:: cina islam | 2011 :: |
- Anak gadis saya tiada kewarganegaraan
- Reezal Merican dituntut mohon maaf 24 jam
- Pegawai SPRM serbu pejabat NFC
- Identiti 'Datuk' NFC mula diketahui
- Adam Adli, anda tidak keseorangan
- Hanya jalani rawatan biasa - Nik Aziz
- NFC: Pasukan Khas SPRM perlu panggil Muhyiddin
- Muslimat Pas pastikan sokongan
- Pemuda maut jatuh lori
- Trauma dicekik pesakit mental
- Mat gian punca kebakaran
- Penduduk dinasihat waspada
- Lantai licin undang kebimbangan
- Dua penyamun tewas
- Kurang upaya tak halang keputusan cemerlang
- Terhumban dalam longkang
- Desak naikkan harga padi
- Mangsa banjir makin meningkat
- Khir Toyo dihukum penjara 12 bulan
- Rasuah: Khir Toyo dihukum penjara setahun
- Propaganda musuh terhenti, fokus kemungkaran BN
- Maahad Muhammadi Perempuan terbaik sekolah Yik
- LPF: Tarik balik keputusan tidak tapis filem
- Terima keputusan syura dalam apa jua tindakan
- Anak saman KPF, FGVH hari ini
Anak gadis saya tiada kewarganegaraan Posted: 23 Dec 2011 01:58 AM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - Dr Juanda Jaya Maaf, mengikut sistem kami, ana perempuan tuan statusnya bukan kewarganegaraan Malaysia. Ini dinyatakan dalam sistem kami. Kami tiada pilihan. Sila lihat sendiri. Itulah kata kata pegawai JPN berinisial M, setelah saya disuruh menemuinya oleh staf wanita F di kaunter. No giliran saya pagi ini no 4, setelah Jumaat lepas saya perlu menunggu sehingga hampir 100 nombor untuk dapatkan giliran perkhidmatan membuat kad pengenalan anak gadis saya yang sudah lanjut berusia lebih 12 tahun. Inilah kejutan di awal pagi Jumaat 23 Disember 2011 di Jabatan Pendaftaran Negara Sarawak Kuching ke atas diri saya. Saya datang seawal jam 730 pagi untuk mengelakkan kesesakan di kaunter yang mendapat anugerah kaunter terbaik Negara tahun 2008. Saya tidak pernah ada pengalaman yang baik di Wisma Persekutuan Sarawak. Dah pelbagai khidmat kerajaan persekutuan yang saya buat, dpd pasport, kad pengenalan, surat beranak, pejabat pelajaran, dan lain sebagainya, tidak pernah ada pengalaman yang baik untuk saya sebagai rakyat Sarawak yang menjadi sebahagian dpd Malaysia. Kalau boleh mengelak, memang saya tidak mahu berurusan dengan Jabatan Persekutuan yang ada di Sarawak. Amat berbeza dengan kaunter kerajaan di Semenanjung, teramat jauh lebih baik. Barangkali kami di Sarawak lebih suka memendam rasa berdiam durja ditadbir oleh orang lain. Punca dan dosa saya pada hari ini ialah saya suka ambil nombor giliran seperti rakyat marhaen yang lain kerana lebih suka berbaris ikut BARISAN. Bukan potong barisan dengan terus berjumpa boss yang sedia melayan VVip di dalam biliknya. Berbaris di kaunter sudah jadi kebiasaan saya untuk merasai denyut nadi rakyat. Saya pernah dimaki di kaunter oleh pegawai kerajaan, tetapi bila siap urusan dan menyedari siapa orangnya, mereka hanya tersipu sipu dan tetap enggan meminta maaf. Pengalaman azab berbaris di kaunter kerajaan ini sudah lama saya rasai sejak menuntut di al Azhar Cairo sewaktu membuat visa tahunan. Tapi pengalaman di kaunter Malaysia tidaklah lebih baik dpd kaunter kerajaan Mubarak di Mesir waktu itu. Apakah perasaan anda sebagai bumiputera negara ini yang jelas disebutkan bangsanya dalam Perlembagaan Malaysia sebagai bangsa asal dan warganegara tulin negara tercinta ini serta telah dijamin mendapat segala hak yang termaktub dalam Perlembagaan negara ini, tetapi tiba tiba hak itu dinafikan oleh sistem negara yang anda cintai itu. Hak yang paling minima adalah mendapatkan kewarganegaraan. Bukannya hak mendapatkan lesen balak atau projek atas angin. Namun hak itu dinafikan oleh sistem yang ada. Saya berbangga berbangsa Melanau dan tetap memastikan anak anak saya kekal mewarisi bangsa yang saya cintai ini. Malangnya, bangsa ini hanya wujud di wilayah ini sahaja. Ya, isteri saya rakyat Indonesia, masih warganegara di sana dan saya masih enggan memohon menukar kerakyatannya kerana berbangga isteri saya warga Indonesia, walaupun banyak pihak menawarkan untuk memudahkan urusan permohonan berkenaan. Tetapi kenapa anak gadis saya yang tiada dosanya jadi mangsa? Dia bukan warganegara Indonesia. Kami baru sahaja ke Jakarta awal Disember lalu untuk menziarahi keponakannya di sana menggunakan passport Malaysia. Tetapi kenapa bila saya hendak membuat Kad Pengenalannya, dalam sistem JPN dinyatakan anak saya itu bukan warganegara? Anak saya stateless! Sistem apa ini? Apakah kita di Afrika atau di Zimbabwe yang tengah huru hara? Pada saat ramai orang asing dikatakan diberikan hak warganegara, tiba tiba anak gadis saya yang berbangsa bumiputera asal Sarawak, Melanau, yang jelas nama bangsanya disebut dalam Perlembagaan Malaysia dijamin hak warganegaranya, tiba tiba dinyatakan bukan warganegara Malaysia. Di manakah laungan kerajaan bahawa segalanya kini semakin efisien dan sistem kita semakin lebih dipercayai berbanding dahulu? Saya cuba mengisi borang Jpn itu sebaik mungkin menurut contoh yang dibuat pihak Jpn sendiri. Tetapi jelas di sana tiada peraturan menyebut bahawa perlu bawa sijil kahwin? Dulu sewaktu membuat Kad pengenalan anak anak yang lain, tidak ada pulak mereka minta surat kahwin. Wow! Bila jumpa pegawai Jpn si M itu, dia kata dalam Iso JpN kata perlukan surat nikah bagi warganegara yang kahwin dengan rakyat asing? Tetapi di papan kenyataan tak pulak disebut panduan berkenaan. Wah! Kenapa begitu sekali? Padahal rakyat asing dikurniakan hak warganegara oleh Menteri Dalam Negeri, maka mengapa anak kepada lelaki berwarganegara Malaysia dinafikan hak warganegaranya? Entahlah! Betul, tertulis status di skrin situ, nama anak saya, status anak gadis saya, X Warganegara, tetapi bangsa masih tertulis berbangsa MELANAU. Apa sudah jadi pada sistem negara kita ini? Siapakah yang sudi membantu mendapatkan kewarganegaraan anak gadis saya? Dr Juanda bin Jaya, Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Malaysia Adjunct Professor at University Malaysia Perlis (UNIMAP) Visiting Professor at Management and Science University, Malaysia (MSU) ex-Visiting Fellow at Oxford Centre for Islamic Studies (OCIS) University of Oxford |
Reezal Merican dituntut mohon maaf 24 jam Posted: 23 Dec 2011 01:53 AM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Dis: Naib Ketua Pemuda Umno Kepala Batas, Reezal Merican dituntut memohon maaf kepada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam tempoh 24 jam melalui akhbar Utusan Malaysia, ekoran kenyataan fitnahnya terhadap mahasiswa. Harakahdaily/- |
Pegawai SPRM serbu pejabat NFC Posted: 23 Dec 2011 01:50 AM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat National Feedlot Corporation (NFC) hari ini berhubung skandal Fidlot yang membabitkan keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Pegawai berkenaan, diketuai pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali, dilihat keluar daripada premis berkenaan kira-kira dua jam kemudian. Projek NFC yang diusahakan suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak-anak mereka, meraih kontroversi apabila projek berkenaan ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010. NFC didakwa menyeleweng pinjaman mudah RM250 juta itu untuk perbelanjaan tidak berkaitan, termasuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar. Malaysiakini/- |
Identiti 'Datuk' NFC mula diketahui Posted: 23 Dec 2011 01:48 AM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - Seorang usahawan berusia 45 tahun yang ditahan polis, dilaporkan berhubung siasatan ke atas skandal National Feedlot Corporation, dipercayai memiliki beberapa syarikat. Antaranya, satu syarikat pengangkutan yang pada satu ketika pernah mempromosi perusahaan itu melalui iklan di saluran televisyen nasional. Menurut polis, suspek juga menjalankan perniagaan agensi pekerja asing. Pengarah jabatan siasatan jenayah komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan semalam dilaporkan sebagai berkata, lelaki itu ditahan ketika berada di jabatan itu pada hari Rabu berhubung cubaan untuk menyogok pegawai polis. Syed Ismail juga berkata suspek pernah ditahan sebelum ini berhubung siasatan ke atas dua kes penipuan, masing-masing di Bercham dan juga di Cheras mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Syed Ismail bagaimanapun enggan mengesahkan laporan media yang mengaitkan lelaki berkenaan dengan skandal NFC. Polis telah mendapatkan perintah reman ke atas lelaki berkenaan yang kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan lanjut. MK/- |
Adam Adli, anda tidak keseorangan Posted: 23 Dec 2011 12:17 AM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Dis: "Insya Allah, DPPM tidak teragak-agak akan bangkit bertindak tegas andai terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada Adam Adli," tegas Nasrudin Hassan at-Tantawi. Beliau menegaskan demikian sebagai respons terhadap tindak balas ke atas Adam Adli yang sangat keterlaluan. Bagi Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) itu, ludah, pukul dan terkini ugutan bunuh ke atas Adam telah melepasi batas kewarasan manusia bertamaddun. Katanya, sekalipun mereka menganggap tindakan berani Adam menurunkan bendera Datuk Seri Najib sebagai satu kesalahan, tetapi tindak balas sedemikian adalah suatu tindakan yang sangat keterlaluan. "Telah saya tegaskan sebelum ini bahawa tindakan anak muda itu menurunkan bendera Datuk Seri Najib perlu ditangani secara diplomasi," katanya kepada Harakahdaily. Beliau berkata, selaku mahasiswa dan intelek muda tentunya mempunyai asas kukuh kenapa Adam bertindak sedemikian. Jsuteru, beliau menggesa supaya diberi peluang kepada Adam membuat penjelasan kenapa melakukan sedemikian. Ini, katanya kerana beliau percaya, jiwa anak muda yang terdidik dengan pelbagai disiplin ilmu di menara gading itu mempunyai asas yang munasabah untuk mewajarkan tindakkannya. Sebagai contoh, kata Nasrudin beliau sendiri pernah dikritik hebat oleh sebahagian media ketika menurunkan bendera Sweden satu ketika dahulu. "Tegas saya nyatakan bahawa tindakan saya menurunkan bendera tersebut sebagai satu isyarat jelas bahawa Sweden tidak lagi dihormati apabila rakyatnya sewenang-wenang menghina Nabi Besar Muhammad s.a.w," jelasnya. Katanya, perbuatan menurunkan bendera tidak lagi sepadan dengan tindakan mereka menghina Rasulullah saw. "Begitulah saya melihat kes Adam Adli. Kalau tiada suatu yang membara dalam jiwa anak muda itu, masakan beliau saja-saja pergi menurunkan bendera Datuk Seri Najib. Masih banyak kerja lain yang boleh dilakukan oleh beliau," ujarnya. Tambahnya, tindakan nekad itu adalah isyarat atau merupakan satu mesej yang ingin disampaikan oleh Adam kepada Datuk Seri Najib. "Selaku kerajaan, dengarlah suara hati anak muda itu. Jangan perkecilkan beliau. Jangan sangka beliau keseorangan," katanya. Paling tidak, katanya mahasiswa, anak-anak muda yang terpinggir akan sepadu bersama Adam Adli. "Saya selaku Ketua DPPM sekali lagi menyatakan rasa kesal dengan tindak balas di luar batas kewarasan tersebut. "Saya harap Adam Adli bersabar. Kuatkan pergantungan kepada Allah SWT. Anda tidak keseorangan. Dewan Pemuda PAS turut bersama anda," ujarnya lagi. Harakah Daily |
Hanya jalani rawatan biasa - Nik Aziz Posted: 23 Dec 2011 12:06 AM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - KOTA BHARU, 23 Dis: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pihak tertentu agar tidak menyebarkan fitnah berhubung keadaan kesihatan dirinya yang menjalani rawatan baru-baru ini. Katanya, dakwaan bahawa beliau berada dalam kritikal sehingga menerima rawatan intensif semasa berada di Hospital Universiti Malaysia (HUSM) baru-baru ini adalah tidak betul. Menyangkal dakwaan itu Nik Aziz, 80, berkata, sudah menjadi rutin dia akan membuat pemeriksaan berkala di hospital terbabit supaya keadaan kesihatan sentiasa stabil dan memuaskan. "Sudah menjadi kebiasaan saya buat pemeriksaan di hospital tiga bulan, ada( dakwaan) kata saya sakit, itu kerja orang yang tidak kenal dosa, " katanya ketika ditemui media di kediamannya di Pulau Melaka, semalam. Isnin lalu Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS telah dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan dan dibenarkan pulang pagi semalam. Bagaiamanapun, maklumat yang tersebar luas di internet menyatakan beliau berada dalam keadaan kritikal. Semalam juga beliau turut mengeluarkan kenyataan menyatakan pendirian berhubung isu dalaman parti membabitkan bekas Pesuruhjaya Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungip. Dalam responya beliau menasihatkan semua pihak di dalam parti tidak lagi menggunakan media massa milik musuh politik PAS untuk memperkatakan tentang masalah dalaman parti. Beliau juga menyokong keputusan Mesyuarat Lajnah Politik PAS Pusat untuk memanggil ketiga-tiga individu tersebut memberikan penjelasan. Harakah Daily |
