i n t a n h i j a u |
DR. AZIZ BARI TAWAR DIRI JADI CALON PR.. Posted: 30 Dec 2011 01:06 AM PST KUALA LUMPUR, 30 Dis — Pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat, mengatakan beliau mahu mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat. Pensyarah akademik yang lantang ini berkata beliau "tidak ghairah" tentang menjadi anggota parti sambil menambah sistem dua parti yang berkesan membenarkan reformasi dan pentadbiran yang bagus. "Maksud saya, seperti mengambil bahagian dalam pemilihan parti, saya hanya mahu menjadi wakil rakyat jika mereka (Pakatan Rakyat) merasakan saya sesuai untuk menjadi calon mereka," katanya kepada The Malaysian Insider melalui kiriman emel. Beliau mengesahkan menerima tawaran "tidak rasmi" dari semua parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP namun berkata "masih terlalu awal untuk membuat keputusan" parti mana yang akan ditandinginya. Abdul Aziz (gambar) menambah beliau tidak memilih tentang bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat memandangkan "semua parti komited untuk melaksanakan dasar dengan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan ia pentung bagi mewujudkan sistem dua parti." Namun bekas pensyarat Universiti Islam Antarabangsa ini berkata keputusannya adalah untuk terlibat dalam politik dan berminat menyertai pilihan raya dan bukan sebagai anggota parti yang disifatkan tidak mempunyai "stamina" melakukannya. "Ini adalah perkara yang dihalang untuk dilaksanakannya. Menyertai politik bukan bermakna terlibat dalam politik parti. "Apa pun dalam politik, seperti kerjaya dalam akademik atau NGO, ia hanya platfom untuk perubahan. Tidak kisah apa pun saya terlalui tua untuk menjadikan politik sebagai kerjaya. Jika saya berumur 40 tahun ia berbeza tapi saya akan mencecah 53 tahun," tambahnya. Abdul Aziz terlebih dahulu digantung tugas dari UIA kerana mengkritik campur tangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam negeri itu ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC). Beliau dilaporkan memperhatikan kerusi Parlimen Sabak Bernam yang dipegang Abdul Rahman Bakri, yang dijangka akan dibicarakan pada Jun kerana didakwa membuat sembulan tuntutan palsu. Pensyarah kontroversi ini berdepan dengan siasatan dalaman oleh UIA kerana mengkritik Sultan Selangor. Selain itu Abdul Aziz juga disiasat polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.(malaysianinsider) |
ISU HASSAN ALI MINTA MAAF : HARAKAH PERTAHAN BERITANYA... Posted: 29 Dec 2011 05:39 PM PST KUALA LUMPUR, 29 Dis: Harakahdaily mempertahankan berita kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Mohd Ali. Sehubungan itu, kami menafikan berita itu diputarbelitkan sebagaimana di dakwa. (harakahdaily)Berikut adalah asas kepada berita berkenaan. Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember. Tuan Guru Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik. Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf. Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah? Terimalah. Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru? JKR 10 Wartawan: Ustaz Nasha... Saya beritahu kelmarin, kalau Datuk Seri Presiden tak buat jemputan macam ini, saya akan buat. Saya suka sangat. Kerana Islam ini, apabila kita dapat nikmat, kita diminta buat jamuan. Macam kita nak kahwin. Apabila kita kahwin, kita buat jamuan nama dia walimatul urus. Bila kita dapat anak, kita buat jamuan lagi nama dia aqiqah. Begitu jugak, bila berlaku macam tu kelmarin, kita buat jamuan, tetapi jamuan kelmarin tu sebagai jamuan tetamu ja. Kalau boleh, saya akan sebut buat jamuan khusus di peringkat pusat. Kita panggil semua kalau boleh. Saya nak minta jugalah pihak parti PAS Pusat buat jamuan, kita pakat-pakat derma lah. Yang ada seringgit bagi seringgit yang ada seribu bagi seribu kerana gembira kita bahawa kekecohan yang berlaku di kalangan kita dah selesai. Kekecohan ini, ada satu contoh yang diberikan oleh Datuk Presiden kelmarin. Semasa Nabi masuk ke Mekah, orang panggil Fathul Makkah. Ada seorang Sahabat sebut "kalimah Arab" - "Hari ini Hari Perang". Nabi kata tidak, "kalimah Arab" - "Hari ini hari kasihan belas". Maka Nabi ambil bendera di tangan dia, beri kepada anak dia. Denda kerana celupar mulut dia. Jadi kalau orang zaman Nabi pun ada buat kesilapan dan Nabi betulkan cepat-cepat, inikan zaman kita tengah 2000 tahun, maka banyak benda-benda silap. Wartawan: Tok guru, kedudukan Ustaz Nasha lepas ini, mungkin di Parlimen Bachok macamana Tok Guru? Parlimen Bachok tu orang Bachok tengoklah. Wartawan Harakah: Bila dia dah mari minta maaf, maknanya tidak ada peluang lagilah pihak lawan nak gunakan isu sebelum ini? Ada peluang apa lagi lah...baik. |
You are subscribed to email updates from i n t a n h i j a u To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan