Jumaat, 23 Disember 2011

Mohamad Taufek Abd Ghani

Mohamad Taufek Abd Ghani


Keputusan Cemerlang PMR 2011 Sekolah Agama di N.Sembilan

Posted: 22 Dec 2011 04:31 PM PST

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang mendapat keputusan PMR semalam.

Tahniah juga khusus untuk para pelajar, guru serta ibu bapa dari Sekolah Menengah Agama Rembau dan Sekolah Menengah Agama Dato Kelana Petra Maamor (SMAD KLANA), Seremban yang menunjukkan peningkatan yang amat ketara dan bersejarah apabila 5 pelajar dari dari Sekolah Menengah Agama Rembau dan 9 pelajar dari Sekolah Menengah Agama Dato Kelana Petra Maamor mendapat keputusan 9A.

Begitu juga dengan Sekolah Tinggi Islam As Sofa dengan 4 pelajarnya mendapat 9A dengan peningkatan mendadak GPS iaitu 1.80

Pada tahun 2010 hanya 1 orang pelajar mendapat 9A dari SMA Rembau dan hanya 2 orang pelajar mendapat 9A dari SMAD KLANA.

Harap dapat dikongsi bersama keputusan PMR sekolah menengah agama lain di Negeri Sembilan samada yang milik kerajaan mahu pun swasta.

Dari Blog SMA Rembau :

TAHNIAH PMR TERBAIK SELEPAS 52 TAHUN
2011-
GPS- 2.06
Bilangan 9A- 5 orang
%Pencapaian- 80.3

2010
GPS- 2.08
Bilangan 9A- 1 orang
%Pencapaian- 73.4

http://smarembau.blogspot.com

Dari Blog Sekolah Tinggi Islam As Sofa

ANALISIS DAN KEPUTUSAN PMR 2011
SEKOLAH TINGGI ISLAM AS SOFA

9A
1. MUHAMMAD LUQMAN HAKIM BIN MUHAMMAD SUFIAN
2. MUHAMMAD SABIRIN BIN MD ZAHAR
3. AMEERA AQIELA BT ABDUL HADI
4. NUR HIDAYAH BINTI AZLAN

8A
MUHAMMAD AMSYAR HARITH BIN MOKHLIS
SHEIKH AFFAN HAZIQ BIN SHEIKH OBID
NUR ASMAUL HUSNA BINTI MUHD YATIM
NUSAIBAH BT MOHD ZAHRI
SHARIFAH FATIN AFIQAH BT SYED UZIR
SHARIFAH ZEYNAH BINTI ABDUL RAHMAN AL HADAD
SYAMIN NATASYA BINTI ZAINUDDIN
WARDAH BINTI RAMLI


7A
ABDULLAH SHUIB BIN MOHD MAZRI

MEOR MUHAMMAD HAKIM BIN MEOR ABDUL RAZAK
NURUL AFRINA BT. ABD. RAHMAN

6A
M MOHD AMIR ARSYAD BIN MOHD YUSOFF
2. MUHAMMAD AMIRUL SUFFIAN BIN AMRAN

GRED PURATA SEKOLAH = 1.80 *MENINGKAT MENDADAK

http://sekolahtinggiislamassofa.blogspot.com

Dilarang majikan untuk menunaikan solat

Posted: 22 Dec 2011 06:54 AM PST

Dari laman web Aduan Rakyat Online
Dilarang majikan untuk menunaikan solat
December 22nd, 2011

Assalamu'alaikum.

Saya merupakan salah seorang pekerja dalam sebuah syarikat telekomunikasi swasta gergasi berkait kerajaan (TM). Perkara yang amat saya kesali dan marah adalah banyak kes sudah dan masih berlaku terutama di kalangan pekerja swasta yang dihalang atau disusahkan prosedur untuk mendirikan rukun yang menjadi teras dalam agama Islam iaitu solat!

Sebelum ini saya hanya mendengar cerita dari mulut rakan-rakan sahaja namun kali ini saya sendiri yang menjadi mangsanya! Jikalau ada majikan atau pegawai atasan yang melepaskan pekerjanya untuk solat pun, ia perlu melalui proses yang sengaja disusah-susahkan seperti menulis / merekodkan nama dan memaklumkan kepada pegawai atasan. Dan jika diberi keizinan pun, kebanyakkan pekerja terpaksa terkejar-kejar masa pendek yang diberikan (5 minit).

Lebih malang, di suatu tempat yang bilangan pekerjanya mencapai ratusan orang, terpaksa berhimpit-himpit di ruang solat yang hanya boleh memuatkan maksimum 7-8 orang! Hari ini saya telah ditegur hanya kerana mendirikan Solat Isya' sekaligus mengambil wudhu' yang jumlah masa diambil hanyalah tak lebih 7-8 minit!

Ini satu pencabulan terhadap hak saya sebagai seorang muslim! Saya amat berharap pihak berwajib mengambil perhatian dan membuat sesuatu terhadap isu ini. Amat malang apabila perkara ini cukup dirumitkan namun pada masa yang sama pekerja bawahan yang satu bangsa dengan orang atasan saya yang suka melepak, bersembang dan kerap merayau-rayu sewaktu bekerja di hadapan beliau langsung tidak diambil tindakan!

Dari
Pekerja bawahan teraniaya.
By: Dzul

http://www.aduanrakyat.com.my/dilarang-majikan-untuk-menunaikan-solat

Perkhidmatan KTM sangat teruk

Posted: 22 Dec 2011 06:53 AM PST

Dari laman web Aduan Rakyat Online
Perkhidmatan KTM sangat teruk
December 22nd, 2011

Saya sudah banyak kali menggunakan perkhidmatan KTM. Kelewatan tren untuk tiba di stesen terlalu kerap terjadi iaitu setiap kali saya menggunakan perkhidmatan ini. Apabila tren lambat, orang semakin ramai menunggu dan ini menyebabkan tren terlalu padat dengan penumpang.

Tambahan lagi, suara yang memberitahu nama stesen seterusnya tidak jelas. Jadi saya tidak dapat mengetahui nama-nama stesen yang disebut malah nama stesen di papan tanda di luar juga tidak dapat dilihat kerana penumpang terlalu ramai yang berdiri. Perkhidmatan KTM sangat teruk terutamanya ketika waktu pulang kerja. Alat penghawa dingin tidak berfungsi, udara di dalam tren amat tidak menyenangkan dan seterusnya menyebabkan ada penumpang yang pitam.

Seperti pada hari ini, 21 Disember 2011, tren Pelabuhan Klang dipenuhi penumpang sehinggakan langsung tidak dapat berganjak dari tempat berdiri. Sesampainya tren di stesen Angkasapuri, ia telah rosak dan salah seorang pekerja KTM mengarahkan kami (penumpang) keluar dan menunggu tren lain dalam masa yang sangat lama.

Saya sebagai wakil rakyat ingin meminta pihak bertanggungjawab mempertingkatkan mutu perkhidmatan KTM memandangkan ramai orang menggunakan perkhidmatan ini dan saya pasti telah ramai yang menyuarakan perkara yang sama. Sekian, Terima Kasih.

By: ann

http://www.aduanrakyat.com.my/perkhidmatan-ktm-sangat-teruk

Aduan dibuat, tindakan tiada

Posted: 22 Dec 2011 05:49 AM PST

Aduan dibuat, tindakan tiada
Utusan Malaysia 22 Dis 2011

BARU-BARU ini Menteri Besar Negeri Sembilan mengumumkan bahawa Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai telah berjaya menyelesaikan 90 peratus aduan yang diterima. Saya ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan Majlis Perbandaran Seremban dan Majlis Perbandaran Nilai. Namun, apa yang diperkatakan nampaknya hanya indah khabar dari rupa.

Saya telah membuat aduan mengenai kedudukan pokok besar di tebing bukit belakang rumah saya melalui Unit Pengaduan Awam Negeri Sembilan pada 18 November 2011 lalu. Saya hanya menerima maklumbalas mengenai aduan saya pada 7 Disember 2011 yang memohon saya merujuk kepada Jabatan Landskap.

Sehinga kini setelah sebulan berlalu masih tiada tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Landskap, Majlis Perbandaran Nilai. Tembok simen yang menutupi bukit telah mula retak. Saya telah menghubungi pihak Jabatan Landskap untuk bertanyakan status aduan saya. Jawapan yang saya terima tiada pegawai.

Begitu juga saya menghubungi Jabatan Hal Ehwal Komuniti & Aduan Awam, saya dimaklumkan, "Kami akan semak". Oleh yang demikian adakah pihak Majlis Perbandaran Nilai ingin melihat berlakunya tanah runtuh di belakang rumah saya, barulah tindakan akan diambil?

Sebenarnya pokok ini tidak dibersihkan ketika penebangan pokok di kawasan yang sama pada tahun lalu. Ketika proses pembersihan dilakukan pokok ini tertinggal. Kakitangan Majlis Perbandaran Nilai juga memasuki kawasan rumah saya dengan memanjat pintu pagar walaupun telah dilarang oleh jiran-jiran. Sepatutnya mereka menyusur di tepi bukit tersebut, bukannya memanjat pagar rumah saya.

Mereka juga telah membuka ampaian baju dan menggunakan tali ampaian sebagai pengikat pokok. Perkara ini saya telah membuat laporan kepada Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Setiausaha Majlis. Namun, tiada jawapan sehingga kini.

Saya berpendapat sekiranya kakitangan Majlis Perbandaran Nilai berhati-hati di dalam pembersihan sebelum ini pasti pokok tersebut tidak akan membesar sehingga menyebabkan lapisan simen pecah. Saya mohon pihak Majlis Perbandaran Nilai mengambil tindakan yang sewajarnya.

PENDUDUK KECEWA
Seremban, Negeri Sembilan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

Tiada ulasan:

Nuffnang