NFC: Pasukan Khas SPRM perlu panggil Muhyiddin Posted: 23 Dec 2011 12:02 AM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Dis: PAS menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak polis agar turut memanggil anggota kabinet yang ada kaitan dengan skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC). Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, ianya termasuk memanggil Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri pertanian ketika projek itu diluluskan pada tahun 2008. Selain Muhyiddin ujarnya, SPRM juga perlu memanggil Datuk Seri Najib Razak selaku pengerusi Jawatankuasa Projek Impak Tinggi yang meluluskan projek tersebut di luar kabinet. "SPRM dan polis perlu tunjuk ketelusan dan integriti mereka dengan memanggil anggota kabinet termasuk PM dan TPM. "Kita tidak mahu ianya hanya sekadar menyiasat ke mana dana RM250 juta itu dibelanjakan oleh syarikat NFC," katanya kepada Harakahdaily. Semalam SPRM mengumumkan akan menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat aduan berhubung NFC. Pasukan itu akan diketuai oleh Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali. Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga mahu SPRM menyiasat laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bahawa wang disalurkan sepenuhnya pada 2008 hingga 2009 namun perjanjian hanya dibuat penghujung 2010. "Nampaknya setakat ini SPRM tidak bersedia meluaskan siasatan kepada anggota kabinet yang terlibat. "Seperti ada yang cuba sempitkan siasatan hanya kepada NFC dan Shahrizat," katanya Mahfuz lagi. Aduan ke SPRM itu dibuat beberapa pihak termasuk kelmarin oleh PKR yang membuat laporan di Ibu Pejabat SPRM Shah Alam. Laporan tersebut menjurus kepada kerugian dialami syarikat NFC yang dimiliki suami Menteri Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan penyelewengan dana RM250 juta yang diberikan kerajaan. Ianya termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar dan pembiayaan percutian keluarga Shahrizat ke luar negara. Selain itu, NFC juga sebelum ini didedahkan membeli kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya. Terbaru, keluarga Shahrizat turut didakwa membeli kondominium mewah berharga RM9.9 juta di Singapura, yang turut disyaki menggunakan wang NFC. "Jika amalan ini (tidak menyiasat anggota kabinet terlibat) berterusan, ia adalah berbuatan curang," kata Mahfuz. Harakah Daily |
Muslimat Pas pastikan sokongan Posted: 22 Dec 2011 11:38 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat Pas Terengganu menggambarkan jentera sayap parti itu berada di peringkat pecutan bagi membantu kemenangan Pas dan Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13). Ketuanya, Safinah Jusoh berkata, persiapan mengadakan pilihan raya akan datang dilakukan dengan lebih proaktif ketika ini untuk memastikan golongan sasaran memberi sokongan padu kepada parti. "Kita tidak berlumba tetapi peringkat ini adalah untuk memastikan kita sentiasa ke hadapan supaya segala persiapan lengkap sebelum pilihan raya untuk memilih pemimpin dalam lima tahun akan datang," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini. Beliau berkata, pihaknya kerap turun padang dengan pergerakan dilakukan di setiap kawasan bagi memastikan pelaksanaan menyeluruh di akar umbi. Menurutnya, aktiviti di peringkat negeri pula dikurangkan kerana melihat keutamaan tertentu bagi memastikan rakyat berasa mereka didekati oleh pemimpin Muslimat di kawasan masing-masing. "Banyak manfaat kita peroleh dengan mendekati mereka terutama dapat memperkemaskan keyakinan terhadap Pas selain tarik pengundi baru," katanya. Mengulas lanjut berhubung pe-ngundi wanita, beliau berkata, penjelasan terperinci perlu disampaikan supaya mereka mengetahui perkara sebenar berhubung politik semasa yang berlaku pada hari ini. Menurutnya, walaupun golongan wanita tidak seperti pengundi lelaki, namun mereka yang faham dengan situasi sekarang akan membuat penilaian bagi membuat pilihan terbaik menjelang pilihan raya akan datang. "Kita tidak menolak ada golongan tidak faham kedudukan sebenar kerana hanya mendapat maklumat daripada media arus perdana tidak seperti pengundi muda mendapat maklumat lebih luas melalui internet," katanya. Sinar Harian |
Posted: 22 Dec 2011 11:32 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - SEMANTAN HULU – Seorang pemuda maut serta merta setelah terjatuh daripada lori yang dinaikinya sebelum dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 8 Jalan Cheroh – Gesing pada jam 3.30 petang, kelmarin. Ketua Bahagian Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, Cif Inspektor Mohd Nazlan Othman berkata, mangsa, Kam Kah Wai, 19, berasal daripada Kampung Sempalit. Menurutnya, ketika kejadian mangsa berada dalam lori di bahagian belakang dalam perjalanan dari Semantan ke Raub. "Setibanya di tempat kejadian, tiba-tiba mangsa terjatuh daripada lori lalu terkena cermin hadapan dan besi pengadang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan. "Mangsa meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. Mohd Nazlan berkata, ketika kejadian cuaca cerah dan jalan juga dalam keadaan baik. Katanya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Daerah Raub bagi tujuan bedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan. Sinar Harian |
Posted: 22 Dec 2011 11:30 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - ALOR BAKONG - Seorang warga emas trauma dan mengalami sakit di bahagian leher sejak dicekik seorang pemuda yang mengalami masalah mental pada Selasa lalu. Anak mangsa, Harsani Basri, 47, berkata, ibunya, Hasipah Ngah Kassim, 81, ada mengadu sakit di bahagian leher dan hanya boleh makan bubur serta makanan lembut sahaja. Menurutnya, ibunya masih terkejut dengan peristiwa itu bagaimanapun, dia sekeluarga berusaha membantu Hasipah dengan memberikan semangat untuk melupakannya. "Kami juga tidak mahu tinggal ibu bersendirian di rumah, kerana dia masih dalam keadaan trauma dengan kejadian tempoh hari," katanya ketika dikunjungi Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin di rumah Hasipah, di Alor Bakong, di sini, semalam. Dalam kejadian Selasa lalu, Hasipah berada seorang diri di rumahnya diserang pemuda sakit mental yang menceroboh masuk ke dalam rumahnya kira-kira jam 4.30 petang. Hasipah mengalami kecederaan di bahagian kepala, tangan kiri, dada dan leher akibat kejadian itu. Lelaki berkenaan ditahan oleh polis untuk siasatan dan kini yang ditahan di wad Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Teluk lntan. Sementara itu, Zainol Fadzi berkata, kejadian yang berlaku ini merupakan salah satu kes yang serius kerana boleh berlaku bila-bila masa dan sesiapa sahaja. Menurutnya, di kawasan Dun Sungai Manik terdapat kes pesakit mental yang dalam pemantauan Unit Psikiatri dan kesihatan mental Hospital Teluk lntan (UPKMTI). "Saya menerima laporan itu setiap bulan mengenai kes pesakit mental dari UPKMTI tetapi tidak pula dinyatakan sama ada kes itu serius atau tidak. "Malahan, saya tidak mahu berlaku lagi kes pembunuhan seperti yang berlaku di Taman Perumahan Mawar, Langkap pada Ogos tahun lalu," katanya. Justeru itu, Zainol Fadzi meminta UPKMTI bertindak lebih telus untuk menahan mana-mana kes pesakit mental yang didapati membahayakan keselamatan orang ramai untuk mengelakkan kejadian seperti berlaku. Sinar Harian |
Posted: 22 Dec 2011 11:26 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - BUKIT MERTAJAM – Mat gian atau penagih dadah yang sering menjadikan sebuah bangunan terbengkalai dekat Jalan Betek, di sini, sebagai port melepaskan gian dipercayai menjadi punca ia terbakar dalam satu kejadian, malam kelmarin. Kejadian disedari orang awam yang dikatakan terlihat kelibat mat gian beredar dari kawasan tersebut sejurus selepas tingkat atas bangunan dua tingkat itu terbakar. Api dipercayai bermula dari hujung bangunan yang menempatkan beberapa bekas lot kedai, sebelum merebak ke beberapa bahagian yang lain. Bagaimanapun, tiada kecederaan mahu pun kemalangan jiwa dilaporkan berikutan ketika kejadian, bangunan itu kosong dan tidak berpenghuni. Penguasa Bomba Zon Perai, Alias Musa ketika ditemui di lokasi kejadian memberitahu, kebakaran hanya melibatkan sebahagian daripada bangunan yang juga bekas tapak pasa raya yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu. Menurutnya, ketika tiba di lokasi, kepulan asap memenuhi ruang udara sekitar kawasan berkenaan, namun pihaknya berjaya mengawal api dari terus merebak dalam masa lima minit. "Kita menerima panggilan orang awam pada jam 8.57 malam dan tiba lima minit kemudian. "Sebanyak lima jentera dengan kekuatan 24 anggota dari Balai Perai dan Bukit Mertajam, dibantu bomba sukarela dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus kemudian dan berusaha memadam kebakaran dari terus merebak," katanya. Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Sinar Harian |
Posted: 22 Dec 2011 11:23 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - KAMPUNG GENUANG INDIA - Penduduk sekitar Genuang India dinasihatkan supaya lebih berjaga-jaga dengan paras air yang semakin naik sepanjang hari untuk keselamatan bersama. Adun Kemelah, Datuk Ayub Rahmat berkata, sehingga jam 3 petang semalam belum ada penduduk kampung ini berpindah ke pusat pemindahan memandangkan rumah mereka masih lagi selamat didiami sehingga kini. Walau bagaimanapun katanya, sebuah keluarga di Kampung Melayu Raya sudah mula dipindahkan ke pusat pemindahan banjir pagi semalam apabila rumah mereka dinaiki air. Manakala beberapa perumahan di kawasan sama berada dalam keadaan berjaga jaga. "Skuad Banjir di bawah Dun Kemelah buat pemantauan 24 jam bagi persekitaran yang mudah dinaiki air untuk memberi isyarat awal kepada penduduk supaya berpindah ke tempat yang lebih selamat sebelum rumah mereka ditenggelami air. "Sehingga kini mangsa banjir Dun Kemelah membabitkan lapan keluarga dengan tiga pusat pemindahan dibuka sehingga jam 4 petang semalam dengan jumlah tertinggi mangsa di pusat pemindahan Pogoh seramai 35 orang," katanya. Menurutnya, dari segi keperluan makanan tidak timbul masalah kepada mangsa banjir yang telah ditempatkan di pusat pemindahan dan semuanya cukup selain barang keperluan harian yang mereka bawa sendiri seperti bantal, selimut dan sebagainya. Ayub menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan air yang mungkin akan naik tanpa disedari contohnya ketika tidur dan mengikuti segala arahan yang dikeluarkan bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku. "Pengalaman banjir awal tahun lalu kita lihat masih terdapat segelintir mangsa yang berdegil untuk keluar dan terus tinggal di rumah mereka meskipun air telah naik. "Dengan adanya Skuad Bencana ini kita harap hasil pemantauan yang kerap dilakukan mampu membantu penduduk di bawah Dun Kemelah menerima input terkini tentang paras air sebelum berpindah ke pusat pemindahan," katanya kepada Sinar Harian ketika meninjau keadaan paras air di kampung berkenaan semalam. Sinar Harian |
Lantai licin undang kebimbangan Posted: 22 Dec 2011 11:19 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - MERSING - Segelintir pengguna dan peniaga meminta pihak berwajib mengambil tindakan segera terhadap struktur binaan lantai yang tidak sempurna di Jalan Ismail berhampiran Pasar Mini Mersing, di sini. Mereka mendakwa lantai yang dibina itu tidak sekata menyebabkan air bertakung ketika hujan. Malah terdapat juga berlakunya beberapa insiden pengunjung tergelincir selepas melalui laluan berkenan dan terpijak di lantai yang licin. Pengadu, Faridah Ibrahim ,43, berkata, lantai berkenaan perlu diperbaiki dengan segera kerana dikhuatiri menyebabkan kemalangan sehingga mencederakan. "Lebih menyukarkan peniaga apabila berlakunya hujan, air akan naik sehingga ke pintu kedai," katanya. "Saya merayu kepada pihak yang berkenaan supaya memperbetulkan lantai tersebut bagi kemudahan semua pihak," katanya kepada Sinar Harian. Manakala, Chin Siew, 63, berkata, keselamatan pengguna perlu diutamakan sebelum berlakunya kemalangan. Menurutnya, walaupun lantai berkenaan pada dasarnya nampak tidak bermasalah, namun setiap kali hujan mesti ada mangsa yang tergelincir. Chin Siew berkata, dia berharap pihak yang dipertanggungjawab bagi pembinaan projek itu mengambil perhatian serius dan tampil memberi penjelasan berhubung perkara yang dibangkitkan. "Kita tidak mahu apabila kejadian tidak diingini berlaku, pelbagai pihak mula menuding jari menyalahkan antara satu sama lain dan tidak mahu bertanggungjawab," katanya. Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Zainal Eran berkata, pihaknya akan memantau dan mengatasi masalah itu. "Kita akan menilai perkara yang dibangkitkan ini dan akan mengambil tindakan sepatutnya dalam usaha memberi keselesaan untuk semua pihak," katanya. Sinar Harian |
Posted: 22 Dec 2011 11:14 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - BATU PAHAT - Taktik dua lelaki menggunakan topi polis sebagai pelindung kegiatan samun selama ini menemui noktah apabila aktiviti mereka dilihat awam dan dikesan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat. Suspek dipercayai aktif menyamun di sekitar Muar, Melaka dan sebahagian Negeri Sembilan ini sengaja meletakkan topi polis di bahagian belakang kereta yang digunakan bagi mengaburi pandangan polis apabila sekatan dijalankan. Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, kedua-dua suspek berkenaan ditahan setelah menyamun seorang wanita di tempat letak kereta di daerah ini dan dilihat orang awam pada 17 Disember lalu. Menurutnya, orang awam yang melihat kegiatan itu terus menghubungi bilik gerakan IPD Batu Pahat dan tindakan segera mengesan kenderaan berkenaan dilakukan Unit MPV. "Setelah berjaya mengesan kenderaan suspek iaitu Proton Perdana bernombor pendaftaran Melaka di sekitar Jalan Tanjung Laboh, Unit MPV terus mengejar kereta berkenaan. "Walau bagaimanapun, kereta terbabit telah terbabas dan kedua-dua suspek cuba melarikan diri tetapi salah seorang berjaya ditahan manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri di kebun kelapa sawit berhampiran. Siasatan awal di kereta suspek, polis menjumpai satu topi polis dipercayai digunakan untuk mengaburi pandangan pihak berkuasa selama ini," katanya pada sidang media di IPD Batu Pahat, semalam. Din berkata, dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9), seorang lagi suspek berjaya ditahan keesokan harinya kira-kita jam 8.30 pagi di kawasan kampung berhampiran. Menurutnya, siasatan mendapati suspek ini dipercayai telah melakukan pelbagai kes jenayah lain berdasarkan beberapa peralatan dan dokumen mangsa yang ada di dalam kereta yang digunakan. "Dipercayai kedua-dua suspek ini telah melakukan pelbagai kesalahan dan pernah ditahan atas kesalahan seperti kes samun, ragut, curi kereta dan motosikal, selain mereka juga positif dadah. Kes yang melibatkan kedua-dua suspek ini, akan disiasat di bawah Seksyen 395, Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan. "Dalam kes ini, pihak polis memuji tindakan orang awam yang menghubungi terus pihak polis setelah melihat kes jenayah dan kepada sesiapa yang terlihat apa juga kegiatan jenayah berlaku mereka boleh menghubungi talian Hotline IPD Batu Pahat iaitu 07-4343999 dengan segera," katanya. Sinar Harian |
Kurang upaya tak halang keputusan cemerlang Posted: 22 Dec 2011 11:11 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - PENDANG - Meskipun dilahirkan sebagai insan istimewa, Muhammad Hadi Darus, 15, membuktikan mampu mencapai kejayaan setelah mendapat keputusan cemerlang 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Anak kedua daripada lima beradik ini ternyata begitu teruja apabila menerima keputusan berkenaan walaupun pada mulanya hanya menyasarkan 8A daripada sembilan mata pelajaran yang diambil. Menurutnya, ia diperolehi hasil sokongan dan dorongan semua pihak termasuk keluarga, guru dan rakan. "Sewaktu peperiksaan percubaan, saya mendapat 8A 1B (B untuk subjek sejarah), dan dalam peperiksaan sebenar saya agak khuatir terhadap tiga subjek iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah. "Saya selalu berdoa dan menunaikan solat hajat. Kini gembira dan bersyukur kerana berjaya mencapai keputusan cemerlang yang membanggakan semua pihak, khususnya kedua ibu bapa saya," katanya ketika ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tiang, semalam. Anak kepada pasangan yang bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Felda Sungai Tiang, Darus Dariman, 51, dan Halimah Che Pa, 49, turut mendapat keputusan cemerlang 4A1B dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), bercita-cita menjadi pensyarah. "Sewaktu kecil, ada juga yang mengejek tetapi kini tidak lagi, sebaliknya rakan dan guru-guru sentiasa memberi galakan dan semangat kepada saya. "Malah, saya juga ada seorang rakan karib, Muhammad Fikri Ishak (15), yang banyak membantu sewaktu saya berada di sekolah," katanya yang berhasrat melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama (SMA) Kedah. Sinar Harian difahamkan, Muhammad Hadi yang menulis menggunakan kaki tidak memerlukan masa tambahan sewaktu menjawab soalan peperiksaan. Sementara itu, ibunya, Halimah, yang menemani Muhammad Hadi untuk mengambil keputusan peperiksaan, bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu anaknya di sekolah. Menurutnya, mereka sekeluarga sentiasa memberi sokongan penuh kepada Muhammad Hadi agar anaknya itu tidak merasai sebarang kekurangan walaupun dilahirkan sebagai insan istimewa. "Muhammad Hadi suka berdikari dan tidak mahu terlalu bergantung kepada orang lain,. Setiap pagi ayahnya akan menghantar dan menjemput Muhammad Hadi pulang dari sekolah. "Malah, jika hasratnya untuk melanjutkan pelajaran di SMA Kedah, salah seorang daripada kami akan memohon untuk ditukarkan ke Alor Setar bagi memastikan Muhammad Hadi dapat meneruskan pelajaran dengan selesa," katanya. Pengetua SMK Sungai Tiang, Mohd Khirruddin Idris berkata, sekolah menyediakan kemudahan untuk Muhammad Hadi belajar dengan selesa termasuk menempatkan kelas Muhammad Hadi di aras bawah untuk memudahkan pergerakannya. "Dia adalah pelajar istimewa pertama di sekolah ini yang berjaya mendapat keputusan cemerlang. "Muhammad Hadi adalah seorang pelajar yang suka berdikari dan aktif seperti pelajar normal lain," katanya. Sinar Harian |
Posted: 22 Dec 2011 11:05 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - SALAK BARU – Gara-gara jalan licin, sebuah kereta jenis Produa Viva yang dipandu oleh seorang remaja tercampak ke dalam longkang besar di sebuah selekoh berhampiran Taman Delima, di sini, kelmarin. Bagaimanapun, penduduk di kawasan berhampiran mendakwa lokasi berkenaan sering berlaku kemalangan disebabkan beberapa faktor termasuk keadaan jalan raya dan kecuaian pemandu. Mangsa kemalangan, Khairul Anuar, 22, berkata, kejadian berlaku dalam sekelip mata sahaja dan tiba-tiba sahaja dia terhumban ke dalam longkang besar di tepi jalan. Menurutnya, walaupun keadaan keretanya mengalami kerosakan agak teruk tetapi dia masih bernasib baik dan tidak mengalami kecederaan. "Kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang dan ketika itu cuaca hujan menyebabkan jalan licin serta kereta dipandu hilang kawalan. "Selepas itu kereta dipandu terus terhumban masuk ke dalam longkang besar dan saya tidak dapat berbuat apa-apa. "Sewaktu kejadian saya dalam perjalanan pulang dari tempat kerja di Sungai Siput ke rumah di Karai dan memang sering menggunakan jalan ini," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di lokasi kejadian. Sementara itu, Ketua Balai Polis Sungai Siput, Superitendan Azman Salim mengesahkan ada menerima laporan kejadian itu dan dua lagi kes kemalangan dilaporkan berlaku di Jalan Datuk Shee Koon Lim. Jelasnya, berdasarkan laporan, kemalangan melibatkan remaja berkenaan berlaku disebabkan mangsa terlanggar lopak air dan terbabas sendiri. "Dalam masa lebih kurang setengah jam dua kes melibatkan sebuah kereta tiba-tiba berasap dipercayai enjin rosak," katanya. Bagaimanapun, kata beliau, pemandu kereta berkenaan tidak mengalami kecederaan dan berlaku kira-kira jam 4.30 petang. "Manakala satu lagi kemalangan melibatkan sebuah kereta dengan seorang lelaki warga Myanmar berusia 20-an yang menunggang basikal. "Dalam kejadian itu, lelaki berkenaan cuba menyeberang jalan dan dilanggar sebuah kereta yang kebetulan melalui jalan itu menyebabkan mangsa cedera parah di kaki serta luka di bahagian tangan," katanya. Sinar Harian |
Posted: 22 Dec 2011 11:02 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - TANJUNG PIANDANG – Seramai 100 petani di beberapa kawasan di Kerian mengadakan demonstrasi aman di pekan Tanjung Piandang bagi mendesak pengilang Padi di daerah ini, menaikkan harga padi, semalam. Antara petani yang terlibat dalam piket itu berasal dari Tanjung Piandang, Bagan Tiang, Sungai Bakau, Sungai Kota, Bagan Serai, Sungai Acheh dan Sungai Baru serta beberapa lagi kawasan berhampiran. Wakil Petani Kawasan Sungai Bakau, Jalan Sempadan, Mohd Abu Hair, 33, berkata, tindakan itu dilakukan bagi memastikan harga padi di daerah ini diselaraskan seperti daerah lain di Perak. Menurutnya, harga belian padi di daerah ini adalah RM1,070 setan manakala di daerah lain pula RM1,400 untuk satu tan. "Harga padi di sini rendah berbanding daerah lain termasuk Sekinchan iaitu RM1,310 setan manakala Langkap pulaRM1,200 setan. "Keadaan itu menyebabkan banyak petani mengeluh kerugian kerana terpaksa menanggung pelbagai kos yang kini meningkat termasuk sewaan jentera, baja dan racun yang berkualiti," katanya kepada Sinar Harian. Wakil Petani Kawasan Sungai Baru, Juhari Arbain, 34, pula berkata, pengilang sepatutnya menyelaraskan harga dan tidak membandingkan harga pembelian mengikut daerah. Jelasnya, ini kerana, kualiti padi yang diberikan petani di sini tidak banyak bezanya dengan daerah lain. "Kenapa harga belian padi berbeza-beza mengikut daerah sedangkan kualitinya lebih kurang sama. "Hal ini dilihat adalah tidak adil kepada petani seperti kami di sini," katanya. Juhari berkata, jika hal itu terus berlarutan petani di sini tidak dapat memberikan prestasi yang baik berbanding sebelumnya. Katanya, pihak kerajaan khususnya Jabatan Pertanian dan agensi terlibat perlu memainkan peranan agar nasib petani di sini terus terbela. Kos pengangkutan kurang Bagi Petani Kawasan Tanjung Piandang Kang Leang Chai, 30, dari segi jarak dan kos pengangkutan sudah semestinya pengambilan padi dari daerah Kerian lebih menjimatkan berbanding daerah lain. Menurutnya, sepatutnya, petani di daerah ini menerima lebih banyak berbanding daerah lain kerana menjimatkan dari segi pengangkutan. "Tetapi hal sebaliknya berlaku, jadi sebagai petani kami mahu pihak kerajaan meneliti semula harga beli bagi setiap tan di Kerian," katanya. Petani Kawasan Bagan Tiang, Mohd Zulkifli Baharom, 47, berkata, kami menggesa pihak pengilang mengkaji semula tahap pembayaran pada kadar RM1,070 setan ataupun diselaraskan semua harga bagi setiap daerah. Katanya, selain itu, pelbagai masalah dihadapi petani memerlukan perhatian kerajaan termasuk menyelaraskan sistem pengairan yang dipantau Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). "Kita juga berharap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) memainkan peranan membela nasib petani demi peningkatan hasil seperti yang diharapkan," katanya. Kaji semula masalah petani Sementara itu, Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamhari berkata, kerajaan perlu mengkaji masalah dibangkitkan petani di sini yang mahukan harga pembelian padi dinaikkan ataupun diselaraskan dengan daerah lain di Perak. Jelasnya, kerajaan boleh mendesak pengilang menaikkan harga belian padi kepada lebih tinggi. "Jika hendak dibandingkan kualiti padi di daerah ini, tidak banyak bezanya namun, harga beliannya dibezakan tanpa alasan munasabah. "Selain itu, masalah berbangkit seperti sistem pengairan dan urus selia padi dari Jabatan Pertanian perlu juga diberi perhatian serius jika mahu peningkatan padi Negara terus melonjak dari tahun ke tahun," katanya. Sinar Harian |
Posted: 22 Dec 2011 10:59 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - JOHOR BAHARU - Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan meningkat daripada 908 orang pada pukul 10 malam tadi kepada 932 orang pada 9 pagi ini. Portal banjir Majlis Keselamatan Negara menunjukkan pusat pemindahan yang dibuka juga meningkat daripada 22 kepada 27 pusat. Pusat-pusat pemindahan itu ialah di Segamat (13), Mersing (sembilan) dan Batu Pahat (lima). Mersing mempunyai jumlah mangsa teramai iaitu 432 orang daripada 112 keluarga, Segamat (335 daripada 81 keluarga) dan Batu Pahat (165 daripada 42 keluarga). Hujan yang sangat lebat menyumbang kepada kenaikan air banjir dengan taburan melebihi 60mm dengan jumlah tertinggi yang dicatatkan ialah 176mm di Endau, Mersing. Manakala Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat meningkat ke paras bahaya 9.21 meter manakala Sungai Lenik di Ladang Chaah, Batu Pahat (6.11m). Sungai Muar di Bukit Kepong, Muar mencapai paras amaran 2.77m, Sungai Bekok di Empangan Bekok dan Sungai Senggarang di Senggarang Batu Pahat masing-masing mencatatkan paras amaran air sungai pada 16.53m dan 3.18m manakala Sungai Segamat di Segamat, Sungai Muar di Kampung Awat, Segamat masing-masing 9.18m dan 19.55m. Sinar Harian |
Khir Toyo dihukum penjara 12 bulan Posted: 22 Dec 2011 10:55 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo hari ini dijatuhi hukuman penjara 12 bulan selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas. Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh. Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu yang dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari ini. Dalam pada itu, Mohtarudin turut memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan. Keputusan itu dibuat menurut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997. Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak sementara menunggu rayuan. Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni. Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta. Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu. Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007. Sinar Harian |
Rasuah: Khir Toyo dihukum penjara setahun Posted: 22 Dec 2011 10:07 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mendapati bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bersalah atas tuduhan rasuah. Mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara berkuatkuasa hari ini, serta memerintahkan harta terbabit dilucuthak kepada kerajaan Malaysia. Hukuman penjara itu dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari. Perintah melucuthak harta tersebut pula dibuat mengikut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997. Turut hadir ialah isterinya, Zaharah Kechik dan kira-kira 40 penyokongnya - ada yang duduk dan ada yang berdiri di dalam bilik mahkamah yang padat. Khir, 45, didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di No. 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, daripada pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Hayroni pada harga RM3.5 juta sedangkan ia dibeli oleh Ditmas pada 23 Disember 2004 dengan harga RM6.5 juta. Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohtaruddin memerintahkan Khir membela diri atas tuduhan itu selepas mendapati pendakwa sudah membuktikan kes prima facie ke atas pemimpin politik itu. Dua puluh lima saksi pendakwa dan lima saksi pembela, termasuk Khir, memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut. Malaysiakini/- |
Propaganda musuh terhenti, fokus kemungkaran BN Posted: 22 Dec 2011 07:34 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) merasa yakin, polemik dalaman PAS yang dicipta oleh propaganda musuh sudah terhenti dan fokus rakyat kini terarah kepada semua kemungkaran yang dilakukan oleh kerajaan BN hari ini. Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, media seperti mahu menimbulkan prejudis terhadap PAS dengan menimbulkan polemik yang sengaja direka-reka. "Sebaliknya media mahu lensa rakyat melupakan isu-isu besar yang sedang melingkari negara ini seperti penyelewengan dana rakyat, penyalahgunaan kuasa, rasuah, krisis kepercayaan dalam parti pemerintah, serta polisi dan undang-undang yang membelenggu rakyat. "Kesemua ini adalah isu yang perlu dihadapkan kerana melibatkan kepentingan rakyat yang lebih utama," ujarnya. Katanya, DPP Malaysia dan rakyat tentunya tidak sabar menunggu perubahan yang bakal dijelmakan dalam PRU ke 13 nanti bersama Pakatan Rakyat membina sebuah negara yang adil, aman dan sejahtera. Sehubungan itu, ujarnya DPP Malaysia menghargai keikhlasan dan tekad yang ditunjukkan Ustaz Nasharudin Mat Isa yang bertegas mempertahankan Islam melalui PAS dengan tiada niat sedikitpun mahu menyertai Umno seperti yang ditohmah. Bagi DPP Malaysia, tambahnya itu adalah satu contoh terbaik buat semua pendukung PAS betapa kentalnya iltizam yang ditunjukkan oleh bekas Timbalan Presiden PAS itu. Menurutnya, meskipun difitnah dari pelbagai pihak, beliau masih tetap teguh berpegang kepada perjuangan PAS yang selama ini didukungnya, malah segala tohmahan yang dilemparkan tidak sedikitpun merencatkan perjuangan beliau. "Sudah tentu kenyataan terbuka beliau untuk terus bersama dengan perjuangan Islam dalam PAS menyejukkan dan melegakan hati seluruh penyokong dan pendokong perjuangan Islam ini. "Keperibadian yang tinggi ini adalah natijah dari proses tarbiyah yang ada dalam PAS selama ini," katanya lagi. Katanya, kejayaan proses tarbiyah PAS bukan menjadikan seseorang itu hebat penampilannya, lebih dari itu menjadikan akidah perjuangannya kental dan tidak mudah goyah walau apa pun ujian yang melanda. Beliau menambah, proses tarbiyah PAS membina setiap diri ahli dan anggota berjiwa besar dalam menghadapi segala macam tribulasi. Kerana itulah, ujarnya PAS terus bertahan sehingga sekarang meskipun diserang dari pelbagai penjuru dan ruang. Justeru, tegasnya DPP Malaysia menganggap semua tohmahan terhadap Nasharudin merupakan mainan media yang mahu melaga-lagakan perpaduan yang kukuh dan ukhwah yang erat di kalangan pemimpin PAS. Harakah Daily |
Maahad Muhammadi Perempuan terbaik sekolah Yik Posted: 22 Dec 2011 07:18 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - KOTA BHARU, 23 Dis: Maahad Muhammadi Perempuan muncul sekolah terbaik sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (Yik) setelah mendapat keputusan cemerlang 100 peratus dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Manakala Maahad Tahfiz Sains Al-Quraan, Bistanul Ariffin, Berangan, Tumpat pula menduduki tempat kedua terbaik seluruh Kelantan yang juga mendapat keputusan 100 peratus kejayaan. Kejayaan luar biasa yang sebelum ini hanya dicapai enam peratus bagi 9A, kini mencecah kepada 40.7 peratus, berbanding Maahad Muhammadi Perempuan 40.9 peratus. Menariknya, pasangan kembar Nurul Aina dan Nurul Aini Mat Sidik, 15, antara yang memperolehi 9A sekolah itu. Mudir Maahad Muhammadi Perempuan, Ustaz Mansor Daud ketika berucap pada majlis pengisytiharan itu semalam memberitahu, seramai 167 pelajar yang menduduki peperiksaan itu telah memperolehi 9A. "Ianya satu pencapaian yang amat membanggakan dan kita sendiri tidak menduganya. "Sebelum ini Yik meletakkan target pada kita, 95 peratus, kita rasa ianya tidak mampu melepasinya, namun inilah ketetapan Allah, alhamdulillah," ujarnya. Mudir Maahad Tahfiz Sains Al-Quran Bistanul Ariffin, Ustaz Suhaimi Sulaiman pula, menyifatkan kejayaan itu bukan hanya keberkatan sekolah aliran agama sahaja, sebaliknya pelajar juga menghafal al-Quran. Harakah Daily |
LPF: Tarik balik keputusan tidak tapis filem Posted: 22 Dec 2011 07:15 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Dis: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) membantah tindakan Lembaga Penapis Filem (LPF) yang tidak lagi akan menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya menyerahkan peranan itu kepada pengarah dan penerbit filem. Pengerusi Lajnah Kesenian, Kebudayaan dan Sukan DPPWP, Fadhil Osman (gambar) berkata pihaknya melihat keputusan itu amat tidak wajar kerana ia boleh menyebabkan berlakunya pelbagai perlanggaran dalam disiplin filem di negara ini khususnya membabitkan adegan-adegan yang tidak wajar menjadi tontotan umum. Katanya, DPPWP menganggap keputusan ini amat membahayakan terutama kepada industri perfileman negara memandangkan kuasa menapis sesebuah filem diserahkan sepenuhnya kepada pengarah dan penerbit filem. Sudah tentu, katanya filem itu akan ditapis mengikut selera dan citarasa pengarah atau penerbit. Beliau menambah, penerbit atau pengarah pula akan melihat kepada kehendak dan citarasa penonton semasa bukan mengikut hukum agama. "Isu moraliti dalam filem akan dipandang remeh dan boleh ditafsir dengan pelbagai tafsiran menurut hawa nafsu oleh mereka yang berkepentingan. "Keputusan ini juga boleh menyebabkan industri pefileman negara berkecamuk dan boleh mengundang pelbagai kemarahan orang ramai," ujarnya kepada Harakahdaily. Bagi mereka, ujarnya keuntungan adalah keutamaan dengan mengikut pasaran semasa tanpa mengerti persoalan hala dan haram sesuatu filem yang ditayangkan. Bagi DPPWP, katanya LPF perlu melihat kepada suasana dan permasalahan dalam masyarakat hari ini khususnya terhadap anak-anak muda. Dengan peningkatan gejala sosial yang semakin parah, kata beliau apakah LPF mahu menambah lagi masalah sosial dalam negara ini hasil daripada penayangan filem yang tidak tertapis. Beliau berkata, DPPWP bimbang pengaruh filem akan menyebabkan keruntuhan akhlak remaja yang lebih serius sebagaimana yang berlaku kepada masyarakat di negara Barat. "Kawalan atau tapisan yang dilakukan oleh LPF selama ini boleh meyakinkan untuk sesebuah filem ditonton oleh setiap lapisan masyarakat," katanya. Menurutnya lagi, meskipun tidaklah sempurna, setidak-tidaknya, tidak ada adegan yang terlepas pandang serta prinsip akauntabiliti akan dipertanggungjawabkan terhadap pihak terlibat dalam menerbitkan sesebuah filem. "Dengan ini barulah industri filem di negara ini mampu berkembang dengan sihat dan baik," katanya. Justeru, tambah beliau DPPWP mendesak LPF agar menarik balik keputusan untuk tidak menapis filem pada tahun depan. Katanya, LPF perlu melihat maslahat umum dengan melihat kesan daripada keputusan itu kepada masyarakat terutama generasi muda hari ini dan masa depan negara. Harakah Daily |
Terima keputusan syura dalam apa jua tindakan Posted: 22 Dec 2011 07:10 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 23 Dis: Dewan Pemuda PAS Malaysia mendukung keputusan PAS melalui mesyuarat Lujnah Politiknya yang disokong oleh kenyataan al-Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyusul selepas itu untuk memanggil tiga orang yang terlibat dengan pertikaian yang telah mencetuskan keresahan ahli dan penyokong PAS sejak beberapa hari kebelakangan ini bagi mendapatkan penjelasan 'rasmi' dan tindakan seterusnya. "Kembali kepada mesyuarat atau syura adalah kembali kepada Allah, rasul-Nya dan ulil amri (syura) sebagai mana diseru oleh al-Quran, DPPM dengan penuh tawaduk meyakini bahawa menerima keputusan syura dalam menentukan apa-apa tindakan ke atas mereka yang terlibat adalah satu amal ketaatan kepada Allah dan rasul-Nya," kata timbalan ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz kepada Harakahdaily. Katanya, ketaatan kepada Allah akan mendekatkan parti PAS kepada janji-janji agung daripada Allah ke atas hamba-hamba-Nya yang berjuang di jalan-Nya. Ini, ujarnya seperti yang dipertegaskan oleh DPPM sebelum ini, setiap perselisihan yang berlaku hendaklah diadili seadilnya oleh hakim yang diberi kuasa oleh ugama. Justeru, kata beliau sebarang penghukuman awal oleh mana-mana pihak, luar dan dalam parti, adalah tertolak kerana ia pasti menambahkan kerosakan. "Seperti kata al-Mursyidul Am, ia hanyalah ribut kecil yang dikencangkan oleh pihak yang enggan melihat kesepaduan jamaah Islam," katanya. Beliau berkata, DPPM dengan ini menawarkan kepada pihak yang bertelagah apa yang ditawarkan oleh Allah di dalam al-Quran iaitu kembalilah kepada jalan-Nya yang terbentang luas. "Semoga Allah merapatkan kembali talian iman dan ukhuwwah sesama ahli," katanya lagi. Harakah Daily |
Posted: 22 Dec 2011 06:49 PM PST 27 Muharram 1433H. [MOD] - TEMERLOH - Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (Anak) akan memfailkan saman pemula terhadap Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) dan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini jam 10 pagi. Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, saman pemula itu adalah bagi memohon injunksi (menghalang) kepada Mesyuarat Khas Perwakilan KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan aset KPF dalam Felda Holding. "Kita akan mulakan perjuangan dengan bersama-sama lebih 10 NGO solat hajat di perkarangan mahkamah Temerloh esok (hari ini). "Tindakan ini dibuat bagi menyelamatkan harta Felda dan peneroka," katanya di pejabat Perhubungan Pas Pahang di sini, semalam. Turut hadir Ketua Penerangan Pas Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruh Jaya Pas Pahang. Mazlan berkata, penyenaraian yang cuba dilakukan oleh pihak tertentu adalah tidak berasas, tidak masuk akal dan hanya bakal menggali kubur untuk peneroka. "Sebenarnya tindakan tersebut hanya untuk dapatkan dana sebesar RM3 bilion untuk agenda tertentu menjelang April nanti. Kita kenal siapa dalangnya, syarikat pelabur dan kita akan dedahkan apabila sampai masanya nanti. "Anak juga akan buat bantahan kali kedua di tribunal Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) untuk menentukan status Tan Sri Isa Samad kerana kita tidak berpuas hati dengan jawapannya yang mengatakan beliau belum menjadi Pengerusi KPF sedangkan dia sudah bertindak sebagai penjawat itu berdasarkan surat pelantikan daripada Perdana Menteri," katanya. Mengenai prestasi KPF, Mazlan memberitahu, pada masa ini koperasi terbesar dan paling berjaya itu sudah mendapat RM5 bilion perolehan setahun sehingga menjana keuntungan sebanyak RM800 juta dan rizab tunainya sahaja melebihi RM1.1 bilion. "Sebab itu kita bersama NGO pada masa ini minta semua pihak menyekat penyenaraian saham FGVH ke Bursa Malaysia supaya terus berkembang. Kami ada maklumat bahawa penyenaraian hanyalah konspirasi tertinggi untuk dapatkan dana daripada Felda. "Mereka ini ada agenda lain dan bukan wang semata-mata. Sebab itu kita mahu kerajaan juga menyekat usaha ini kerana ia melibat maruah negara dan isu keuntungan durian runtuh kepada peneroka sebenarnya tidak berbangkit langsung," katanya. Sinar Harian |
You are subscribed to email updates from :: cina islam | 2011 :: To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan