念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang |
Teo Nie Ching: Wujudkan Akta Gangguan Seksual sekarang Posted: 30 Dec 2011 05:07 AM PST PETALING JAYA, 30 DIS – Keselamatan dan kebajikan kaum wanita masih dipinggirkan oleh Barisan Nasional walau pun pelbagai janji manis telah dibuat. Jaminan keselamatan dan harga diri wanita di tempat kerja juga belum memuaskan kerana kerajaan BN masih tidak berbuat apa-apa untuk mewujudkan Akta Gangguan Seksual bagi menghapuskan keganasan dan gangguan seksual terhadap wanita. Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Teo Nie Ching mendesak agar undang-undang itu digubal dan dilaksanakan segera kerana Malaysia sudah jauh ketinggalan dalam soal menjaga kebajikan wanita. “Malah, dalam program transformasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri gagal melihat kepentingan undang-undang gangguan seksual ini. Kita tidak punya cukup perlindungan berkaitan gangguan seksual. “Sehingga hari ini, kita belum ada akta tersebut. Yang ada pun cuma disebut sambil lalu di dalam Akta Pekerja sahaja. Ini tidak mencukupi kerana di kebanyakan negara demokrasi, keselamatan dan harga diri wanita dijamin,” katanya kepada Roketkini. (More......) |
You are subscribed to email updates from 念群与沙登人民同在 | Nie Ching for Serdang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan