:: cina islam | 2011 :: |
- Suspek Pengebom Ditahan Di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi
- Selangor jamin tidak berlaku krisis air 2014
- Batu Nisan hidup di kg Manok
- Bajet pertahanan China meningkat
- Dengar nasihat godfathers tu Kak Ijat mow! mow!
- Selangor jamin tidak berlaku krisis air 2014
- Kelantan bina lebuh raya, Umno mati akal
- Ahmad Said cabar kewibawaan ROS
- Abu Qatada dibebas di Britain
- Ahmad Maslan ulangi sejarah ‘Maharaja Rom’
- Pasar Borong Terengganu umpama anak tiri
- Mengapa BN beli gula lebih tinggi dari harga pasaran?
- RM589.4 juta Tajudin-Danaharta ke bawah permaidani?
- Peneroka Paloh Dahagakan Geran
- Penantian 30 tahun untuk dapat geran tanah berakhir
- PPR: Surat terbuka untuk Raja Nong Chik
- Dicekup dalam semak
- Waktu-Waktu Doa Mustajab
- ‘Port’ sunyi, gelap jadi pilihan
- Indonesia tamatkan monopoli perniagaan francais
- Mastura masih trauma
- Penduduk ukur lelaki paling pendek dunia
- Injap jantung sempit
- Sindiket jual bayi berleluasa
- Tertangkap curi kepala paip
Suspek Pengebom Ditahan Di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi Posted: 15 Feb 2012 12:55 AM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - BANGKOK: Seorang rakyat Iran ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di sini malam Selasa berhubung insiden tiga letupan di ibu negara sebelum ini. Ketua Polis Bandaraya Bangkok Leftenan Jeneral Winai Thongsaeng berkata suspek ditahan ketika cuba menaiki penerbangan pukul 6 petang untuk keluar dari negara ini. Tiga letupan bom menggegarkan Bangkok pada Selasa menyebabkan seorang lelaki rakyat Iran hilang kedua-dua belah kakinya apabila sebutir bom yang dilontarkannya ke arah kereta peronda polis melantun semula dan mengenainya di Jalan Sukhumvit 71 di sini. Suspek yang ditahan di lapangan terbang itu dipercayai seorang daripada teman serumah pengebom manakala seorang lagi masih bebas. Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara Jeneral Pansiri Praphawat berkata selain pengebom, empat rakyat tempatan cedera dalam kejadian itu. Beliau berkata bom pertama meletup di sebuah rumah yang disewa oleh rakyat Iran berkenaan di Lorong Preedeepanomyong 31, off Jalan Sukhumvit 71 pada kira-kira 2 petang. Polis menemui beberapa butir bom buatan sendiri di dalam rumah berkenaan, katanya. Pansiri berkata selepas letupan itu, lelaki Iran terbabit menahan sebuah teksi di tepi jalan di lorong itu, tetapi dia melemparkan sebiji bom ke arah teksi berkenaan apabila pemandu teksi enggan berhenti setelah diberi amaran oleh orang awam bahawa lelaki terbabit membawa bom. Timbalan Ketua Polis Negara itu berkata kereta peronda polis berjaya memintas pengebom itu di hadapan sebuah sekolah di Jalan Sukhumvit 71 dan lelaki terbabit membaling bom ketiga ke arah kereta peronda tetapi bom berkenaan melantun semula ke arahnya dan meletup. Pada masa ini tidak dapat dipastikan sama ada kejadian letupan itu mempunyai kaitan dengan mana-mana amaran keganasan di ibu negara ini yang dikeluarkan oleh beberapa negara bulan lepas. Pada 13 Jan, Kedutaan Amerika Syarikat di sini mengeluarkan amaran bahawa pengganas asing mungkin akan melakukan serangan terhadap kawasan pelancongan di ibu negara ini dalam masa terdekat. Suspek pengganas, seorang rakyat Lubnan berusia 48 tahun, ditahan di bandar ini pada 12 Jan dan lebih empat tan bahan letupan ditemui selepas itu. Kira-kira 20 negara telah mengeluarkan amaran perjalanan sejak itu tetapi pada masa ini kebanyakan negara telah menarik balik amaran itu. - BERNAMA |
Selangor jamin tidak berlaku krisis air 2014 Posted: 15 Feb 2012 12:50 AM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 15 Feb: Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku krisis air menjelang 2014 seperti mana yang dihebahkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Kerajaan Persekutuan sebelum ini. Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kesihatan, Pekerja, Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar berkata, krisis air yang dibangkitkan itu merupakan propaganda politik kerajaan Barisan Nasional. "Ini adalah usaha BN untuk meracun pemikiran dan bertujuan menakut-nakut rakyat Selangor dalam usaha mereka untuk merampas kembali negeri ini. "Kerajaan negeri berpendapat bahawa projek mega pemindahan air dari Pahang ke Negeri Selangor serta tindakan Syabas memaksa Kerajaan Negeri meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat (Langat 2) yang menelan berbilion-bilion ringgit itu tiada tujuan lain. "Apa yang diketahui ia hanya bertujuan memberi kontrak dan habuan keuntungan kepada syarikat-syarikat kroni yang rapat kepada pemimpin-pemimpin BN," jelasnya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini, hari ini. Dalam pada itu beliau menyatakan, Kerajaan Selangor dengan menggunakan teknologi rawatan air terkini telah mengenalpasti beberapa punca air yang telah dirawat dan boleh digunapakai bagi menampung keperluah rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. "Bagi menampung keperluan air kita akan mengambil air mentah dari bekas-bekas lombong yang banyak terdapat di seluruh negeri Selangor, pengambilan air bawah tanah, rawatan dan penapisan air singai, penggunaan air hujan dan juga air mentah dari takungan air hujan. "Malah kerajaan negeri juga bersetuju dengan cadangan Persatuan Pengguna untuk memaksimakan penggunaan sumber-sumber air tersebut untuk menampung keperluan harian rakyat Selangor," jelasnya lagi. Tambahnya lagi, cadangan ini merupakan alternatif yang lebih bermanafaat dan menjimatkan daripada projek pembangunan infrastruktur pemindahan air dari Pahang yang menelan belanja berbilion ringgit wang pembayar cukai. Kerajaan negeri juga sedang mempercepatkan langkah bagu merawat air sungai untuk penggunaan sektor perindustrian di Negeri Selangor. "Bagi tujuan ini kerajaan negeri telah meluluskan lesen pemindahan air mentah kepada anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Konsortium Air Sdn Bhd yang mempunyai trek rekod dan kepakaran teknologi terkini dalam menguruskan dan merawat air. "Sekali lagi kerajaan negeri memberi jaminan bahawa isu bekalan air tidak akan timbul malah ia mencukupi sehingga tahun 2020," sambungnya lagi. Lantaran itu, kerajaan negeri bertegas untuk terus meneruskan tadbir isu bekalan air bagi memastikan rakyat Selangor terus mendapat manafaat pemberian 20 meter padu air percuma. harakahdaily/- |
Posted: 15 Feb 2012 12:40 AM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Kawasan perkuburan kampung Manok yang terletak dalam daerah di Machang, Kelantan telah mencetuskan satu fenomena misteri sejak 100 tahun lalu apabila sebuah batu nisan dikatakan membesar sehingga 100 kali ganda daripada saiz asal. Inilah saiz batu nisan yang didakwa hidup di Kg. Manok Fenomena itu kini menjadi persoalan di kalangan penduduk di situ yang menganggap ia sebagai keramat. Jauh daripada pemikiran tahyul sebegitu, bagaimana batu nisan ini boleh membesar sebegitu rupa? Apakah ia mempunyai rahsia seperti mana batu Megalith yang dikatakan boleh membesar dengan sendirinya. Menurut sejarah, batu Megalith digunakan orang-orang dahulu kala sebagai penanda kuburan. Batu ini mampu membesar dan kekal lama tanpa mengalami proses luluhawa. Di kepulauan Sulawesi, Indonesia, batu Narik Punang mampu membesar dan membentuk susuk tubuh manusia dengan rupa paras sekali. Jika dilihat dari jauh, ia kelihatan seperti manusia tertanam separas pinggang. Ada pelbagai mitos mengenai batu Megalith ini, tetapi apa yang pasti, ia digunakan sebagai batu tanda kerana sifatnya tahan cuaca alam. zs./- |
Bajet pertahanan China meningkat Posted: 15 Feb 2012 12:30 AM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - SINGAPURA - Bajet untuk pertahanan China dijangka meningkat dua kali ganda di antara tahun 2011 dan 2015 dan di luar jangkaan perbelanjaan gabungan semua pasaran utama pertahanan lain di rantau Asia Pasifik, kata kumpulan penyelidikan global IHS semalam. Bajet pertahanan China yang berjumlah AS$119.8 bilion (RM364.80 bilion) pada tahun lepas dijangka meningkat AS$238.2 bilion (RM725.34 bilion) pada 2015, menandakan kadar pertumbuhan tahunan 18.75 peratus dalam tempoh tersebut, ramal IHS yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Angka pada 2015 itu melebihi jumlah 12 negara yang digabungkan dan mempunyai bajet pertahanan terbesar di rantau ini dan ia hampir empat kali ganda perbelanjaan pertahanan Jepun yang menduduki tangga kedua perbelanjaan pertahanan tertinggi pada tahun itu. "Beijing mampu untuk meningkatkan sebahagian besar daripada keseluruhan bajetnya ke arah pertahanan dan telah secara stabil membina keupayaan ketenteraannya lebih dua dekad lalu," kata Ketua Ekonomi Asia Pasifik, IHS Global Insight. China akan menggunakan peruntukan tambahan itu untuk peralatan yang lebih moden dan dalam masa sama mengurangkan tenaga kerja. Selain China dan Jepun, laporan itu turut menganalisis perbelanjaan pertahanan India, Korea Selatan, Australia, Taiwan, Singapura, Indonesia, Pakistan, Thailand, Malaysia, Vietnam dan New Zealand. - AFP |
Dengar nasihat godfathers tu Kak Ijat mow! mow! Posted: 15 Feb 2012 12:27 AM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 15 Feb: Tekanan kepada Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil semakin berat apabila bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir terus mendesak beliau. Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi berkata kepada Shahrizat: "Dengarlah segera nasihat Godfathers tu Kak Ijat...Mow! Mow! Mow!" Mahathir hari ini menasihatkan Shahrizat melepaskan jawatan itu dan jangan terlalu sayangkan jawatan. "(Beliau) mesti fikirkan kesan kepada parti. Jangan terlalu sayangkan jawatan terlalu banyak," kata bekas presiden Umno itu kepada pemberita pada sidang media selepas ucapan sulungnya sebagai Canselor Universiti Perdana di Serdang hari ini. Seorang pemimpin, kata Mahathir, perlu tahu apabila sudah tiba waktunya untuk berundur, sambil memberi contoh, dirinya sendiri yang rela berundur secara sukarela selepas 22 tahun berkuasa. "Malah saya, apabila sudah terlalu lama (berkuasa) dan rakyat mulai bosan, saya pergi," sindirnya. "Terpulanglah kepada beliau," katanya lagi. Mahathir mengulas komennya sebelum ini yang mahu Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, supaya berundur. Shahrizat sebelum ini enggan melepaskan jawatan itu dengan alasan beliau tidak ada kaitan dengan skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) itu. Ini kerana, ia diuruskan oleh suami dan anak-anaknya bukannya beliau. Ketua Odit Negara sebelum ini dalam laporannya berkata, NFC mempunyai masalah. Ekoran itu, pelbagai pendedahan dibuat bagaimana wang pinjaman mudah kerajaan bernilai RM250 juta dibelanjakan oleh NFC. Antaranya membeli kondo mewah di Bangsar, Orchid Road Singapura dan Marina Bay Singapura. NFC juga didakwa membeli kenderaan mewah di samping membelanjakan duitnya untuk pelancongan mewah. NFC ditubuhkan untuk memajukan pertanian negara melalui ternakan untuk mengurangkan pergantungan negara kepada daging import. Ia diluluskan oleh kerajaan melalui Rancangan Malaysia ke 9 dan peruntukannya diluluskan melalui satu Jawatankuasa Berimpak Besar yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak, timbalan perdana menteri ketika itu. Ekoran itu, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan Shahrizat sahaja yang bersalah kerana pihak yang patut bertanggungjawab terhadapnya adalah menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu iaitu Tan Sri Muhyidin Yasin. Oleh itu, Muhyidin dan Najib yang turut patut meletakkan jawatan ekoran terdedahkan skandal yang memalukan ini. Baru-baru ini, Shahrizat telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya berkaitan dengan NFC ini. Harakah Daily |
Selangor jamin tidak berlaku krisis air 2014 Posted: 15 Feb 2012 12:25 AM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - SHAH ALAM, 15 Feb: Kerajaan Negeri Selangor memberi jaminan bahawa tidak akan berlaku krisis air menjelang 2014 seperti mana yang dihebahkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Kerajaan Persekutuan sebelum ini. Pengerusi Jawatankuasa Tetap, Kesihatan, Pekerja, Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar berkata, krisis air yang dibangkitkan itu merupakan propaganda politik kerajaan Barisan Nasional. "Ini adalah usaha BN untuk meracun pemikiran dan bertujuan menakut-nakut rakyat Selangor dalam usaha mereka untuk merampas kembali negeri ini. "Kerajaan negeri berpendapat bahawa projek mega pemindahan air dari Pahang ke Negeri Selangor serta tindakan Syabas memaksa Kerajaan Negeri meluluskan pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat (Langat 2) yang menelan berbilion-bilion ringgit itu tiada tujuan lain. "Apa yang diketahui ia hanya bertujuan memberi kontrak dan habuan keuntungan kepada syarikat-syarikat kroni yang rapat kepada pemimpin-pemimpin BN," jelasnya kepada pemberita selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di sini, hari ini. Dalam pada itu beliau menyatakan, Kerajaan Selangor dengan menggunakan teknologi rawatan air terkini telah mengenalpasti beberapa punca air yang telah dirawat dan boleh digunapakai bagi menampung keperluah rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. "Bagi menampung keperluan air kita akan mengambil air mentah dari bekas-bekas lombong yang banyak terdapat di seluruh negeri Selangor, pengambilan air bawah tanah, rawatan dan penapisan air singai, penggunaan air hujan dan juga air mentah dari takungan air hujan. "Malah kerajaan negeri juga bersetuju dengan cadangan Persatuan Pengguna untuk memaksimakan penggunaan sumber-sumber air tersebut untuk menampung keperluan harian rakyat Selangor," jelasnya lagi. Tambahnya lagi, cadangan ini merupakan alternatif yang lebih bermanafaat dan menjimatkan daripada projek pembangunan infrastruktur pemindahan air dari Pahang yang menelan belanja berbilion ringgit wang pembayar cukai. Kerajaan negeri juga sedang mempercepatkan langkah bagu merawat air sungai untuk penggunaan sektor perindustrian di Negeri Selangor. "Bagi tujuan ini kerajaan negeri telah meluluskan lesen pemindahan air mentah kepada anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Konsortium Air Sdn Bhd yang mempunyai trek rekod dan kepakaran teknologi terkini dalam menguruskan dan merawat air. "Sekali lagi kerajaan negeri memberi jaminan bahawa isu bekalan air tidak akan timbul malah ia mencukupi sehingga tahun 2020," sambungnya lagi. Lantaran itu, kerajaan negeri bertegas untuk terus meneruskan tadbir isu bekalan air bagi memastikan rakyat Selangor terus mendapat manafaat pemberian 20 meter padu air percuma. Harakah Daily |
Kelantan bina lebuh raya, Umno mati akal Posted: 15 Feb 2012 12:23 AM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KOTA BHARU, 15 Feb: Usaha Kerajaan Kelantan mahu membina sendiri lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai selepas permohonan mereka tidak mendapat perhatian Kerajaan Pusat, bakal meranapkan impian Umno negeri itu untuk menawan Kelantan. Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rosli Abdullah berkata, dengan inisiatif kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz itu, Umno selepas ini 'mati akal' untuk memburukkan kerajaan negeri dengan isu pembangunan. "Tak perlu pihak Umno Kelantan nak canang nak tawan Kelantan kerana tiada pembelaan untuk rakyat, isu kemiskinan, air dan sebagainya. "Ia hanya isu lapuk yang sudah tidak boleh didendangkan lagi di zaman siber ini," ujarnya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed yang mendakwa rakyat sudah hilang sokongan kerana tidak berjaya menyelesaikan masalah air dan kemiskinan. Exco Kelantan, Datuk Husam Musa dalam satu kenyataan sebelum ini berkata kerajaan negeri terpaksa mengambil tindakan membina sendiri lebuh raya itu memandangkan cadangan pembinaan itu kepada kerajaan Pusat sejak Rancangan Malaysia ke 5 (1986-1990) sehingga sekarang belum dapat dilaksanakan. Pembinaan lebuh raya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dan R9 persimpangan bertingkat serta 2 buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) itu dijangka menelan kos antara RM1.5 hingga RM1.8 billion. Mengulas lanjut, Rosli berkata, andainya kerajaan negeri Kelantan tidak mampu menjaga kebajikan rakyat, masakan pula bercadang untuk membina lebuh raya itu. "Malah Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan Lebuhraya ini telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari 5 syarikat," ujarnya lagi. Sementara itu, beliau bagaimanapun menyeru semua jentera Pakatan Rakyat di seluruh negara khususnya negeri-negeri yang dimenangi bekerja keras untuk mempertahankan kemenangan masing-masing. Harakah Daily |
Ahmad Said cabar kewibawaan ROS Posted: 15 Feb 2012 12:20 AM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - RANTAU PANJANG, 15 Feb: Kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menganggap PAS sebagai parti ajaran sesat secara tidak langsung mencabar kewibawaan Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Ini kerana ROS bertanggungjawab melulus pendaftaran PAS sebagai sebuah parti politik sejak 61 tahun lalu. Bekas pensyarah kanan Akademi Islam Universiti Malaya, Senator Datuk Dr Johari Mat berkata, tuduhan melulu yang dibuat itu juga memperlihatkan Pengerusi Umno Terengganu tidak meneliti langsung impaknya terhadap Islam. Kata beliau, tuduhan yang dilemparkan tersebut amat merbahaya dan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat. "Namun lebih dibimbangi lagi boleh menjejaskan akidah orang yang mengeluarkan kenyataan tersebut," katanya ketika ditemui selepas kuliah Maulidurrasul di Masjid Beijing di sini malam kelmarin. Turut hadir anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, Adun Gual Periok, Ustaz Mohamad Awang dan anggota jawatankuasa masjid berkenaan. Baru-baru ini Ahmad Said ketika berucap pada majlis menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia di Kijal dilapor menuduh PAS kini tersasar jauh daripada perjuangan Islam dan menyifat sebagai 'parti ajaran sesat'. Ekoran itu Pemuda PAS mendesak Menteri Besar Terengganu menarik balik dan meminta maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu sebelum diambil tindakan undang-undang. Dr Johari yang juga anggota Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan menyifatkan Ahmad sebagai pemimpin yang tidak berhemat ketika mengeluarkan kenyataan. Harakah Daily |
Posted: 15 Feb 2012 12:00 AM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - LONDON 14 Feb. - Guru agama yang pernah digambarkan sebagai orang kanan Osama bin Laden di Eropah, Abu Qatada dibebaskan dari sebuah penjara di Britain semalam dengan syarat-syarat ikat jamin yang sangat ketat. Qatada yang menentang ekstradisi ke Jordan, dibebaskan dari penjara kawalan ketat Long Lartin di Worcestershire, tengah England dan dikehendaki menjalani perintah berkurung 22 jam di rumahnya di London. Lelaki berusia 51 tahun itu dianggap sebagai ancaman serius terhadap keselamatan Britain dan menghabiskan hampir sepanjang enam tahun yang lalu di dalam penjara tanpa didakwa ketika London berusaha untuk mengusirnya ke Jordan. Dia meninggalkan penjara sekitar pukul 9.15 malam tadi (5.15 pagi ini waktu Malaysia) dengan menaiki sebuah van dan kelihatan menutup mukanya dengan sebelah tangan. Menjelang pembebasannya, Jabatan Dalam Negeri berkata, pihaknya akan mengambil 'segala langkah' untuk memastikan Qatada diekstradisi ke Jordan, di mana dia didapati bersalah terlibat dengan serangan keganasan pada 1998. Qatada juga kelihatan menyampaikan ceramah dalam video yang ditemui di rumah pangsa seorang pengebom berani mati dalam serangan 11 September 2001. Bagaimanapun Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah memutuskan Britain tidak boleh mengusir warga Jordan itu ke tanah airnya kerana keterangan yang digunakan terhadapnya dalam sebarang perbicaraan mungkin diperoleh menerusi penyeksaan. - AFP |
Ahmad Maslan ulangi sejarah ‘Maharaja Rom’ Posted: 14 Feb 2012 11:55 PM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KOTA BHARU, 15 Feb: Tindakan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan 'membakul sampahkan' Buku Jingga dianggap mengulangi sejarah Maharaja Rom mengoyak surat yang dihantar Rasulullah saw. Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, tindakan itu menunjukkan sikap yang tidak menghormati orang lain. "Soal nak terima atau tidak, soal lain. Tapi buang Buku Jingga dalam bakal sampah di hadapan orang ramai di atas pentas menunjukkan sikap yang tidak bertamadun. "Sebagai seorang timbalan menteri sepatutnya beliau lebih berdisiplin, lebih-lebih lagi perbuatan itu menjejaskan kewibawaan dirinya sendiri," katanya di sini. Baru-baru ini media melaporkan Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri memasukkan Buku Jingga ke dalam tong sampah pada perjumpaan bersama ketua-ketua tanah rancangan Felda di Kuala Lumpur. Mohd Amar yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, tindakan tersebut menjejaskan kewibawaan individu, parti dan jawatan yang dipegangnya. "Itulah sikap biadab yang tidak sepatutnya berlaku," katanya. Pakatan Rakyat mengeluarkan Buku Jingga mengariskan tawaran jangka pendek dan jangka panjang dalam mentadbir negara sekiranya mengambil alih pentadbiran di Putrajaya. Buku Jingga dipersetujui parti-parti Pakatan Rakyat dan diumumkan di konvensyen kedua di Pulau Pinang pada 19 Disember 2010. Sementara itu beberapa peneroka ketika dihubungi meluahkan rasa kesal di atas tindakan timbalan menteri yang bertanggungjawab menjaga Felda menghina buku Jingga di hadapan mereka. Zulkifli Muhamad, 53 dari Ciku 1 Gua Musang berkata, rata-rata masyarakat peneroka kesal terhadap apa yang dilakukan Ketua Penerangan Umno menghina program ditawarkan Pakatan Rakyat di hadapan orang ramai. Harakah Daily |
Pasar Borong Terengganu umpama anak tiri Posted: 14 Feb 2012 11:53 PM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU, 15 Feb: 'Umpama pasar zaman Cowboy'. itulah gambaran yang dapat dilihat di Pasar Borong Terengganu yang terletak di Gong Pauh, dekat sini. Suasana, kemudahan dan sebagainya langsung tidak menggambarkan kedudukan Kuala Terengganu sebagai sebuah bandaraya. (Longkang yang tersumbat di Pasar Borong Terengganu dekat Gong Pauh...gambar Dr Azman) Pasar Borong Terengganu dibina oleh kerajaan Terengganu dibawab pimpinan PAS ketika itu untuk dijadikan tapak jualan barangan oleh petani dan nelayan tempatan. Namun selepas Terengganu diambil alih oleh BN semula, pasar ini seolah-olah dianakitirikan oleh kerajaan negeri yang baru sehinggalah sekarang. Bagi Dr Azman Ibrahim, Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Terengganu, penguatkuasaan dan kemudahan asas pasar ini mesti seiring dengan status bandaraya Kuala Terengganu sekarang. Beliau bersama pasukannya telah melakukan tinjauan dan bertemu para peniaga pada awal pagi semalam, 14 Februari 2012. Beliau mencatatkan beberapa isu utama yang perlu diberikan perhatian oleh pihak berwajib, khususnya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. "Pertama, infrastruktur dan kemudahan asas. Kemudahan pasar borong yang dimanfaatkan oleh 99.99% peniaga Melayu ini kelihatan seperti zaman 'cowboy' dengan kedhaifan persekitarannya," kata Dr Azman kepada Harakahdaily. Sebahagian besar jalannya tak berturap, binaan-binaan kayu yang uzur, longkang tersumbat dan berbau busuk khususnya di kawasan peniaga bahan –bahan basah seperti ikan dan ayam, bekalan air yang lebih kerap terputus dan pelbagai lagi. "Sepatah rungutan mereka yang kami dengar. Kenapa kami dianaktirikan, di sini yang berniaga adalah orang Melayu, Majlis Bandaraya kutip cukai dari kami, tak kan nak tunggu kami angkat sepanduk, buat demonstrasi, baru nak baiki!" beritahu Dr Azman. Kedua, Kelemahan penguatkuasaan sehingga membenarkan peniaga-peniaga luar datang memasarkan barang-barang mereka di atas lori di kawasan parkir kenderaan secara berleluasa tanpa sekatan sehingga menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga yang sah di sini. "Kami di sini dikenakan macam-macam bayaran, sedangkan orang luar ambil kesempatan secara percuma," kata salah seorang dari mereka. Samada secara langsung atau tidak, kekurangan ini telah menyumbang kepada penurunan mendadak bilangan pelanggan yang datang berurusan sehingga para peniaga mengakui, akhir-akhir ini hasil jualan mereka berkurangan hampir separuh daripada biasa. Ditambah lagi dengan saingan dari pasaraya besar yang menawarkan serba-serbi dengan kemudahan yang selesa dan nyaman, sedangkan kami berniaga dalam keadaan serba kekurangan. Berkenaan sumber bekalan hasil-hasil pertanian, secara umum, jelas didapati Terengganu masih gagal untuk beranjak dari pertanian tradisi dan sara diri kepada pertanian adalah perniagaan. Sebahagian besar bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dipasarkan di sini adalah produk keluaran Thailand dan Cameron Highland. Ternyata slogan 'Pertanian Adalah Perniagaan' gagal direalisasikan oleh kerajaan negeri walaupun telah membelanjakan peruntukan puluhan juta ringgit setiap tahun. "Di mana silapnya?" soal beliau. Harakah Daily |
