan.

"Jika dia mendakwa mewakili sesuatu organisasi dan siasatan mendapati ia palsu, dia boleh disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

"Syaratnya, mangsa perlu membuat laporan polis kerana tindakan remaja itu memperdayakan seseorang supaya memberi sesuatu sebagai sumbangan," katanya ketika ditemui di Bangunan Umno di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai siasatan polis terhadap remaja terbabit, berusia 14 tahun, yang didapati terlibat dalam kegiatan meminta sedekah bersama lima remaja Myanmar, berusia antara 14 dan 17 tahun.

Sebelum itu, ibunya membuat laporan polis mengatakan dia hilang selepas menghantarnya di sebuah hentian bas di Seksyen 9, di sini, 30 Januari lalu.

Remaja perempuan dan lima lelaki warga Myanmar tersebut kemudiannya diselamatkan polis Thailand di Bangkok pada 19 Mac, setelah mendakwa diculik.

Bagaimanapun, siasatan polis mendapati remaja tersebut sengaja mereka cerita bahawa dia diculik.

Dalam perkembangan berkaitan, seorang lelaki warga Myanmar ditahan di Kuala Selangor kerana menipu sebagai wakil untuk mengutip derma bagi pembinaan sebuah masjid di Thailand, baru-baru ini.

"Lelaki itu membawa surat sebagai bukti dan setelah disemak, surat tersebut adalah palsu. Tangkapan ini merupakan kes kedua direkodkan tahun ini," katanya.

Sinar Harian

Bom 500kg Perang Dunia Kedua dijumpai di Labuan

Posted: 28 Mar 2012 12:20 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

LABUAN: eberapa pekerja binaan di sebuah projek perumahan gempar apabila menemui sebutir bom yang dipercayai digunakan ketika Perang Dunia Kedua yang masih aktif di sebuah tapak pembinaan di Kampung Tanjung Aru, di sini.

Ketua Polis Labuan, Penguasa Saiman Kasran berkata, bom dengan ukur lilit lima diameter dan berat mencecah hampir 500 kilogram, dipercayai digugurkan semasa Perang Dunia Kedua, tetapi tidak meletup.

"Bom yang luar biasa ini dijumpai oleh pekerja binaan yang ketika itu sedang melakukan kerja-kerja meratakan tanah, dan bernasib baik bom tersebut tidak meletup," katanya kepada Bernama, di sini, hari ini.

Saiman berkata, bom itu akan dipindahkan ke tempat selamat dan akan dipantau oleh unit bom polis bagi memastikan kejadian yang tidak diingini tidak berlaku kepada penduduk kampung dan sekitarnya.

"Kerja-kerja pemusnahan akan dilakukan oleh unit pemusnah bom berpengalaman dalam masa terdekat," katanya.

Saiman turut menasihatkan orang ramai yang menjumpai objek-objek yang mencurigakan menyerupai bom supaya segera memaklumkan kepada pihak polis. - Bernama

Piala FA: Everton tempah tiket separuh akhir

Posted: 28 Mar 2012 12:15 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

EVERTON menempah tiket separuh akhir persaingan Piala FA selepas berjaya mengatasi Sunderand dalam persaingan suku akhir awal pagi tadi (waktu Malaysia) dan dijadualkan akan bertemu pasukan Liverpool.

Everton menang 2-0 walaupun Sunderland menguasai sebahagian besar perlawanan.

Bagaimanapun, barisan pimpinan David Moyes berjaya mendahului menerusi jaringan Jelavic pada minit ke-24 seterusnya gol kedua menerusi Vaughan pada minit ke-57, sekali gus melayakkan pasukan Everton ke separuh akhir.

Dalam satu lagi perlawanan, Tottenhem akan bertemu dengan Chelsea selepas berjaya mengatasi Bolton 3-1.

Perlawanan separuh akhir akan diadakan di Wembley pada 14 dan 15 April ini.

Sinar Harian

Lelaki Nigeria edar ganja dihukum gantung

Posted: 28 Mar 2012 12:11 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

ALOR SETAR - Seorang lelaki rakyat Nigeria dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana mengedar dadah, dua tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Zaki Abdul Wahab menjatuhkan hukuman itu terhadap Sylvester Okole, 33, yang didapati bersalah mengedar dadah jenis ganja seberat 11,577 gram di Platform 8, terminal bas Shahab Perdana di sini pada
pukul 9 malam 7 Oktober 2010.

Sylvester didakwa mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Ketika rayuan, peguambela tertuduh memaklumkan bahawa anak guamnya adalah penuntut di sebuah Institusi Pengajian Tinggi di Bangkok dan terpaksa menyara diri sendiri kerana tidak mendapat bantuan kewangan daripada ibu bapa atau mana-mana pihak.

Sylvester yang berkemeja-T putih dan seluar hitam kelihatan tenang ketika jurubahasa mahkamah memaklumkan mengenai hukuman terhadapnya.

Tertuduh diwakili peguam B.Murthy manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naziah Mokhtar. – Bernama

Sinar Harian

Lori sawit 40 tan terbalik

Posted: 28 Mar 2012 12:07 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH, Melaka - Seorang pemandu treler bernasib baik tidak mengalami sebarang kecederaan apabila lori 40 tan muatan kelapa sawit yang dipandu terbalik di Durian Tunggal, dekat sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, lori dipandu lelaki berusia 30-an dari arah Kesang Pajak ke Banting, Selangor itu dipercayai mengalami kerosakan brek sebelum terbalik ketika hendak membelok.

Pembantu ladang kelapa sawit di Kesang Pajak yang hanya ingin dikenal sebagai Ah Wong, 30-an berkata, lori itu bergerak dari ladangnya kira-kira jam 9 pagi.

"Ketika treler ini hendak membelok ke kiri menuju ke pekan Durian Tunggal, berlaku masalah pada brek hingga mengakibatkan treler ini gagal dikawal dan hilang kawalan sebelum terbalik ke sebelah kanan.

"Kesemua muatan kelapa sawit terbalik di atas jalan dan bernasib baik ketika kejadian tiada kenderaan melalui jalan itu," katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan kejadian berhubung sebuah treler muatan kelapa sawit yang terbalik berpunca daripada masalah teknikal atas kenderaan berkenaan.

Sinar Harian

Sumber Minyak Pertama Kali Ditemui Di Kenya

Posted: 28 Mar 2012 12:00 AM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

NAIROBI: Presiden Kenya, Mwai Kibaki mengumumkan penemuan sumber minyak di wilayah Timur Afrika buat pertama kalinya.

Perkembangan terbaru itu turut disahkan firma minyak asing dan mendakwa minyak mentah di Kenya mempunyai nilai tinggi sama seperti yang ditemui di negara jiran, Uganda.

Beliau turut memberi amaran bahawa nilai komersial sumber minyak yang ditemui di barat laut wilayah Turkana masih belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, katanya, beliau menyambut baik berita itu dan menyifatkannya sebagai penemuan mengejutkan.

Penemuan itu hanya diketahui pada hujung minggu lalu.

mstar/-

Mati dijerut, mayat dicampak

Posted: 27 Mar 2012 11:58 PM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SEREMBAN – Seorang suami tidak menduga perubahan sikap isteri yang semakin mesra adalah petanda dia akan pergi buat selama-lamanya.

Walaupun sikap isterinya berlainan daripada biasa, namun rasa tidak sedap hatinya itu, tidak diluahkan kepada sesiapa sehinggalah pihak polis memaklumkan, isterinya ditemui mati di Kampung Pasir Linsum, Siliau, di sini, semalam.

Mohd Syukri Mohd Jamil, 40-an berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan isterinya, Ruzina Jaafar, 40, pada jam 12 tengah malam kelmarin yang pulang ke rumah untuk menghantar dua anaknya sebelum beritahu mahu ke kedai.

"Sebelum itu saya memang ada di kedai bersembang dengan kawan yang datang makan. Isteri saya pun duduk sekali dengan saya sebelum saya pulang ke rumah kira-kira jam 11.30 malam.

"Dua jam sebelum menutup kedai iaitu jam 2 pagi, dia hantar dua anak kami pulang kerana mereka perlu ke sekolah keesokan hari, tapi dari tepi tingkap rumah, dia beritahu mahu ke kedai semula," katanya kepada Sinar Harian di Hospital Tuanku Ja'afar, di sini.


Hubungi ibu mertua

Menurutnya, sebaik sahaja menyedari isterinya tidak pulang ke rumah kira-kira jam 7 pagi, dia menghubungi ibu mertuanya di Jempol, namun kecewa kerana isterinya tiada di sana.

Syukri berkata, dia kemudiannya mencari isterinya di sekitar kawasan Simpang Pertang sebelum membuat laporan polis mengenai kehila­­ngannya.

"Satu jam kemudian saya terima panggilan daripada polis memaklumkan penemuan mayat seorang wanita di Rantau, yang ciri-cirinya sama seperti isteri saya.

"Saya tidak dapat pergi ke sana untuk membuat pengecaman mayat kerana tiada kenderaan. Jadi saya minta abang ipar saya untuk ke lokasi," katanya yang mempunyai lima anak.


Lebam di kepala

Sementara itu, menurut sumber, mangsa yang juga pemilik kedai makan di Simpang Pertang, Jelebu, ditemui mati dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dicampak di lokasi terbabit.

"Terdapat kesan jerutan di leher mangsa dan kesan lebam di kepala, dipercayai dibunuh dalam tempoh tidak sampai 24 jam sebelum mayatnya ditemui," katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Abang mangsa, Mohd Rafi Jaafar, 42, pula berkata, kali terakhir dia melihat arwah minggu lalu, ketika menghadiri kenduri kahwin ahli keluarganya.


Terbaring dalam semak

"Bagaimanapun pagi tadi, suami arwah menghubungi meminta saya ke Rantau untuk membuat pengecaman mayat," katanya.

Seorang saksi, Rusnah Manan, 51, berkata, dia terkejut melihat mayat seorang wanita terbaring di sebatang jalan berhampiran Sungai Linggi di lokasi kejadian.

"Ketika saya sedang mencari akar kayu di tepi sungai, saya terkejut apabila ternampak ada orang terbaring di dalam semak, yang pada awalnya saya ingatkan orang mabuk, tapi rupanya mayat seorang wanita," katanya.

Menceritakan kejadian, Rusnah berkata, sudah menjadi kebiasaannya mencari akar kayu di kawasan terbabit, namun penemuan mayat seorang wanita kira-kira jam 8 pagi itu sememangnya tidak disangka.

Menurutnya, dia ke tepi sungai terbabit kerana mahu mencari akar kayu bagi tujuan perubatan.

"Ketika saya sedang meninjau kawasan kejadian sambil menunggang motosikal, saya ternampak objek seperti kaki dan saya memberanikan diri menghampirinya.

"Alangkah terkejutnya saya kerana ia merupakan mayat seorang wanita yang lengkap berpakaian dan keadaan mukanya bengkak," katanya yang juga seorang bidan kampung.


Tiga kali ulang alik

Rusnah berkata, dia kemudiannya pulang ke rumah dan datang sekali lagi ke lokasi kejadian bersama anaknya untuk membuat pengesahan objek ditemuinya itu adalah mayat manusia, sebelum memaklumkannya kepada ketua kampung.

"Tiga kali saya berulang alik ke lokasi itu kerana saya tidak percaya apa yang saya nampak itu adalah mayat wanita sebelum saya bersama ketua kampung membuat laporan polis di Balai Polis Rantau.

"Saya masih terkejut dengan apa yang saya lihat kerana ini pengalaman pertama saya menemui mayat sejak 45 tahun menetap di kampung ini," katanya.

Sinar Harian

Polis serbu premis hiburan tanpa lesen

Posted: 27 Mar 2012 11:54 PM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

GEORGE TOWN -- Sebuah pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen di Komtar Walk, Jalan Ria di sini disita dalam operasi mencegah jenayah di sekitar bandar ini lewat malam tadi.

Polis turut menahan enam lelaki dan empat wanita berumur antara 20 hingga 46 tahun, dan kesemua mereka dibebaskan selepas diambil keterangan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata pusat hiburan yang dipercayai beroperasi sejak beberapa bulan lepas itu telah beberapa kali diserbu dan pemiliknya juga telah diberi amaran.

"Bekalan elektrik dan air ke premis itu dipotong berkuatkuasa serta merta," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Ops Cegah Jenayah Bersepadu yang bermula pada pukul 10 malam hingga 1 pagi.

Sementara itu, polis ingin mencari seorang lelaki berusia 50-an bagi membantu siasatan kes menikam peniaga ayam di Relau, Bayan Lepas Isnin lepas.

"Kami telah memanggil beberapa saksi dan polis percaya lebih daripada seorang terlibat dalam kes itu. Setakat ini seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun direman sehingga 30 Mac bagi membantu siasatan," katanya.

Dalam kejadian pada pukul 9 malam itu, Chong Hoon Huat, 40 cedera parah di perut dan bahu akibat ditikam ketika sedang menunggu untuk menaiki lif ke rumahnya di Alor Vista, Relau. -- Bernama

Sinar Harian

Orang Asli mengadu kubur jadi lapang sasar

Posted: 27 Mar 2012 11:50 PM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

Orang Asli Mahmeri dari Banting mendakwa menghadapi masalah melakukan upacara keagamaan apabila tanah perkuburan mereka di Bukit Jugra dijadikan sebagai Lapang Sasar menembak oleh Kementerian Pertahanan.

Dalan sesi inkuiri Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) semalam, seorang penduduk terlibat Ariff Embing mendakwa kesukaran itu membuatkan mereka terpaksa mengadakan upacara keagamaan di tempat lain yang jauh.

"Lapangan sasar itu tidak mengganggu kawasan perkuburan Orang Asli tetapi kawasan (perkuburan) itu di dalam lapangan sasar. Jadi susah kita mahu masuk.

"Kemudian kami pindah buat upacara keagamaan itu di Pulau Carey (Kuala Langat). Tetapi jaraknya jauh," katanya pada pendengaran awam inkuiri nasional mengenai hak tanah Orang Asli di ibu pejabat Suhakam, di Kuala Lumpur semalam.

Panel inkuiri tersebut diketuai oleh Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dan dianggotai oleh Pesuruhjayanya, Datuk Dr Khaw Lake Tee, Naib Pengerusi, Jannie Lasimbang serta dibantu oleh pakar perunding bebas Dr Colin Nicholas dan Datuk Denison Jayasooria.

Kes itu merupakan salah satu yang didengar semalam dan dikategorikan sebagai pencerobohan oleh pihak kerajaan, swasta dan individu.

Kementerian: Kami tak dimaklumkan

Selain itu, Ariff turut memberitahu, sebelum ini pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah memberi jaminan secara lisan bahawa mereka bebas untuk melakukan upacara keagamaan di tanah perkuburan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, apabila mereka ingin memasuki kawasan tersebut, mereka dilarang oleh pihak tentera.

"Kami pernah buat permohonan dengan pihak tentera untuk masuk. (Kami) dibenarkan. Tetapi sekali sahaja. Setiap kali nak masuk, kita perlu mohon kebenaran. Saya harap pihak JAKOA boleh mengemukakan permohonan," katanya.

Sementara itu, pada inkuiri sama, wakil kementerian pertahanan Mejar Baharom Ismail berkata, pihaknya tidak dimaklumkan mengenai kewujudan tanah perkuburan Orang Asli di lapangan sasar itu.

Katanya lagi, beliau hanya mengetahui adanya tanah perkuburan Orang Asli di kawasan itu selepas dimaklumkan oleh Suhakam.

"Kami tidak dimaklumkan ada kawasan perkuburan sehinggalah Suhakam panggil. Dan kami telah pergi kawasan tersebut dan kebanyakan yang kami jumpa ialah 'jirat' Cina.

"Saya ada pergi memantau ke kawasan atas (bukit) lapangan sasaran tetapi tidak ada apa-apa. Mungkin (ia) berada di kanan atau kiri kawasan itu. Saya tak pasti," katanya.

Inkuiri julung-julung kali

Selain itu, ketika ditanya adakah pihak kementerian meminta bantuan JAKOA untuk memantau kawasan itu, beliau berkata ''tidak ada''.

Bagaimanapun, Baharom berkata, pihaknya terbuka untuk menerima permohonan daripada Orang Asli bagi memberi kebenaran memasuki kawasan lapangan sasar untuk mengadakan upacara keagamaan di kawasan perkuburan itu.

Inkuiri nasional Suhakam merupakan julung kali diadakan berikutan banyak aduan dan memorandum yang diterima sejak beberapa tahun lepas atas dakwaan pelanggaran hak ke atas tanah adat.

Sebelum inkuiri diadakan, Suhakam terlebih dahulu telah mengadakan sesi konsultasi awam di beberapa lokasi di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia pada tahun lalu.

Inkuiri ini berlangsung semalam sehingga Jumaat ini.

malaysiakini/-

Pyongyang tetap lancar satelit

Posted: 27 Mar 2012 11:50 PM PDT

5 Jamadil Awal 1433H. [MOD] -

SEOUL: Korea Utara semalam berkata, ia akan meneruskan rancangan melancarkan satelitnya, tidak menghiraukan gesaan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama supaya membatalkan rancangan itu sambil menuduh pemimpin AS itu "bercanggah pendapat".

"Kami tidak akan melepaskan hak untuk melancarkan satelit secara aman, hak negara berdaulat dan langkah perlu untuk pembangunan ekonomi," kata jurucakap kementerian luar negara itu kepada agensi berita KCNA.

Jurucakap itu merujuk kepada ulasan Obama Ahad lalu ketika lawatannya ke Korea Selatan. - AFP

Tiada ulasan:

Nuffnang