Jumaat, 23 Disember 2011

i n t a n h i j a u

i n t a n h i j a u


BEKAS MENTERI TAN SRI HAMID OTHMAN MENINGGAL DUNIA

Posted: 23 Dec 2011 07:28 AM PST


Al Fatihah...
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman telah meninggal dunia pada lebih kurang jam 5 petang Jumaat.

Allahyarham berusia 72 tahun.

Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Hal Ehwal Agama Islam sebelum dilantik sebagai Senator dan kemudiannya anggota Dewan Rakyat.

Sementara itu, Pegawai peribadi Allahyarham, Nor Azhar Yusof dipetik oleh Bernama sebagai berkata, sebelum meninggal dunia Abdul Hamid kelihatan seperti biasa sahaja sehinggalah beliau tiba-tiba mengalami kesukaran bernafas.

Ketika kejadian Allahyarham berada di pejabatnya di Maju Junction di sini.

"Kakitangan pejabat memanggil saya apabila melihat Allahyarham mengalami sesak nafas dan kami semua cuba memberi bantuan kecemasan termasuk bantuan pernafasan namun lima minit kemudian Tan Sri telah tiada.

"Allahyarham mempunyai sejarah penyakit lain iaitu sakit jantung dan diabetis," katanya ketika dihubungi.

Katanya lagi, jenazah Abdul Hamid telah dibawa pulang ke kediamannya di Taman Tenaga, Batu 9, Jalan Puchong.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Puan Seri Jamilah Mohd Said, 68, seorang anak, Wafi Nazrin dan serta lima orang cucu.

TERKINI : PEGAWAI SPRM SERBU PEJABAT NFC

Posted: 23 Dec 2011 01:56 AM PST


Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat National Feedlot Corporation (NFC) hari ini berhubung skandal Fidlot yang membabitkan keluarga menteri kabinet, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Enam pegawai penguatkuasa dari SPRM Putrajaya memasuki pejabat di Solaris Mont Kiara pada sekitar 2.50 petang, dengan disaksikan oleh petugas media yang berkumpul di situ.

Pegawai berkenaan, diketuai pengarah siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali, dilihat keluar daripada premis berkenaan kira-kira dua jam kemudian.

Semalam, SPRM mengumumkan penubuhan pasukan khas untuk menyiasat skandal tersebut.

Projek NFC yang diusahakan suami Shahrizat, Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dan juga anak-anak mereka, meraih kontroversi apabila projek berkenaan ditimbulkan dalam laporan Ketua Audit Negara 2010.

NFC didakwa menyeleweng pinjaman mudah RM250 juta itu untuk perbelanjaan tidak berkaitan, termasuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar.(malaysiakini)

Baca lagi di sini (Identiti Datuk NFC mula diketahui)


Lagi baca di sini (SPRM Rampas Komputer, Dokumen dalam serbuan terhadap pejabat NFC)

Tiada ulasan:

Nuffnang