Isnin, 16 Januari 2012

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


ZIARAH RAKYAT ADUN CHANGKAT JONG KE LADANG ULU BASIR DAN ULU BERNAM

Posted: 16 Jan 2012 07:22 AM PST


TELUK INTAN, 14 Januari - Bagi meneruskan misi DUN Changkat Jong, DUN Sejahtera maka ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin serta rombongannya telah menziarahi rakyat di Ladang Ulu Basir dan Ulu Bernam.

Rombongan ziarah turut disertai isteri YB iaitu Pn. Hjh. Faridah Rajiah, Timbalan YDP PAS kawasan, ahli jawatankuasa Muslimat, Pemuda kawasan serta Dewan Himpunan Penyokong PAS kawasan Teluk Intan yang diketuai oleh Sdr. Hacharan Singh dan Timbalannya, Sdr. Sarguna. Turut serta ialah ahli jawatankuasa PAS cawangan Sg. Samak yang diketuai oleh Sdr. Adnan Mohtar.
Rombongan ziarah sedang bergerak dari rumah ke rumah.
Perjalanan ke Ulu Basir yang penuh dengan debu.
Bertanya khabar seorang penduduk.
Meneruskan misi prihatin.

Oleh kerana majoriti penduduk di sana adalah berketurunan India, maka banyak peranan perangan telah dimainkan oleh ahli-ahli DHPP kawasan. Ia turut memberi kesempatan kepada ADUN Changkat Jong untuk mengetahui pelbagai masalah penduduk dan persekitaran.

Apa yang menarik apabila salah seorang penduduk di situ secara jujurnya memberitahu bahawa inilah kali pertama seorang wakil rakyat turun ke tempat mereka selama beliau tinggal 19 tahun di situ walaupun sebelum YB Anuar Sudin (PAS) wakil rakyatnya adalah di kalangan orang UMNO. Begitu juga dengan seorang penduduk, Sdr. Sarip yang menganggap kehadiran ADUN Changkat Jong itu ibarat satu rahmat kepada mereka di sana.
YB Anuar bergurau dengan seorang penduduk.

Menyampaikan sumbangan kepada 'pengantin baru'.

Muslimat kawasan sedang menyantuni seorang wanita.
Sdr. Hacharan Singh dan rakan-rakannya banyak membantu misi kali ini.

Sebanyak hampir 30 buah rumah telah sempat dilawati oleh YB Anuar dan rombongannya. Mereka telah berhenti rehat untuk solat Zuhur di Masjid Syamsul Maarif, Ulu Basir. Di sana YB Anuar telah diberi laluan menjadi imam solat Zuhur.
YB Anuar mengimami solat Zuhur.

Bergambar bersama seorang AJK masjid.

YB dan isteri disambut mesra.

Rombongan ziarah meneruskan misi prihatin ke Ladang Ulu Bernam pula. Selepas itu, mereka solat Asar di Masjid Sg. Samak dan kemudian singgah di rumah Naib Ketua Cawangan Sg. Samak Sdr. Adnan Mohtar untuk minum petang. Kemudian, barulah rombongan YB bertolak balik ke Teluk Intan setelah sehari suntuk melaksanakan tanggungjawab di dua kawasan yang terletak jauh dari Teluk Intan itu.

Insya-Allah, misi prihatin ini akan diteruskan lagi di tempat daif yang lain.
Ahli rombongan ziarah bergambar beramai.
Pn. Hjh. Faridah bersama muslimat cawangan.
YB dan rombongan berehat minum petang di rumah Sdr. Adnan (kiri).

intanhijau.blogspot.com

PAS DAH HANTAR CALON GANTI HASAN

Posted: 16 Jan 2012 01:35 AM PST


KUALA LUMPUR, 16 Jan: PAS Pusat telah menghantar nama calon bagi menggantikan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor kepada Pejabat Menteri Besar kira-kira jam 12.30 tengah hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau menghantar nama calon berkenaan telah menerima nama itu daripada Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"PAS Pusat telah buat keputusan tentang orang yang akan menggantikan Datuk Hasan Ali dan saya telah menerima nama itu daripada Presiden dan nama itu telah pun saya maklumkan kepada Pejabat Menteri Besar Selangor sekitar pukul 12.30 tengah hari.

"Dan saya pun dah berhubung Pejabat Menteri Besar dan dah dimaklumkan mereka terima makluman itu," katanya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau bagaimanapun tidak bersedia mendedahkan nama calon yang dicadangkan itu.

"Tapi untuk hari ini, saya rasa saya tak sedia untuk memaklumkan nama itu sekarang kerana urusan selanjutnya urusan kerajaan negeri dengan DYMM Sultan Selangor," ujarnya lagi.
Jelasnya, terserah kepada pihak-pihak berkenaan untuk mengambil langkah selanjutnya.

Semalam, beliau memberitahu Presiden PAS akan membuat keputusan calon bagi menggantikan Hasan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau berkata, nama itu akan beliau sampaikan kepada Menteri Besar Selangor.

"Kita jangka, jika tidak ada sebarang masalah, mesyuarat Exco Selangor Rabu ini akan mendapat anggota baru dari PAS," katanya.

Hasan dipecat daripada menjadi ahli PAS pada 8 Januari lepas oleh Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat.

Beliau bagaimanapun berpeluang membuat rayuan terhadap keputusan itu kepada Majlis Syura Ulamak dalam tempoh 30 hari selepas dipecat.

Bagaimana pun, malam semalam Hasan membuat keputusan tidak akan merayu. Ia diumumkan beliau dalam satu majlis di Gombak.

Pada 13 Januari lepas, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memaklumkan perlantikan exco kerajaan negeri yang baru bagi menggantikan Hasan akan diadakan pada 18 Januari nanti di Istana Kayangan, Shah Alam.

Beliau yang hadir pada sidang media selepas mengadap Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberitahu pertemuan tersebut adalah bagi membincangkan status kedudukan Hasan yang tidak lagi menjadi ahli PAS.(harakahdaily)

Tiada ulasan:

Nuffnang