Rabu, 15 Februari 2012

Direct Free Kick

Direct Free Kick


KENYATAAN AKHBAR - TARIKH AKHIR PENDUDUK MEMBAYAR SUMBANGAN 5% BAGI PROJEK CERIA ADALAH 7 MAC INI

Posted: 14 Feb 2012 10:25 PM PST

Penduduk yang telah ditawarkan bantuan di bawah Program Baikpulih Negeri Berkebajikan (CERIA) Fasa Kedua perlu mengemukakan bahagian mereka sebelum 7 Mac 2012 akan datang.

Untuk Fasa Kedua CERIA, 50 kawasan pangsapuri telah ditawarkan dan 26 kawasan telah mengemukakan bahagian mereka.

Di bawah CERIA, penduduk pangsapuri kos rendah perlu mengemukakan pendahuluan sebanyak 5% dari kos membaikpulih sebelum kerja-kerja dimulakan. Baki 15% boleh dibayar secara ansuran.

Penduduk pansgapuri kos rendah hanya perlu menanggung 20% dari kos baikpulih dan Kerajaan Negeri akan menanggung 80%.

Adalah diharapkan 24 kawasan yang belum mengemukakan bahagian mereka melakukannya secepat mungkin.

Sekiranya mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan 5% ini, maka diharap mereka dapat membincangkannya dengan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor.

Jika mereka gagal datang berbincang sebelum 7 Mac 2012, maka kawasan mereka akan ditangguh perlaksanaannya ke Fasa Ketiga.

Kawasan-kawasan yang berada di Fasa Ketiga pula akan menggantikan giliran mereka.

Kerajaan Negeri berhasrat untuk membaikpulih 100 kawasan di bawah CERIA.

Untuk Fasa Pertama, 18 kawasan telah ditawarkan dengan 10 kawasan telah siap sepenuhnya.

Iskandar bin Abdul Samad
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan & Setinggan
Negeri Selangor
14 Februari 2012

Tiada ulasan:

Nuffnang