Mengapa BN beli gula lebih tinggi dari harga pasaran? Posted: 14 Feb 2012 11:51 PM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 15 Feb: Harga gula sedunia semakin turun tetapi kerajaan Umno Barisan Nasional telah mengimport gula dengan harga yang lebih tinggi, menambah beban dalam meningkatkan pembaziran wang rakyat. Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, keputusan kerajaan Umno BN untuk mengimport gula pada harga US$26 per 100 paun sedangkan harga terakhir Disember 2011 adalah US$23.42 per 100 paun, menyebabkan kerugian besar dan menambah beban subsidi. Katanya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Pengguna dan Koperasi, Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan awal bulan ini bahawa kerajaan telah memeterai kontrak 3 tahun untuk mengimport gula mentah pada harga US$26 untuk setiap 100 paun yang ditandatangani pada bulan lalu. "Mengapa kerajaan menandatangani kontrak 3 tahun untuk membeli gula pada US$26 setiap 100 paun sedangkan harga terakhir yang diniagakan gula pada Disember 2011 adalah pada USD23.42 setiap 100 paun, iaitu 10 peratus di bawah harga belian kerajaan?" katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, subsidi gula terpaksa ditambah bagi menanggung peningkatan kos sebagaimana yang diumumkan oleh Ismail, iaitu subsidi gula terpaksa dinaikkan daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram. Ini bermakna kerajaan perlu membayar RM567 juta untuk subsidi gula tahun ini berbanding RM262.4 juta pada tahun lepas, dan kesilapan kerajaan membeli dengan harga yang tinggi akan membazirkan RM64 juta. Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara hairan dengan keputusan kerajaan untuk 'mengunci' pada harga yang lebih tinggi sedangkan trend menunjukkan bahawa harga gula sedang jatuh. Katanya, setelah mencapai harga puncak US$29.47 setiap 100 paun pada Julai 2011, harga gula telah turun secara konsisten setiap bulan, iaitu daripada US$28.88 pada Ogos kepada US$26.64 (September), US$26.30 (Oktober), US$24.52 (November) hinggalah kepada US$23.42 (Disember) setiap 100 paun. Tambah beliau lagi, laporan media Bloomberg pada 5 Februari lalu memetik kenyataan Macquarie Group Ltd bahawa harga gula akan jatuh lagi kepada 18 sen setiap paun kerana adanya lebihan untuk musim 2011-2012. "Jika ini benar, maka Malaysia akan kehilangan RM491 juta setiap tahun. Jika kita telah membeli pada harga rendah dan bukannya menambah subsidi, Malaysia boleh mengurangkan subsidi gula tanpa meningkatkan harganya," katanya. Menurut Pua, Ismail dengan angkuhnya berkata, "saya ingatkan anda bahawa kerajaan adalah bijak" apabila telah mengumumkan perjanjian jangka panjang yang akan membazirkan wang rakyat itu. "Apa yang dilihat sekarang ialah kerajaan Umno BN kelihatan bodoh dalam percubaannya untuk tunjuk pandai dan ianya akan membebankan pembayar cukai beratus-ratus juta ringgit dan itu tidak sepatutnya berlaku," tambah beliau. Beliau turut mempertikaikan mengapa kerajaan yang mengunakan wang rakyat yang perlu mengimport sendiri gula mentah sedangkan ia patut dilakukan oleh Malaysian Sugar Manufacturing Bhd dan Tradewinds Bhd pada harga yang paling rendah. Menurutnya, kedua-dua syarikat itu perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bukannya diberi keistimewaan serta perlindungan oleh kerajaan Umno BN daripada menghadapi risiko pasaran. Harakah Daily |
RM589.4 juta Tajudin-Danaharta ke bawah permaidani? Posted: 14 Feb 2012 11:49 PM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 15 Feb: Pelbagai pihak tertanya-tanya bagaimanakah caranya penyelesaian dibuat antara syarikat kerajaan Pengurusan Danaharta Berhad (Danaharta) dengan bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli. Ini kerana, ia melibatkan jumlah wang yang besar iaitu RM589.14 juta wang yang diarahkan oleh mahkamah agar dibayar oleh Tajudin kepada Danaharta sebelum ini. Ia berlaku di Mahkamah Rayuan semalam apabila Peguam Tajudin, Lim Kean Leong berkata, anakguamnya bersetuju untuk menarik balik semua 27 rayuan, 11 antaranya terhadap Danaharta. "Dan dia (Tajudin) berharap, semua kos akan ditanggung oleh pihak yang berkenaan," Lim memberitahu mahkamah berikutan persetujuan antara Tajudin dan Danaharta yang bersetuju untuk menanggung kos masing-masing. Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dalam kenyataannya mempertikaikan penyelesaian ini. "Adakah ini satu lagi skandal? Apa isi penyelesaiannya? Sila jelaskan maklumat terperinci kepada rakyat," kata beliau melalui Twitternya. Pada tahun 2009, Danaharta serta dua anak syarikatnya berjaya dalam saman RM589.14 mereka terhadap Tajudin di Mahkamah Tinggi. Ogos 2011, media melaporkan, kerajaan telah mengarahkan semua anak-anak syarikatnya (GLC) agar menggugurkan semua tuntutan mereka terhadap Tajuddin, anak didik bekas bendahari Umno, Tun Daim Zainudin ini. Dalam surat yang dihantar oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, semua GLC dan Danaharta diberitahu, Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan semua saman terhadap Tajudin di luar mahkamah. Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, terserah kepada rakyat negara ini untuk membuat keputusan samada penyelesaian di luar mahmamah satu usaha untuk menutup kes ini. "Ini negara demokratik. Jika kamu fikir kerajaan cuba menyapu perkara ini ke bawah permaidani, kamu boleh tidak menyokong kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang," kata Mahathir di Universiti Perdana. Harakah Daily |
Peneroka Paloh Dahagakan Geran Posted: 14 Feb 2012 11:47 PM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Malam tadi letih sangat. Balik dari Klang terus tumbangkan badan dan tidur hingga rapat ke Subuh. Selepas menyubuhi Tuhan bangun sekejap kemudian sambung (qodha) tidur sampai jam 10:00 pagi. Ini pun tubuh masih mumai. Bila tersedar rasa bersalah dengan penjengok sebab semalam janji hendak posting catatan perjalanan seharian kelmarin. InsyaAllah saya akan cuba memenuhi janji semalam yang saya rasa tidak berdosa kalau pun saya tidak tunaikan! Kenapa tidak.. saya berjanji sendiri dengan blog saya sendiri yang hanya dikongsi baca oleh penjengok budiman. Saya faham penjengok tidak akan menuntut lebih dari apa yang sepatut mereka dapat lakukan kerana semuanya percuma. Di mana saya hendak mulakan catatan ini? Biar saya ambil dari peristiwa bertemu mesra dengan peneroka Kedar Paloh 1, - Paloh ialah termasuk dalam kawasan Kesedar - Pembangunan Kemajuan Kelantan Selatan. Sebagai kawasan Kesedar ia merupakan kawasan peliharaan kerajaan. Kesedar samalah dengan Felda yang mahu menjadikan penerokanya sebagai lembu gemuk atau ayam daging. Adapun pengerusi Kesedar waktu ini ialah bekas wakil rakyat Dabong (BN) Ramzi Abdul Rahman. Kebanyakan mereka yang dibawa masuk ke tanah rancangan ini pemuda yang datang dari berbagai daerah dan jajahan. Mereka diberikan tanah seluas kira-kira 10 ekar seorang. Kerajaan hanya menyediakan kemudahan asas dan infrastruktur lain untuk membantu mereka. Itu sajalah asasnya, yang lain disedia dan diusahakan sendiri oleh peneroka yang kebanyakan masih berliawan. Apa masalahnya di sini? Masalahnya sama seperti di kawasan Felda lain mengenai hak milik tanah yang mereka usahakan. Saya sendiri tidak tahu kalau mereka rata-rata masih belum mendapat hak milik tetap walaupun sudah menjadi peneroka selama 30 tahun. Terdapat lebih 1,200 peneroka di Kesedar Paloh belum menerima geran hak milik masing-masing. Dari jumlah itu hanya 70 orang sahaja yang menerima geran hak milik sementara mereka yang lain tidak menerima. Pemberian ini berlaku ketika Tengku Razaleigh Hamzah memimpin parti Semangat 46. Selepas itu tidak ada upacara pemberian geran tanah kepada peneroka secara besar-besaran melainkan kelompok-kelompok kecil di zaman Nik Aziz ini. Inilah masalah mereka, soal untuk mendapatkan status hak milik. Petang itu bertempat di rumah seorang peneroka di Paloh 1, berhimpunlah kira-kira 50 orang peneroka yang datang dari berbagai kawasan atau blok. Mereka datang kerana ingin mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah mereka. Dalam perkiraan saya mereka kebanyakannya merupakan kepala atau wakil-wakil peneroka yang diharap mengatasi masalah mereka. Kebetulan dua orang wakil rakyat berada di Gua Musang yang dalam rangka mengadakan ekspedisi ke kawasan Orang Asli, mengetahui akan ada 'himpinan' kecil itu jadi mereka dijemput ikut sama datang untuk mendengar permasalahannya. Adun itu ialah Drs Zainuddin Awang Hamat (Limbongan) dan Omar Mohamad (Perupok). Zainuddin dikenali sebagai wakil rakyat 'penjalan malam' yang menjelajahi segenap pelusuk daerah untuk menngenali masalah orang miskin. Kehadiran Zainuddin dan Omar sesuatu yang bertuah kepada mereka. Kedatangan secara tiba-tiba dan diluar jangkaan itulah yang mereka selaku rakyat inginkan. Tidak payah diadakan majlis ataupun sembelih lembu, acara tari menari, seweng dan sebagainya tiba-tiba datang itulah dikatakan wakil rakyat prihatin dan mengambil berat masalah rakyat. Wakil Rakyat yang cakna bukan akan bertindak selepas rakyat mengadu tetapi akan bertindak sebaik saja tahu mengenai sesuatu perkara. Sikap dan fiil beginilah yang perlu dipelajar dan ditekuni oleh wakil rakyat khasnya wakil Gual Periok, Ahmad Awang. Segala masalah mereka diluah semahunya petang itu. Kedua orang wakil rakyat itu mendengar dengan penuh prihatin dan simpati. Kebetulan Omar pernah menjadi Exco dan menduduki jawatankuasa tanah negeri. Jadi faham sangatlah permasalahan dihadapi oleh peneroka itu. Antara keluhan para peneroka Paloh itu ialah kenapa sukar sangat untuk berikan geran hak milik kepada mereka. Sudah 30 tahun mereka menjadi peneroka di mana kelewatan melampau itu tidak sepatutnya berlaku. Apa yang malang sekali ada antara peneroka yang disingkir oleh pihak berkuasa Kesedar kerana melakukan kesalahan-kesalahan kecil seperti tidak menyatakan kesetiaan kepada Umno. Tindakan penyingkiran ini juga satu kezalaiman yang sedang dipertahankan oleh peneroka Kesedar. Khabarnya sudah ada satu kes akan dibawa ke mahkamah kerana penyingkiran. Dalam pada itu berbagai janji telah diberikan kepada mereka. Setiap kali menjelang pilihan raya, janji-janji sama ditaburkan kepada mereka. "Kami sudah 'lugal' dengan janji-janji begini," begitu celah seorang peneroka yang duduk tersudut dari belakang penuh sinikal. Mulanya dia mendiamkan diri saja tetapi akhirnya bersuara juga kerana sudah tidak tahan menanggung permasalahan itu. "Mari seorang insyaAllah... mari dua insyaAllah... itulah janjinya...tetapi semuanya tidak menjadi, hanya insyaAllah insyaAllah saja. Yang mari bukan saja yang pakai songkok, pakai topi, tei, yang pakai kopiah juga datang berjanji...," curah salah seorang peneroka yang dianggap gedebe secara berterus terang. Dia juga mengakui penyokong kuat Tengku Razaleigh Hamzah. Mendengar segala rintihan itu menimbulkan simpati di dalam hati. Kesian... apa lagi melihat kepada wajah-wajah mereka yang menggambarkan betapa peritnya mereka menjadi peneroka untu mendapatkan sejuring tanah. Peneroka yang dibawa masuk ke Kesedar awal tahun 79-an dan 80-an dulu bukan seistimewa peneroka dalam Felda yang disediakan segala macam kemudahan asas dan juga wang elaun. Mereka di Kesedar hanya dibekalkan parang, cangkul dan golok sahaja di samping berbekalkan seumpit beras, ikan kering dan garam. Mereka ditanda kawasan dan membangun sendiri dengan kudrat dan iradatnya. Pemberian tanah oleh kerajaan Pas di zaman Mohd Asri Muda (Allahyarham) semua sudah selesai apabila mereka mendapat geran hak milik. Malangnya peneroka di dalam kawasan Kesedar yang dikuasai oleh pentadbiran UBN sampai kini tidak diselesaikan. Saya masih ingat Rais Yatim sewaktu menjadi Menteri Tanah satu masa dulu memuji dengan sikap peneroka Kesedar. Dia kagum dan meminta peneroka lain mencontohi semangat peneroka Kesedar yang berdikari tanpa mengharap bantuan kerajaan membangunkan tanah masing-masing. Malang sekali pujian dan kebangaan itu tidak ke mana bila mana hak mereka untuk mendapat gerak hak milik masih belum tertunai sampai kini. Seolah-olah kegigihan peneroka Kesedar itu tidak mendapat apa-apa pengikhtiaraf pun. Pertemuan petang itu mungkin memberi sedikit kelegaan kepada mereka. Kedua wakil rakyat, Zainddin dan Omar meminta mereka menyediakan segala dokumen mengenai tuntutan mereka dan surat menyurat berkaitan. Peneroka harus sepakat membuat tuntutan menerusi saluran-saluran yang munasabah. Kerajaan negeri kata mereka tidak ada masalah kerana menjadi dasar pemerintah Pas Kelantan di bawah Tok Guru Nik Aziz akan memberi hak milik kepada mereka yang berhak. "Saya rasa ini tidak ada masalah, tuan-tuan boleh menyediakan segala dokumen dan bawa ke peringkatan atasan. Saya jamin kalau tidak ada masalah-masalah lain dan tanah yang tuan-tuan usahakan kini hak tuan-tuan tidak ada sebab kerajaan tidak boleh berikan geran," ujar Omar lagi sambil menambah dengan mengatakan sokongan ke atas tindakan peneroka itu. Dalam pada itu apa yang menjadi masalah dan penyerahan geran itu tertangguh sebelum ini mungkin kerana ada pihak tertentu yang sengaja tidak mahu menyegerakan penyerahan geran hak milik itu kerana motif-motif politik tertentu. Kalau tidak ada halangan ini mungkin semua para peneroka yang sudah kesekian lama menerokai itu sudah mendapat geran hak milik. Menurut Omar ada juga pendapat pihak tertentu yang tidak mahu menyerahkan geran hak milik atau melewat-lewatkan kerana untuk dijadikan umpan politik. Tindakan seperti itu katanya bukan menjadi dasar kerajaan Pas Kelantan. Ujarnya Tok Guru selalu mengatakan dan mengharap setiap masalah rakyat sekecil mana pun perlu diselesaikan. Secara peribadi saya sangat berharap semoga masalah dihadapi peneroka Kesedar di Paloh itu dapat diselesaikan. Hak milik mereka tidak perlu dilengahkan. Berikan hak mereka dengan sewajarnya. Paling menyedihkan juga katanya sebelum ini peneroka telah diberi geran hak milik palsu kerana semata-mata mengharapkan sokongan politik. Usahlah permainkan sebegitu sekali kerana mereka ada rakyat marhain yang suci dan jujur. Bagi peneroka geran hak milik adalah sebagai pengikhitaraf buat mereka selama bertungkus lumus membuka tanah hutan untuk membangunkan sosial budaya mereka. Kandati pun mereka kini sudah menduduki tanah masing-masing dan sampai yang sudah ada cucu namun mata mereka tidak akan terpejam rapat kalau mati sebelum geran hak milik tidak diserahkan kepada mereka. Janganlah pula kerajaan Pas yang kini sudah memerintah selama 21 tahun juga terlepas untuk memberesi tanggungjawab ini. [wm.kl.11:35 am 15/02/12] Harakah Daily |
Penantian 30 tahun untuk dapat geran tanah berakhir Posted: 14 Feb 2012 11:46 PM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - SABAK BERNAM, 15 Feb: Umur Puan Rasib Ghazali sudah mencecah 72 akan tetapi, harapan penduduk Kampung Hala Cara Baru itu untuk mendapat geran tanah bagi tapak rumahnya tidak kesampaian hinggalah semalam. (MB Selangor menyampaikan notis 5A kepada Puan Rasib) Penantian Rasib dan 116 penduduk kampung di daerah Sabak Bernam selama lebih 30 tahun berakhir apabila mereka diberikan notis 5A, iaitu notis yang mengakui mereka pemilik tanah yang sah, oleh Kerajaan Selangor. Perasaan lega dan gembira jelas kelihatan di wajah Rasib dan penerima-penerima lain dari kampung Kampung Nelayan Haji Dorani, Kampung Jalan Pantai Sekendi dan Kampung Hala Cara Baru Sungai Panjang. "Hampir-hampir 30 tahun lah. 30 tahun saya tunggu tak dapat-dapat. Sampai sekarang dah dapat Alhamdulillah," kata Rasib kepada Selangorkini apabila ditemui di dalam majlis penerimaan borang tersebut di sini. Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berkata pemberian geran kepada pemilik tanah yang sah adalah usaha berterusan pentadbiran Pakatan Rakyat. "Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mahu bersikap adil kepada rakyat yang sudah berpuluh tahun menanti tetapi masih belum mendapat geran tanah. Di sesuatu kawasan, mereka sebagai pemilik yang sah. Inilah antara usaha dan janji kita kepada rakyat Selangor. "Kita dapati dari kajian kita bukan sedikit. Lebih daripada 80,000 rakyat peneroka tanah di Selangor akan menerima geran sah (notis 5A) milik kepada mereka," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Borang Notis 5A Dan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) di Dewan Seri Bernam di sini hari ini. Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim dan Pegawai Daerah Sabak Bernam, Mohd Zainal Mohd Nor. Seorang lagi penerima Rahani Siran, 71, dari Kampung Hala Cara Baru berkata, beliau menanti saat itu lebih dari 20 tahun dan berasa amat gembira pada hari ini. "Tinggal kampung di sana tu dalam tahun 1989, dalam 22 tahunlah," katanya. Seorang lagi, Mohd Sulaiman Yunus, 74, dari Kampung Nelayan Haji Dorani mengungkapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. "Alhamdulillah sangatlah kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah memberi notis 5A dan kebenaran untuk saya menduduki tanah Kampung Nelayan ini dan masalah ini selesailah," kata Mohd Sulaiman. Kerajaan Negeri juga akan mengurangkan bayaran premium hingga ke RM1,000 kepada penerima geran dan sekiranya masih tidak mampu menjelaskannya, mereka tetap dibantu oleh Tabung Kebajikan. Pada majlis yang sama seramai 120 pewaris turut menerima RM1,500 seorang dari Skim Mesra Usia Emas (SMUE). "Dasar Kerajaan Pakatan Rakyat adalah untuk menyelesaikan keseluruhannya dan tanpa mengambil kira fahaman politik kerana mereka semua adalah rakyat Selangor. Mereka berhak mendapat geran tersebut," kata Abdul Khalid semasa memberi sumbangan SMUE. Harakah Daily |
PPR: Surat terbuka untuk Raja Nong Chik Posted: 14 Feb 2012 11:44 PM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - YM Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar Aras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62100 Putrajaya 15 Februari 2012 Skim Pembiayaan Khas Penjualan Program Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan Perumahan Awam DBKL (PA DBKL) : Menentukan kaedah pembiayaian terbaik untuk pembeli Pertama, Pakatan Rakyat ingin menyatakan sokongan penuh terhadap usaha murni skim pembelian rumah mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah, selagi pelaksanaan dibuat secara teratur. Ini jelas dinyatakan di dalam kenyataan akhbar rasmi dan memorandum Pakatan Rakyat kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Tidak timbul persoalan bahawa kami tidak menyokong skim ini. Kedua, isu dasar bukanlah seperti tuduhan tidak berasas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar yang mendakwa Pakatan Rakyat tidak yakin dengan kebolehan bakal peminjam untuk membuat bayaran - tetapi isu dasar adalah mengenai sumber dana untuk skim ini yang akan datang dari KWSP. Kenyataan Menteri mengenai peranan KWSP juga telah menyebabkan timbulnya reaksi meminta penjelasan sepenuhnya bukan sahaja dari Pakatan Rakyat malah dari rakyat, ahli lembaga KWSP, MTUC dan CUEPACS kerana ia melibatkan tabungan simpanan hari tua pekerja; sedangkan sudah ada sumber dana lain yang dapat memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya bakal pemilik sendiri. Maka, Pakatan Rakyat telah meminta dan telah hadir di dalam satu taklimat bersama KWSP di mana beberapa maklumat penting telah didedahkan: i) tawaran KWSP masih belum diluluskan dan perjanjian belum dimeterai; ii) pinjaman adalah terus kepada kerajaan dan bukan peminjam; iii) sebuah institusi kewangan akan diminta menguruskan pentadbiran kredit; iv) hanya RM300 juta akan diberi untuk tahun pertama dan bukan RM1.5 bilion seperti yang dicanang Menteri. Ketiga, soal kadar faedah atau kadar keuntungan yang akan dikenakan ke atas pinjaman seperti yang diumumkan Dato Mohd Amin Nordin, Timbalan Ketua Pengarah DBKL (pada 31 Jan 2012) adalah 6.5%, di mana 1% adalah untuk kos perkhidmatan dan 5.5% kepada KWSP. Pakatan Rakyat berpendapat kadar faedah 6.5% terlalu tinggi; kenapa kadar yang lebih rendah, seperti 2% yang dikenakan kepada pinjaman mudah (soft loan) RM250 juta projek National Feedlot Center (NFC) melibatkan suami dan keluarga salah seorang Menteri dalam kabinet Kerajaan Pusat tidak digunakan? Kerajaan sepatutnya tidak membezakan di antara kadar faedah pinjaman untuk golongan kaya dengan golongan berpendapatan rendah. Pada kadar 6.5% selama 25 tahun, harga rumah asal RM35,000 mencecah RM70,800, iaitu dua kali ganda harga rumah asal. Sekirannya kadar 2% digunakan, sama seperti yang diberi oleh kerajaan BN kepada projek NFC, peminjam akhirnya hanya membayar sebanyak RM44,400. Pemberian kadar faedah yang hanya memihak kepada golongan atasan juga dilihat di dalam projek Lebuhraya Pantai Barat bernilai RM7 billion, di mana pinjaman mudah (soft loan) RM2.24 bilion diberikan oleh kerajaan pusat kepada Kumpulan Europlus pada kadar faedah 4%, termasuk subsidi 3% ke atas pinjaman komersil kumpulan tersebut. Di mana letaknya pertimbangan untuk membantu golongan berpendapatan rendah secara adil dan saksama? Keempat, Pakatan Rakyat mencadangkan demi membela penduduk PPR-PA dan menjadikan pemilikan rumah sebagai sumber penjana ekonomi rakyat, satu konsep mudah milik patut dilaksanakan iaitu konsep 'Sewa Hingga Milik - Tanpa Faedah' (SHM - TF). Sebagai contoh harga rumah RM35,000 dengan masa bayaran melalui sewa selama 25 tahun akan menjadikan bayaran bulanan hanya sekitar RM117 tidak termasuk kos penyelenggaraan bangunan. Pendekatan ini bertepatan dengan konsep merakyatkan ekonomi kerana rumah PPR-PA DBKL sudahpun siap dibina serta diduduki manakala kos pembinaannya sudah diambil kira. Kerajaan juga tidak perlu meminjam daripada KWSP atau institusi kewangan lain. Konsep ini akan juga mengurangkan kos pentadbiran kerana sistem kutipan sewa sedia ada sudah mencukupi. Ini adalah konsep "semua menang - rakyat senang". Kelima, untuk memenuhi aspirasi dan membela rakyat berpendapatan rendah, skim memiliki rumah PPR-PA ini juga mestilah diperluaskan kepada semua rakyat di seluruh negara kerana rakyat berpendapatan rendah bukan semuanya tinggal di Kuala Lumpur. Skim ini mesti memberi peluang kepada semua penyewa tidak kira status ekonomi atau bangsa untuk memiliki rumah yang dapat memberi jaminan tempat tinggal serta menjadi asas membangunkan harta keluarga dengan mudah dan telus. Keenam, untuk memperkayakan lagi proses demokrasi 'mengutamakan rakyat', dicadangkan penduduk PPR-PA diberi peluang melalui satu referendum memilih di antara tiga cadangan: i) cadangan Kerajaan untuk skim pinjaman tajaan KWSP pada kadar faedah 6.5%; ii) cadangan untuk skim pinjaman mudah (soft loan) pada kadar faedah ala-'NFC' sebanyak 2%; atau iii) skim Sewa Hingga Milik - Tanpa Faedah. Pilihan (ii) dan (iii) boleh ditawarkan kerana Menteri telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan memiliki dana mencukupi walaupun keputusan yang beliau ambil adalah untuk menggunakan dana KWSP. Oleh demikian, Pakatan Rakyat menerima cabaran berdebat yang dikeluarkan Menteri di mana tajuknya hendaklah "Apakah kaedah pembiayaian terbaik untuk Skim Pembiayaian Khas Program PPR-PA?". Debat ini juga mesti disiar langsung di kaca televisyen seperti mana debat di antara Ketua Menteri Pulau Pinang dan Presiden MCA akan disiarkan dalam saluran Astro. Ini barulah demokrasi yang berdasarkan keperluan rakyat untuk mendapat informasi telus dan tepat untuk membuat pilihan yang adil. Nurul Izzah Anwar Ahli Parlimen Lembah Pantai Harakah Daily |
Posted: 14 Feb 2012 11:42 PM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KAMPUNG RAJA - Seorang pelajar perempuan yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima padah apabila dia didenda maksimum RM3,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini. Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof menjatuhkan hukuman tersebut selepas beliau berpuas hati terhadap pengakuan salah tertuduh kerana melakukan persediaan melakukan persetubuhan luar nikah dengan seorang lelaki yang bukan suaminya. Mohd Nazri turut memerintahkan perempuan berumur 18 tahun itu dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda. Mengikut pertuduhan, tertuduh ditangkap bersama lelaki sebayanya di dalam sebuah Perodua Kembara dalam semak di tepi lebuh raya Kampung Padang Luas pada jam 1.05 tengah hari, 24 Disember tahun lalu. Ketika ditangkap tertuduh baru selesai menduduki peperiksaan SPM di sebuah sekolah menengah manakala pasangannya beralamat di kampung sama tidak bekerja. Dia dituduh mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Enakman Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) 2001 Terengganu yang boleh dihukum di bawah seksyen sama iaitu jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya. Pendakwaan dijalankan Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof. Nik Mohd Shahril Irwan ketika membacakan fakta kes memberitahu, bertindak atas maklumat, penguat kuasa syariah melakukan rondaan dan tinjauan di sekitar kawasan lebuh raya Kampung Padang Luas (menghala ke Lata Tembakah) dan melihat sebuah kereta Perodua Kembara yang diletakkan dalam semak berhampiran kebun getah. Setelah menghampiri kereta itu, penguat kuasa mendapati tidak kelihatan orang di dalamnya tetapi manakala semua pintu dan cermin tertutup rapat serta enjin dan pendingin hawa dihidupkan. Penguat kuasa merapati kenderaan tersebut melalui pintu sebelah kanan pemandu dan mendapati kedua-dua kerusi hadapan direbahkan sepenuhnya. Nik Mohd Shahrul Irwan memberitahu mahkamah lagi, penguat kuasa bertindak mengetuk cermin dan membuka pintu menyebabkan mereka terkejut dan gelisah. Lelaki ketika memakai baju T dan tanpa memakai seluar manakala tertuduh perempuan memakai baju T lengan panjang tanpa memakai seluar dan tudung. Sehelai seluar dalam dan seluar trek yang dijadikan barang kes milik perempuan turut dibawa ke mahkamah untuk pengesahan. Perempuan terbabit menangis ketika berada dalam kandang tertuduh apabila Mohd Nazri menegur perbuatannya yang telah melukakan hati ibu bapanya. Dia hadir ke mahkamah dengan ditemani abangnya. Pasangannya pula turut dijatuhkan hukuman yang sama dalam perbicaraan berasingan pada minggu lalu. Sinar Harian |
Posted: 14 Feb 2012 11:40 PM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - Ada waktu-waktu tertentu yang mempunyai nilai mustajab doa. Maka jangan sia-siakan kesempatan untuk berdoa di waktu itu. 1. Waktu sepertiga malam yang akhir Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya". (HR Bukhari dan Muslim) 2. Sewaktu berbuka puasa bagi orang yang berpuasa "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak". (HR Ibnu Majah) 3. Doa selepas solat fardhu "Doa itu mustajab pada waktu malam dan selesai solat fardu" (HR Al-Tirmizi) 4. Doa di dalam sujud "Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhl ah berdoa keraan saat itu sangat tepat untuk dikabulkan" (HR Muslim) "Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud , maka perbanyakkanlah berdoa" ( HR Muslim ) 5. Sesaat pada hari Jumaat "Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidaklah bertepatan seorang hamba muslim shalat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut". (HR Bukhari dan Muslim) 6. Ketika Lailatulqadar Aisyah r.a bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Sekiranya saya bertemu dengan Lailatul Qadar , apakah yang perlu say abaca? Jawab Rasulullah s.a.w sebutlah olehmu Ya Allah, sesungguhnya Kamu Maha Pemaaf lagi Maha Mulia . Kamu sukakan kemaafan . Jesteru , maafkanlah aku ." (HR Al-Tirmizi, Ibn Majah & Al-Nasa'ie , lihat sahih Al-Tirmizi ) 7. Ketika Hari Arafah Dari 'Amr bin Syu'aib Radhiyallahu 'anhu dari bapaknya dari datuknya bahawasanya Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda. "Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah". (Sunan At-Tirmidzi, bab Jamiud Da'waat 13/83) 8. Doa antara Azan dan Iqamah "Tidaklah ditolak doa diantara azan dan iqamah ." (HR Al-Tirmizi) 9. Ketika Hujan Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang ditolak ialah kerana pada saat itu sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340) my ibrah/- |
‘Port’ sunyi, gelap jadi pilihan Posted: 14 Feb 2012 11:38 PM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - BUTTERWORTH - Seorang wanita warganegara Indonesia beragama Islam yang sedang memadu kasih bersama teman lelakinya bukan Islam antara tujuh pasangan remaja yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena Hari Kekasih sekitar daerah ini, malam semalam. Ketika ditahan oleh kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JAINPP), lima pasangan itu berada di Kawasan Rehat dan Rawat, Lingkaran Luar Butterworth (BORR) dan dua pasangan lagi di Pantai Bersih di sini. Kesemuanya didapati berdua-duaan di tempat sunyi dan berkelakuan tidak senonoh. Ketua Unit Operasi Penguatkuasaan, JAINPP, Khairul Azman Azizan yang mengetuai operasi bermula jam 10 malam hingga 3 pagi itu berkata, pihaknya menyasarkan dua kawasan itu kerana ia sering dijadikan lokasi memadu kasih oleh pasangan remaja. "Dengan kedudukannya yang gelap dan jauh dari pandangan awam, dua kawasan itu sering dijadikan pilihan untuk pasangan remaja melakukan maksiat. Kita sering menjalankan operasi mencegah kemungkaran di kawasan ini kerana tidak mahu gejala buruk seperti itu dibiarkan berleluasa tambahan lagi untuk diraikan oleh pasangan kekasih sempena sambutan Hari Kekasih semalam," katanya. Menurut Khairul Azman, enam pasangan remaja dan wanita warganegara Indonesia itu diberikan notis kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 29 iaitu berkelakuan tidak sopan di tempat awam. Lelaki bukan Islam yang menjadi pasangan wanita warganegara Indonesia itu pula dilepaskan. Difahamkan jika sabit kesalahan, setiap seorang mereka ditahan boleh didenda RM1,000 atau penjara enam bulan atau pun kedua-duanya sekali. Selepas ditahan kesemua mereka dibawa ke Pejabat Agama di sini untuk disoal siasat dan dibebaskan dengan jaminan oleh ahli keluarga masing-masing serta akan didakwa di Mahkamah Syariah dalam masa terdekat. Sinar Harian |
Indonesia tamatkan monopoli perniagaan francais Posted: 14 Feb 2012 11:35 PM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - JAKARTA - Syarikat francais asing disyaratkan mempunyai lebih daripada satu rakan usaha sama tempatan di Indonesia menerusi peraturan baharu yang berkuat kuasa bulan ini. Peraturan itu, antara lain, menetapkan francaisor asing tidak menyekat francaise induk dan tidak membuka premis mereka sendiri bagi mengelak monopoli pasaran serta menggalakkan persaingan. Francaise syarikat asing kini dikawal oleh "francaise induk" tunggal, menyebabkan wujud monopoli, lapor The Jakarta Post yang memetik kenyataan Ketua Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Indonesia, Gunaryo, pada Rabu. Gunaryo berkata peraturan baharu itu juga terpakai untuk francaise tempatan. Pada masa ini banyak francaise tempatan, seperti kedai runcit, masih beroperasi dengan membuka premis mereka sendiri, serta tidak sahaja menjual produk masing-masing kepada pihak lain. Laporan itu juga menyebut peraturan baharu itu juga memusatkan pendaftaran dan pengeluaran lesen francais kepada perniagaan asing dan tempatan oleh Kementerian Perdagangan. Pada masa ini lesen untuk francais tempatan dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan manakala permit untuk francais asing diluluskan oleh kerajaan pusat. Data Jawatankuasa Francais dan Lesen Indonesia menunjukkan terdapat 1,114 francais tempatan dan asing di Indonesia sehingga lewat tahun lepas. Bilangan itu dianggarkan meningkat sebanyak 15 peratus tahun ini, lebih tinggi daripada purata pertumbuhan tahunan sebanyak 11 peratus berikutan potensi kemasukan beberapa francais dari Amerika Syarikat, Malaysia, Korea Selatan, China, Jepun dan Australia.- Bernama Sinar Harian |
Posted: 14 Feb 2012 11:31 PM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA KANGSAR – Biarpun hampir sebulan berlalu, mangsa kejadian diekori harimau ketika menoreh getah berhampiran Kampung Chuar Hulu di sini, masih lagi dalam keadaan trauma. Rohani Osman memberitahu anaknya, Mastura Kamarudin sering diserang demam sehingga menyebabkan kesihatannya terjejas. "Mastura juga tidak mampu meneruskan persekolahan seperti biasa kerana kesihatannya yang tidak menentu malah terpaksa berulang alik ke klinik. "Keadaan itu disebabkan dia masih lagi terkejut dan teringat-ingat dengan kejadian kami diekori harimau di kebun getah pada bulan lalu," katanya. Tambah Rohani, kesihatan Mastura dalam keadaan baik selepas kejadian itu namun setelah selang beberapa hari dia mula diserang demam. "Anak saya hanya sempat pergi sekolah tiga hari sahaja selepas perayaan Tahun Baru Cina, kemudian dia diberi cuti sakit oleh doktor kerana demam. "Dia masih terkejut dengan kejadian yang berlaku dan ada mengadu susah untuk tidur malam kerana sering terbayang insiden diekori harimau. Katanya, dia pernah membawa Mastura berubat secara tradisional dengan seorang ustaz dan diberikan air tawar untuk dijadikan air mandian namun Mastura enggan melakukannya. "Bukan sahaja Mastura yang masih trauma, saya juga sering teringat harimau itu walaupun ia sudah ditembak," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya. Rohani memberitahu buat masa ini, mereka hanya mencari buah pinang bagi menyara hidup kerana bimbang keselamatan mereka sekiranya pergi menoreh di kebun getah terbabit. "Sejak kejadian itu, memang saya tidak pergi menoreh kerana bimbang terserempak harimau lagi. Kami tidak akan sana lagi," katanya. Sinar Harian |
Penduduk ukur lelaki paling pendek dunia Posted: 14 Feb 2012 11:30 PM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - DUA penduduk mengukur ketinggian Chandar Bahadur Dangi dekat rumahnya di Kampung Reemholi di Nepal pada Khamis lalu. KAMPUNG REEMKHOLI, Nepal – Ketinggian seorang lelaki berusia 72 tahun, Chandra Bahadur Dangi yang mendakwa menjadi lelaki paling pendek di dunia telah diukur oleh beberapa penduduk kampung dekat rumahnya di sini pada Khamis lalu. Kampung lelaki itu terletak 540 kilometer ke barat daya bandar Kathmandu. Dia menunggu pengesahan daripada para pegawai Guinness World of Records berhubung dakwaannya itu. Ketinggian lelaki itu cuma 56 sentimeter dan punca dia kelihatan rendah masih menjadi misteri. Sehingga kini, rekod lelaki terpendek di dunia dipegang oleh warga Filipina, Junrey Balawing dengan ketinggian 59.93 sentimeter. - Agensi |
Posted: 14 Feb 2012 11:30 PM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - TEBUK PANCHUR – Seorang surirumah memerlukan kira-kira RM30,000 untuk menjalani pembedahan menukar injap jantung kerana menghadapi masalah injap jantung sempit sehingga menyukarkan untuk bernafas. Sarimah Hamid, 47, yang tinggal di Semanggol, di sini memberitahu dia terpaksa berulang alik ke Taiping dan Pulau Pinang untuk mendapatan rawatan dan membuat pemeriksaan dengan pakar jantung secara berkala. "Setiap dua minggu sekali, saya akan pergi ke Hospital Taiping untuk rawatan susulan dan setiap tiga bulan, saya akan ke Hospital Pulau Pinang bagi menemui pakar jantung," katanya. Walaupun, dia menerima bantuan Perkeso menerusi Skim Pencen Ilat namun jumlah itu masih tidak mencukupi untuk menampung kos pembedahannya. Tambah Sarimah, selain terpaksa mencari wang untuk kos pembedahan, dia juga perlu menyediakan perbelanjaan untuk berulang alik dari rumah ke hospital. "Saya amat berharap ada insan yang sudi meringankan beban saya termasuk pihak kerajaan agar saya dapat menjalani pembedahan bagi merawat masalah injap sempit dengan segera," katanya. Suaminya, Abd Hamid Ali, 55, yang bekerja sebagai buruh kasar berkata, dia adat menyimpan sebahagian gajinya untuk kos pembedahan isterinya, namun jumlah itu terlalu sedikit. "Memandangkan pendapatan bulanan yang saya perolehi hanya RM600 , agak mustahil untuk mengumpul wang yang banyak, lebih-lebih lagi saya perlu menyediakan makan minum dan belanja persekolahan tiga orang anak," katanya. Harapan Hamid, ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan dan bersimpati dengan kesihatan isterinya. "Kepada yang ingin membantu bolehlah menghubungi saya di talian 013-5043043 atau menyalurkannya ke akaun Bank Rakyat atas nama Abd Hamid Ali, 22-005-128260-5," katanya. Agency |
Posted: 14 Feb 2012 11:26 PM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR - Harga serta permintaan yang tinggi bagi bayi dikatakan merupakan antara punca kegiatan menjual bayi masih berleluasa. "Polis percaya sindiket penjualan bayi yang sudah lama wujud ini semakin berleluasa kerana terdapat permintaan yang sangat tinggi terutamanya bagi pasangan yang tidak mempunyai zuriat," kata Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Jalil Hassan kepada Bernama. Beliau turut berkata seorang bayi boleh mencapai harga melebihi RM20,000 berdasarkan kesempurnaan dan kecerahan warna kulit. "Harga menjadi lebih tinggi sekiranya disertakan dengan dokumen pengenalan diri seperti Sijil Kelahiran semasa pembelian," katanya. Abdul Jalil menjelaskan kebanyakan bayi dijual pada lingkungan umur satu hingga tiga bulan namun ada juga kanak-kanak berusia sehingga enam tahun turut dijual. "Kegiatan terancang ini bermula dengan penjagaan rapi yang diberikan kepada ibu-ibu yang mengandung di pusat penjagaan haram, bagi menghasilkan bayi yang sihat demi mendapatkan nilai jualan yang tinggi. "Wanita yang dihantar ke pusat penjagaan haram ini biasanya terdiri daripada gadis yang mengandung anak luar nikah dan juga wanita warga asing yang tidak mahukan bayi kandungan mereka dan sanggup menjual untuk mendapatkan wang," katanya. Statistik D7 mencatat sembilan kes menjual bayi tahun lalu berbanding 20 kes pada tahun sebelum itu. Misalnya pada Januari 2011, polis berjaya menumpaskan kes penjualan bayi yang berumur antara lima hingga tujuh hari yang dijual dengan harga antara RM15,000 hingga RM20,000. Polis turut berjaya menyelamatkan tiga orang bayi, seorang ibu kepada salah seorang bayi ini serta dua wanita yang sarat mengandung di Selangor. Presiden Pertubuhan Sukarelawan Pembangunan Sosial, Pencegahan Jenayah dan Anti Dadah Kuala Lumpur (Pencegah), Jeevan S.Ramamurthy juga tidak menolak kemungkinan kegiatan menjual bayi berlaku di kawasan pedalaman. "Sindiket pemerdagangan bayi semakin rancak di kawasan pedalaman kerana kebanyakan keluarga amat terdesak untuk mendapatkan duit. Namun ia sukar dikesan," katanya. Beliau turut mempertanggungjawabkan kepada segelintir klinik swasta yang sanggup bekerjasama dengan sindiket untuk memalsukan rekod kelahiran bayi, bagi memudahkan bayi dijual. Agency |
Posted: 14 Feb 2012 11:22 PM PST 22 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] - TELUK INTAN - Perbuatan mencuri kepala paip di deretan kedai berhampiran Pasar Besar, dekat sini, pada awal pagi semalam, menyebabkan seorang lelaki berusia 30 tahun ditahan reman dan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Superintendan Mohammad Zaki Harun berkata, perbuatan suspek disedari oleh seorang pengawal keselamatan yang berkebetulan sedang meronda di kawasan itu. Menurutnya, pengawal keselamatan itu telah mengejar suspek yang melarikan diri menggunakan sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda sebelum menghubungi polis untuk memaklumkan kejadian. "Kejadian berlaku pada kira-kira jam 1.30 pagi dan Pengawal keselamatan itu telah berjaya menahan suspek di hadapan sebuah restoran makanan segera dalam kawasan pekan Teluk Intan. "Suspek kemudiannya telah diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak untuk tindakan lanjut," katanya pada sidang media, di IPD Hilir Perak, semalam. Menurut beliau, polis telah membuat pemeriksaan ke atas motosikal suspek dan menjumpai 24 kepala paip yang dipercayai dicuri di sekitar kawasan Teluk Intan. Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang bekerja di sebuah kilang tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, namun penangkapannya telah membawa kepada penyelesaian beberapa kes curi kepada paip di sekitar sini. "Polis percaya kes kecurian kepala paip ini dilakukan oleh kumpulan tertentu dan kita akan meneruskan siasatan ke atas suspek untuk mendapatkan maklumat. "Kes kecurian kepala paip ini merupakan antara kes yang mendapat perhatian orang ramai di sini kerana kekerapan ia berlaku," katanya. Beliau berkata, polis juga akan menyiasat tempat suspek menjual barang curi berkenaan dan percaya terdapat sindiket yang mendalangi kegiatan curi kepala paip. "Saya nasihatkan pemilik kedai barang lusuh agar tidak menerima barangan yang mencurigakan kerana mereka boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya tertangkap," katanya. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan