Jumaat, 30 Disember 2011

:: cina islam | 2011 ::

:: cina islam | 2011 ::


PDRM sudah bersedia hadap PRU13

Posted: 30 Dec 2011 03:54 AM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersedia daripada semua aspek bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rasid.

Beliau berkata pasukan itu akan digerakkan sebaik sahaja menerima maklumat daripada Suruhanjaya Pilihan Raya.

"Persiapan ini termasuk dari segi pegawai dan keanggotaan serta pengetahuan," katanya kepada pemberita selepas melawat Markas Pasukan Gerakan Am (PGA), di Tawau hari ini.

Mengenai penstrukturan semula fungsi Pasukan Gerakan Marin (PGM), Salleh berkata proses dijangka siap Januari ini.

Beliau bagaimanapun menegaskan PGM tidak akan berkubur, tetapi diberi tugas tambahan yang sebelum ini dilaksana pasukan lain dalam PDRM.

Pihak kami kini sedang menjelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan fungsi PGM kepada anggota yang masih kekal dengan agensi ini selepas beberapa peranannya diambil alih Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), katanya.

Salleh berkata di bawah penstrukturan terbabit, PGM Sabah dan Sarawak akan diletakkan di bawah pesuruhjaya polis kedua-dua negeri tersebut, manakala di Semenanjung pasukan itu diletak di bawah ketua polis negeri.

"Marin tetap ada. Saya nafikan dakwaan kononnya Marin sudah terkubur. Kita hanya serah perjawatan Marin kepada APMM sebanyak 570 keanggotaan, 60 buah bot dan kapal dan tujuh pangkalan. Sedikit sahaja.

"Saya amat berbangga dengan pegawai Marin yang masih setia dan berada dengan PDRM. Bukan senang kita cari orang-orang yang mempunyai kesetiaan (kepada pasukan mereka) walaupun menerima tawaran menyertai agensi lain," katanya.

- Bernama

Kepala babi ditemui di pintu masuk masjid di Johor

Posted: 30 Dec 2011 03:53 AM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi ini.

NONEKepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

NONEKetua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff (kanan dalam gambar) berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang semalam di masjid yang sama.

Malaysiakini/-

Mungkinkah ini "lembu" yang dihitamkan ?

Posted: 30 Dec 2011 03:51 AM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

Seorang ahli peniagaan didakwa bergelar "Datuk", hari ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

NONEBagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di ibunegara pada jam 6 petang 20 November lepas.

Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 25 November hingga 6 Disember lepas.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman oleh polis dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditahan pada 22 Disember.

Shamsulbahrin yang kelihatan ceria ketika dibawa ke mahkamah hari ini berdepan hukuman sebat, denda serta penjara antara satu hingga sepuluh tahun sekiranya didapati bersalah.

Tidak bayar jamin

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh juga diarahkan untuk menyerahkan pasport beliau.

NONEKetua pengarah eksekutif Shamsulbahrin Ismail Resources Sdn Bhd itu tidak dapat membayar jaminan tersebut hari ini.

Mahkamah turut menetapkan kes berkenaan untuk disebut semula pada 31 Januari.

Tertuduh yang kini masih dalam siasatan polis – dilaporkan disiasat untuk 10 kes penipuan berasingan.

Peguam J Rao memohon supaya mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana aset tertuduh telah dibekukan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 pada 23 Disember.

Aset berkenaan juga mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 pada 27 Disember. MK/-

11 terkorban akibat Taufan Thane di India

Posted: 30 Dec 2011 03:16 AM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 11 terkorban apabila ribut kencang membawa hujan dan angin ke kawasan pantai di tenggara India sehingga menumbangkan pokok dan merosakkan kediaman.

Jabatan Meteorologi India berkata, Taufan Thane yang berpusat di Lautan Hindi, 35 kilometer barat daya bandar Pondicherry yang juga dikenali sebagai Puducherry.

Pejabat Ramalan Cuaca berkata, taufan itu mungkin lemah dan akan bergerak ke barat. - AP

Khutbah Jumaat : Tahun Mesihi 2012

Posted: 30 Dec 2011 03:11 AM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

(05 Safar 1433 / 30 Disember 2011)

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌۭ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۢ ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ ﴿١٨﴾

أَشْهَدُ أَنْ لَّآإِلهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ, وَرَسُوْلُهُ

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ

أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَاتَمُوْتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ

Wahai hamba-hamba Allah sekelian!

Saya berpesan kepada diri sendiri dan berpesan kepada sidang jemaah sekalian, marilah kita bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya, dengan melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya. Sesungguhnya hanya dengan taqwa mampu memberikan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat sebagaimana firman Allah yang bermaksud :

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِۦ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿١٠٢﴾ – آل عمران : 102

Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu berada dalam Islam.

Sidang Jumaat yang dimuliakan Allah,

2 hari lagi akan memisahkan kita dengan tahun masihi 2011. Sesungguhnya pelbagai cabaran dan rintangan telah kita hadapi sepanjang tahun ini, sama ada kita telah menunaikan amanah kita sebagai Khalifah Allah ataupun kita terus alpa dengan kenikmatan dunia. Manusia sifatnya berubah, dan kita perlukan perubahan untuk meneruskan kehidupan. Ianya merupakan Fitrah yang dijadikan oleh Allah sepertimana firmanNYA dalam surah ar Rum ayat ke 54,

ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَكُم مِّن ضَعْفٍۢ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعْدِ ضَعْفٍۢ قُوَّةًۭ ثُمَّ جَعَلَ مِنۢ بَعْدِ قُوَّةٍۢ ضَعْفًۭا وَشَيْبَةًۭ ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَآءُ ۖ وَهُوَ ٱلْعَلِيمُ ٱلْقَدِيرُ ﴿٥٤﴾

Allahlah yang telah menciptakan kamu bermula dari keadaan yang lemah, kemudian dia telah menjadikan kamu daripada keadaan lemah kepada keadaan kuat dan memiliki keupayaan tenaga, kemudian dia menjadikan kamu dari keadaan kuat kepada keadaan lemah semula. Sesungguhnya Alllah menciptakan sesuatu apa yang Ia kehendaki.

Ayat ini memberikan kita isyarat betapa al Quran telah awal-awal membicarakan persoalan kitaran hayat manusia yang akhirnya dibuktikan kebenarannya oleh pengetahuan sains dan teknologi. Manusia yang lahirnya dalam keadaan lemah, mempunyai anggota yang lengkap tetapi tidak mampu mempertahankan dirinya dari diperlakukan apa sahaja oleh manusia lain yang lebih dewasa. Ini amat berbeza dengan sesetengah haiwan yang sebahagiannya sudah mampu berdikari sebaik menjejakkan kaki ke muka bumi.

Manusia yang dilahirkan dalam keadaan tidak bermaya, kemudiannya menjadi dewasa, antaranya ada yang menyedari kelemahannya sebagai hamba, sebahagiannya pula mendabik dada melupakan Pencipta. Di saat usia semakin tua, tenaga dan upaya semakin berkurangan, akhirnya kita akan kembali kepada Tuhan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Modal utama kita ialah masa. Atas dasar itu nabi bersabda mengingatkan kita :

اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ ، وَفَرَاغَك قَبْلَ شَغْلِكَ ، وَغِنَاك قَبْلَ فَقْرِكَ ، وَشَبَابَك قَبْلَ هَرَمِكَ ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِك. – ابن أبي شيبة.

Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, masa hidupmu sebelum matimu, masa lapangmu sebelum sibukmu, masa kaya atau berada sebelum papa, masa mudamu sebelum tuamu dan masa sihat sebelum sakit, .

Tahun-tahun yang berlalu, sama ada kita menggunakan kalendar Hijriyyah mahupun Masihiyyah, kita yang akan menentukan jatuh bangunnya sesebuah negara kita. Masa untuk kita melakukan perubahan tidak akan sentiasa menunggu kita. Tahun lalu telah menjadi sejarah yang tidak akan berulang kembali. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah mengambil peluang untuk melakukan perubahan di tahun akan datang.

Sidang Jumaat Sekelian,

Pakar kemasyarakatan Islam silam, Ibnu Khaldun menyatakan dalam salah satu penulisannya;

Jatuh bangunnya sesuatu tamadun berpunca daripada dua faktor. Faktor tersebut ialah kesedaran agama dan ikatan persaudaraan.

Beliau melihat perkembangan sesuatu bangsa dan tamadun itu dalam lima tahap perubahan berdasarkan pengamatan dan kajian beliau terhadap jatuh bangunnya sesuatu bangsa dan sesebuah tamadun lampau. Antara tahap manusia yang disebutkan apabila sesuatu bangsa atau tamadun itu mencapai kemewahan dan tahap pencapaian kemajuan tertinggi sehingga membentuk sifat-sifat negatif dalam diri anggota masyarakat. Kesedaran agama semakin terhakis dan ikatan persaudaraan semakin terungkai. Apakah Islam tidak membenarkan umatnya maju dan mewah?

Sidang Jumaat Sekelian,

Islam tidak pernah menghalang mana-mana umatnya menjadi maju dan berusaha untuk mencapai kemewahan, asalkan ianya memenuhi syarat-syaratnya. Pertamanya, kekayaan yang diperolehinya adalah berdasarkan Hukum Syarak iaitu diperolehi secara halal dan tidak dibelanjakan pada yang haram. Kedua, melaksanakan tanggungjawab membelanjakan harta tersebut pada yang berhak. Ketiga, niat yang ikhlas dan keempat, tidak menyebabkan seseorang itu lalai dalam menjalankan tanggungjawab ibadahnya yang lain.

Sekiranya syarat tersebut dipatuhi, maka bukan sahaja kita beroleh kesenangan di dunia, malah akan mendapat ganjaran besar di akhirat.

Muslimin yang dirahmati Allah,

Mengapa kita harus berubah? Kita wajib berubah dari sudut sikap, etika, matlamat, dan semua aspek dalam keperluan kehidupan. Rata-rata masyarakat barat memperkatakan soal azam tahun baru dan sebagainya. Ianya merupakan manifestasi keazaman dalam diri. Di dalam al Quran, perkataan azam merujuk kepada bukan sahaja niat dan angan-angan, tetapi usaha-usaha gigih yang telah dilakukan berlandaskan profesionalisme tugasan, ketajaman kemahiran, dan kemantapan ilmu pengetahuan itu sendiri. Maka apabila kita melafazkan azam baru, ertinya kita meletakkan cabaran dan menguji diri agar bersedia untuk memiliki niat dan tujuan-tujuan murni. Langkah harus dimulakan untuk merubah diri, keluarga, masyarakat dan negara tercinta. Perubahan juga perlu kerana ada matlamat dan objektif yang ingin kita capai di dalam kehidupan ini.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Perubahan mestilah bersumberkan perundangan yang muktabar iaitu al Quran dan al Sunnah. Perubahan yang paling unggul ialah perubahan yang menjurus kepada kejayaan dunia dan akhirat. Kita wajib melaksanakan perubahan agar seluruh kehidupan kita selaras dengan kehendak Al-Quran dan Al-Sunnah. Allah berfirman dalam surah al-A'raf ayat 96 :

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ ٱلْقُرَىٰٓ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوْا۟ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا۟ فَأَخَذْنَـٰهُم بِمَا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ ﴿٩٦﴾

Maksudnya :

Dan kalau sekiranya penghuni satu-satu kariah itu beriman kepada Allah nescaya Allah bukakan keberkatan ke atas mereka dari langit dan bumi. Tetapi mendustakan Allah. Maka Allah siksakan mereka dengan perbuatan mereka sendiri.

Allah menjelaskan dari ayat di atas bahawa Allah menjamin kiranya satu-satu kawasan beriman dan berpegang dan mendapat keberkatan dari Allah ertinya dengan rezeki yang melimpah ruah dan memperolehi kehidupan yang hebat dan mendapat keberkatan daripada rezeki itu kiranya tidak tunggulah di sebaliknya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Tidak ada perubahan yang lebih baik daripada berusaha merubah masyarakat kita menjadi masyarakat yang beriman dan bertaqwa. Masyarakat yang beriman dan bertaqwa hanya akan berkekalan dengan pengawasan dari pemerintah dan pemimpin yang beriman dan bertaqwa.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ , وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ , وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ , أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَ لِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.

*AMARAN!!! Pihak JAIPk tidak bertanggungjawab ke atas sebarang penambahan ayat selain dari kandungan khutbah yang dikeluarkan.

Pelik tapi benar , satu iktibar.

Posted: 30 Dec 2011 03:03 AM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -
Ahmad Baei Jaafar

Banyak perkara pelik yang sukar dijangka telah berlaku, namun ini bukanlah tanda-tanda khiamat. Suka saya senaraikan perkara tersebut untuk perhatian semua:

Bil
Tempat
Peristiwa
Komen
1
Makkah
Walaupun berada depan kaabah tetapi solat tidak mengadap kaabah.
Adakah dia tidak nampak kaabah itu
2

Walaupun orang ramai bertawaf di keliling kaabah, tetapi apabila turun dengan niat hendak tawaf ada ruang untuk kita
Kita tetamu Allah pasti Dia menerima kita
3

Walau panas terik, tidak terasa panas lantai tawaf.
Teknologi orang beriman
4

Walaupun masih ada ruang untuk masuk ke dalam masjid tetapi ada orang (Afrika dan Pakistan) yang lebih suka solat di luar masjid.
Mereka menolak fadilat yang Allah tawarkan sebaliknya menyangka semuanya sama
5

Selepas saei lelaki disunatkan bercukur, harga untuk satu kepala SAR10 di Makkah tetapi SAR35 di Mina
Demi sunnah mahalpun tidak mengapa.
6

Walau pun ada hukum hudud, ramai juga budak hitam tak takut mencuri
Itulah kalau tidak takut kepada Allah
7

Apabila azan dikumandangkan semua peniaga tutup perniagaan tanpa sebarang kunci
Allah menjaga barangan mereka daripada kecurian
8

Walaupun jauh jarak hotel dengan masjidilharam, jemaah haji sanggup menapak tanpa rasa letih
Niat kerana Allah akan dibantu
9

Setiap orang Asia yang datang mengerjakan haji akan merasai batuk, demam dan selesema
Ujian untuk mencari siapa yang sabar
10

Jarang nampak bangsa lain batuk, buktinya waktu solat tidak dengar suara batuk dalam kalangan mereka.
Cuaca mereka sama dengan Arab
11

Waktu solat di surau hotel, tidak boleh seorang batuk nanti akan sahut menyahut batuknya
Pesta batuk fenomena biasa.
12
Arafah
Waktu orang ramai berzikir dan beribadah selepas zohor hingga terbenam matahari ada yang tidur atau bersembang
Mereka lupa doa dan ibadah di Arafah besar pahalanya
13
Muzdalifah
Jemaah haji wajib bermalam di Muzdalifah tapi sebahagian kami sampai berpagi malah hampir tengah hari.
Ini adalah ujian kesabaran
14
Mina
Ustaz sakit tekak sudi menjadi imam solat, dia terlupa yang makmum di belakang tidak dengar bacaan dan pergerakan iman
Imam perlu sedar diri tentang kemampuannya.
15

Tandas tidak banyak, tapi penggunanya waktu masuk ke dalamnya lupa ramai sedang menunggu di luar
Kena muhasabah
16

Jemaah lelaki yang tidak boleh tunggu giliran ke tandas sanggup kencing dalam botol, tetapi airnya tidak dibuang ke longkang.
Ibadah Haji tidak mempu mendidik jiwanya
17

Peminta sedekah dari Afrika tunjukkan tangan kudung untuk cari simpati tetapi sebenar sesikunya dilipat dalam lengan baju.
Penipu yang tidak takut kepada Allah
18
Madinah
Jemaah wanita ramai tetapi tempat untuknya tidak mencukupi
Pengurusan masjid perlu lihat semula keperluan jemaah
19

Walaupun dilarang polis, masih ada jemaah yang mencium mimbar di Raudhah dan pakar makam Rasulullah
Bayangkan kalau khurafat ini tidak dihalang oleh wahabi (sebenarnya itulah ajaran ahli sunnah wajamaah) pasti amalan ini berleluasa
20

Sepanjang saya di Madinah (9 hari) hanya dua waktu yang tidak ada solat jenazah
Mungkin jemaah sudah semakin kurang
21

Cuaca panas tetapi tiupan angin sejuk menyucuk sampai ke tulang.
Musim sejuk
22

Sebanyak-banyak kedai makan semuanya dikuasai oleh orang India Muslim atau Pakistan termasuk restoran bakso Indonesia
Orang Arab sebuk dengan bisnes lain
23

Nak beli makan waktu pagi dilayan seperti pengemis, wang baki dicampak sahaja
Nak sarapan juga perlukan kesabaran
24

Jemaah haji belanja makan pagi seperti orang kaya-kaya; roti canai SAR3 (3 rial), bakso SAR10 dan kebab SAR5
Mungkin kos import dari luar
25

Semua kedai terutama kedai pakaian dan kurma dipenuhi jemaah kecuali waku solat kerana ditutup
Kalau tidak tutup pasti ada jemaah yang membelinya.
26
Malaysia
Seorang Jemaah wanita (uzur) menangis kerana menyangka anak cucunya tidak menjemputnya, padahal dia masih di bahagian dalam
Terlalu rindu kepada keluarga kerana pergi seorang diri
27

Setelah 44 hari fikir soal ibadah, kini berserabut dengan masalah masyarakat, rumah tangga dan politik
Pening kepala sekejap
28

Hairan melihat wanita terutama janda/ibu tunggal mudah dipujuk berkahwin di Selatan Thailand
Dia tidak tahu kesan negatif
29

Hairan mendengar cerita lelaki bertitle ustaz pandai mengayatkan wanita untuk berkahwin di Selatan Thailand
Tak semua ustaz layak berpoligami
30

Hairan lelaki yang mengahwini isteri cantik tetapi setelah mengecap nikmatnya sanggup mendera tubuh isterinya
Tak takut kepada larangan Allah
31

Ada kawan yang dipercayai sanggup membuat fitnah sewaktu di belakang kita
Fenomena biasa golongan munafiq
32

Dalam politik, orang luar parti rajin mengulas isu parti lawan dan akan kecewa kalau isu itu ditutup
Ini politik dengki yang dilarang Islam
33

Isu dalam parti menjadi besar bukan kerana besar tetapi dibesarkan oleh pihak parti musuh
Inilah tindak politik yang tidak profesional

Sebagai umat Islam kita boleh menilai kisah di atas sama ada patut berlaku atau tidak. Kalau kita rasa perkara itu bukan pelik maka sukarlah kita berubah ke arah kebaikan. Jadi, contohlah yang terbaik dan buangkan yang tidak serasi dengan Islam. Anda harus jadi mukmin profesional dalam semua tindakan kita di dunia ini.

Keluar MCA, Ayuh bersama kami.

Posted: 30 Dec 2011 03:00 AM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -
Kenyataan Media (30 Disember 2011)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak mengucapkan tahniah kepada Ketua Pergerakan Pemuda MCA Negeri Pulau Pinang, Eng Hiap Boon yang mengambil tindakan meletak jawatan daripada semua jawatan parti serta bersama 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama yang telah mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan. Kita sedia maklum bahawa kepimpinan utama MCA yang bersikap tidak bermoral adalah punca krisis keyakinan kepada parti tersebut mula hilang termasuk ahli partinya sendiri.

Kami mengambil kesempatan agar semua yang telah keluar daripada MCA agar bersama dengan parti dalam Pakatan Rakyat (PR). Kami juga mempelawa agar Pemuda MCA Perak turut mengambil langkah yang sama kerana di Perak sendiri MCA Perak diketuai oleh seorang yang hilang moralnya. Adakah Pemuda MCA Perak sangguh menerima tamparan hebat apa yang dilakukan oleh Pemuda MCA Pulau Pinang tersebut? Kami berharap agar Pemuda MCA Perak turut menyatakan pendirian mereka di dalam isu moral ini.

Bagi kami juga, sebenarnya MCA di Perak tidak penting lagi bagi Umno Perak kerana banyak perkara yang diperkatakan oleh perwakilan Umno di dalam Perhimpunan Agung Umno mahukan agar kerusi MCA diserahkan kepada Umno semula. Disebabkan itulah bahawa banyak kerusi di Perak dirombak kembali oleh Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir untuk berdepan dengan Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.


DR RAJA AHMAD AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Shahrizat jatuh, Hamidah pun jatuh !

Posted: 30 Dec 2011 02:56 AM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -
Kenyataan Media (30 Disember 2011)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat kenyataan Datuk Hamidah Osman yang mempertahankan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia daripada meletakan jawatan berikutan skandal National Feedlot Centre (NFC) yang melibatkan ahli keluarga Datuk Seri Shahrizat sebenarnya turut memberikan sindrom ketakutan kepada Datuk Hamidah sendiri di dalam isu yang sama seperti Datuk Seri Shahrizat.

Bagi kami, jika Datuk Seri Shahrizat dipaksa atau terpaksa meletak jawatan, sudah tentu langkah yang sama mesti dilakukan oleh Datuk Hamidah yang juga merupakan Ketua Penerangan Wanita Umno Malaysia. Tetapi mungkin kes seumpama ini juga akan dihadapi oleh Datuk Hamidah jika Datuk Seri Shahrizat yang mungkin diakhir kisah ceritanya sebagaimana yang berlaku kepada bekas Menteri Besar Negeri Selangor, Dr. Mohamed Khir Toyo.

Apapun, jika angin yang bertiup membawa kisah baru kepada Datuk Seri Shahrizat sudah tentu Datuk Hamidah tidak akan terlepas dengan kisahnya pula selepas ini. Walaupun banyak kisah yang menceritakankan kelicikan Datuk Hamidah di Negeri Perak, marilah kita sama-sama menunggu apa keputusanya nanti. Sudah tentu suasana Pilihan Raya Umum ke – 13 (PRU 13) yang semakin hampir akan menjadikan beberapa orang politik sebagai 'kambing hitam' untuk memastikan Umno / Barisan Nasional (BN) dilihat bersih.


SALMAN HAJI SALEH
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiga kanak-kanak hilang dikhuatiri lemas di Sungai Perak

Posted: 30 Dec 2011 01:00 AM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

GERIK: Polis hari ini meneruskan operasi untuk mencari tiga kanak-kanak lelaki yang dipercayai hilang di Sungai Perak dekat Kampung Kuala Kenderong, di sini sejak semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik DSP Wan Jamil Wan Chik berkata ketiga-tiga mangsa itu ialah Mohd Saiful Haikal Dahari, 7, dan dua sepupunya Mohd Amir Ruzai, 11, dan adiknya Adaham, 8.

Mereka dikatakan menaiki sebuah bot di Sungai Perak berhampiran kampung berkenaan yang terletak kira-kira 50 meter dari rumah mereka pada 10 pagi semalam dan tidak pulang ke rumah sehingga petang semalam, katanya di sini hari ini.

Keluarga mangsa kemudian membuat laporan polis pada pukul 2.30 petang apabila ketiga-tiga mereka masih tidak pulang ke rumah.

Polis yang menerima laporan tersebut, kemudian mengadakan operasi mencari dengan bantuan pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam, Rela dan penduduk sehingga malam tadi tetapi gagal menemui ketiga-tiga mangsa. -- BERNAMA

Mohon maaf atau kami bawa pada Agong, kata NGO

Posted: 30 Dec 2011 12:55 AM PST


5 Safar 1433H. [MOD] -

NGO berkaitan PKR - Jingga 13 - hari ini mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom dan dua yang lain supaya memohon maaf kerana didakwanya telah "menyalahgunakan" dana zakat.

Dua orang lagi ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan ketua pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain.

Dalam satu kenyataan hari ini, setiausahanya, Saifuddin Shafi Muhamad berkata, jika mereka tidak berbuat demikian dalam tempoh 48 jam, pihaknya akan membawa isu tersebut kepada Yang di-Pertuan Agong selaku ketua agama Islam.

Beliau mendakwa, perbuatan tersebut bukan sahaja tidak melayakkan Jamil menjadi menteri dalam mengurus hal ehwal agama tetapi beliau wajar meletakkan jawatan sekiranya berakhlak dan bermaruah.

Katanya, ia termasuklah pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan ketua pendakwa syarie Wilayah Persekutuan.

Jingga 13 juga hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap ketiga-tiga mereka.

Saifuddin berkata, Jingga 13 meminta SPRM menyiasat secara terperinci dakwaan penyalahgunaan kuasa yang didakwa "menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam tersebut serta tindakan diambil tanpa prejudis berserta dua yang lain."

Laporan Audit Negara mengesahkan RM63,650 telah dikeluarkan dari dana zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) untuk mendahulukan bayaran khidmat guaman untuk Jamil, Che Mat dan Shamsuddin.

Kos guaman itu adalah bersabit kes tuntutan qazaf oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menamakan ketiga-tiga mereka sebagai responden.

Bagaimanapun, laporan itu menyatakan jumlah tersebut telah dikembalikan selepas MAIWP menerima geran RM700,000 pada Jun 2010 daripada kerajaan untuk perbelanjaan lain selain daripada agihan zakat, seperti perkhidmatan perundangan, pentadbiran, elaun mesyuarat dan penyenggaraan kenderaan.

malaysiakini/-

Doa bila hujan

Posted: 30 Dec 2011 12:40 AM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

Allahumma soi yiban naa fi'a

Maksudnya : Ya Allah, jadikanlah ia hujan yang bermanfaat. (HR Bukhari).

Dalam riwayat Ibnu Majah, Nabi saw mengucapkan sebanyak dua atau tiga kali.

tazkirah/-

Jualan dinar, dirham lebih RM40.9 juta

Posted: 30 Dec 2011 12:30 AM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

KOTA BHARU, 30 Dis: Pencapaian Kelantan Gold Trade (KGT) sepanjang tahun ini begitu membanggakan sehingga mencecah jualan bersih dinar dan dirham berjumlah RM40,947,972.

(Rekabentuk baru Dinar Kelantan)

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata dengan pencapaian itu KGT muncul sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang begitu aktif dalam urusan jual belinya.

Husam memberitahu, keuntungan kasar yang diperolehi KGT sepanjang tahun ini RM5,211,484 selepas ianya mula ditubuhkan setahun lalu.

Husam menjangkakan keuntungan bersih itu akan meningkat lagi pada tahun hadapan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di pejabatnya petang semalam.

"Hari ini juga kita akan perkenalkan reka bentuk baru dinar sempena tahun baru hijrah 1433 hijrah, termasuk mengeluarkan setengah dinar, 2.16 gm, dua dinar, lapan dinarpun ada," ujarnya.

Husam berkata, perbezaan dinar lama dengan yang baru dikeluarkan ini, ciri-ciri keselamatan, termasuk kalimah 'Lailahaillallah.. Muhammadurasulullah yang menggunakan hologram.

Sehubungan itu, Husam berkata, dinar berkenaan muncul sebagai dinar yang pertama mempunyai 'hologram'.

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh pengeluaran dinar dan dirham di negeri ini, ianya diakui terbaik berbanding yang dikeluarkan dalam sejarah manusia.

Husam juga turut mendedahkan Dinar Kelantan mempunyai Kod DNA untuk menjaga keselamatan dinar tersebut.

"Kita jangka dinar ini akan diedarkan pertengahan Febuari 2012," ujarnya.

Selain itu, katanya KGT turut mengeluarkan 'dirham kenangan' bernilai 10 dirham untuk golongan remaja dan wanita yang boleh dibeli dengan harga RM250, iaitu mengikut harga pasaran semasa.

Katanya, pengeluaran dirham itu begitu terhad dan mempunyai reka bentuk yang menarik sempena keluaran khas.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang berminat untuk memiliki dinar dan dirham berwajah baru itu boleh didapati di wakalah (cawangan yang sah) sama ada dalam dan luar Kelantan.

Harakah Daily

Ambil bekalan ayam daripada peniaga bukan Islam

Posted: 30 Dec 2011 12:25 AM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

PERIKSA...pegawai LPKPM menyoal pembantu dapur sebuah kedai makan di Medan Selera Farlim.

PETALING JAYA: Seorang peniaga makanan di Medan Selera Farlim Jalan PJS 8/9, Bandar Sunway, di sini, mengejutkan ramai pelanggan dengan membuat kecoh apabila enggan memberikan kerjasama ketika pegawai Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM) melakukan pemeriksaan terhadap kedainya.

Bagaimanapun, kekecohannya itu bersebab apabila siasatan mendapati dia memperoleh bekalan ayam mentah daripada peniaga bukan Islam yang diragui halalnya.

Malah, ketika resit ayam diminta, dia cuba mengalih perbualan dengan menyuruh LPKPM memeriksa premis lain yang bermasalah.

Hasil siasatan mendapati, peniaga terbabit memang mengambil bekalan ayam mentah daripada peniaga bukan Islam, namun dia enggan bekerjasama.

Malah, keadaan dapur peniaga terbabit kotor dan sampah dipenuhi lalat.

Operasi kali pertama yang dilakukan LPKPM dengan kerjasama penguat kuasa Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu bertujuan memastikan peniaga Islam mempamerkan logo halal di samping menjaga kebersihan premis masing-masing.

Ketua Pegawai LPKPM, Sharifah Mat Nor Rashid, ketika ditemui berkata, pihaknya perlu tegas dengan masalah itu dan akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak terbabit seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Harian Metro

Saf

Posted: 30 Dec 2011 12:00 AM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

Dari Anas bin Malik ra, Rasulullah saw, bersabda, "Luruskanlah saf-saf kamu kerana sesungguhnya meluruskan saf itu sebahagian daripada kesempurnaan solat". (HR Bukhari & Muslim)

Daripada Abu Masud, katanya: "Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata, luruskan barisanmu (saf), jangan bengkok atau akan berpecah belah hati kamu." (HR Muslim)

Nabi saw. bersabda,"Luruskanlah oleh kamu saf-saf dan sejajarkanlah bahu-bahu kamu, tutupi celah-celah dan berlaku lembutlah ketika memegang tangan saudaramu (waktu merapatkan saf) dan janganlah kamu biarkan celah-celah yang kosong itu untuk syaitan. Sesiapa menghubungkan saf maka Allah akan menghubungkan dia dengan rahmatNya dan sesiapa memutuskan saf maka Allah akan memutuskan dia daripada rahmat dan pertolonganNya". (HR Abu Daud)

Daripada Nu'man bin Bashir berkata: "Aku melihat seseorang merapatkan bahunya dengan bahu saudaranya, merapatkan lututnya dengan lutut saudaranya dan melekatkan mata kakinya(buku lali) dengan mata kaki(buku lali) saudaranya." (HR Abu Daud).

Daripada Anas bin Malik daripada Nabi s.a.w. bersabda: "Pada waktu solat setiap kami meratakan bahunya dengan bahu saudaranya dan telapak kakinya (buku lali) dengan telapak kaki (buku lali) saudaranya". (HR Bukhari).

Nabi saw. bersabda,"Tidak ada suatu langkah yang sangat dicintai oleh Allah daripada langkah seseorang hamba untuk menyambung (menyempurnakan) saf". (HR Abu Daud).

Nabi saw. bersabda "Orang yang paling baik di antara kalian adalah seseorang yang paling lembut bahunya di dalam solat, tidak ada suatu langkah yang pahalanya lebih besar daripada langkah seseorang yang melangkah untuk menutup ruang kosong dalam saf". (HR Thabrani).

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw. bersabda, "Sebaik-baik saf bagi lelaki ialah di hadapan dan seburuk-buruk ialah di belakang, sebaik-baik saf bagi wanita ialah di belakang dan seburuk-buruk ialah di hadapan." (HR Muslim)

Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw. bersabda, "Seandainya kamu tahu kelebihan yang terdapat di saf pertama niscaya kamu akan membuat undian untuk mendapatkannya". (HR Bukhari & Muslim)

Nabi saw. bersabda,"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikatNya mengucapkan selawat (selawat Allah: rahmat dan selawat malaikat: istighfar) terhadap makmum-makmum di saf pertama". (HR Abu Daud dan Nasa'i)

tazkirah/-

RapidKL perkenal token merah untuk warga emas

Posted: 29 Dec 2011 11:40 PM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - RapidKl memperkenalkan token merah bagi warga emas bagi membolehkan mereka menikmati tambang konsesi atau diskaun 50 peratus bagi tiket Aliran Transit Ringan (LRT) bermula 1 Januari ini.

Pengarah Kumpulan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) bagi Divisyen Rel, Khairani Mohamed berkata, pengguna berusia 60 tahun ke atas juga akan menikmati tambang separuh harga bagi perkhidmatan KL Monorel.

"Token merah bagi perjalanan sehala ini juga ditawarkan untuk golongan kurang upaya," katanya.

Katanya, buat masa ini, token LRT dan tiket separuh harga monorel itu hanya boleh dibeli di kaunter tiket.

Beliau turut menasihati warga emas agar menggunakan Kad Warga Emas RapidKL bagi mengelakkan mereka berbaris membeli token berkenaan.

Jelasnya, mereka yang layak boleh memohon kad itu di Stesen LRT Pasar Seni secara percuma dengan hanya perlu membawa kad pengenalan diri atau MyKad, salinan MyKad dan melengkapkan borang permohonan di kaunter di stesen berkenaan.

Bagi OKU pula, mereka perlu menunjukkan kad OKU yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat. - BERNAMA

Banjir di dua negeri pulih

Posted: 29 Dec 2011 11:30 PM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR - Keadaan kawasan-kawasan yang dilanda banjir di Johor dan Pahang beransur pulih setakat pagi ini dengan kebanyakan mangsa telah kembali ke rumah masing-masing.

Di Johor, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di enam pusat pemindahan banjir yang masih dibuka di Segamat kekal 241 orang daripada semalam.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara, setakat pukul 8 pagi tadi, enam pusat pemindahan itu menempatkan 58 keluarga dari Kampung Spangloi, Kampung Batu Badak, Kampung Sanglang, Kampung Pogoh, Kampung Tandong dan Kampung Kuala Paya.

Sementara di Pahang pula, semua mangsa banjir yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Gadak, Rompin dibenarkan pulang malam tadi.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, seramai 15 orang yang ditempatkan di balai raya tersebut dibenarkan pulang pada 8 malam selepas keadaan banjir di penempatan mereka pulih daripada fenomena air pasang.

"Mangsa di kawasan penempatan itu merupakan mangsa pemindahan terakhir manakala di kawasan lain tidak melibatkan pemindahan baru," katanya. - BERNAMA

Tol RM9.10 sehala bebankan rakyat Johor – Jui Meng

Posted: 29 Dec 2011 11:25 PM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 30 Dis : KEADILAN Johor membantah sekeras-kerasnya cadangan kadar tol Lebuh Raya Penyuraian Timur Johor Bahru (EDL) sebanyak RM9.10 sehala oleh pemilik konsesi, Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB).

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Johor, Datuk Chua Jui Meng berkata, kadar tol yang tinggi itu menjadi beban terutama kepada rakyat Johor yang bekerja di Singapura dan perlu membelanjakan kira-kira RM18 sehari bagi berulang alik ke negara republik itu.

"Ini memberikan keuntungan mega kepada kroni Umno, berpuluh-puluh ribu warga Johor keluar masuk ke Singapura. Adakah mereka perlu menanggung kos tol yang tinggi ini?," kata beliau kepada Keadilandaily.

Malah katanya, cadangan kadar tol yang keterlaluan ini akan turut menjejaskan industri pelancongan di Johor Bahru.

"Semua ini semata-mata hendak menguntungkan kroninya dan tidak mempedulikan kebajikan rakyat. Justeru kita (KEADILAN) membantah sekeras-kerasnya.

"Rakyat akan mendapat tambahan beban dari aspek kewangan, dan ia juga melibatkan orang Singapura yang akan berkira-kira masuk ke JB. Walaupun mata wang singapura lebih tinggi, tetapi RM18.20 adalah jumlah yang besar," kata beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN.

Sebelum ini Suara KEADILAN melaporkan, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPRN) Johor, Steven Chong berkata, kadar tol yang tinggi itu memberi kesan kepada ekonomi Johor Bahru JB.

"Paling terkesan ialah pendapatan pemandu teksi Johor Bahru-Singapura yang akan merosot teruk. Kadar tol ini menjadi punca kerana kos minima bagi sebuah kereta bagi perjalanan pergi balik adalah sebanyak RM18.20," kata Steven.

EDL dibina dengan kos RM977 juta sepanjang 8.1 km dari Kompleks Kastam Imigresen dan Kuarantin (CIQ) bersambung ke Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) melalui susur keluar Pandan.

Pembinaannya bermula Februari 2008 dan dijangka beroperasi pada Februari 2012.
Steven turut mempersoalkan pemegangan konsesi selama 34 tahun yang tidak munasabah oleh MRCB. Syarikat itu bakal menerima perolehan berjumlah RM5.647 bilion, sedangkan kos pembinaannya hanya RM1 bilion.

"Jika kita ambil RM9.10 bagi sebuah kereta dengan lebih kurang 50,000 kenderaan masuk keluar setiap hari, ini bermakna kutipan tol sehari ialah RM455,000. Dalam sebulan, RM13.8 juta dan setahun RM166 juta (keuntungan)," kata beliau.

Keadilan Daily

Rakyat Selangor dapat jalur lebar percuma tahun depan

Posted: 29 Dec 2011 11:22 PM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 30 Dis : Bagi mendekatkan lagi agenda kerajaan negeri dalam program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), Selangor bakal memperuntukkan jalur lebar (wifi) percuma kepada rakyatnya bermula 2012.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rawang, Gan Pei Nei, langkah bijak Selangor itu bagi melahirkan rakyat celik internet di samping dapat menyalurkan maklumat dengan tepat kepada rakyat.

"Dengan adanya wifi percuma, rakyat lebih senang mendapatkan informasi tepat dan benar daripada kerajaan negeri khususnya.

"Ini adalah salah satu cara sesebuah negara demokrasi memberi kemudahan kepada rakyatnya," kata Pei Nei kepada Suara Keadilan.

Kata beliau, bagi memperluaskan kemudahan itu, beliau menyarankan Kerajaan Selangor menubuhkan pusat internet terutamanya di kawasan kampung.

"Sasaran kemudahan ini akan dinikmati masyarakat bandar dan desa seluruh Selangor. Pelaksanaan yang bakal dimulakan pada tahun depan itu akan diadakan secara berperingkat.

"Kita sedar bukan semua mempunyai komputer, dan atas sebab itu saya mencadangkan pembinaan pusat cyber rakyat bagi keluarga yang tidak mempunyai komputer," ujarnya.
Tambah Pei Nei, program itu juga mungkin diperluaskan dengan menyalurkan komputer percuma kepada setiap keluarga.

"Kerajaan Selangor harus memberikan komputer percuma kepada golongan belia dan keluarga kurang berkemampuan supaya mereka tidak akan ketinggalan maklumat terkini," katanya.

Sementara itu, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, pelaksanaan wifi percuma di Selangor bagi memastikan rakyatnya dapat menerima informasi dengan tepat dan bebas, sesuai dengan Enakmen Kebebasan Informasi (FOI) yang diluluskan kerajaan negeri.

Beliau berharap kemudahan itu dapat dimanfaatkan oleh orang ramai yang menggunakan komputer riba atau telefon bimbit untuk menerima dan menghantar informasi dengan lebih baik.

Keadilan Daily

Seleweng zakat: KEADILAN lapor polis minggu depan

Posted: 29 Dec 2011 11:17 PM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 30 Dis: KEADILAN akan membuat laporan polis terhadap Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bahrom jika beliau masih enggan menjawab skandal penyelewengan wang zakat melibatkan dirinya, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.

Penjelasan itu kata Pengarah Komunikasi KEADILAN itu penting kerana kenyataan individu tertentu yang menjawab skandal tersebut bercanggah antara satu sama lain dan mengelirukan rakyat.

"KEADILAN akan membuat laporan polis pada minggu depan jika tiada penjelasan munasabah (dari Jamil Khir) tentang percanggahan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Percanggahan itu kata beliau termasuklah dakwaan Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Che Mat Che Ali kelmarin kononnya Pakatan Rakyat mempolitikan isu itu.

Sementara Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Dr Muhammad Yamin Ismail semalam memberi alasan agensi itu mempunyai peruntukan khas daripada geran kerajaan bagi membayar yuran guaman melibatkan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain, Che Mat dan Jamil Khir bagi kes tuntutan qazaf.

"Namun jawapan Che Mat dan Muhammad Yamin bercanggah dengan beberapa pihak yang tiada kaitan dengan Pakatan Rakyat." katanya.

Nik Nazmi memberi contoh bagaimana Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim (timbalan Jamil sendiri) mengakui kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dalam perbahasan Perbekalan Tambahan 2011 di Dewan Rakyat pada 21 Jun lalu.

"Pada 23 Jun lalu pula, peguam Zainul Rijal Talha dan Amir meminta pandangan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai penggunaan wang zakat bagi membiayai kos guaman.

"Manakala pada 21 November lalu, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mengesahkan kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010 kerana geran kerajaan gagal menampung pembayaran yuran guaman itu," katanya.

Walau menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun 2010, katanya, pembayaran semula hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses 'pelarasan semula'.
Beliau juga berharap Che Mat menjawab persoalan dibangkit Saifuddin Jun lalu mengenai kesahihan prosedur yang diguna kerana beliau yang memohon peruntukan kos guaman itu dan beliau juga selaku Setiausaha MAIWP yang meluluskannya.

"Sewajarnya Jamil tampil menamatkan sebarang keraguan dan saya difahamkan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin sudah menasihatkan Jamil untuk mengeluarkan kenyataan rasmi," katanya.

Keadilan Daily

Dakwat kekal: Belum jamin PRU telus – Anwar

Posted: 29 Dec 2011 11:13 PM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 30 Dis: Penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum ke-13 nanti bukan jaminan proses pengendalian pilihan raya itu telus, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya mengalu-alukan keputusan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) semalam yang mengumumkan pindaan ke atas peraturan pilihan raya bagi mewajibkan penggunaan dakwat kekal dalam proses pilihan raya menjelang 1 Februari 2012.

"Perubahan kecil ini tidak seharusnya dilihat sebagai jaminan kepada proses pengendalian pilihan raya yang telus, bebas dan bersih sepenuhnya," kata Ketua Umum KEADILAN itu dalam satu kenyataan media hari ini.

Ini kerana katanya, banyak lagi perubahan yang perlu dibuat oleh PSC terutamanya melaksanakan lapan tuntutan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih).

"Agensi media awam seperti RTM dan Bernama sewajarnya bersikap lebih adil dalam memberikan liputan untuk semua parti politik dan kempen politik parti-parti pembangkang sewajarnya tidak didiskriminasi menerusi tapisan melampau yang tidak munasabah serta mencabul hak kebebasan bersuara.

"Tempoh masa kempen pilihan raya dilanjutkan dalam memastikan sebaran maklumat sepanjang tempoh berkempen dapat dicapai oleh segenap lapisan rakyat. Tempoh masa berkempen yang terlalu singkat (10 hari), sepertimana Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru sewajarnya tidak berulang," tegas Anwar.

Menurut Anwar, pengawasan terhadap komitmen Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga perlu dijamin menerusi pengukuhan badan kehakiman yang lebih bebas dan adil.

"Justeru, Pakatan Rakyat komited dan menuntut supaya pihak PSC turut menumpukan penambahbaikan proses pilihan raya ini dengan mengkaji serta menimbang secara menyeluruh kesemua tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih dalam menjamin pilihan raya yang bebas, telus dan adil," katanya.

Lapan tuntutan Bersih adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, memperkukuhkan institusi awam, menghentikan rasuah dan politik kotor.

PSC sebelum ini ditubuhkan bagi meneliti sistem pilihan raya akan membentuk rangka kerjanya berdasarkan pada lapan tuntutan Bersih 2.0.

Keadilan Daily

Ketua Ulamak sambut baik pertemuan mahabbah

Posted: 29 Dec 2011 11:10 PM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 30 Dis: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib bersyukur dan amat menyambut baik keputusan pertemuan mahabbah untuk menyelesaikan perbezaan pandangan di dalam parti yang diadakan baru-baru ini dengan semangat ukhuwwah yang tinggi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pertemuan antara Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din, Datuk Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang diadakan di Kelantan, Selasa lalu.

"Amalan memohon kemaafan amat dituntut dan digalakkan oleh ajaran Islam, terdapat dalam satu hadis yang menceritakan kelebihan orang yang meminta maaf, Allah SWT amat menyayangi mereka yang melakukan keterlanjuran kemudian kembali kepada Allah SWT.

"Kedudukan mereka sangat istimewa di sisi Allah SWT berbanding mereka yang enggan melakukan tindakan sedemikian rupa," tegas beliau ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau lagi, memandangkan kemelut tersebut telah selesai dan kedua-dua tokoh tersebut telah menjelaskan kepada kepimpinan tertinggi parti, maka sebaiknya tidak perlu lagi diambil tindakan yang lain.

Ujar beliau yang juga Adun Manir, Terengganu, pihak parti juga perlu melihat angkara siapa yang sebenarnya yang menjadi punca permulaan yang menyebabkan kemelut itu tercetus sebagai pengajaran pada masa akan datang.

Harakah Daily

Penganggur didakwa membunuh

Posted: 29 Dec 2011 11:01 PM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

KULAIJAYA – Dua penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kulaijaya, di sini, semalam, selepas dituduh terlibat dengan kes pembunuhan seorang lelaki di tepi jalan raya, hadapan sebuah premis, Jalan Kenanga, Indahpura, di sini, 19 Disember lalu.

Kedua-dua tertuduh, Tee Hwa Ling, 41, dan Chiung Tien Chai, 26, mengangguk kepala tanda faham terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa kepada mereka.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka bersama seorang rakan lain yang masih bebas didakwa membunuh Lim Yong Chin, 37, di tepi jalan raya di hadapan premis bernombor 74, Jalan Kenanga 29/7, Indahpura di sini, kira-kira jam 2.45 pagi, 19 Disember lalu.

Bagi pertuduhan berkenaan, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori sekiranya sabit kesalahan.

Untuk prosiding itu, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh dan Majistret, Zaiton Anuar menetapkan 16 Februari depan untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, A Karthiyayini dan tertuduh belum melantik peguam.

Sinar Harian

Maut dirempuh lori satu tan

Posted: 29 Dec 2011 10:59 PM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

ALOR GAJAH - Pihak polis meminta saksi kejadian kemalangan membabitkan warga emas yang maut di persimpangan lampu isyarat, di Pengkalan, Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ), kelmarin tampil untuk bantu siasatan.

Ketika kejadian, mangsa yang masih sedarkan diri dipercayai dilanggar sebuah kenderan lain ketika dalam perjalanan ke Bandar Alor Gajah menaiki motosikal jenis Suzuki RC80.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu menyebabkan, Lee Lian Heng, 77, dari arah Machap Umboo ke Bandar Alor Gajah maut empat jam kemudian selepas dirempuh sebuah lori muatan satu tan dari arah belakang.

Menantu sulungnya, An Ai Yong, 50, ketika ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka berkata, mangsa masih sedarkan diri sekitar jam 1.45 petang di wad kecemasan sempat bertemu dengannya dan seorang cucu.

"Semasa dimaklumkan berhubung kejadian, saya ber­ada di tempat kerja di Machap Umboo dan bergegas pulang ke rumah sebelum ke Hospital Alor Gajah. Saya sangka bapa cuma cedera ringan.

"Sewaktu di hospital, bapa ada mengadu sakit di belakang badannya selain sesak nafas. Dia juga ada menceritakan yang dia dilanggar dari arah belakang," katanya.

Menurutnya, ketika itu bapa mertuanya kelihatan stabil namun, tidak lama kemudian, doktor memberitahu bapanya itu perlu dirujuk ke Hospital Melaka berikutan keadaannya semakin kritikal.

"Saya terkejut apabila doktor memaklumkan keadaannya semakin kritikal dan tidak sedarkan diri akibat ke­cederaan parah yang dialami," katanya.

Katanya, pagi sebelum kejadian, bapa mentuanya sempat bersarapan bersamanya dan berbual seperti biasa sambil bergurau senda sebelum keluar ke Pekan Alor Gajah atas pelbagai urusan.

"Biarpun usianya semakin meningkat tapi bapa masih kuat dan mampu bekerja keras menyara sembilan ahli keluarganya." katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Supe­rintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin, menge­sahkan ada menerima laporan berhubung kemalangan terbabit.

Katanya, mangsa yang menunggang motosikal sendirian dikatakan dilanggar dari arah belakang di persimpa­ngan berkenaan oleh sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti jenis dan nombor pendaftarannya kira-kira jam 10 pagi.

"Mangsa dihantar ke Hospital Alor Gajah oleh orang awam sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Kes berkenaan disiasat di bawah seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta menghubungi balai polis berdeka­tan atau Balai Polis Trafik Ibu pejabat Daerah (IPD) Alor Gajah untuk membantu siasatan," katanya.

Sinar Harian

4 warga asing terima hukuman

Posted: 29 Dec 2011 10:57 PM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

AYER KEROH – Akibat salah guna pas lawatan dan menetap melebihi tempoh dibenarkan di negara ini, empat warga asing menerima hukuman di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Mokhtar Ahmed Musleh Al-Qadri, 25, didenda RM1,000 selepas mengaku bersalah bekerja sebagai juruwang di sebuah kedai walaupun menetap di negara ini menggunakan pas lawatan sosial sah sehingga 27 Februari depan.

Mokhtar yang memegang pasport Yemen, melakukan kesalahan itu pada 17 Disember lalu, am 4.20 petang di Mini Market Turky, Jalan Bukit Beruang Utama.

Dia melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan boleh dihukum di bawah peraturan sama.

Sementara itu, Puji Ambarwati, 36, dipenjara enam bulan daripada tarikh ditangkap selepas mengaku bersalah tinggal lebih masa selama setahun empat bulan 17 hari di negara ini.

Puji yang juga warganegara Indonesia dan mempunyai pas lawatan kerja sementara sehingga 21 Julai 2010, melakukan kesalahan itu pada 7 Disember lalu, jam 11 malam di sebuah rumah di Jalan Kandang, Bakar Batu.

Manakala, dua pemegang pasport Thailand, Thach Thi Thuy Quynh, 23 dan Tran Thi Tuyet Diem, 23, masing-masing dipenjara enam bulan.

Mereka ditahan pada 7 Disember lalu jam 12.30 tengah hari di Klebang, selepas dibenarkan masuk dan berada di negara ini atas pas lawatan sosial sah sehingga 4 dan 6 Disember lalu.

Justeru, ketiga-tiga mereka melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1) ( c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(4) akta yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Malaysia, Natijah Abu Hasan di hadapan Hakim Ahmad Sazali Omar.

Sinar Harian

Parah diserang senjata tajam

Posted: 29 Dec 2011 10:55 PM PST

5 Safar 1433H. [MOD] -

LUNAS - Seorang lelaki berusia 20-an cedera parah di bahagian badan, kaki dan kepala apabila dua lelaki bersenjatakan senjata tajam mencederakan mangsa di Jalan Paya Besar berhadapan dengan sebuah stesen minyak kira-kira jam 11.30 malam kelmarin.

Mangsa yang menunggang motosikal dikatakan dalam perjalanan balik ke rumahnya. Apabila tiba di persimpangan Taman Kobis motosikal mangsa dipintas motosikal suspek dan menyerangnya.

Mangsa yang tercedera cuba melarikan diri bagaimanapun rebah kira-kira empat meter dari tempat kejadian sebelum mendapat bantuan daripada orang ramai.

Pengerusi Pertubuhan Prihatin Kebaktian Masyarakat Kulim (PPKM) Khor Eng Khim berkata, beliau menerima panggilan daripada orang awam menyatakan seorang lelaki ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah.

"Menurut maklumat diperoleh daripada orang ramai yang berada di tempat kejadian, mangsa dikejar tiga motosikal dari Taman Kuchai hingga ke Taman kobis.

"Saya kemudiannya menghubungi ahli PPKM dan mengarahkan mereka pergi ke tempat kejadian untuk membantu mangsa, " katanya.

Beliau turut bertindak menghubungi ambulan dari Hospital Kulim untuk membawa mangsa mendapatkan rawatan kecemasan.

"Ini merupakan kejadian kedua, satu kejadian hampir sama turut berlaku di Taman Desa Aman, " katanya.

Ketua Polis Daerah Kulim Superintendan Ghuzlan Saleh mengesahkan kejadian itu dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.

"Kejadian ini melibatkan dua suspek dan seorang mangsa. Turut di temui kapak dan gergaji di tempat kejadian. Mangsa mengalami kecederaan masih di rawat. Polis masih menyiasat motif kejadian ini. Sehingga kini mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya.

Sinar Harian

Tiada ulasan:

Nuffnang